The first 200 lines.
KISAH YANG ANDA AKAN SAKSIKAN AGAK BENAR
INSPIRASI DARIPADA KEHIDUPAN GARY JOHNSON
Apa maksud kata-kata Nietzsche ini?
"Rahsia untuk menikmati kewujudan kita,
mencapai kejayaan dan keseronokan terhebat
ialah kehidupan yang berbahaya.
Bina kota di lereng Vesuvius.
Jelajah laut yang belum dipetakan.
Bersaing dalam kelompok dan cabar diri sendiri."
Apa yang dia cuba sampaikan?
Sesiapa boleh jawab?
Sylvia.
Saya rasa maksud dia, kita perlu meneroka dunia.
Ambil risiko dan keluar dari zon selesa
kerana kehidupan ini singkat.
Kita perlu hidup dengan semangat mengikut cara kita sendiri.
Saya ada tiga perkataan untuk jawapan kamu.
Memang tepat sekali.
Kata lelaki yang cuma pandu Civic.
LEBUH ALLEN TOUSSAINT
Aku tahu jika dilihat luarannya, hidup aku nampak biasa dan membosankan.
Lelaki yang beri burung makan dan tinggal dengan kucing
di pinggir bandar, tapi aku suka kehidupan dalaman aku.
Aku agak bahagia.
Aku rasa serba cukup.
Terlupa pula, nama aku Gary Johnson, dan sejak beberapa tahun lepas,
aku mengajar psikologi dan falsafah
di Universiti New Orleans.
Walaupun aku suka hidup dalam dunia yang dipenuhi soalan dan idea,
aku juga mahir mengendalikan peranti elektronik dan digital.
Aku juga ada sumber pendapatan tambahan
dengan melakukan kerja pengintipan untuk Polis New Orleans.
Setelah selesai latihan wajib,
aku menyembunyikan kamera, mikrofon dan merakam perbualan
dalam kes-kes pembunuhan upahan.
Begitulah.
Aku buat hal sendiri saja apabila kehidupan aku tiba-tiba berubah.
SYARIKAT TUKANG PAIP REG
Jasper kena berhati-hati dengan Craig.
Dia ada rekod jenayah serangan, pemilikan...
Hei, Gary.
Arahan baharu. Jasper tak boleh masuk.
Ketua gantung kerja sebab dia pukul budak-budak itu.
Akhirnya.
Kami rasa kau kena ganti.
Aku? Ganti untuk apa?
Tahniah, Gary. Kau dinaikkan pangkat sebagai pembunuh kontrak.
Tunda sajalah pertemuan.
Dia pun belum sampai.
Pembunuh upahan tak boleh tunda.
Pembunuh upahan?
Ia tak wujud. Ada peraturan rekaan pula sekarang?
Kau dah selalu tengok. Kau boleh buat.
Kau buatlah.
Tak nak. Aku pernah cuba. Hampir terbunuh.
Aku pun tak nak kena bunuh. Okey?
Aku orang awam.
Kami akan jaga kau.
Kami akan datang kalau ada masalah.
Masa dah suntuk. Ambil alat Jasper.
Kau patut baca ini cepat.
Ini saja yang kita tahu, Billy.
- Apa? - Nama samaran kau.
"Billy." Jom.
Ya Tuhan, matilah aku.
Mengarut betul gantung orang sebab hal macam itu...
Aku pun kesal, Jasper. Claude hantar aku untuk...
Ramai orang faham sebab aku buat macam itu.
Mereka tak kisah langsung.
Kalau kau baca bahagian komen, dua pertiga sokong aku.
Teruk betul.
Mampuslah mereka.
Pergi mampus. Digantung kerja 120 hari bergaji. Celaka.
Aku pun tak kisah. Aku nak pergi memancing, tak guna.
Aku akan habiskan musim panas di Pensacola.
Tengoklah keadaan nanti kalau aku tak ada.
Kenapa kau di dalam kereta aku?
Claude suruh ambil mikrofon dan radio pemancar.
Siapa yang akan ganti aku?
Kau?
Mengarut, bukan?
Aku rasa ada orang lain lagi layak.
Ya.
Masuk akal.
Muka kau susah dibaca dan senang dilupakan.
Betul.
Aku dah lama mendengar.
Aku tahu nak cakap apa, tapi...
Ada nasihat atau helah untuk aku?
Yang penting, mereka mesti percaya. Okey?
Mereka nak kau jadi pembunuh. Itu yang kau kena jadi.
Jangan tunjukkan kelemahan dan teruskan gaya agresif
sampai mereka benar-benar ucapkannya.
Baik.
Tapi kau kena relaks.
Bertenang.
Baik, jadi aku perlu...
Aku cuba untuk...
Tugas kau humban semua penyangak itu ke penjara.
- Apa hal, Claude? - Billy kena gerak segera.
- Craig dah sampai. - Baik.
Aduhai...
Pertemuan pertama sekali saja. Jangan buat silap.
Kau nak pakai seluar itu?
Boleh tahan selesa juga seluar ini.
Pengudaraannya bagus.
Ya.
Kau Billy.
Kau pembunuh!
Kau membunuh
untuk sara hidup!
Silap pilih meja. Ambil barang kau. Duduk.
Kita perlu saling percaya sepanjang berurusan.
Ya.
Mestilah.
Jadi,
sejak bila kau buat kerja ini?
Itu bukan urusan kau.
Amboi. Tengok Gary.
Kau nak upah aku.
Dia memang berbakat.
Dia menguasai perbualan.
Kau tak kenal aku, aku tak kenal kau. Suatu masa nanti,
pasti ada gunanya.
Kita takkan berkawan. Kau faham tak?
Faham.
Tarik nafas. Fikir macam pembunuh upahan.
- Jadi... - Jadi,
kau menilai aku.
Mampukah aku hapuskan masalah kau?
Kau pun patut tahu, aku menilai kau juga.
Adakah kau menipu?
Adakah kau cakap besar saja?
Kalau kau serius sekarang, adakah kau akan cari Tuhan nanti
kerana dibebani rasa bersalah dan penyesalan
untuk mengakui dosa kau?
Adakah hati kau tak cukup kental
dan akan menuding jari kepada aku?
Takkan!
Tolonglah, takkan sekali-kali.
Sebenarnya, aku dah rancang semuanya.
Okey.
Ceritalah.
Aku bekerja selang seminggu.
Mulai Selasa depan, hari pertukaran kru di Houma,
pergerakan aku setiap saat akan direkod dan dicatatkan.
Jadi, kalau ada apa-apa masalah berlaku,
orang takkan fikir aku dalangnya, bukan?
Bukan Craig.
Sebab Craig sedang bekerja di pelantar minyak.
Dia berada di Teluk selama ini, 190 kilometer dari daratan.
Macam mana?
Bagus rancangan kau.
Ya.
Baik, aku rasa Khamis atau Jumaat yang paling sesuai.
Baik.
Jadi, apa rancangan kau?
Kau nak singkirkan saja dia?
Apa maksud kau?
Jangan buat-buat tak tahu.
Kau faham maksud aku.
Tak, dia perlu lenyap terus.
Kemudian, apa kau nak buat?
Apa maksud kau?
Ziarah pengebumian?
Pengebumian?
Dalam dunia ideal aku,
pengebumian tak perlu diadakan, bukan?
Tak ada pengebumian?
Maaflah, tapi...
Alamak.
Adakah kita maksudkan perkara yang sama?
Ia dah mula bercelaru. Kawal keadaan, Gary.
Aku tanya sebab bunyinya
macam kau nak mayat itu dibuang begitu saja.
Aku rasa itu lagi berisiko.
Ya, aku faham.
Buat macam dia bunuh diri atau rompakan tak menjadi.
Kalau ikut cara kau, aku kena bersusah urus mayat itu
agar ia tak ditemukan.
Ya. Aku cuma curiga.
Macam mana kau nak buat?
Aku akan beritahu sedikit rahsia aku.
- Ya. - Aku ada banyak cara.
Tapi dalam kes ini,
aku akan guna cara ekstrem.
Penggal kepala daripada badan mayat, kemudian buat penguburan bayou.
Kau tahu Bayou Gauche?
Tahu.
Keluarga aku ada tanah di sana, jadi pada tengah malam,
aku akan ke sana senyap-senyap dan naik bot kecil,
lalu aligator akan uruskan.
Kita cakap tentang badan
atau kepala?
Badan.
Kepala...
Kepala pula lain caranya.
Ia melibatkan gigi.
Gigi sangat menyusahkan.
Rekod pergigian, ya?
No comments yet. Be the first to leave one.