The first 200 lines.
Helo, saya sudah bersedia.
Manoj, awak pasti mahu lakukannya?
Fikir lagi.
- Ini boleh memudaratkan awak. - Jadi?
Apa bezanya?
Cepat. Pasangkannya.
Seseorang perlu lakukan kerja kotor untuk menjernihkan keadaan.
Awak ditakdirkan untuk kerja ini.
Orang ramai ada hak untuk tahu...
...tentang apa yang berlaku dalam sukan kriket di India.
Faham? Duduk.
Jangan bimbang.
Sebaik sahaja awak hidupkan suis kamera...
...anggap ia penamat pusingannya.
Kita kembali bersiaran langsung dan Azhar bermain perlawanan negara ke-99.
India menentang Afrika Selatan Bangalore, 2000
Saya Azhar.
Terkenal untuk tiga perkara.
Pertama, saya percaya pada Tuhan.
Pernah berkahwin dua kali...
...dan dapat lebih dari tiga ratus pukulan dalam tiga perlawanan pertama.
Azhar hanya tinggal satu larian saja untuk mencapai 100 pukulan.
Dapatkah Allen halang Azhar daripada lengkapkan 100 pukulannya?
Atau tidak?
Azhar...
Penggunaan pergelangan tangan yang hebat...
...semasa bola memecut ke sempadan untuk dapatkan empat larian.
Azhar telah melengkapkan 100 pukulannya.
Tony, inilah yang kita gelar kebangkitan semula.
Seluruh stadium berdiri untuk beri penghormatan kepada Azhar.
Ketepi, beri laluan.
Azhar, berikan satu tandatangan!
Segalanya berjalan lancar. Satu masa dahulu...
...saya pernah menjadi Kapten Pasukan India.
Atau apa kita katakan, pemain kesayangan India.
Azhar, tuan!
Kehidupan kelas pertama.
Abang Azhar bersendirian?
- Di mana isteri awak, Sangeeta? - Dia ada penggambaran.
Awak pakai jam mahal itu?
- Ia tunjukkan masa yang tepat. - Ya.
Ia juga tentukan sama ada masa awak betul atau tidak.
Saya nampak jam yang sama. Sangat tepat.
Tapi itu melebihi bajet saya.
Ini dihadiahkan oleh peminat.
Kami tak dapat peminat seperti itu.
Saya jadi pengulas...
...tapi awak masih hebat dalam bidang ini.
Awak sudah bermain 99 perlawanan negara.
Tak lama lagi, awak akan bermain buat kali ke-100. Kemudian?
Apabila kita bermain untuk India...
...ia tak pernah cukup.
Terima kasih.
- Helo. - Hai, Azhar.
Ajju, awak nampak kacak.
Azhar, Nisha daripada Hindustan Times . Tahniah untuk 100 pukulan kamu...
...dalam perlawanan sebelum ini. - Terima kasih.
Adakah kamu akan dilantik sebagai kapten lagi...
...selepas perlawanan ke-99?
Saya bermain bukan untuk menjadi kapten.
Saya lakukannya supaya India menang.
- Encik... - Maafkan saya.
Kamu fikir lebih baik untuk bersara sekarang?
Saya masih muda. Tak terfikir untuk bersara lagi.
Datuk saya pernah berkata, paling kurang saya akan main 100 perlawanan negara.
- Saya perlu hormati perasaannya. - Azhar.
Pengerusi menelefon. - Mari pergi.
Bos sudah panggil.
Ini siri yang lama.
- Kita akan teruskan lain kali. - Encik...
Masuk.
Azhar, saya ada berita buruk.
Saya tak tahu bagaimana untuk katakannya.
Kenapa? Saya sangka awak akan ucapkan tahniah...
...untuk 100 pukulan saya.
Tapi keadaan nampak berbeza di sini.
Awak dituduh mengatur perlawanan.
Azhar, Hansie telah berikan kenyataan.
Jelas sekali dalam kenyataannya...
...awak memperkenalkan dia kepada MK Sharma, seorang penerima taruhan.
Ini adalah satu pertuduhan berat.
Persatuan tidak boleh tutup mata.
Azhar memperkenalkan saya kepada penerima taruhan MK Sharma - Hansie
Baca ini.
Ini akan menjadi berita hangat.
Kami perlu lakukan siasatan.
Ini tak benar.
- Saya tak kenal MK Sharma. - Azhar, bukan itu yang penting.
Seratus lima puluh orang pemain, 11 pasukan.
Tapi dia namakan awak. Kenapa?
Saya temui ribuan orang di parti. Kami berpelukan, berjabat tangan, bergambar.
Bagaimana saya boleh tahu jika salah seorang ialah penerima taruhan?
Tiada gunanya cakap dengannya.
- Kita perlu ambil tindakan. - Azhar.
Saya hormat awak sebagai seorang pemain.
Jadi, terima nasihat saya.
Upah peguam yang bagus.
Sebab ini akan mengambil masa untuk diselesaikan.
Sehingga siasatan ini berakhir, Persatuan tak boleh benarkan awak...
...bermain kriket.
Sudah bertahun lamanya tuan kenal saya.
Saya akan buat begitu? Katakan.
Maaf, tiada apa lagi yang kami boleh lakukan untuk awak.
Tapi, tuan...
Mari pergi.
Awak pelik.
Awak datang dan tawarkan 2.5 juta.
Betul?
Siapa? Azhar, kan?
Awak beritahu saya. Bagaimana awak boleh lupa?
Pemain kriket Manoj lakukan operasi perangkap.
Pendedahan terbesar dalam sejarah kriket India.
Kekecohan besar dalam dunia kriket.
Tapi Azhar...
Sukar untuk dapatkan dia.
Kita perlu dapatkan dia.
Bagaimana caranya?
Dia penipu.
Peminat kriket yang berang membakar patung di luar rumah Azhar.
Kejatuhan Bintang Operasi Perangkap Kriket Terbesar
Dia ada lokar di Hotel Royal.
Maksud awak, Azhar?
Saya taruhkan wang untuknya beberapa kali.
Azhar bayar 500,000 tunai dan beli jam daripada Pappu.
Siapa membawa wang sebanyak itu?
Pada 15hb Jun, Hansie menyatakan...
...Azhar ialah orang yang memperkenalkan dia kepada penerima taruhan.
Siasatan ke atas Azhar diarahkan selepas kenyataan ini dibuat.
Azhar dituduh mengatur tiga perlawanan.
Pertama, India menentang Afrika Selatan pada tahun 1996, Piala Jubilee di Rajkot.
Kedua, India menentang Sri Lanka, 1998.
Ketiga, 1999. India menentang Pakistan...
...dilangsungkan di Jaipur.
En. Azhar, kami dapat arahan untuk geledah rumah kamu.
Ini warannya.
Hindustan Times CBI menyerbu rumah Azhar
Jawatankuasa Chandrachur yang dilantik untuk menyiasat peranan Azhar...
...menyatakan dalam perenggan nombor 153 dalam laporan 330 halaman...
...Azhar ada hubungan rapat dengan MK Sharma dan penerima taruhan lain.
Juga dia terlibat dalam pengaturan-perlawanan.
Saya rasa amat terkejut. Saya enggan percaya Azhar terlibat.
Bill Hayes Jurucakap Majlis Kriket Derbyshire
Sudah bertahun lamanya saya mengenali dia. Ini mustahil.
MK Sharma Ditahan
Azhar pengkhianat!
The Hindustan Times UCAI mengambil tindakan menentang Azhar
Dia mengkhianati negara ini!
UK Observer Azhar dilarang bermain seumur hidup
Azhar ialah pengkhianat! Dia mengkhianati negara ini!
Nama saya Azhar.
Saya dituduh mengkhianati negara ini.
Setahun kemudian...
Peminat boleh buat bising dan buat kita penat juga.
- Ini pengaruh buruk untuk anak-anak. - Semua merungut...
...tentang saya pada dewa mereka.
Orang juga akan berpusing melihat saya dahulu.
Mata mereka sama.
Tapi pandangan mereka telah berubah.
Itu Azhar.
Tapi orang yang saya akan temui tidak akan berubah.
Dilahirkan dan dibesarkan di London, tetapi berjiwa India.
Assalamualaikum.
Rama.
Dia akan pandang saya dan kata, "Perlukah kita bertemu di sini?"
Perlukah kita bertemu di sini?
Menurut horoskop saya, "Hati-hati". Saya akan berbalah dengan seseorang.
Awak masih baca horoskop?
Awak telah berubah, bukan saya.
Ada horoskop di rumah saya, tapi saya tak baca.
Saya tahu apa yang akan tertulis.
"Masa yang buruk. Tak semua orang menyokong awak.
Warna hari ini adalah hitam."
Hitam?
Saya perlukan kot hitam awak.
Kot hitam saya? Kenapa?
- Kita perlu pertahankan ini. - "Kita"?
Jika saya ambil kes ini, orang akan turut mempersalahkan saya.
Tolong, jangan libatkan saya dalam hal ini.
- Awak pun fikir saya bersalah. - Saya...
Saya tak tahu. Saya hanya tak mahu bela kes awak.
Saya bukan peguam hebat pun.
Mungkin, tapi awak kawan lama saya.
Azhar, pergi cari peguam lebih hebat.
Awak kaya. Awak mampu membayar mereka.
Mereka yang tiada ramai kawan, tidak kaya.
Apa gunanya mencari kebenaran...
...apabila semua rakan itu menentang saya?
Apa gunanya berjuang?
Saya pergi dulu.
Selamat tinggal.
Azhar.
Berapa kali saya pesan? Tapi awak tak nak dengar.
Tetap tak berubah.
Raja? Awak di sini?
- Reddy, apa khabar? - Baik.
Saya ke sini berjumpa klien, tapi saya terjumpa Azhar pula.
Pelik. Orang yang sangat pelik.
Kenapa? Apa yang berlaku?
- Saya cakap saya akan bela kes dia. - Ya.
Saya akan bebaskan dia daripada tuduhan itu.
No comments yet. Be the first to leave one.