The first 200 lines.
Panggil saya pelayan sebab saya akan luahkan semuanya, okey?
Adakah saya menipu kapten malam ini?
Ya, betul.
Adakah saya juga tipu awak?
Ya.
Tapi awak bermakna bagi saya.
Awak penting bagi saya.
Tak. Jangan buat begitu sekarang.
Saya hampir selesaikan kes ini.
Kerjaya awak akan musnah.
Okey, sistem dah rosak.
- Saya keliru. Apa yang berlaku? - Sebab itu saya buat begini.
Danner tak sepatutnya siasat kes ini.
- Pegawai lain akan datang. - Gila.
Baguslah untuk awak, bukan? Maksudnya dia tak boleh tangkap awak.
- Saya rasa bukan begitu. - Saya rasa ya, sebab...
- Hei. - …dia tak patut berada di sini.
Hei, Zoë.
- Bagaimana soal siasat tadi? - Kamu dengar apa?
Kami dengar lagu Xavier.
Kami nak mengingati dia.
Sekejap. Jangan cakap awak suka lagu Xavier?
- Oh Tuhan, tidak. - Alamak!
Awak dah dengar lagu balada cinta itu atau "Pussy Hole"?
- Lagu itu bagus. - Tajuknya teruk.
Awak pernah dengar lagunya "Orgasm"?
Tak. Bagaimana lagunya?
- Bagaimana lagunya? - Ya.
Oh, tidak, klimaks lagi
Ia ke mana?
Lagu lelaki itu popular, bukan?
Tentang CD kompilasi itu...
Sepatutnya saya beri kepada awak. Ya, saya pengecut.
Kalaulah saya tahu.
Mungkin keadaan akan jadi berbeza.
Mungkin.
Hei, terima kasih sebab tolong saya.
- Awak sangat baik. - Apa?
Bagaimana awak tahu saya tolong awak?
- Sebab... - Sebab... Bagaimana...
- Bagaimana dia dengar? - Kami mendengar.
Bagaimana?
Saya tinggalkan telefon saya di sana semasa masuk tadi
dan saya telefon Yasper, jadi kami dapat dengar semuanya.
- Tengok ini. - Oh Tuhan.
- Kamu berani. - Rasanya begitu.
Jadi, kamu dapat dengar perbualan mereka sekarang?
Awak nak dengar?
- Ya. Boleh? - Ya, okey.
Yasper, bagi Zoë fon telinga awak.
Saya tak nak. Perbualan mereka semakin menarik.
Boleh awak beri dia fon telinga supaya kami berdua boleh dengar bersama-sama?
Awak boleh guna fon telinga saya.
- Bagaimana? Boleh? - Dia lakukannya sendiri.
Awak guna ini.
Terima kasih.
- Awak risau dengan kuman mulut saya? - Air liur awak.
- Kuman paling banyak di situ. - Yalah.
- Dengarlah. - Terima kasih.
- Saya tak boleh… - Oh Tuhan.
Apa mereka cakap?
- Mereka masih bertekak. - Awak boleh tunggu?
- Saya tak boleh dengar dari situ. - Sekejap.
Aldrin Germain? "Pakar" itu?
- Detektif yang datang dari LA? - Ya?
Saya kenal dia.
Jadi? Semua orang kenal dia. Dia selesaikan kes bunuh La Brea Tar Pits.
Ia dijadikan siri. Pelakon kelas A. Layak dapat anugerah.
Tidak!
Saya kenal dia.
Kami dalam akademi polis yang sama di LA.
Sebelum saya tahu teruknya sistem polis.
Awak buat apa?
Saya tak pernah terfikir jadi polis.
Jangan bercerita sekarang.
Tapi ayah saya bekas polis.
Ayahnya juga bekas polis.
Tapi saya anak kesayangan ayah.
Ayah larang saya jadi polis.
Dia kata polis bukan pekerjaan wanita.
Apabila ayah saya mati, semuanya berubah.
Saya putuskan nak membantu orang seperti ayah saya.
AKADEMI POLIS LAPD
KADET LAPD
Jadi saya masuk akademi.
Betul kata ayah saya. Akademi dipenuhi lelaki.
- Belakang awak. - Okey, saya tahu awak di belakang saya.
Okey. Baiklah, cepat. Ayuh!
Walau apa pun, saya cuba mengikuti mereka.
Lompat. Merangkak.
Lompat.
Merangkak.
Merangkak.
Merangkak.
Germain sangat popular. Sangat laju, bijak, tangkas.
Tak guna.
Ayuh, Anjing Gila. Awak boleh. Panjat tembok itu.
- Anjing Gila? - Ayuh.
Okey.
Baiklah.
Ya. Awak okey?
- Ya, terima kasih. - Ya.
- Terima kasih kerana tolong saya. - Ya.
Kita perlu selesai dalam masa yang ditetapkan,
atau kita dipaksa lari lagi, jadi...
Betul.
Dengar. Selepas tiga rumah awak boleh…
Hei, Danner. Awak buat tekan tubi dengan baik.
Awak buat dengan hebat. Saya nampak.
Selamat malam, kawan-kawan.
Hei, marilah. Ikut kami minum.
- Betul? - Ya, kami perlu pemandu untuk pulang.
Alamak! Kereta saya tiada tempat duduk kanak-kanak untuk awak, Little Bill.
Maaf.
Hormat. Etika. Komitmen.
AKADEMI KADET LAPD KELAS 2008
Ia sukar tapi saya berjaya.
Ingat, tindakan kamu sebelum ini tak sepenting
tindakan kamu pada hari ini.
Sebab ada orang di luar sana yang percayakan kamu.
Jangan kecewakan mereka.
Saya sebahagian daripada sesuatu. Akhirnya saya dapat bantu orang.
ENAM TAHUN KEMUDIAN
Maksud awak bungkusan itu dicuri dari anjung depan?
Ya. Saya beli barang itu dalam talian.
Ia ketuhar gelombang mikro untuk telur.
Telur dimasak dengan sempurna. Ia sangat membantu.
Saya pun ada.
- Bila kecurian berlaku? - Dua hari lepas.
Kami akan berusaha mencarinya.
Percayalah, sayang, kalau awak beli benda itu,
awak boleh sediakan sarapan tengah hari yang jauh lebih lazat.
Semua orang akan cemburu dengan telur berinti awak.
Puan, saya terus-terang, kami takkan jumpa bebola telur awak.
- Perebus telur. - Terima kasih, Danner.
Bungkusan dicuri.
Kami tak dapat buat apa-apa melainkan lelaki itu ditangkap waktu sedang mencuri.
- Pencuri itu bukan lelaki. - Apa?
Pencuri itu perempuan. Saya nampak dia dalam kamera loceng pintu baru saya.
Bagus.
Boleh saya tengok?
Rambutnya hijau?
Puan, boleh kami dapatkan salinan video ini?
Saya dah muat naik video itu. Seluruh dunia dah menontonnya.
Saya tak faham. Kenapa tak hubungi kami semasa ia berlaku?
Saya rasa kamu tak akan bertindak.
Tapi saya dapat tahu saya perlu laporan polis
untuk dapatkan perebus telur baru.
Baiklah.
187. Kawasan Viewridge Drive.
Dia cakap 187?
Oh, ya. Homisid.
- Whoa. - Celaka!
Viewridge Drive di seberang jalan saja.
Okey. Maaf kerana berkata kesat.
Saya tak peduli.
Ayuh, cepat. Awak buat apa?
Saya datang.
UNIT TEMPAT KEJADIAN JENAYAH
UNIT PENYIASAT TEMPAT KEJADIAN JENAYAH
Polis begini ramai, pasti orang terkenal.
Taklah begitu terkenal.
Mungkin seorang penulis?
Danner. Kleyes. Tak perlu.
Kepung kawasan ini. Halang orang keluar dan masuk.
Ada orang memerhati, halau mereka.
Baik, tuan.
Tapi ini rumah siapa?
Awak tak perlu maklumat itu untuk buat kerja awak.
Biar saya teka, lelaki di anjung,
Okey, suami si mati?
Kepung. Sekarang.
Orang kaya dibunuh
pada waktu siang di kejiranan yang rendah kadar jenayah.
Saya yakin, pembunuhnya ialah ahli keluarga.
Si suami pulang, dia nampak isterinya curang,
naik berang dengan pencakar
atau sesuatu seperti alat untuk kolam renang.
Tapi si suami tak ditahan.
Duduk menangis di anjung.
Ia tak masuk akal.
Awak cakap sesuatu?
Apa kata kita berpecah dan mengawal kawasan ini?
Ya, idea yang bagus.
Homisid.
Ya.
Ini perkara paling bodoh... Entah kenapa saya dipasangkan dengan dia.
Tricia! Trish! Hei, kawan.
Hei, Danner. Lama tak jumpa.
Ya.
Ya, awak dah tak bekerja di makmal?
Jadi, apa berlaku? Saya dengar pembunuhnya bukan ahli keluarga.
Bukan, si suami yang jumpa mayatnya.
Rasanya nama si isteri Uma.
Suaminya Vaughn. Dia penulis skrip.
Saya dah agak.
Semuanya berlaku di pintu depan. Ia terakam di kamera loceng pintu.
Perempuan memakai hud biru mencuri bungkusan di anjung depan.
Tentulah wajahnya tak kelihatan. Si isteri buka pintu dan diserang.
Jaket berhud biru? Rambutnya hijau?
No comments yet. Be the first to leave one.