The first 200 lines.
SEBELUM INI
Dia dah mati! Mari!
Apa…
Tolak ia ke atas…
Awak dari mana?
Dia nak kita bantu dia cari bintang itu.
Nori?
Saya perlu pulang ke Dunia Tengah.
Bukan Elf yang usir kami dari tanah air kami, tapi Orc.
Adakah itu lambang raja orang awak?
Kami tiada raja.
Semua kota kara akan ditutup.
Tengok buat kali terakhir?
Ia dah banyak berubah, Pengawas.
Tapi penghuni di sini masih sama.
Kejahatan masih ada dalam diri mereka yang menyokong Morgoth.
-Ada orang gali laluan ini. -Atau sesuatu. Ini bukan kerja manusia.
Teruskannya.
Kamu! Tambat dia.
Humban dia dengan yang lain.
Kau buatlah. Aku dah berjemur semasa bekerja semalam.
Kalau Adar dah takdirkan kau berjemur sampai hitam, kau kenalah buat.
Baiklah, kerana Adar, bukan kerana kau!
Demi Adar!
Masa rehat dah tamat, pemalas.
Sekarang, gali.
Dia masih hidup.
Pemilik kapal ini, penyelamat atau penawan?
Ia tak beracun, jika itu yang awak bimbangkan.
Tak beracun bagi manusia.
Eldar berada di atas kapal saya?
Pelik sekali.
Kapal apakah ini?
Bertenang. Saya harus menyerahkan awak kepada orang atasan saya.
Mereka akan jawab semua soalan awak.
Kita menuju ke mana?
Tengoklah sendiri. Kita dah hampir tiba.
Hampir ke mana?
Tanah air.
Tempat apakah ini?
Tak lain dan tak bukan,
Dunia Bintang.
Dunia manusia paling barat.
Kerajaan Pulau Númenor.
Perlahankan kapal!
-Itu Elfkah? -Tak nampak apa-apa…
Sejak bila Manusia macam saya pandai bina kerajaan sebegini?
Manusia ini bukan macam awak.
Semasa Perang Besar, nenek moyang awak sokong Morgoth.
Mereka sokong Elf.
Sebagai ganjaran, Valar anugerahi mereka pulau ini,
yang kini telah banyak berubah.
Bunyinya macam awak iri hati.
Tidak, bukan iri hati.
Dukacita.
Dulu, Elf bebas datang dan pergi dari sini.
Kami bagaikan bersaudara.
Bertukar-tukar hadiah dan ilmu.
Apa yang berlaku?
Númenor halau kapal kami.
Akhirnya, mereka putuskan hubungan.
Kenapa?
Nanti kita tahulah.
Jangan berhenti.
Kamu tentu tak mahu sesat di sini tanpa pengiring.
Letak dengan yang lain.
Terlalu panas.
Bawa bersabar.
Kita warga Númenor.
Mari kita ketepikan sejarah buat masa ini dan jaga adab kita.
Jangan cuba cari gaduh dengan mereka.
Kapten. Ratu sedang sibuk.
Begitu juga Canselor Pharazôn. Lebih baik tuan…
Melutut.
Kami tak melutut di Númenor.
Maaf.
Cakap, Elf.
Siapa nama kamu?
Galadriel daripada suku Noldor.
Anak Wangsa Finarfin.
Komander Tentera Utara Raja Gil-galad.
Halbrand.
Dari Tanah Selatan.
Manusia dan Elf, bersama?
Takdir yang menentukan.
Kami bersama tanpa sengaja dan bertemu di laut terbuka.
Kapten tuan telah menyelamatkan kami daripada maut.
Kami cuma berharap Númenor terus mengasihani kami
dan beri kami kapal untuk ke Dunia Tengah.
Sudah lama kapal Númenor
tak dibenarkan pergi ke sana bagi pihak Elf.
Kerana Elflah pulau ini dikurniakan kepada tuan.
Takkanlah tuan tak boleh beri kami sebuah kapal.
Nenek moyang kami tak dikurniakan apa-apa.
Mereka tumpahkan darah demi pulau ini.
Maksud Elf ini…
Jika darah perlu tumpah, saya rela.
Tapi yang pasti, saya akan ke sana.
Beta alu-alukan cubaan kamu.
Saya tak perlu dialu-alukan.
Kehadiran kamu pun makin tak dialu-alukan.
-Pengawal! -Kawan-kawan.
Nampaknya niat kami untuk berangkat menimbulkan beberapa masalah.
Mungkin lebih baik jika kami tinggal…
-Tinggal? -Cukup lama, wahai ratu yang mulia,
untuk tuanku dan penasihat tuanku mempertimbangkan permintaan kami.
Mungkin selama beberapa hari?
Tiga hari, dan Elf itu dilarang meninggalkan kawasan istana.
Saya enggan dikurung.
Saya lebih sanggup seksa kuda
daripada mengurung komander Tentera Utara yang gagah perkasa.
Maka, kamu tetamu Númenor.
Kapten.
Terima kasih.
"Ratu yang mulia?"
Tanah Selatan takkan ke mana-mana.
Penduduknya bagaimana?
Tengoklah. Tempat ini bagaikan syurga.
Kaya dengan jutaan peluang.
Awak ingat saya suka menempah maut bersama awak?
Awak terjun laut demi seorang.
Saya utamakan ramai orang.
Saya sudah lama mencari ketenangan jiwa.
Tolonglah, demi kebaikan kita, biarlah saya merasainya.
Mungkin awak juga perlukannya.
Tapi setidak-tidaknya,
janganlah cari musuh baru.
Masalah ini perlu diselesaikan segera.
Dia cuma seorang.
Kerana seorang, dunia boleh huru-hara.
Jangan sampai kita berperang seperti zaman mantan raja.
Ceritalah tentang kapten itu.
Namanya Elendil.
Berketurunan bangsawan, kini dia Pengawal Laut dan anak lelakinya,
kalau tak silap, akan menuruti jejak langkahnya.
Tarik!
Beramai-ramai!
Tarik!
Tarik tali lagi laju kalau kamu mahu sertai pasukan saya!
Ayuh, kadet!
Beramai-ramai!
Isildur...
Isildur!
Isildur!
Kadet yang layak menyertai angkatan Pengawal Laut
bukan sekadar menjadi pelindung Númenor.
Bukan yang itu!
Imrahil!
Kiri! Bawa ke sebelah kiri!
Valandil! Ontamo!
Tolong! Tarik!
Kerjasama, kadet! Sambung semula!
Tiada panduan lain setegas laut.
Laut sentiasa benar!
Laut sentiasa benar!
Kasihan Imrahil.
Ayahnya mungkin akan halau dia keluar rumah.
Isil pun sama saja.
Saya?
Awak mengelamun sepanjang hari. Apa masalahnya?
Saya tak sabar keluar belayar. Itu saja.
Sembilan hari lagi!
Kalau lulus Ujian Laut, dalam empat tahun, kita jadi pegawai.
Selepas 10 tahun, kita jadi nakhoda.
-Lagi lapan tahun. -Rasanya18 tahun.
Isildur! Adik awak datang.
Kamu sampai pun.
Berek, sayang.
Tengoklah, dia tak melukis kali ini.
Kamu tak perlu datang dari jauh untuk jumpa abang.
-Isil, nak minum? -Pergilah dulu.
Nanti sertailah kami. Jangan ikut abang awak.
Nanti awak jadi anak dara tua pula.
Atau anak dara muda.
Kenapa kamu datang? Mana ayah?
Setiawan percaya kelopak Pohon Putih yang gugur
bukan perkara remeh,
tapi ia titisan air mata Valar.
Satu peringatan bahawasanya mereka sentiasa memerhati
dan menilai setiap tindak-tanduk kita.
Kamu percayakah kata-kata itu?
Menurut pengalaman patik, kita tak patut hidup
berdasarkan ramalan dan petanda.
"Elendil." Peliknya nama itu.
Dari pantai barat, bukan?
Ia berasal dari sana.
Apa maknanya?
Lelaki yang sukakan cakerawala.
Bukan itu saja maknanya, bukan?
Dalam bahasa purba Eldar,
ia juga bermakna "rakan Elf."
Ia benarkah? Kamu rakan Elf?
Patik hamba Númenor yang setia.
Namun, walaupun Elf tak dialu-alukan di pulau kita
sejak pemerintahan nenek moyang beta,
kamu tetap ingkar. Kenapa, ya?
Laut yang membawanya kepada saya,
dan laut sentiasa benar.
Laut tak boleh menderhaka.
Ampun tuanku,
No comments yet. Be the first to leave one.