Specials

Release info

갯마을 차차차-Hometown-Cha-Cha-Cha-E03-NEXT-NF
A Commentary by Anangkaswandi

Tags

other
Published on: 2021-09-04
Downloads: 26
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Bunyi Gongjin.

- Terima kasih. - Ia sangat sedap.

- Sama-sama. - Selamat jalan.

- Tae kwan! - Satu!

- Tae kwan do! - Tae kwan do!

Cik Yoon Hye-jin, ada bungkusan!

Ini ialah bunyi Cik Yoon Hye-jin dari Seoul

bergegas mengambil bungkusan.

Kenapa tak ambil?

Yalah.

EPISOD 3

Hari Sabtu pun awak bekerja?

Jin-seok patah tangan. Saya akan ganti dia buat sementara.

Itu bukan berita gembira.

- Saya tak perlu tandatangan? - Tak perlu. Wajah awak dah cukup.

Susah nak cari wajah begini di Gongjin.

- Awak mengata saya? - Suka hatilah nak fikir apa.

Kelakar betul. Awak fikir awak kacak?

Di Seoul, wajah macam awak banyak bersepah di tepi jalan.

Yalah. Saya pergi dulu.

Lebih banyak daripada sotong yang sampai di jeti Gongjin pagi ini.

"Hai."

- Bagaimana? - Okey.

Saya tak boleh pakai baju yang cuma "okey" untuk pergi berperang.

- Bukankah itu majlis kahwin kawan awak? - Memanglah.

Tapi semua kawan-kawan saya akan hadir.

Mereka akan mengata sebab saya

buka klinik di luar bandar.

Saya rasa akan berlaku perang besar.

Teruk betul perangai doktor-doktor gigi.

Saya akan jadi paling kurang teruk antara mereka.

Kalau begitu, apa kata awak beli pakaian di gedung beli-belah?

Saya memang nak buat begitu.

Tapi kawasan luar bandar ini tiada gedung beli-belah.

Betul cakap awak.

Ada satu saja cara untuk saya selamat.

Cik Yoon!

Cik Yoon!

- Bagaimana? - Cantik!

- Biasa saja, bukan? - Cik… Cik Yoon!

Cik… Cik Yoon.

Bagaimana?

Keterlaluan, bukan?

- Macam nak hadiri majlis anugerah? - Ya.

Cik Yoon.

Cik Yoon!

Cik Yoon

Cik Yoon

Melampau?

- Susah. - Sangat susah.

Cik Pyo Mi-seon…

Ini barang awak, bukan?

Ini nampak macam orang biasa, bukan?

- Nampak macam orang kaya. - Yakah?

- Ya. - Ada yang kurang.

Cik Yoon!

Apa semua ini?

Awak dirasuk hantu membeli dalam talian?

Hari ini agak banyak. Maaf.

Aduhai. Penatnya.

Awak beli barang dari seluruh dunia.

Amerika, Jerman, England…

Ia datang dari pelbagai negara.

Saya beli pakaian. Itu saja. Kenapa awak menyibuk?

Awak seorang saja. Kenapa beli banyak sangat?

Pengganas fesyen seperti awak takkan faham.

Apa yang penting ialah fungsinya. Awak tak tahu apa-apa.

Yalah.

Awak boros sebab dah dapat ramai pesakit, bukan?

Macam mana nak simpan duit untuk ke Seoul?

Saya akan pergi Ahad ini. Kenapa?

- Ahad ini? - Ya.

Ada hal penting.

Selepas ini, tiada bungkusan buat seketika. Berhenti membebel.

Lihatlah warna merah itu.

Wajah awak berseri sebaik saja memakainya.

Yakah?

- Okeykah? - Awak nampak cantik.

Cuba pusing.

Hebat!

Sempurna. Mara ke medan perang!

- Saya pergi dulu. - Ya. Pergilah.

Jangan lupa beri makan landak kecil ini.

Ya.

Kasut ini paling sesuai.

Maaf.

Disebabkan kecuaian saya, pasangan awak sedang hanyut di lautan.

Terkejut saya. Saya sangka orang lain.

Awak pun sama.

Tiada bungkusan akan sampai hari ini.

- Ya. Saya nak minta bantuan awak. - Apa?

Awak cakap nak ke Seoul hari ini.

- Mari pergi bersama. - Apa?

Mereka semua ada hal di Seoul.

Pn. Gam-ri nak berikan ketam perap kepada anaknya.

Pn. Mat-i… Aduhai, topinya cantik.

Dia nak hadiri majlis hari jadi pertama cucu kawannya.

Pn. Suk-ja pula nak pergi jaga cucunya

kerana anaknya sakit belakang.

- Boleh pergi. - Mari cakap sekejap.

Awak tak boleh buat begini secara tiba-tiba.

Kita satu haluan. Tak apa, bukan?

Jom!

- Okey. - Mari.

Okey, bukan? Silakan. Dia akan tumpangkan kita.

Geramnya.

Biar saya tutup.

Oh, ya. Awak dah tutup baik-baik?

Ya, jadi jangan risau.

- Kereta baru? - Itu tak penting.

Apa awak buat?

Boleh bertolak cepat? Ada banyak persinggahan.

Kita bercakap nanti.

Kenapa bawa banyak sangat?

Ini tak banyak.

Saya sebenarnya risau tak cukup untuk kita berlima makan.

Nenek bawa kek ubi? Ini kegemaran saya.

Biasanya jika naik kereta,

kita perlu sentiasa mengunyah agar tak mabuk.

Dr. Yoon, makanlah satu.

Tak apa. Saya sedang memandu, jadi…

- Apa awak buat? - Jangan bercakap sambil makan.

Pn. Gam-ri, kenapa nenek tak makan?

Saya dah makan banyak pagi tadi, jadi saya masih kenyang.

Makanlah satu saja. Dia buat seikhlas hati untuk kita.

Kenapa?

Ia tak cukup masak.

Kenapa ia terlalu keras?

Gigi awak yang ada masalah, kenapa salahkan saya?

Jika tak mahu makan, tak apalah.

Gigi nenek sakit? Kenapa tak beritahu saya awal-awal?

Gam-ri, awak mintalah Dr. Yoon berikan awak diskaun.

Diam. Awak merepek saja.

Pn. Kim, datanglah ke klinik saya. Saya akan rawat dengan baik.

- Alamak! - Aduhai!

- Oh, Tuhan. - Nenek tak apa-apa?

Saya hampir terkena sakit jantung.

Saya benar-benar terkejut.

Lesen pemandu yang cuai begitu patut ditarik semula.

Kenapa awak kejar dia?

Saya perlu beritahu apa salah dia.

Janganlah. Awak nak jadi macam dia?

Hei!

- Kenapa memandu dengan cuai begitu? - Oh, Tuhan.

- Saya hampir kemalangan sebab awak! - Apa?

Awak tukar lorong tanpa berikan isyarat.

- Kita tak berlanggar, jadi tak apalah. - Apa awak cakap?

Tiada kemalangan berlaku, jadi apa masalahnya?

Lain kali jangan memandu begitu. Awak akan menyebabkan kemalangan.

Jangan bahayakan nyawa orang.

Disebabkan masalah kecil pun awak nak kejar saya dan membebel.

Sebab inilah betina tak patut dibenarkan memandu.

Apa? "Betina"?

- Hei, kenapa biadab begitu? - Aduhai…

Tak guna. Apa yang lelaki tak guna itu cakap?

Hei, celaka! Berani awak cakap begitu selepas memandu dengan cuai?

Lelaki celaka tak guna!

Awak memang layak dipijak-pijak

dan dilupuskan daripada dunia ini!

Awak dah gila, orang tua?

Ya, saya gila!

- Celaka, tak guna! - Tak guna.

Celaka, awak nak lari ke mana? Kenapa lari? Mari sini! Tak guna!

Tak guna betul. Berani dia larikan diri?

Sebenarnya, mak saya berasal dari Beolgyo.

- Ya. - Begitu rupanya.

Okey.

Apa kita nak buat?

Semua kek ubi ini dah bersepah di atas lantai.

- Aduhai, sayangnya. - Ada tisu basah di sana.

Di sini?

KAMI AKAN BERKAHWIN

HENTIAN REHAT

SATE KEK IKAN KEK WALNUT

Nak sikit?

Dalam keadaan begini pun awak masih berselera nak makan?

Tentulah. Ubi bakar makanan paling sedap di hentian rehat.

Tak, soddeok-soddeok paling sedap.

- Nak saya beli? - Tak apa.

Kenapa mereka lama sangat?

Saya akan terlewat.

Kita masih ada banyak masa.

Kenapa tergesa-gesa? Bertenanglah.

Nikmati pemandangan dulu.

Apa-apa sajalah.

Nak saya belikan soddeok-soddeok ?

Kami di sini.

- Nak ke mana? - Mereka nak ke mana?

Mereka nak buat apa pula?

Menyampahnya.

Menyampah betul.

- Suk-ja memang pandai menari. - Ayuh, Suk-ja!

Okey.

- Bagus! - Bagusnya!.

Saya minta maaf sangat. Boleh saya matikan muzik?

Apa?

Saya lebih suka memandu dalam keadaan senyap.

Matikanlah. Kita tak patut ganggu orang yang memandu.

Awak memang tak pandai berseronok.

Awak pun diamlah.

More Malay subtitles for Hometown Cha-Cha-Cha

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left