The first 188 lines.
Hei, lihat sana.
Apa?
Apa yang awak cakap kepada dia? Kenapa dia...
Soo-yeon dan pelatih lain duduk di sebelah kita
semasa makan tengah hari semalam.
Apa yang awak cakap?
Mereka terdengar kata-kata tuan.
Apa?
Khabarnya, awak disiasat polis selaku saksi.
Ya.
Awak tak sebut tentangnya, kan?
Tak.
Baik.
Jika berita tersebar, awak akan disalahfahamkan.
Perkara ini akan dibesar-besarkan.
Jadi, jangan cakap apa-apa pun.
Baik?
[ disembunyikan di dalam bekas bernama "kesenyapan". ]
[ Kebenaran mendidih di dalam bekas tu, ia takkan menyejuk buat selama-lamanya. ]
Lihatlah.
Anggerik itu mahal, tapi
pasu tu murah saja.
Awak tak merancang untuk melatih mereka sebagai wartawan sebenar pun.
Mereka hanya menyalin dan menampal artikel. Kenapa?
Jangan pedulikannya.
Saya akan alihkannya ke dalam pasu lain.
Tangan awak tak apa-apa?
Ini...
Adakah bagi kita, ini tak membawa sebarang makna?
Apa yang berlaku?
Awak benar-benar pukul dia?
Apa yang berlaku?
Awak tak apa-apa?
Jangan takut pada ketua editor.
Beritahu dia apa yang kamu tahu.
Jangan pergi.
Itu bukan urusan awak.
Sila duduk.
Kenapa dia tak benarkan saya masuk?
Minumlah.
Entah apa yang difikirkan Oh Soo-yeon.
Kamu berempat lulus penilaian pelatih
dan bakal menjadi wartawan junior mulai bulan depan.
Termasuklah Oh Soo-yeon.
Pasti kamu susah hati.
Biarpun dalam situasi sebegini,
wartawan tak boleh lupakan kewajipan sendiri.
Wartawan tetap perlu bekerja tak kira bersedih, marah atau gembira.
Tak kira apa jua, kita tak boleh terbawa-bawa perasaan.
Kamu faham maksud saya?
- Ya. - Ya.
Kamu bertiga memulakan latihan amali di Unit Berita Digital.
Saya akan beritahu Editor Uhm mengenai perinciannya.
Bangkitkan semangat.
Oh ya.
Adakah kamu tahu, kenapa Oh Soo-yeon memilih untuk bunuh diri?
Contohnya, masalah kewangan, keluarga
atau soal cinta?
Saya tak tahu.
Baik.
Jika kamu teringatkan apa-apa, jumpalah saya pada bila-bila masa.
Jangan beritahu orang lain.
Berkumpul.
Pertama, mengenai kejadian semalam,
kamu dah tahu tentangnya, jadi saya takkan ulanginya lagi.
Ada sesiapa yang tahu, kenapa dia bunuh diri?
Tak ada rasanya. Jadi, kita langkau soalan ini.
Seterusnya, Lee Jae-eun.
Ya?
Terangkan sebab awak suruh pelatih menggantikan awak bertugas malam.
Dah lama anak-anak saya jatuh sakit.
Mereka tiba-tiba demam, jadi
saya bergegas mencari pengganti,
tapi semua orang tak memahami keadaan saya.
Karut!
Patutkah awak suruh pelatih bertugas malam bagi pihak awak?
Tak masuk akal.
Dah lama anak-anak awak jatuh sakit, tapi tiba-tiba demam? Tak masuk akal.
Ketua editor larang kita sebut tentang kejadian ini di luar pejabat.
Jadi, tutup mulut kamu.
Pasti berita ini akan hangat diperkatakan buat masa ini.
Buat pengesahan dan lapor kepada saya.
Buat sementara waktu ini,
wartawan dilarang memuat naik artikel dalam talian.
Lapor kepada saya terlebih dahulu sebelum memuat naik sebarang artikel.
Faham?
Ya.
Perkara terakhir, Lee Jae-eun!
Ya?
Tulis surat peletakan jawatan sekarang juga.
Saya teringin cakap begitu,
tapi menulis surat permohonan maaf terlebih dahulu.
Baik.
Bersurai.
Kenapa saya saja yang disalahkan?
Apa halnya?
Saya tahu mengapa ketua editor memanggil awak terlebih dahulu.
Awak orang terakhir yang melatihnya,
jadi dia ingat, awak mengetahui sesuatu.
Namun,...
Adakah ketua editor cakap apa-apa lagi?
Tak ada.
Seorang pelatih bermasalah menghuru-harakan seluruh syarikat.
Selepas lokasi dewan pengebumian diputuskan,
memuat naik obituarinya.
Baik.
Malangnya nasib saya tahun ini.
- Sini. - Baik.
[ Wasiat. Tiada keuntungan, tiada kesakitan. ]
[ Saya mengambil jurusan Sosiologi di universiti tempatan. ]
[ Saya datang ke Seoul pada lima tahun yang lalu ]
[ dengan impian untuk menjadi seorang wartawan. ]
[ Yang tinggal hanyalah pinjaman pelajaran sebanyak 30 juta won ]
[ Namun, saya tetap gagal buka pintu terakhir. ]
[ Saya belajar dan percaya bahawa usaha gigih takkan mengkhianati kita ]
[ dan keghairahan boleh mengatasi batas seseorang. ]
[ Dalam penilaian saya dan Unit Berita Sosial, awaklah paling cemerlang ]
[ Berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga saat terakhir, ]
[ maka awak akan mendapat ganjaran setimpalnya. ]
[ ilmu yang saya pelajari dan kepercayaan yang saya dukung. ]
[ "Tiada kesakitan, tiada keuntungan" ialah harapan palsu di dunia ini. ]
[ Saya ingin menimba pengalaman sebanyak yang mungkin. ]
[ Betul. Memang pengalaman kelayakan terbaik. ]
[ Kamu bercita-cita untuk menjadi wartawan? ]
[ Dunia ni menggoda awak untuk percaya pada impian tanpa insurans. ]
[ Oh Soo-yeon menonjol kerana dia berpengalaman. ]
[ Namun, tak berapa elok jika kita terus mengambilnya sebagai wartawan tetap. ]
[ Peluang terakhir. Mesti lulus, tak boleh gagal. ]
[ Di Korea, hanya individu yang berjaya boleh gagal. ]
[ Tiada orang berikan perhatian pada kegagalan orang yang kalah. ]
[ kegagalan yang tak terkira banyaknya di dunia ini. ]
[ Dalam hidup ini, mustahil saya ada masa depan yang cerah. ]
[ Dalam hidup ini, saya tak dapat mengejar kebahagiaan. ]
[ Mempunyai impian hukuman yang kejam bagi saya. ]
[ Jadi sekarang, saya tak ingin teruskan kehidupan yang menyedihkan lagi. ]
[ Namun, orang yang gagal memerlukan satu alasan juga. ]
[ Makin saya cuba mematuhi kayu ukur kejayaan yang ditentukan dunia ini, ]
[ Sekiranya saya tak berusaha mengejar sesuatu, ]
"Sekiranya saya tak berusaha mengejar sesuatu,"
"maka saya takkan menderita."
Tak, awak salah.
Awak salah dari mula-mula lagi.
Apa?
Semua orang tertanya-tanya, kenapa Kak Soo-yeon mati,
bukan siapa yang bunuhnya.
Apa maksud awak?
Kak Soo-yeon tak bunuh diri, tapi dibunuh.
Itulah sebabnya semua orang tertanya-tanya, kenapa dia mati.
Semua orang menolak tanggungjawab ni.
Saya tak bermaksud ini kesalahan masyarakat,
tapi ada orang yang bunuhnya.
Apa yang awak merepek ni?
Tiada apa-apa. Lupakannya saja.
Saya tak harapkan awak melakukan sesuatu pun.
Biarpun dia bunuh diri,
awak tak dapat menolak tanggungjawab juga.
Entah-entah awak mempunyai rasa tanggungjawab.
Hei.
Lee Ji-soo!
Tak guna!
Ya.
Saya Han Joon-hyuk.
Polis beritahu saya tentang awak.
Saya adiknya, Oh Sung-yeon.
Saya turut berdukacita atas kematian kakak awak.
Terima kasih.
Ambil ini.
Ini gambar dalam borang permohonannya untuk jadi pelatih.
Ini gambarnya yang paling cantik.
Dia berdandan dengan cantik demi mengambil gambar ini.
[ Daily Korea}
Saya dah hubungi semua pihak.
Ya. Saya dah hubungi semua pihak juga, tapi...
Tiada apa-apa yang boleh kita lakukan dalam talian.
Masalahnya, berita ini topik terhangat sekarang.
Berita ini masih berada di kedudukan teratas?
Ya.
Kami dah menyaring semua siaran berkaitan.
Berita ini tak menular di media sosial.
Rasanya, ia akan mereda tak lama lagi.
Kita memerlukan berita baru yang tergempar.
Oh ya.
Bila berlangsungnya perbicaraan kes Senator Go?
Perbicaraan terakhir diadakan hari ini.
Ia akan dilaporkan dalam berita waktu malam.
Kini, saya harap, berita beliau mengalihkan tumpuan orang ramai pula.
Jangan terlalu risau.
Belasan orang bunuh diri setiap hari.
No comments yet. Be the first to leave one.