Dickinson

Dickinson

Download Malay Subtitle

Season 2

Release info

Dickinson S02 WEBRip x265-ION265 [Complete]
A Commentary by ShasyaLala
Apple TV Retail.

Tags

webrip
web
BRip
x265
Published on: 2021-11-21
Downloads: 11
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Catatan sejarah kehidupan Emily Dickinson,

sehingga perkahwinan Sue dan Austin,

lengkap dan penuh dengan fakta, berbanding dengan catatan berikutnya.

Dalam beberapa tahun seterusnya, tak banyak surat yang terselamat.

HELEN DI TROY AKAN DILUPAKAN, TAPI HELEN DI COLORADO KEKAL ABADI

Hakikat sebenarnya mungkin terselindung di sebalik puisinya.

KEPADA SUE

PERKAHWINAN

STEPHEN MELAWAT "IBUNYA".

HIGGINS & SEITER TEMBIKAR BERKUALITI

KEPADA SUE

Pn. Dickinson.

SI HALUS DI TENGAH RUMPUT MUNCUL SEKALI-SEKALA

Pandang depan. Bertenang.

Okey. Apa pendapat doktor?

- Ia kurang baik. - Saya takkan buta, bukan?

- Awak takkan buta. - Syukurlah. Bagus.

Mata awak masih kabur atau nampak silauan cahaya?

Ya. Kadangkala bahagian tepi kertas seolah-olah hilang ketika saya menulis.

- Awak sering menulis? - Sepanjang masa.

Mungkin awak patut hentikannya.

Berhenti menulis?

Itukah penyebab masalah matanya?

Ia boleh jadi apa saja.

Ya Tuhan, Emily, jangan memburukkan lagi penglihatan awak.

Saya nak ingatkan yang awak takkan buta.

- Tengoklah. - Nampaknya dia menghidapi iritis.

Ia keradangan iris.

Dan rabun jauh yang tak serius.

Baiklah. Apakah rawatannya?

Duduk di dalam bilik yang agak gelap.

Elak matahari dan ingat, jangan percaya segala yang awak lihat.

- Elak matahari? - Ya.

Itu saja?

Tak guna.

Mahalnya nasihat mengarut awak itu.

"Elak matahari"? Dia bukannya kelawar.

Ayah, tak apa. Saya tak perlukan matahari. Bulan masih ada.

Emily, diam. Awak nampak yang ayah sedang marah doktor ini?

Kalau awak nak, tinggallah beberapa hari lagi di sini.

- Saya boleh teruskan pemerhatian. - Saya nak pulang.

Ini bil pemeriksaannya.

Awak penyangak.

Sebenarnya, saya pakar oftalmologi Amerika yang pertama.

Ini dah melampau!

Datang semula dalam masa enam bulan untuk saya periksa kalau ada apa-apa perubahan.

- Doktor rasa ia boleh sembuh? - Tidak.

Ia hanya akan jadi lebih teruk.

Sebelum separuh penglihatanku hilang

Sebelum separuh penglihatanku hilang - Aku juga suka melihat

seperti Makhluk lain yang bisa melihat - sejak azali lagi -

Namun jika aku tahu, Hari ini

Yang langit boleh menjadi

Milikku - ketahuilah bahawa Hatiku Akan hancur berkecai -

Doktor itu cekik darah betul. Ayah sungguh tak sangka.

Perlukah ayah terus mengomel?

Ayah sedang fikir bagaimana kos berjumpa doktor selama tiga hari

sama jumlahnya dengan lawatan ke Eropah.

Maaf kerana ia terlalu mahal.

Masalahnya bukan awak, sayang. Ayah tak banyak belanja untuk awak.

Tapi masalahnya ialah abang awak.

Ayah dah habiskan banyak wang untuk rumahnya.

Dia mahukan kelengkapan yang terbaik.

Apabila pasaran saham jatuh dan syarikat kereta api bankrap...

Boleh saya sambung berfikir?

Tak boleh.

Awak memang seorang penyajak. Awak sentiasa menulis kebelakangan ini.

Apa awak buat dengan semua puisi itu? Awak tak pernah tunjuk kepada ayah.

Saya tak boleh tunjukkan kepada ayah.

Kenapa pula?

Ayah takkan memahaminya.

Mungkin betul juga cakap awak.

Ayah harap awak jumpa seseorang yang boleh memahaminya.

Jangan risau. Ada seseorang yang memahaminya.

Jauhnya perjalanan dari New York.

- Terima kasih kerana datang. - Sama-sama. Biar saya bantu.

Baik. Hati-hati.

Awak tentu terkejut kalau awak tahu harganya.

Sudah tentu.

Saya harap dia menyukainya.

Saya dah memegangnya.

Terima kasih sekali lagi, Henry.

- En. Dickinson, sebelum encik pergi... - Panggil saya Austin.

Ia terasa lebih selesa begini.

- Baik, Austin. - Ya.

- Boleh saya tahu... - Ya?

...sama ada saya boleh guna bangsal malam ini?

Ya, sudah tentu.

Gunalah sesuka hati awak.

Jadi, bolehkah kalau saya...

Awak buatlah apa awak nak buat, Henry.

Kalau ada orang tanya, suruh mereka berjumpa dengan saya.

- En. Dickinson sangat baik hati. - Austin.

Okey.

Ayah awak terlalu berjimat-cermat kebelakangan ini.

Sekarang, dia merungut tentang semua perbelanjaan.

Dia juga suruh kita sewakan bilik.

- Apa? - Mak pun terkejut juga.

Mak kata, "Habislah reputasi kita jika kita tinggal bersama orang asing."

Mujurlah mak jumpa seseorang yang kita kenal.

Awak ingat rakan sekelas abang awak yang berhenti kolej dulu?

En. Shipley.

- Mak, lelaki yang saya... - Oh, dia dah sampai.

Helo, penyewa.

Apa khabar?

Apa yang sedang berlaku?

Helo.

Saya bercakap seorang diri?

Rasanya saya pernah kenal awak. Siapa nama awak?

Saya bukan sesiapa!

Awak siapa?

Saya Emily Dickinson dari Amherst.

Saya yakin kita pernah berjumpa. Saya macam pernah nampak awak. Saya...

Terima kasih.

Saya...

Hei, siapa awak?

Kereta api ini tiada gerabak makan minum. Patutlah syarikatnya bankrap.

Awak bercakap dengan siapa?

Bukan sesiapa.

Cantik anak patung awak.

Apa awak buat di rumah saya?

Dengar kata, awak terlibat dalam perniagaan wiski haram di Kentucky.

Sebenarnya, saya jual ubat.

Ia antara usaha niaga saya yang berjaya.

Kalau ia begitu berjaya, kenapa awak kembali ke Amherst

dan menyewa bilik di rumah ibu bapa saya?

Mujurlah awak tanya.

Saya datang kerana awak.

- Tak sangka awak masih ingat saya. - Sudah tentu.

Awak gadis paling suci, sederhana, pendiam dan tradisional yang saya pernah kenali.

Sebab itulah...

Saya ingin memperisterikan awak.

Ship.

Kita berasmara sekali,

kemudian awak tiduri gadis lain pada malam itu.

Perbuatan itu memang kurang ajar.

Tapi saya dah berubah, Lavinia.

Saya bukan lagi pelajar tercicir yang mabuk dan meluncur ke dalam tasik.

Saya lelaki dewasa dengan sifat keusahawanan

yang menghormati wanita yang memiliki nilai-nilai tradisional

seperti sedia berserah, menjaga kehormatan diri

dan sanggup melakukan kerja rumah.

Saya langsung tak seperti itu.

Awak Lavinia Dickinson.

Awak adakan majlis minum teh untuk kucing awak.

Ya, tapi saya juga dah berubah.

Berubah dari segi apa?

Saya akan tunjukkan.

Nanti dulu. Apa yang awak buat?

Awak tak rasa kita patut tunggu sehingga kita berkahwin?

Henry "Ship" Shipley...

Saya rasa awak tak kenal saya.

Seronoknya saya dah pulang.

- Kami dah pulang! - Helo?

Mereka dah balik.

Apa yang doktor kata?

Awak tak tahu betapa sukarnya semua ini bagi mak.

Mak, mata saya yang bermasalah.

Tapi anak mak yang mungkin akan buta.

Saya takkan buta.

Ya Tuhan, kenapalah ini menimpa saya?

Masalah ini bukan menimpa mak.

Mak perlu jaga anak yang buta.

Ada penyewa pelik tinggal bersama kita.

- Kertas dinding dah merekah. - Ia baru saja dipasang.

- Ia dah ketinggalan zaman. - Saya takkan buta.

- Jangan risau. - Lega hati abang.

- Saya rindukan kakak. - Kakak pun sama, Vin.

Saya ada banyak gosip untuk kakak.

Maaf. Kakak sibuk. Kakak perlu sambung kerja.

Kenapa awak tergesa-gesa?

Tiga hari awak tiada. Awak tak mahu berbual dulu?

Tidak. Saya mahu menulis.

Saya ada terlalu banyak idea.

Doktor tak benarkan awak menulis. Ia tak elok untuk mata awak.

Kalau begitu, tikamlah mata saya sekarang.

Saya tak perlukan mata untuk melihat. Betul.

Saya hanya perlukan jiwa saya.

Ia membantu saya melihat kebenaran.

Kebenaran boleh dilihat oleh orang buta, maka biarlah saya buta.

Selagi saya ditemani puisi, saya tak takut kegelapan.

Tengoklah. Semuanya pasti tak apa-apa.

Em, tunggu.

- Hai. - Hai.

Sue tanya sama ada awak nak datang ke majlis malam ini?

Tidak. Tapi suruh dia datang berjumpa dengan saya.

Dia sedang bersiap di rumah kami.

- Tapi saya perlu bercakap dengannya. - Ya, dia juga sama.

Sebab itulah dia suruh abang jemput awak ke majlis malam ini.

Okey, beritahu Sue yang saya tak boleh datang.

Beritahu dia yang abang dah jemput saya,

tapi saya nak dia berjumpa saya, tapi...

Abang dah bosan menjadi orang tengah.

Datang sajalah. Kita berjiran.

Kadangkala, laman itu terasa sangat lebar.

Mak juga dijemput ke majlis awak?

Mak, kita semua perlu pergi.

Majlis Sue menjadi buah mulut penduduk New England.

Saya dah hafal artikelnya.

"Pn. Austin Dickinson dari Amherst mempesona dengan majlis terbarunya.

More Malay subtitles for Dickinson

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left