The first 200 lines.
SEBELUM INI DALAM THE CHALLENGE
Perhatian, pemain sekalian.
Untuk memenangi $4.56 juta, kamu harus sempurnakan beberapa permainan.
Saya akan berkawan baik dengan awak, tapi saya akan khianati awak.
Alamak.
Mereka kata ia permainan.
Itu tak benar.
Mak orang lain tak sertai permainan ini.
Ini dunia saya.
Inilah kepakaran saya.
Saya akan beritahu anak tentang pengalaman ini.
Pemain nombor 432, tersingkir.
Kita takkan tersingkir.
Ribut akan melanda dan saya rumah api di tengah lautan.
- Semua orang berbahaya. - Kita perlu pasukan.
Geng gganbu.
Selain itu, ada juga ujian keperibadian.
Cara kamu bermain menggambarkan diri kamu.
Sekarang, saya perlu tunjuk saya boleh menang Permainan Sotong.
Biar betul.
243.
232.
Awak buat saya menangis.
Kamu juga akan diberi peluang untuk mendapatkan ganjaran.
Nikmatilah perkelahan kamu.
Saya tak pernah segembira ini.
- Ada guli di dasarnya. - Ada guli di dasarnya.
Sama ada saya singkirkan mak saya,
atau dia singkirkan saya.
Permainan seterusnya ialah Guli.
EPISOD ENAM SELAMAT TINGGAL
Apa…
Semua orang senyap tanpa sepatah kata di bilik ini
dan kalau jarum jatuh, kami pasti dengar.
Tiada sesiapa mahu main Guli.
Semua orang perlu main Guli,
tapi hanya separuh yang akan pulang ke bilik dorm malam ini.
- Aduhai. Teruknya. - Ya.
- Saya gementar. - Ya.
Saya rasa berdebar-debar, jadi kalau saya menangis…
Saya cuba tak menangis.
Aduh.
Gganbu. Dah tak ramai ahli kita yang tinggal.
Kita akan tentukan takdir.
- Dengan permainan kanak-kanak. - Ya.
Perhatian, pemain sekalian.
Sebaik saja kita dengar suara itu…
Setiap pasangan ada 20 minit untuk merancang permainan Guli mereka.
Guli boleh dimainkan menurut persetujuan setiap pasangan.
Pasangan yang gagal memilih pemenang apabila masa tamat
akan tersingkir.
Aduhai.
Anda ada 20 minit.
Baiklah, mula sekarang.
Jadi, apa cadangan awak?
Habislah saya kalau kita lontar guli kerana saya tak pandai lontar,
jadi saya cadangkan permainan strategi.
Tak nak, sebab kita pun tahu apa akan jadi.
Atau mungkin kita boleh main permainan yang lebih bergantung pada tuah.
Ini masalahnya.
Saya tak nak tersingkir
hanya kerana nasib saya malang.
Kita boleh juga buat secara spontan dan awak…
Supaya kita boleh guna kemahiran agar ia lebih adil kerana…
- Itu tak adil… - Kenapa pula?
Mengarut betul. Awak kenalah bertolak ansur.
- Wan tu som. - Wan tu som.
- Saya menang. - Awak mula dulu? Awak pilihlah.
- Tak, awak dulu. - Baiklah.
Aduhai, cemasnya saya. Saya rasa mual.
- Biar betul. Okey. - Aduhai.
- Kita boleh guna kemahiran. - Lontar guli ke dalam baldi.
Orang yang lontar guli terbanyak ke dalam baldi akan menang.
Setuju?
Saya sayang awak.
Tak seronoknya.
Saya gementar sangat.
Sabarlah. Ini cuma permainan.
Kita main sajalah.
Kenapa awak nak menang?
Kerana saya belum mampu bersara.
Tambahan pula, seorang kenalan rapat saya tak sihat
dan saya mungkin juga akan menderma kepada badan amal
yang membantu usaha penyembuhan mereka.
- Saya faham. - Awak pula?
Saya ada masalah pendengaran.
Saya mahu jadi wakil dan buat komuniti saya bangga
kerana sesiapa pun tak pernah mewakili saya.
Maksud saya, orang yang pekak, guna bahasa isyarat
dan yang boleh juga bersuara.
Ya.
Saya juga nak ajar orang di sini bahasa isyarat.
Orang yang saya baru kenal boleh tegur saya dengan bahasa isyarat.
Tapi saya juga pekak.
- Saya nampak alat pendengaran awak. - Ya.
Kenapa awak tak ajar saya? Kita dah berbual. Awak tak…
- Awak kenalah proaktif juga. - Kalau awak tegur saya begini, saya…
Saya tak wajib tegur awak.
Awak sengaja minta simpati, ya?
- Simpati? - Ya.
- Tim. - Tidak.
- Tim, apa awak buat? - Awak tak pernah sebut pun sebelum ini.
- Sekali pun tak pernah. - Tim, kita tak berkawan.
Awak tunggu saat ini untuk bangkitkannya. Ini helah awak.
Tak baiknya cakap begitu.
Awak tiba-tiba buat begini semasa bercakap dengan saya
untuk kagumkan saya, tapi sebelum ini awak tak buat pun.
- Tidak. - Awak buat begitu untuk saat ini.
Tim, awak burukkan reputasi diri sendiri.
Awak tipu saya.
- Tim. - Tak, saya…
Aduhai, saya kesal betul.
Saya kasihankan awak.
Saya tak kasihankan awak kerana awak bakal tersingkir.
- Mari kita biar takdir yang tentukan. - Boleh.
Saya cuma nak menang
dan jadi orang terhandal dalam sesuatu bidang.
Mak nak cari motivasi dari dalam diri mak untuk melakukannya,
dan mak dah menemuinya semula.
Ya.
- Saya sayang mak. - Mak sayang kamu.
Sekarang, saya akan tewaskan mak.
Semoga berjaya.
Jangan harap saya akan mengalah.
Gilanya permainan ini.
Saya tak nak lawan awak. Guli terdekat dengan dinding menang?
- Ya. - Jadi kita lontar ke arah anak tangga.
Keluarkan semua guli dan lontar sekali.
- Orang lontar terdekat menang. - Setuju.
- Nak biar masa berjalan? - Biarkan saja.
- Sampai 20, 30 saat terakhir. - Okey.
Lontar sekali. Guli terdekat menang.
- Setuju. Ya. - Baiklah.
Awak nak korek lubang dan lontar ke dalamnya?
Orang yang lontar guli yang…
- Paling banyak masuk menang. - Menang.
Baiklah.
Saya lontar sekarang.
Okey.
Saya sangat fokus.
Saya hanya tumpukan pada diri saya dan guli itu.
- Aduh. - Aduh.
Buatlah.
- Awak mula dulu. - Okey.
Pilihlah permainannya asalkan tak perlu melontar.
Saya cuma nak lontar saja.
Awak nak lontar saja?
Ya. Permainan lontar yang melibatkan lebih daripada satu guli.
- Saya tak rasa yakin. - Janganlah tinggikan suara.
- Saya tak tinggikan suara pun. - Tak apa, tapi…
Saya ingat awak kuat bersaing.
- Memanglah. Sebab itu saya tak mengalah. - Mana ada.
Kenapa awak berkeras?
Saya nak ada peluang menang, macam awak.
- Masuk tak? - Masuk.
- Yakah? - Ya.
- Cantik lontaran awak. - Terima kasih.
- Masuk tak? - Masuk.
Ya.
1-0.
2-0.
3-0.
Takkanlah semua guli awak akan masuk.
Aduhai.
Aduh, susahnya.
Gila betullah. Nak tunggu dulu?
Jom kita tunggu.
Permainan ini buat saya rasa tertekan.
Saya dah lalui banyak dugaan hidup, jadi…
Saya gembira kerana sampai sejauh ini…
tapi saya bercadang nak dermakan sebahagian hadiah wang itu
kepada pusat derma ginjal
kerana saya dermakan ginjal kepada adik saya tahun lepas.
Saya yakin wang itu boleh menghapuskan penderitaan keluarga saya
kerana kami tak sepatutnya terus hidup sengsara seperti selama ini.
Saya faham kesusahan awak.
Segala cabaran dan dugaan yang awak hadapi.
Saya pernah lalui hidup yang amat sukar.
Keluarga saya tak merestui keputusan saya
untuk menjadi askar atau ibu tunggal pada usia 19 tahun, dan…
Luahkanlah.
Dugaan itu sukar.
Terlampau sukar.
Sukar kerana saya tiada tempat mengadu.
- Ya. - Ya, jadi…
- Saya tak boleh mengalah. - Ya, saya pun sama.
Ya.
- Baiklah. Ini yang terakhir? - Ya.
Aduhai.
- Awak memang. - Maafkan saya.
Aduhai.
- Maafkan saya. - Aduhai.
Hei, jangan minta maaf.
- Buat betul-betul sampai menang. - Baiklah.
- Sedaya upaya. - Baik.
Buatlah.
- Maafkan saya. - Aduh.
Kenapalah ada permainan ini?
Dua puluh biji guli.
Pemain nombor 337, tersingkir.
No comments yet. Be the first to leave one.