The first 200 lines.
'Dalam sebuah daerah mitos pada era kegemilangan sihir,'
'takdir sebuah kerajaan besar'
'Terletak di bahu seorang lelaki muda'
'Namanya ..'
'Merlin.'
Raja Rodor.
Puteri Mithian.
Kamu cantik macam yang mereka katakan.
Dan kamu Odin, pembunuh yang tak berhati perut.
Kenapa kamu buat semua ni?
Kamu perlu lebih berhati-hati dalam memilih sekutu.
Semua sahabat Camelot adalah musuh saya.
Jadi.. kita bahagikan harta rampasan seperti yang dipersetujui.
Ambillah apa saja yang kamu mahu.
Jadi apa urusan kamu di sini, Morgana?
Saya mahukan hak saya.
Saya mahu menduduki takhta Camelot.
Jadi, saya perlukan tentera.
Tentera saya?
- Mereka telah tunjukkan keberanian mereka hari ini.
Dan apa balasan yang saya akan dapat?
Arthur.
Lakukan apa saja yang kamu mahu.
Sarikata oleh Light_Arm
Episod 4 ' Another Sorrow '
Tunjukkan diri kamu!
Sir Leon. Gembira berjumpa kamu.
- Puteri Mithian.. - Tuanku..
Cepat. Kita kena bawa dia pada Gaius.
Merlin, beri selimut dan hidupkan api.
Cepat, kita kena hangatkan badannya.
Adakah dia okey?
Terlalu awal untuk dikatakan. Terima kasih, Leon.
- Kamu lakukan dengan baik. - Dah tentu...
Saya akan minta seseorang bawa kamu ke bilik kamu.
Saya tak akan tinggalkan tuan saya.
Dia selamat. Saya berani jamin.
Dia segala-galanya bagi saya.
Jadi biarkan saya..
- Tolonglah! - Gaius?
Selesakan diri kamu. Merlin, beri saya selimut.
Ya?
- Macamana keadaannya? - Dia lemah dan letih. Tapi dia okey.
Bagus. Saya nak bercakap dengannya sekejap.
- Sebenarnya, tak boleh. - Apa dia?
- Dia tak boleh diganggu hingga esok. - Ini sangat penting.
Begitu juga dengan kesihatannya.
Adakah kamu sedang memberi saya arahan?
- Ya, Tuanku. - Rasa seronok ke?
Ia.. tak menyeronokkan.
Arthur?
Dia menunggang sepanjang malam. Pasti sesuatu telah berlaku.
Kita akan tahu pada pagi esok. Saya yakin.
Sihir kamu mungkin kuat, Morgana,
tapi kamu tak boleh bertahan lama. Ia meletihkan kamu.
Cukup!
Kamu hanya perlu pastikan yang kawan kamu percaya pada cerita kamu.
Mereka datang pada waktu malam.
Tanpa amaran.
Kami.. tak bersedia.
Kami tak mampu halang mereka.
Dah tiga hari ia berlaku?
Tenteranya..
Mereka tiada belas kasihan.
Mereka bunuh orang kami sesuka hati.
Odin takkan rasa bersalah dengan apa yang dilakukannya.
Dan ayah kamu?
dia cedera parah, tapi kami berjaya larikan diri.
Di mana dia sekarang?
Kami dapat larikan diri hingga ke sempadan,
tapi dia tak mampu teruskan perjalanan lagi.
Tentera Odin akan mencari kami.
Kalau lebih lama, dia akan menemui kami.
Saya faham.
Ayah saya dah tua.
Dia tak mampu pertahankan dirinya.
Saya tak tahu nak ke mana, Arthur.
Kamulah satu-satunya harapan saya..
Mithian, saya faham apa yang kamu rasa.
Dan saya akan lakukan apa yang saya mampu untuk membantu kamu.
Terima kasih, Tuanku.
Rodor berlindung di sini,
di makam purba Raja Lothar, 3 jam perjalanan dari sempadan kita.
- Mithian boleh bawa kita ke sana? - Dia dah pulih.
Kita kena selamatkan Rodor dengan cepat dan senyap.
Dengan hanya sedikit tentera.
- Kita akan merentasi sempadan dan pulang dalam masa beberapa jam. - Betul.
- Tuanku, izinkan saya? - Ya, Gaius?
Odin dah lama berdendam dengan kamu. Kalau dia tahu tentang ni,
kamu perlu bawa lebih ramai tentera.
Betul, tapi Odin tak tahu di mana Rodor, kita pula tahu.
Bila dia sedar apa yang berlaku, kita dah pun berjaya lakukannya.
Baiklah, kita akan bermalam di hutan Gedref.
Kita berangkat sebaik matahari terbit.
Maaf. Saya dah ketuk.
Tak mengapa.
Gaius hantar saya. Saya bawa ubat untuk Puteri.
Baiknya kamu. Terima kasih, Merlin.
Selamat malam.
Kalau saya jadi kamu, Saya tak akan buat begitu.
Kamu pasti tak suka akibatnya.
Kamu sedang fikirkan sesuatu ke, Merlin?
Entahlah.
Ada sesuatu yang tak kena dengan Mithian.
Perlukah saya pergi dan periksa dia?
Tak, bukan macam tu. Dia bukannya sakit..
Ia macam.. takutkan sesuatu.
Dia bimbang, Merlin. Dia bimbang tentang ayahnya.
Biasalah tu.
Ia lebih dari itu. Saya nampak ketakutan di dalam matanya.
Itu bukan Mithian yang saya kenal.
Kamu mengenali Mithian sewaktu dia sedang gembira.
Bukan Mithian saja. Hilde pun.
Ada sesuatu yang tak kena antara mereka.
Mereka berdua telah melalui pengalaman yang dahsyat, Merlin.
Mereka lari tinggalkan rumah dan kehidupan mereka.
Bukannya pelik jika mereka jadi begitu.
Mungkin..
Mari, kita ada kerja untuk dibuat. Kita kena kemaskan bekalan kita.
Arthur, kenapa kamu setuju untuk bantu Mithian?
Sebab Nemeth adalah sekutu kita.
Satu kesilapan kecil, Camelot akan kehilangan seorang Raja.
Itulah risiko yang saya kena ambil.
Untuk Nemeth atau untuk diri sendiri?
Apa maksud kamu "untuk diri sendiri?"
Odin yang bunuh ayah kamu.
Kamu tak boleh nafikan yang kamu teringin membalas dendam.
Apapun yang saya rasa tentang Odin, tak ada kaitan dengan hal ini.
- Betul ke? - Sudah tentu tidak.
Ini tentang memberi bantuan kepada sekutu kita. Tak lebih, tak kurang.
Baguslah. Saya cuma nak pastikan.
Kamu berhak bertanya.
Saya bergantung pada kejujuran kamu, Guinevere.
Dan saya suka kamu begitu.
Nampaknya anak kamu bukan saja cantik, Rodor.
Arthur dah sedia untuk berangkat dari Camelot.
Arahkan semua tentera untuk bersedia...
..ke Makam Raja.
Pengakhiran yang sesuai Arthur, kamu setuju?
Kamu bawa seorang lelaki yang baik kepada kematiannya, Odin.
Kamu bukannya raja, Kamu tak lebih dari seorang penjenayah biasa,
Arthurlah penjenayah.
dia membuktikannya, bila dia bunuh anak saya.
Cari seseorang?
Tak.. Saya cuma..
Kamu ingat kamu boleh berjumpa Arthur di belakang saya?
- Kamu silap, - Saya hanya...
Kalau kamu khianati saya lagi, saya akan tanam ayah kamu hidup-hidup.
Faham?
Ya! Ya!
Tolonglah.. Hentikannya.
Semuanya okey ke?
Bangun. Perlahan-lahan.
Puteri rasa sedikit pening, itu saja.
Kami cuma dapatkan sedikit udara.
Oh, saya harap kamu semakin sihat sekarang.
Rasa lebih baik, terima kasih.
Kami tak nak ganggu kamu lagi, Tuanku. Selamat malam.
Tidur lena.
Tuanku. Tunggu.
- Apa dia? - Misi ini...
..terlalu bahaya, jadi saya tak perlu pergi?
Kamu fikirkan perkara yang sama?
Tidak, saya rasa itulah yang kamu selalu kata.
Dan saya masih hidup. Dengan dua kaki, dua tangan, masih ada gigi.
Saya tak sedap hati. Macam ada yang tak kena.
- Sesuatu yang kita tak tahu. - tapi kamu tak boleh katakan apa dia?
Tak, tak.
Mungkin kita perlu tangguhkan misi ni
hingga kita ada semua maklumat yang diperlukan?
Baiklah.
Oh, pergi beritahu Puteri Mithian yang kita telah putuskan
untuk biarkan ayahnya mati sebab kamu tak sedap hati.
Saya tak fikir begitu.
Macamana boleh jadi macam tu?
Saya..
Saya diikat oleh tentera Odin, sebelum saya melarikan diri.
Saya minta maaf,
Saya tak sedar tentang tu.
Ia satu kenangan yang sangat menyakitkan.
Saya pasti dia tak mahu ia kekal di atasnya.
Sudah tentu, saya faham.
Ia tak masuk akal. Mithian beritahu Arthur yang dia larikan diri.
Dia tidak pernah cakap yang dia ditangkap.
Dia masih terkejut, Merlin.
Sampai boleh terlupa bahagian penting tu?
Kenapa dia nak berbohong?
Sebab dia tak mahu saya tahu macamana dia boleh
melecur di pergelangan tangannya. Gaius, ada sesuatu yang tak kena di sini.
Kita kena sampai di sempadan sebelum matahari terbenam! Mari bergerak!
Arthur.
Kamu pasti ini perkara yang betul untuk dilakukan?
Ah, kamu tak sedap hati lagi, kan?
- Lebih kurang macam tu. - Kamu ada berbual dengan Guinevere ke?
Kenapa kamu tanya macam tu?
Dia pun tak yakin tentang hal ni?
Odin adalah musuh bagi daerah ini
Saya tak boleh berdiam diri dan biarkan dia bunuh
ayah Mithian macam dia bunuh ayah saya.
Saya tahu apa yang dia buat.
No comments yet. Be the first to leave one.