The first 158 lines.
[Semua watak, kumpulan dan peristiwa adalah fiksyen.]
[Penyiasatan tentang gadis remaja yang hilang dari Yeongsan, kes Kim]
[nampaknya tidak menunjukkan sebarang kemajuan]
[untuk beberapa bulan tanpa sebarang saksi.]
[Ia juga menimbulkan kerisauan bahawa ia mungkin jadi kes lain.]
[Tak kira betapa gigihnya saya cuba, saya tak boleh lari.]
Baek Soo-hyun!
Tak guna.
Dan saya Baek Soo-hyun dari BSN.
- Tolonglah. - Lepaskan saya.
Ini mesti disiarkan dalam berita!
Aduhai!
Bertenang.
Okey.
Helo, saya Baek Soo-hyun.
- Cepat. - Lari!
[dan walaupun saya perlu tanggung akibatnya,]
[saya beritahu diri saya yang saya akan terima.]
[Berita Tergempar: Gerbang TGS Didedahkan Buat Pertama Kali]
[Eksklusif daripada Wartawan Baek Soo-hyun]
[dan kadangkala saya mahu berhenti berlari.]
[Kemudian saya jumpa tempat berteduh saya.]
[Yang saya fikir adalah hikmat yang ditakdirkan untuk saya.]
[Saya tak patut jadi berani untuk berhenti berlari.]
Kenapa saya terselamat seorang diri?
- Kenapa? - Bukan salah awak.
Janganlah begitu.
Jadi?
Salah siapa?
[Seorang egois yang menyamar dengan topeng.]
Dua orang kehilangan seorang anak.
Dan salah seorang daripada mereka tak ada tempat untuk bersedih.
Anggap ini sebagai pampasan.
[Orang hipokrit bersenjatakan kepercayaannya.]
[Namun, saya perlu melarikan diri lagi. Saya mesti berlari.]
- Ambillah. - Ya, tuan.
Nampaknya banyak yang awak nak cakap,
melihatkan awak datang sampai ke sini.
Saya tak tahu pula awak berminat nak memburu manusia.
Tapi awak masih di sini.
Nampaknya awak belum jumpa fail yang asal.
Saya boleh datang ke sini bila-bila saja.
Ketika saya kecil,
saya datang ke sini hanya bila saya keliru,
tapi sekarang saya semakin tua, saya jadi lebih berubah-ubah.
Sebab inikah awak buat kecoh ketika awak menguruskannya?
Saya tak bunuh Yoon Dong-pil.
Dan saya tak pernah ada fail yang asli juga.
Dan membuat kecoh bukan gaya saya.
Kenapa?
Bukan itu yang awak nak dengar, bukan?
Ramai orang mahu dia mati
dan juga fail asal itu.
Bukankah awak salah seorang daripada mereka?
Kedengaran seperti pengakuan pada saya.
Manusia sama saja.
Kita semua ada otak, hati dan malah pundi yang sama.
Awak fikir awak berbeza daripada orang lain?
Sebenarnya, awak memang berbeza.
Awak tak ada masa, tak macam orang lain. Salahkah?
Dua bulan lebih daripada cukup.
Jangan yakin sangat.
Tiada siapa tahu apa yang menanti masa depan.
Apa yang ditakdirkan berlaku akan berlaku.
Yakah?
- Mana kereta? - Bersedia, tuan.
Berhenti buang masa awak untuk menggali
dan pulanglah dari semasa ke semasa.
Tiada yang lebih penting daripada keluarga, bukan?
Bukankah kita patut jalankan bedah siasat?
Awak tak nampakkah cap jarinya pada kereta Baek Soo-hyun?
Kita ada dorongan dan laluan dia.
Ada lebih banyak bukti bunuh diri,
jadi kenapa lakukan bedah siasat?
Saya belum periksa sepenuhnya kereta Kim Seok-pil dan Baek Soo-hyun.
Saya masih belum selesai menyiasat tempat kejadian!
Kita mesti siasat lebih lanjut! Seorang budak mati!
Betul. Seorang budak mati, seperti yang awak cakap!
Bukan sembarangan budak, tapi budak yang seluruh negara kenal.
Tapi sebelum kami dapat melakukan bedah siasat,
penculik itu ditemui mati
bersama nota bunuh diri!
Kami bernasib baik dan tangkap dia, jadi kenapa nak siasat lagi?
Sesiapa yang cuba menutupnya secepat mungkin adalah pesalah itu.
dan saya tak pernah ada fail yang asli juga.
Tak guna.
Tak apa. Awak boleh pergi.
- Awak dari bahagian mana? - Apa?
Awak kekalkan jarak tertentu pada kelajuan yang stabil.
Begitulah cara polis mengekori.
Perlukah saya cakap lagi?
Tentu ada sedikit salah faham.
Saya ada gambar awak dan nombor pendaftaran kereta.
Apa yang awak buat ini?
Kalau awak tak nak video ini disebarkan dalam talian,
- beritahu saya bahagian awak. - Tak guna.
Siapa yang beri arahan?
Ketua pasukan di Unit Siasatan Khas.
Dia bekerja untuk pesuruh jaya, jadi ini angkara Pengerusi Seo.
Dia tak bunuh Yoon Dong-pil
dan dia tak ada fail asal, tapi dia mahu kes disembunyikan?
Kalau begitu, kenapa dia membuat ini begitu umum dan rumit?
Dia boleh uruskannya senyap-senyap seperti sebelum ini.
Dia mahukan berita susulan untuk jadi kurang bermakna.
Sembunyikan berita itu dengan item berita lain?
Tapi awak dah timbulkan rasa sangsi awak.
Macam mana dengan rekod panggilan Yoon Dong-pil pada hari dia mati?
Saya nak minta bantuan awak.
Saya minta waran baru, tapi ia ditolak.
Saya tak boleh jejakkan kaki di Royal The Hill.
Mereka kata rakaman CCTV hilang, tapi saya tak percaya.
Yoon Dong-pil bercakap dengan empat orang pada hari itu.
Awak, Pengerusi Seo, bekas teman wanita dia
dan telefon pakai buang.
Sebelum majlis amal bermula,
dia bercakap dengan seseorang di dalam Royal The Hill?
Maksudnya salah seorang penduduk tentu benarkan dia masuk.
- Saya akan siasat. - Baiklah.
Lelaki aneh menghendap-hendap di pintu utama.
Tengoklah.
Awak tak nak periksa titik buta?
[Lee Jun-ho, Jang Jin-sung, Shin Jin-tae, Kang Do-sun...]
[Kwak Do-yeon, Pembantu ahli kongres Hwang Tae-seop]
[Tiada rekod Yoon Dong-pil masuk ke tempat itu hari itu.]
Maafkan saya.
Tentu lelaki itu sudah pergi.
[Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.]
[Saya tak boleh jejakkan kaki di Royal The Hill.]
[Mereka kata rakaman CCTV hilang, tapi saya tak percaya.]
- Dia datang! - Itu dia!
- Itu dia! - Tuan!
- Tolong hentikan kereta! - Ahli Kongres Hwang!
Apa pendapat awak tentang kes penculikan baru-baru ini?
Awak mengaku kesalahan awak?
[Negara di mana semua orang gembira, Ahli Kongres Hwang Tae-seop]
- Tolong cakap sesuatu! - Tuan!
Dia nak keluar?
Baek Soo-hyun tak guna!
Tolong cakap sesuatu!
Sekarang Pengerusi Seo langsung tak jawab panggilan saya?
Mari kita ke sana. Patah balik.
Apa? Okey. Baiklah.
- Tuan! Tolong cakap sesuatu! - Tuan!
Tolong cakap sesuatu!
- Ahli Kongres! - Beri sepatah dua kata.
- Tolong berhenti! - Ahli Kongres Hwang!
Jangan hantarkan sebarang panggilan kepada saya untuk dua hari akan datang.
- Isteri saya pun. - Ya, tuan.
[Sidang Media Pembaca Berita BSN Cha Seo-young]
[Pasti ramai orang terkejut dengan berita semalam.]
[Sidang Media Pembaca Berita BSN Cha Seo-young]
[Pembaca Berita Cha Seo-young, akan bercakap dengan pihak media.]
[Mari bercakap dengan wartawan di tempat kejadian.]
[Awak dah tengok berita? Awak menguruskannya?]
Ya. Bagaimana dengan yang lain?
Jumpa awak di pejabat.
Tak guna.
[Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.]
No comments yet. Be the first to leave one.