Release info

위대한 유혹자 E28 180424 720p-NEXT
A Commentary by izrin96

Tags

720p
720
Published on: 2019-04-14
Downloads: 48
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 175 lines.

Mari pergi.

Mungkin dia lebih terkejut daripada kita.

Mari pergi.

Awak tidak apa-apa?

Sebentar.

- Boleh awak berhentikan kereta? - Baiklah.

Saya sedang mengemas tempat persembunyian kita.

Boleh awak datang? Mari kemas bersama.

Ada terlalu banyak benda yang...

saya sendiri tidak dapat buat keputusan.

Soo Ji?

Helo?

Apa yang tidak kena? Adakah awak menangis?

Se Joo.

Saya benar-benar...

Saya benar-benar...

fikir semuanya sudah berakhir.

Saya akan datang. Awak tunggu di situ.

Bilakah segala-galanya jadi serba tidak kena?

Saya mahu salahkan seseorang tapi tiada sesiapa untuk dipersalahkan.

Saya mahu beritahu ibu yang ini semua salahnya,

tapi itu hanya lebih melukakan hati saya.

Sampai hati Soo Ji dan ibunya buat begitu pada awak?

Bagaimana mereka sanggup buat begitu?

Tepat sekali.

Saya cuma mahu dia minta maaf pada Si Hyun.

Bagaimana Soo Ji boleh sanggup buat begitu pada saya?

Patutkah saya beritahu dia segala-galanya?

Tentang Si Hyun terluka kerana dia?

Ya, beritahu dia segala-galanya.

Beritahu dia segala-galanya dan biar dia juga terluka.

Tidak,

itu takkan menyelesaikan apa-apa.

- Dan itu bukan cara saya. - Tapi awak terluka.

Kenapa awak tidak menangis sahaja di bahu Si Hyun?

Jika Si Hyun tidak jumpa saya,

dia tentu takkan tahu apa-apa.

Lupakan sahaja.

Awak perlu fokus pada diri awak sendiri.

Kyung Joo.

Apa patut saya buat?

Semuanya sudah berlaku.

Semuanya akan bertambah baik.

Bila?

Bila semua ini akan bertambah baik?

Kalaulah saya tahu bila saya akan mula rasa lebih baik,

saya akan rasa tenang,

tapi saya jadi hilang akal kerana saya tidak tahu.

Soo Ji. Buka pintu. Soo Ji.

Apa yang tidak kena?

Mari kita pulang.

Atau awak mahu pergi ke hospital?

Saya tidak mahu buat apa-apa.

Saya tidak mahu jumpa ibu saya,

saya tidak mahu pulang,

dan saya tidak mahu jumpa sesiapa.

Saya harap saya hilang dari dunia ini.

Boleh awak padamkan lampu?

Betul cakap awak.

Si Hyun sudah pergi.

Kita takkan jadi seperti dahulu lagi.

- Se Joo. - Ya.

Se Joo.

Ya?

Adakah awak akan...

tinggalkan saya juga?

Tidak.

Saya takkan tinggalkan awak.

Soo Ji.

Awak tidak boleh tidur?

Adakah awak fikir kita takkan kesunyian...

walaupun hanya kita berdua yang tinggal?

Ada kalanya kita kesunyian…

walaupun ketika kita bertiga.

Sekurang-kurangnya saya akan…

buat awak rasa kurang sunyi berbanding…

semasa kita bertiga bersama.

Saya akan berada di sisi awak, Soo Ji.

Terima kasih.

(Maklumat Kemasukan Kolej Seni Kebangsaan 2018)

(Ujian Praktikal untuk Markah Lebih Tinggi)

Oh Tuhan, tiada apa-apa yang mudah.

Adakah nama dia Soo Ji?

Awak patut ajar dia adab.

Saya minta maaf.

Saya tidak boleh biarkan sesiapa yang bercakap terlalu banyak…

jadi sebahagian daripada keluarga saya.

Apa maksud awak?

Saya tidak tahu tentang orang lain,

tapi saya tahu apa sebenarnya awak sudah beritahu ibu Si Hyun…

pada hari dia...

menemui ajalnya.

Saya pasti awak tidak terfikir perkara akan jadi begitu.

Tapi kata-kata yang keluar kerana perasaan tamak…

akan menyebabkan kemusnahan.

Ibu awak sedang…

dalam perjalanan berjumpa dengan orang ini.

Dia ditimpa kemalangan dalam perjalanannya ke sana.

Presiden Myung, ini Si Hyun bercakap.

Boleh saya jumpa awak di hospital?

Saya terfikir untuk ambil cuti.

Adakah ini penting?

Adakah ini berkenaan ayah awak?

Kalau begitu, saya akan pergi ke rumah awak.

Adakah awak tidak sihat?

Tidak, saya cuma mahu berehat.

Soo Ji tentu berada di kampus.

Ya.

Kenapa awak mahu…

berjumpa dengan saya berdua sahaja?

Biar saya terus bertanya kepada awak.

Kenapa awak tipu saya?

Awak cakap...

ibu saya suspek langgar lari.

Si Hyun, itu...

Awak juga suruh ibu saya pergi ke Jeoungeup.

Betullah tekaan saya.

Awak beritahu ibu saya tentang Jeongeup.

Saya ingat awak orang baik.

Saya tidak mahu awak kahwin dengan ayah, tapi saya rasa mahu setuju.

Tapi saya rasa saya tidak boleh buat begitu sekarang.

Awak yang paling arif dengan keadaan ibu saya,

tapi awak tetap beritahu dia tentang Jeongeup.

Itu bermaksud awak ada niat yang tersembunyi.

- Si Hyun. - Kenapa awak buat begitu?

Awak mahu ibu bapa saya bercerai?

Si Hyun, saya...

saya terdengar Naib Pengerusi Kwon akan pergi ke Jeongeup,

dan saya beritahu Cik Park kerana saya tahu dia risau tentang itu.

Saya tahu...

saya terlalu menjaga tepi kain orang.

Saya minta maaf.

Tapi itu pilihannya untuk pergi ke sana.

Saya juga risaukan dia,

jadi saya tinggalkan kerja saya dan mengekori dia.

Dan...

awak langgar Tae Hee.

Jika awak ada rasa bersalah, awak patut hentikan semua ini sekarang.

Saya takkan beritahu ayah saya atau Soo Ji.

Soo Ji...

takkan dapat terima ini.

Ibu saya menangis disebabkan awak.

Awak takkan layan saya begini selepas awak tahu hal sebenar.

Ibu.

Awak tidak boleh pergi kerja?

Awak masih rasa tidak sihat?

Saya mahu ambil cuti.

Awak tidak pulang malam semalam?

Awak pergi mana?

Saya pergi ke hospital dan terus ke latihan orkestra.

Saya mahu tidur dan pergi semula ke kampus.

Awak patut berehat juga.

Saya tidak pernah mempersoalkan awak,

tapi saya mahu awak lihat ini sendiri.

(DNA Kwon Seok Woo dan Kwon Si Hyun sepadan.)

Awak tidak marah saya, betul?

Kenapa ayah awak buat begitu?

Dari mana dia dengar perkara begitu?

Oh Tuhan.

Saya rasa ibu yang beritahu dia.

Dia mungkin mahu menyakiti hati ayah.

Saya akan beritahu dia.

Saya rasa kami perlu selesaikan salah faham ini.

Si Hyun.

Ikut saya ke Amerika Syarikat.

Baiklah, saya akan ikut.

Sebelum itu,

biar saya uruskan beberapa perkara.

Saya mahu tentukan apa yang saya mahu buat terlebih dahulu.

Mewarisi syarikat...

tidak sesuai dengan saya.

Saya juga tidak yakin saya boleh buat.

Perniagaan sesuai untuk orang yang pandai berniaga.

Seperti ayah saya atau sepupu perempuan saya.

Baiklah.

More Malay subtitles for Tempted

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left