The first 200 lines.
Sub bY iQIYI
[Kandungan berikut mungkin tak sesuai untuk penonton bawah usia 19 tahun.]
[Program ini merangkumi iklan maya dan tidak langsung.]
[Nama, perniagaan, tempat dan kejadian yang disebutkan di sini adalah rekaan.]
Resynced == ANANG KASWANDI ==
Ada peluang untuk berasmara juga.
Peluang?
Benda macam itu tak wujud dalam perhubungan.
Ya, ada.
Kalau awak terlepas peluang itu, awak hanya akan jadi "kawan".
- Dan jika kita tak terlepas? - Awak akan berkahwin
atau ada hubungan sulit.
Kalau lelaki dan wanita yang dah berkahwin ada kawan lelaki dan wanita,
maksudnya mereka terlepas masa untuk tidur bersama.
- Itu menurut awak. - Lebih kurang.
Lelaki dan wanita tak boleh berkawan saja.
Kalau awak tak terlepas peluang itu dan berjaya tidur dengan seseorang,
awak akan mengahwini dia.
Entahlah. Saya takkan berkahwin semula hanya untuk berasmara.
Saya harus timbang semua pemboleh ubah.
Atau saya mungkin hidup sendirian.
Janganlah lakukannya.
Kami akan rasa kasihan dengan sesiapa yang terpaksa tinggal bersama awak.
Ya. Awak berjaya. Hiduplah seorang diri.
Apa salah dia?
Sebab itulah
awak patut berkahwin dengan wanita yang sempurna macam saya.
Dia tak kekurangan apa-apa.
Kenapa dengan awak?
Apa? Saya tak salah cakap.
Ada bantahan untuk kenyataan saya bahawa Jeong-hae sempurna?
Ada sesiapa bantah?
- Tak ada. - Tak ada.
Kalau begitu, Gung-cheol,
nampaknya awak cintakan Jeong-hae kerana dia sempurna.
Tolonglah.
Dia menjadi sempurna sebab saya cintakan dia.
Bagaimana dengan Hae-suk?
Kenapa awak cintakan dia?
Kenapa dengan awak?
Itu kisah lama.
Saya tak ingat pun.
Panasnya.
Aduhai.
Daripada apa yang saya dengar, bukan Gung-cheol seorang saja
yang suka Hae-suk. Saya dengar kamu semua suka.
Dia, bukan? Cinta pertama semua orang.
Sayang, apa yang berlaku?
Awak cakap saya cinta pertama awak.
Awak tipu saya?
Saya tak tipu.
Ketika itu, ia hanyalah emosi. Tak ada apa-apa pun.
Orang pertama yang saya cinta dengan sepenuh hati dan badan saya
ialah awak, Eun-sil.
Betul. Bukankah awak kata
dia bunuh seorang profesor dan bersembunyi?
Sayang.
Saya dengar sekolah itu jadi huru-hara.
Awak tahu,
saya sedar selepas apa yang berlaku.
Apa yang awak sedar?
Apa lagi?
Kita tak tahu bila kita akan mati,
jadi mulai sekarang, saya akan buat apa saja yang saya nak.
Begitulah.
Hei, awak dah pun hidup begitu.
Saya yang sebenarnya dapat kesedaran dan fikir
saya patut berhenti hidup begini.
Jadi, awak nak buat apa? Awak nak hidup macam mana?
Saya akan mula fikir tentang itu sekarang.
Tapi, yang penting
saya takkan hidup macam Man-sik.
Kenapa boleh jadi begini?
Macam sesetengah orang kata, dia bekerja hingga saat kematiannya.
Aduhai, saya sangat kecewa semasa pengebumiannya!
Bagaimana ibu bapa dan adik-beradiknya
hanya risaukan tentang duit?
Tak ada siapa yang betul-betul berkabung.
Itukah yang dinamakan keluarga? Aduhai.
Ada seseorang yang datang untuk berkabung.
Perempuan itu.
[Takziah daripada Alumni Kelab Teater Phoenix Universiti Yeongang]
- Siapa itu? - Kenapa dia menangis teresak-esak?
- Dia bekerja dengan si matikah? - Mungkin suami dia.
Aduhai, siapa wanita itu dan kenapa dia menangis teresak-esak?
Dia tak nampak mencurigakankah?
Awak curiga dengan semuanya.
- Hei. - Betul.
Dia bukan ahli keluarganya.
Jaga sikit mulut awak.
Tapi, macam mana kalau dia keluarganya?
Kalau dia bukan ahli keluarga, kenapa dia menangis begitu?
Bila difikirkan balik, dia menangis teresak-esak.
Awak nampak muka Myeong-suk bila dia datang?
Ia benar-benar menakutkan. Aduhai.
Takkanlah saya tak perasan muka dia?
Saya ingatkan sesuatu akan berlaku. Saya sangat takut.
Awak pun tak kenal dia, bukan?
Pernahkah Man-sik perkenalkan dia kepada awak?
Si dungu yang gila.
[Takziah daripada Alumni Kelab Teater Phoenix Universiti Yeongang]
Maaf.
Maaf kerana bertanya,
macam mana awak kenal suami saya?
Kami
hanya kenalan.
Maafkan saya.
Saya takkan maafkan awak.
Dia ada beberapa insurans.
Tapi, dia batalkan semua pelannya bulan lepas.
"Batalkan"?
Dia kata dia perlukan duit dengan segera.
Jadi, dia batalkan semuanya apabila tahu dia akan kehilangan wang.
Kalau saya tahu, saya akan halang dia tak kira apa pun.
Aduhai, malangnya dia.
Isteri dia tahu, bukan?
Saya tak rasa begitu.
Dia pastikan saya rahsiakan daripada Myeong-suk.
Aduhai, kenapa dia perlu batalkan polisi insurans dia?
Ia jelas.
Apa yang jelas?
Dia batalkan polisinya walaupun mengalami kerugian,
dan dia juga rahsiakannya daripada Myeong-suk.
Bukankah ia jelas?
Ya, jadi apa yang jelas?
Saya pasti dia gunakannya untuk perempuan itu.
"Perempuan itu"?
Kejap, perempuan itu?
Saya tak rasa Man-sik begitu orangnya. Itu langkah yang begitu berani.
Macam mana dia boleh batalkan insurans hayatnya kerana seorang wanita?
Kamu semua mungkin tak tahu,
tapi, perlukan banyak duit untuk tinggal dengan wanita muda dan cantik.
Perempuan simpanan tinggi kosnya...
Cukuplah!
Awak nampak dia?
Awak nampak dia bertemu janji dengan wanita itu?
Awak ada nampak dia beri wanita itu duit insuransnya?
Tak ada.
- Tak, ia... - Maksud saya...
[saya betul-betul nak tahu siapa wanita itu sebenarnya.]
Itu Hae-suk.
- Betul. Baek Hae-suk. - Baek Hae-suk, hebatnya.
Aduhai.
Awak rasa macam mana dia tahu
dan datang?
Apa?
Itu kali pertama saya jumpa dia juga dua hari lepas.
Itu Hae-suk, bukan?
Itu dia. Ya.
- Hei, pergi. - Pergi.
Itu Hae-suk, bukan?
Kamu memang tak boleh lari daripada masa yang berlalu.
Kamu semua nampak sangat tua.
Dua puluh tahun itu lama.
Tapi Hae-suk, awak nampak sama.
Awak memang tak berubah langsung.
Apa-apa sajalah. Saya ada berubah.
Berat badan saya dah naik dan saya ada banyak kedut.
Macam mana awak tahu?
Persatuan Alumni tak ada maklumat tentang awak.
Betul. Gung-cheol hubungi semua orang.
Awak berhubung dengan Hae-suk?
Tidak.
Macam mana awak tahu?
Sebenarnya...
Mungkin Man-sik hubungi saya.
Saya pergi dulu.
Cepatnya?
Tak apa, jangan keluar.
Gung-cheol, boleh kita bercakap sebentar?
Apa?
Sekejap saja.
Baiklah.
Kenapa dia panggil awak seorang saja?
Ya, awak berbual lama sebelum awak masuk balik.
Apa yang kamu berdua bualkan?
Kami tak banyak bercakap. "Apa khabar?"
"Awak tinggal di mana?" Kami tanya khabar saja.
Dia kerja apa? Dia tinggal di mana?
Saya rasa dia dah berkahwin.
Apa pekerjaan suaminya? Berapa ramai anak yang dia ada?
Saya tak tahu.
Kenapa tak tahu? Awak cakap awak tanya dia.
Saya memang tanya, tapi dia tukar topik.
Kepada topik apa?
Benar-benar lama
kita tak jumpa.
Ya.
Lama kita tak jumpa.
Apa khabar? Awak tak sakit, bukan?
Saya sihat.
Sebenarnya saya terlalu sihat.
Baguslah.
Apa pun, macam mana... Macam mana awak tahu tentang hari ini?
Awak ada berhubung dengan sesiapa?
Itu penting sangatkah?
Macam mana saya tahu untuk datang?
Ia tak begitu penting. Saya cuma nak tahu.
Jangan beritahu saya kalau awak tak mahu.
Saya datang untuk jumpa...
No comments yet. Be the first to leave one.