The first 200 lines.
[ Penafian: Semua tempat, watak, firma, dan peristiwa yang digambarkan adalah rekaan. ]
Saya dah pergi ke empat hotel berbeza, tapi tiada.
Krismas belum tiba pun lagi.
Saya tak percaya ini berlaku pada hari bekerja.
- Jumpa esok. - Kerja yang bagus hari ini.
Masa untuk tutup kedai.
Jadi, awak dah beli?
Saya telefon awak sebab saya belum beli lagi.
Sebenarnya ia untuk apa?
Bukan untuk apa-apa.
Saya rasa ia hanya untuk ditunjuk.
Awak rasa?
Ya, macam itulah.
Yang cukup besar.
Sangat mewah tapi juga sangat ringkas.
Kalau begitu, awak patut ke sana. Kenapa datang ke sini?
Di mana awak sekarang?
Awak tak panas?
Entahlah.
Mungkin memang panas.
Suhu di luar 15 darjah Celsius.
Atau 16 darjah Celsius.
Yakah?
Awak nak ke Cheongdam-dong?
Apa?
Tak. Kenapa?
Saja tanya.
Saya nak minta awak tumpangkan saya.
Tapi nampaknya awak tak pergi.
Betul.
Saya tak ke sana.
Jadi awak nak ke mana?
Saya?
Saya nak
balik.
Saya nak balik.
Tepat pada masanya.
Apa?
Ya.
Pandang saya.
Saya nampak lain, bukan?
Entahlah. Saya tak tahu.
Awak potong rambut?
Awak tak perasan?
Tak.
Saya dah buat rawatan untuk hilangkan kedutan di mata.
Rawatan?
Ya.
Sakit rasanya.
Setelah merasa kesakitan itu, saya menjadi cantik.
[ Min-jeong Sekeping gambar telah dihantar ]
Buka mata.
Saya nampak awak tutup mata tadi.
Aduhai.
Awak senang mabuk. Kenapa awak minum banyak sangat?
Patutlah awak jatuh sakit.
Saya sangat mabuk, bukan?
Saya tak ingat.
Gang-jae dukung awak balik.
Saya ingatkan awak okey.
Tapi sebaik saja awak balik, awak muntah.
Saya basuh baju dua kali pada waktu malam.
Maaf.
Saya minta maaf.
Saya dah masak sup ikan.
Makanlah dan cuci pinggan selepas itu.
Okey.
Awak dah nak pergi kerja?
Ya.
Oh, ya.
Jemput saya kira-kira pukul 11:30 di farmasi.
Bagaimana dengan Woo-nam?
Woo-nam…
Dia sedang bekerja?
Tak, bukan begitu.
Saya tak tahu bila dia akan balik.
Jadi, datang jemput saya, okey?
Okey.
Saya pergi dulu.
Ya, pergilah.
Oh.
Apa yang Gang-jae lakukan…
Awak tak buat begitu juga, bukan?
Apa yang Gang-jae lakukan?
Itu rupanya.
Jangan risau.
Saya tak layak pun untuk kerja itu.
Baguslah.
Tunggu.
Apabila difikirkan semula, menyakitkan hati betul.
Apa kurangnya awak?
Awak lebih bagus daripada Gang-jae.
Saya cakap saja.
- Awak cakap saja, bukan? - Betul.
Awak yang tolak mereka.
Faham?
Baiklah. Saya yang tolak mereka.
Pergilah sekarang.
Mengarut betul.
Hai.
Saya pernah bawa dia ke sana beberapa kali.
Ya.
Perempuan yang jahat
yang kelihatan agak sedih.
Betul, yang itu.
Kami berbual di telefon
tapi talian terputus.
Saya telefon semula tapi dia tak jawab.
Mungkin tak ada apa-apa.
Tapi yalah.
Awak pun tahu
dia selalu banyak bertanya.
Dia sukar diramal.
Saya dengar dia bekerja berdekatan kedai awak.
Entahlah.
Saya dengar dia bersama beberapa lelaki yang lebih tua.
Kalau dia datang ke kedai awak, tolong telefon saya.
Saya mengelilingi kawasan ini menaiki teksi.
Awak fikir saya gila?
Kenapa saya nak bercinta dengan dia? Saya tak gila.
Betul.
Okey, tolong telefon saya.
Selamat tinggal.
Dia akan telefon saya.
Atau kita akan terserempak dengan dia.
Okey.
Kenapa awak tiba-tiba tenang?
Sebentar tadi,
awak buat kecoh macam perkara buruk berlaku.
Sampai buat saya risau.
Melihat semua orang ini,
mereka menyedarkan saya.
Semua orang
sedang berseronok.
Awak berguraukah?
Saya rasa dia sedang berseronok di mana-mana.
Itu yang saya cakap banyak kali.
Bahawa dia mungkin sedang berseronok di mana-mana.
Awak…
Awak tiba-tiba ada tabiat minum?
Lucukah?
Saya dipermainkan oleh tabiat minum awak, bukan?
Aduhai.
Awak bukan tahan mabuk pun
tapi awak habiskan sebotol yang berisi dua liter.
Awak patut beli beberapa tin saja
dan minum sikit-sikit.
Botol lebih murah.
Awak memang berkira.
Ini lagu apa?
Kebelakangan ini, awak suka lagu-lagu seperti ini?
Awak tahu
apa maksud liriknya?
Tidak. Ia dalam bahasa Inggeris.
Kenapa? Apa maksudnya?
Saya pun tak tahu.
Bagus sangatlah.
Awak masuk universiti, tapi awak tak boleh berbahasa Inggeris?
Lirik itu tentang apa? Saya nak dengar.
Awak menangiskah?
Kenapa?
Ada sesuatu yang berlaku?
Tidak.
Tak ada apa-apa.
Tiada apa-apa
yang berlaku.
[ Gang Min-jeong. Awak ada di sini? Di mana? Saya di simpang jalan. ]
Encik.
Boleh buat pusingan U dan turunkan kami di sini?
Terima kasih.
Hei, saya dah jumpa Min-jeong.
Mari jumpa dia.
Biar betul?
Kita dah jumpa dia.
Di mana?
Di sana.
Di simpang jalan.
Dia pakai cekak rambut yang pelik.
Biar betul?
Baguslah.
Leganya…
Boleh cepat tak, encik?
Aduhai.
Maaf, encik.
Syukurlah.
Syukurlah.
Ya. Syukurlah.
Senyum.
Satu, dua, tiga.
Satu, dua, tiga.
Satu, dua, tiga.
[ Just Just menjemput anda ke ruang sembang ]
Saya dahaga.
Tapi dah lepas tarikh luput.
Jika tarikh luputnya pada 10 hari bulan…
Dah lebih seminggu. Saya harap tak apa-apa.
Awak boleh duduk.
Jangan minum air itu.
Saya rasa ia tak boleh diminum.
Sebab itu jus tomato.
No comments yet. Be the first to leave one.