Release info

우아한-친구들-Graceful-Friends-E09-NEXT-iQIYI
A Commentary by ANANG2196

Tags

other
Published on: 2020-08-08
Downloads: 8
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 192 lines.

Subtitle bY iQIYI Resynced == ANANG KASWANDI ==

[Kandungan berikut mungkin tak sesuai untuk penonton bawah usia 19 tahun.]

[Program ini merangkumi iklan maya dan tidak langsung.]

[Nama, perniagaan, tempat dan kejadian yang disebutkan di sini adalah rekaan.]

Kita batalkan saja

rancangan perkahwinan kita.

Kenapa?

Saya tak rasa

saya akan bahagia dengan awak.

Saya tak pernah janjikan kebahagiaan untuk awak.

Kalau itu alasan awak, saya tak boleh terima.

Saya cintakan orang lain.

Saya tak dapat hubungi awak selama sebulan

dan sekarang awak kata awak dilamun cinta?

Awak berguraukah? Awak jatuh cinta?

Awak?

Kenapa?

Tak bolehkah saya jatuh cinta dengan seseorang?

Tidak.

Selama bertahun-tahun, saya berada di sisi awak.

Saya hanya nampak awak dan mencintai awak, tapi awak tak mencintai saya.

Tapi, awak cintakan orang lain?

Dan budak yang awak baru kenal selama sebulan?

Hanya ambil masa tiga saat untuk jatuh cinta.

Ia sama seperti guruh dan kilat.

Lupakan saja.

Kita tak berbual tentang ini.

Saya akan berkahwin dengan dia.

Dia buat saya...

nak hidup untuk kali pertama.

Saya tak nak kehilangan dia.

Awak nak buat saya marahkah?

Awak mungkin jadi gila,

tapi saya mungkin akan mati.

Selamat tinggal.

Apa awak buat di sini?

Hotel itu terlalu melemaskan, jadi saya pecah masuk.

Awak dah gilakah?

Ini menceroboh namanya. Awak tak tahukah?

Kalau begitu, telefon polis.

Saya pun ada banyak benda nak cakap.

Letihnya.

Aduhai.

[Ahn Gung-cheol dan Nam Jeong-hae Ahad, 17 Oktober 2004, 12 tengah hari]

[Sila berikan tepukan gemuruh kepada mereka.]

[- Cium sajalah dia! - Cepat!]

[- Cium sajalah dia! - Cium dia!]

Tidak, nyo, nu, nyu, neu, ni!

- Ini berita sensasi! - Lihatlah!

- Kamu perlu lihat! - Apa?

Baek Hae-suk sedang bercinta dengan Profesor Han.

- Apa? - Saya dah agak.

Sebab itulah dia selalu pandang rendah pada kita.

Dia angkuh kerana Profesor Han ada di sisi dia.

- Betul. - Saya tahu.

Dia memang tak tahu malu. Macam mana dia boleh goda suami orang?

Dia memang menakutkan, bukan?

- Hei, tengok. Bulu roma saya meremang. - Gelinya.

- Aduhai. - Biar saya lihat.

- Tunjuk saya. - Kamu semua buat apa?

- Dia datang. - Mari.

- Mari kembali memanaskan badan. - Okey.

Mari kita teruskan.

Kita perlu panaskan badan.

A, ya, eo, yeo.

[Awak cakap sesuatu berlaku kepada Gung-cheol dan Jeong-hae.]

Apa yang berlaku?

Itu bukan urusan awak.

Yakah?

Saya tiba-tiba terfikir.

Adakah awak merancang

apa yang berlaku kepada mereka?

Minum!

Saya dah agak dia akan jadi senior yang akan buat begitu.

Senior? Apa-apa sajalah.

Saya malu kerana penipu macam dia pernah belajar di sekolah kita.

Ji-uk mungkin satu-satunya lelaki yang anggap dia senior.

Hei, dia pernah aturkan janji temu rahsia untuk saya

dan saya dimalukan dengan teruk.

Dia terlalu susah dilayan sebab dia agak comel.

Dia hanya bintang filem lucah.

Sekejap, namanya Kang Mi-ra?

Macam mana awak tahu nama dia?

Dia kenalkan awak kepada perempuan itu juga?

Tak guna. Dia daripada rumah anak yatim yang sama dengannya.

Dia pernah kenalkan kepada saya juga. Saya berusaha untuk keluar dengan dia,

tapi, dia tak pernah mengalah.

Dia fikir dia terlalu bagus.

Mari minum.

Ibu bapa awak tak merungutkah awak buat begitu?

Saya salah cakapkah?

Sesetengah ibu bapa

kecewa dengan kerja begini, tapi ada yang menyokong.

Saya pergi dulu.

Hei, Ji-uk, awak nak ke mana?

Sebab kenapa

saya nampak suram hari itu

bukan kerana

saya kecewa dengan awak, tapi sebab saya teringatkan mak saya.

Mak saya

juga bintang filem lucah.

Jadi, tolong jangan salah faham.

Dan saya minta maaf sebab saya sebut tentang ibu bapa awak begitu.

Sudah tentu, mereka boleh sokong awak.

Saya tak berfikir panjang.

Maafkan saya.

Saya pergi dulu.

Kenapa awak baik sangat?

Apa?

Siapa saya sebenarnya?

Saya tak penting pun.

Awak boleh saja abaikan sama ada saya salah faham atau tidak.

Kenapa awak datang sampai ke sini untuk minta maaf?

Takkan saya nak abaikan saja awak?

Awak orang pertama yang saya berikan sepenuh hati saya.

Jangan menangis.

Awak tak patut menangis

kerana orang macam saya.

Jangan tinggalkan apa-apa dan habiskan semuanya.

Awak akan rasa lebih baik begitu.

Terima kasih.

Mana Yu-bin?

Dia ada di sekolah.

Yakah?

Makanlah lagi.

Saya tak boleh makan lagi.

Sayang, boleh buatkan kopi untuk saya?

Terima kasih.

Jeong-hae.

Awak ada masa untuk berbual dengan saya?

Semalam ulang tahun kematian mak awak, bukan?

Macam mana awak tahu?

Jae-hun beritahu saya.

Dia kata awak beritahu dia semasa perjumpaan malam sebelumnya.

Jangan risau.

Macam mana saya tak risau?

Bagaimana saya, suami awak, tak tahu

bila mak awak meninggal dunia sedangkan Jae-hun tahu?

Awak tak beritahu saya apa-apa tentang keluarga awak.

Awak beritahu saya untuk tak tanya apa-apa.

Awak tahu betapa saya mahu dengar semua itu?

Tergamak awak buat begitu?

Itu tak penting.

Kalau ia penting, dah lama saya beritahu awak.

Saya dah lambat. Saya pergi dulu.

Jeong-hae.

Ada apa-apa lagi yang awak rahsiakan daripada saya?

Apa yang awak nak tahu?

Saya cuma

tertanya-tanya siapa diri saya bagi awak.

Akhir-akhir ini, saya ragu-ragu.

Ragu-ragu?

Kenapa awak ragu-ragu tentangnya?

Sebab Hae-suk?

Kenapa awak sebut nama dia pula?

Kenapa awak sangat bencikan dia? Kamu berdua pernah jadi kawan baik.

Kawan baik?

Kalau kami kawan baik,

perlukah saya terus berkawan mengetahui suami saya cintakan dia?

Siapa kata saya cintakan dia?

Tolong jangan jadi tak rasional.

Jangan menipu.

Tentu awak dah lupa pekerjaan saya.

Saya tahu apa yang awak fikirkan

hanya melalui mata awak dan bunyi nafas awak.

Bukankah awak yang menipu?

Apa?

Saya...

pergi ke rumah penjagaan di Hongcheon semalam.

Saya jumpa wanita itu,

Do-hae di sana.

Saya nampak

Profesor Koo Yeong-seon di sana.

Dan penjaga dia ialah Do-hae.

Dia beritahu saya

yang Man-sik jaga Profesor Koo.

Jadi?

Kenapa itu satu masalah?

Awak kata dia tertekan,

jadi, awak cadangkan rumah penjagaan itu sebagai terapi.

Jadi, macam mana isteri

Profesor Han Eung-sik yang mati 20 tahun lalu

ada di rumah penjagaan itu?

Ia kebetulan.

Kebetulan?

Ada sebab kenapa Man-sik tak boleh jaga Profesor Koo?

Dia nak rasa puas hati dengan menjaga seseorang

dan kebetulan orang itu ialah Profesor Koo.

Kenapa awak mencari salah?

Saya nak pergi kerja.

Hei. Ada apa?

Encik Yang berpakat dengan syarikat alkohol

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left