Don't Let Go

Don't Let Go

Download Malay Subtitle

Release info

Dont Let Go 2019 720p BluRay x264-AAA
A Commentary by ShasyaLala
HBO Retail.

Tags

BluRay
x264
720p
720
Published on: 2021-09-21
Downloads: 17
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

- Hei, Ashley. - Hei, Pak Cik Jack.

Semuanya okey?

Ya.

Sepatutnya okey tapi...

mak saya hantar saya ke panggung sebelum dia pergi kerja...

dan ayah saya sepatutnya datang jemput saya...

tapi dia tak datang.

Jadi saya nak naik bas, tapi saya tiada kad bas.

Selain itu, mereka berdua tak jawab panggilan saya.

Baiklah, pak cik datang.

Macam mana filem tadi? Seronok?

Okey.

Okey saja?

Ceritanya tentang apa?

Zombi.

Apa pun, maaf kerana ganggu pak cik bekerja.

Tak perlu minta maaf.

Pak cik belikan telefon itu supaya kamu hubungi pak cik apabila perlu.

Baguslah kamu telefon.

- Nak main hulurkan pen? - Okey.

- Baiklah, asas yang bagus. - Ya.

- Pak cik akan mulakan. - Ya.

- Sedia? - Ya.

- Tambahkan kaki. - Ya.

Tangan, mata. Apa itu?

- Itu senyuman. - Cantik juga.

Pak cik tak tahulah kalau kamu mampu lawan.

Mari lihat lukisan kamu.

- Apa itu? Itu kepak. - Kepak.

Kepak rama-rama.

- Habiskan, Picasso. - Pak cik akui, cantik juga.

Entahlah, boleh lagikah tambah baik lukisan yang dah sempurna?

Ya, saya rasa kita boleh buat satu perkara lagi.

Apa dia?

- Macam mana dengan ini? - Sentuhan terakhir.

Perkara terbaik apabila ayah kamu buat masalah...

adalah pak cik dapat luangkan masa dengan anak buah kesayangan.

Dia memang tak guna.

- Ashley. - Di mana dia?

Dia taklah teruk sangat.

Hei, Ash. Ada apa?

Tiada apa-apa. Cuma nak ucapkan terima kasih.

Untuk apa?

Apa saja yang pak cik cakap kepada ibu bapa saya tempoh hari.

Ia sangat berkesan.

Saya tahu mereka cuma nak ambil hati saya tapi...

ayah saya belikan saya sebuah basikal hebat...

yang saya minta sejak 15 tahun dulu.

Kemudian, mereka bawa saya ke Stefano...

untuk memujuk saya.

Percaya atau tidak...

akhirnya saya pesan hidangan ayam bawang putih.

Hidangan ayam bawang putih?

Ya, pak cik selalu yakinkan saya untuk pesan hidangan itu.

Jadi saya pesan hidangan itu demi menghormati pak cik.

Sedap, tapi rasa bawang putih terlalu kuat.

Apa pun, saya tahu saya ada kutuk dia tempoh hari.

Saya cuma nak beritahu, saya rasa...

ayah saya agak bagus sekarang.

Maaf, pak cik sedang buat semakan untuk syif yang seterusnya.

Apa kamu cakap?

Tak apa, buatlah kerja dulu. Nanti kita berbual lagi.

- Okey. Jumpa lagi. - Saya letak dulu, Pak Cik Jack.

Hei, Ash.

- Helo? - Helo, Pak Cik Jack.

- Adakah pak cik... - Helo, Ashley.

- Pak cik boleh dengar? - Ya.

- Helo? - Ashley?

Hei, anda telah menghubungi Ashley. Sila tinggalkan pesanan.

Hei, Ashley. Kamu okey?

Telefon pak cik semula.

Helo?

Ada sesiapa di rumah?

Ashley?

Garret!

Garret.

Garret!

Ayuh, Garret.

Tidak! Oh, Tuhan!

Tidak!

Oh, Tuhan!

Seseorang...

Okey.

Oh, Tuhan!

Oh, Tuhan. Garret, apa awak dah buat?

Ashley.

Jack! Saya datang secepat yang boleh.

Jack.

Saya bersimpati, Jack.

Saya bersimpati.

Kali terakhir saya berbual dengan Ashley...

dia cuba nak bercerita tentang ayahnya.

Sebagai seorang adik yang mengetahui semua ini...

kenapa saya tak jangka yang dia boleh buat begini?

Mungkin juga disebabkan kata-kata saya.

Tidak, Jack. Ini bukan salah awak.

Bukan.

Enam kali dalam sehari orang kata mereka akan berdoa untuk saya.

Saya berdoa.

Saya berdoa untuk putarkan masa.

- Amen. - Amen.

Saya berdoa supaya Tuhan berikan saya peluang kedua, Bobby.

Cakaplah semua ini tak benar.

Cakaplah semua ini tak berlaku.

Apa pun, saya rasa awak mampu lalui semua ini.

Awak mampu harungi semua ini...

tapi awak tak boleh salahkan diri awak.

Orang yang ada penyakit macam abang awak...

mereka rahsiakan perkara begitu, Jack.

Hai, saya Ashley. Hari ini hari lahir saya.

Di pemanggang itu, kita ada pak cik saya, Jack.

Mungkin dia nak pastikan Bobby O tak terlebih masak daging itu.

Ia pasti sangat lembut.

Kalau awak pegang, ia akan...

Begitukah? Baiklah.

Di bar pula, mak saya dan...

Apa mak dan ayah sedang buat?

- Hai! - Hei!

Hai, sayang. Ayah sayang kamu.

Saya pun sayang mak dan ayah.

Di sini pula kita ada En. Wilco. Hai, kawan!

Hai, anjing paling cantik di dunia.

Ya!

- Hai, sayang. - Hai!

- Ya. Terima kasih. - Kami sayang kamu, sayang.

- Selamat hari lahir, anak ayah. - Terima kasih banyak.

- Sekarang kamu ada misai. - Okey.

Selamat hari lahir kepada diri saya!

Maaf, nombor yang anda hubungi tiada lagi dalam perkhidmatan.

Kalau anda mendengar pesanan ini, sila periksa nombor berkenaan dan...

Hei.

Boleh tolong periksa sesuatu untuk saya?

- Hei, Bobby. - Hei, Jack.

- Apa awak buat di sini? - Telefon bimbit anak saudara saya.

Ia dah dilabelkan dan diambil gambar, tapi tiada di bilik simpanan.

Awak tahu ia di mana?

Ia pasti ditinggalkan di tempat kejadian...

untuk pasukan cap jari bungkus dan bawa ke sini dengan barang lain.

Saya tak tahulah kalau mereka tertinggal.

Helo?

Helo?

Hei!

Helo?

Siapa ini?

Pak cik rasa ini siapa?

Helo?

Okey.

Saya tak tahu kalau talian kita bertindih atau apa.

Saya cuma harap pak cik tak mati.

Baiklah, saya letak dulu.

- Hei. - Hei.

Apa khabar?

Saya okey. Masuklah.

Maaf sebab saya datang tanpa beritahu dulu tapi...

Tak apa.

Sebenarnya, Alice teringat awak suka lasagne dia.

Dia dengar saya nak ke rumah awak, dia terus ke dapur dan...

- Terima kasih. - Oh, ya.

Miles suruh saya beritahu awak, Cooper tiada kaitan dengan kad ini.

Saya harap Jack rasa lebih baik Kami sayang awak, Jack

- Ini lukisan gambar saya? - Rasanyalah.

- Ucapkan terima kasih kepada dia. - Okey.

Awak dah jumpa apa yang awak cari?

Saya rasa saya dah hilang akal.

Jack, awak sedang melalui dugaan paling sukar dalam hidup.

Awak boleh hilang akal, okey?

Ya, saya rasa begitulah.

Terima kasih sebab meyakinkan saya.

Terima kasih sebab datang.

Sebenarnya, saya bukan datang untuk meyakinkan awak...

atau hantar lasagne.

Ada sesuatu saya nak beritahu, tapi ia agak sukar.

Dalam kes abang awak, kami terpaksa kecualikan awak.

Hal ehwal dalaman sedar yang saya tak buat begitu.

Sebelum awak pergi jumpa mereka, ada apa-apa awak nak beritahu saya?

Pertama sekali, dalam rekod kami, awak kata sebelum syif bermula...

pada malam sebelum pembunuhan, awak seorang diri di rumah.

- Betulkah? - Ya.

Okey.

Awak beritahu Detektif Owens yang baru-baru ini abang awak...

berkelakuan pelik...

tapi awak anggap perkara itu biasa saja.

Dia lupa tanggungjawabnya kepada anak saudara saya.

Ia taklah pelik sangat, biasa saja.

Jadi saya berikan dia nasihat dan lupakannya.

Kakak ipar awak, awak rasa dia cantik?

Kamu berdua pernah bermesraan?

Dalam pelbagai situasi...

awak selalu membantu anak saudara awak.

Ia buat orang fikir yang abang awak mungkin terasa tentang itu.

Mungkin juga ada insiden yang berlaku dengan isterinya.

Ia perkara yang boleh membuatkan seorang lelaki naik angin.

- Biar saya berterus terang. - Silakan.

Saya membayangkan situasi begini.

Anak saudara awak telefon sambil menangis.

Ayahnya mabuk, memekik dan melemparkan barang.

Awak sakit hati.

Dia bertindak begitu selepas awak berikan dia nasihat, bukan?

Awak ke sana dengan keadaan marah, berdepan dengan dia dan...

Lepas itu, saya tembak abang saya sendiri?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left