The first 200 lines.
(Semua watak, organisasi, lokasi, dan kejadian...)
Adun Im, saya tak sangka awak lelaki yang sensitif.
Tak, bukan begitu. Saya cuma terfikir untuk melawat...
restoran berdekatan yang awak beritahu saya.
Oh Tuhan, sudah bertahun saya tak datang ke sini.
Awak lelaki yang sibuk.
Ya, betul.
Tapi atas sebab tertentu, saya selalu rasa tertekan...
setiap kali datang ke tempat ini.
Sebab itu saya jarang datang ke sini.
Tak sangka.
Walaupun awak sangat lancang, tapi awak masih berperikemanusiaan.
- Awak rasa begitu? - Ya, tuan.
Terima kasih kepada awak, saya dapat datang ke sini.
Walau apa pun orang cakap,
ada orang lebih sesuai antara satu sama lain.
Ya, saya setuju.
Sebenarnya,
saya ingin beritahu awak sesuatu.
Awak sudah dengar Cho Kyung Ho keluar dari penjara, bukan?
Ya, saya memang mahu bercakap tentang itu dengan awak hari ini.
Mari.
Ada sesuatu awak perlu lakukan untuk saya.
Baik. Cakaplah.
Mudah saja.
Libatkan Choi Hyun In dalam kejadian ini.
Encik Cho Kyung Ho, awak dapat tidur lena?
Bukankah malam tadi agak panas?
Saya selalu rasa bilik ini sangat panas.
Saya tak apa-apa.
Benarkah? Selepas awak selesai pemeriksaan hari ini,
awak akan dihantar ke wad biasa sekurang-kurangnya dalam masa dua hari.
Tapi awak kena lakukan banyak pemeriksaan hari ini.
Boleh?
Ya, saya tak kisah.
Okey. Awak kena makan dulu.
Makanan hari ini agak sedap.
Cho Kyung Ho sudah hilang.
Dia berada di bawah pengawasan sepanjang masa.
Tapi dia melarikan diri tak sampai tiga hari...
selepas dihantar ke institut itu.
Boleh saya tanya awak sesuatu?
Silakan.
Kenapa awak...
beritahu saya yang Cho Kyung Ho keluar...
untuk mencari identiti Guru?
Saya rasa sangat pelik.
Bukankah pihak pendakwaan menyatakan apa yang berlaku di Saju...
dilakukan oleh ahli...
penganut gila yang dipanggil Youngjingyo?
Untuk buat begitu, bukankah lebih mudah...
untuk mengatakan Jung Young Seob ialah Guru?
Seperti yang saya cakap,
pendapat mengatakan Jung Young Seob ialah ketua...
tak sesuai dengan banyak keadaan.
Awak ingin tahu perkara sebenar? Benarkah?
Kenapa pula tak benar?
Bagaimana Cho Kyung Ho dapat keluar?
Apa?
Tiga jururawat.
Seorang pencuci.
Seorang warden.
Dia menikam lima orang.
Tak. Termasuk jururawat yang cedera parah, semuanya enam orang.
Dia lakukan seorang diri dan kemudian keluar?
Saya ingin tanya awak.
Selama awak bekerja,
berapa ramai orang yang awak pernah lihat mampu buat begini?
Saya akan beritahu awak sekali lagi.
Saya pernah berjumpa Guru.
Kalau dia bukan Guru,
jadi mungkin gelaran itu tidak bermakna.
Manusia...
boleh wujud...
tanpa nama.
Sudah tentu,
walaupun makhluk lebih dari manusia.
Awak rasa penat, bukan?
Simptom awak semakin teruk sewaktu pertama kali awak makan ubat.
Minum ini.
Apa itu?
Kenapa? Awak ingat saya akan beri barang terlarang?
Ini minuman sukan.
Ia akan membuat awak rasa lebih lega.
Awak tak akan rasa dahaga buat sementara waktu.
Jadi minumlah sementara awak boleh.
Boleh saya pinjam gunting?
- Gunting? - Ya.
Ini dia.
Awak tak dengar apa-apa?
Tentang apa?
Tentang saya.
Tiada.
Ada sesuatu yang saya perlu tahu?
Beritahu saya.
Awak ada dengar apa-apa?
Ya. Saya dengar tentang awak sebelum awak dibawa ke sini.
Saya diberi amaran.
Jangan terlalu dekat dengan awak.
Jangan bercakap dengan awak.
Jadi, kenapa awak buat begini?
Awak tak takut mati?
Saya tak tahu. Saya tak pernah fikirkannya.
Tapi saya tak takut dengan awak.
Kerana awak bukan kematian.
Benarkah?
Sebenarnya, tidak.
Walaupun awak bukan kematian, saya akan cakap benda yang sama.
Saya akan layan awak sama seperti banduan lain.
Sebab itu saya bekerja di sini.
Kenapa awak senyum?
Cuma awak...
mengingatkan saya kepada seseorang.
Boleh saya tanya siapa dia?
Seorang perempuan yang sudah lama mati.
Itu saja.
Dia cakap...
sama seperti apa yang awak cakap.
Sebab awak tak takut dengan mati...
kerana awak tak lihat sendiri saat kematian itu.
Tapi bagaimana kalau keadaan itu bertukar?
Bagaimana kalau kematian menunggu awak di luar pintu?
Bagaimana kalau...
awak lihat ia...
dengan mata awak sendiri?
Choi Hyung In.
Sewaktu pertama kali saya dengar nama itu,
saya dapat lihat pengakhiran masa depan.
Saya nampak saya tembak diri sendiri di kepala,
dan sejak itu,
saya nampak benda itu setiap hari, tanpa gagal.
Saya akan tanya awak sekali lagi.
Adakah awak takut mati sekarang?
Adakah awak takut dengan saya sekarang?
Tak guna.
Cho Kyung Ho...
dapat melepaskan diri.
Sedangkan pendakwa raya pun tak tahu di mana dia berada.
- Okey. - Tempat terakhir dia berada...
adalah di Institut Psikiatri Forensik.
Institut Psikiatri Forensik?
Banduan dengan masalah jiwa yang teruk...
kadang kala pergi ke sana.
Sudah tentu, hanya jika mereka dalam keadaan tertentu.
Begitu.
Saya tak tahu bagaimana dia berada di situ,
tapi kalau kita pergi ke sana, kita mungkin dapat jumpa sesuatu.
Awak tak apa-apa?
Bukankah awak terlalu memaksa diri sedangkan awak belum sihat?
Tidak.
Sudah tiada masa. Dia ancaman yang besar.
Kita kena cari dia secepat mungkin.
Baiklah.
Bagaimana? Tiada orang?
Ya. Awak boleh keluar sekarang.
Baiklah.
Saya tak pernah datang ke sini.
Seronoknya.
Shi Young? Kenapa?
Apa? Maaf.
Mari kita pergi ke pantri di belakang dapur.
Ada jalan keluar di sana.
Awak boleh masuk di sini.
Gelap sangat, bukan?
Betul cakap awak. Hati-hati.
Gelap sangat.
Maaf, Jae Young.
Shi Young.
Apa awak buat ini? Tak kelakar langsung.
Semuanya bermula dengan video ini. Sebab itu saya datang sini.
Dan sepanjang hidup saya,
saya berpegang pada setiap kata-kata orang itu.
Di antara kami semua, hanya tinggal saya...
yang menonton video itu.
Adakah awak percayakan saya?
Guru sudah keluar.
Akhirnya Hari Penyucian bakal menjelma.
Tapi...
apa awak lakukan semasa waktu yang penting ini?
Awak ingat awak boleh menyelinap keluar seperti tikus?
Dan memungkiri janji kepada kami?
Awak semua yang mungkir janji dulu.
Awak cakap kalau saya duduk di sini,
mak cik saya akan selamat.
Saya tunaikan janji saya.
Masalahnya, Jung Hyun itu yang asyik menimbulkan masalah.
Alasan.
Saya tak akan percaya kata-kata awak lagi.
Tak percaya?
Kenapa?
Jadi, kenapa?
Apa yang awak boleh lakukan?
Kalau bukan kerana saya, pasti awak sudah mati sekarang!
Anak Guru atau tidak, awak bukan sesiapa.
Apa yang awak cuba lakukan?
Tiada apa saya boleh lakukan?
Benarkah awak rasa begitu?
Bagaimana kalau sesuatu berlaku kepada saya...
dan Guru dapat tahu?
Jadi, siapa yang akan berada dalam masalah?
No comments yet. Be the first to leave one.