The first 200 lines.
Kecemasan berpunca daripada mesej.
Mesej datang daripada pemancar di tempat tinggi, seperti menara.
Satu-satunya cara untuk masuk ke menara itu ialah sebagai Utusan.
Jadi kita perlu jadi yang terbaik
buat dengan baik di kelas kita dan jadi Utusan.
Kamu mungkin jadi Utusan paling cepat dalam sejarah kita, Reynie.
Encik Bloom? Ini saya, Reynie Muldoon.
Saya tak tahu siapa awak.
Nama sendiri pun dia tak ingat.
-Mereka padam ingatan dia. -Padamkan segala-galanya.
-Itu nama pelajar. -Kedudukan?
Nama saya dan Constance berwarna kuning.
CHARLIE PETERS
Apa yang berlaku pada Charlie?
Jadi, kalau saya dan Constance tak perbaiki gred kami, kami pula seterusnya?
Kita perlu pastikan awak tak dibawa pergi.
Atau lebih teruk lagi...
Kate dan Constance sedang hadapi kesukaran.
Tiada ruang untuk kesilapan.
Sebab itulah kita tak boleh biarkan mereka gagal.
"Jadilah bukan diri kamu."
Apa maksudnya?
Dia nak kita menipu.
BERDASARKAN NOVEL "THE MYSTERIOUS BENEDICT SOCIETY"
OLEH TRENTON LEE STEWART
-Itu tak beretika. -Saya setuju, tapi...
Tergamak dia suruh kita menipu?
Sticky! Jangan sebut kuat-kuat.
George bukan seperti kita.
Dia tak boleh kawal emosi untuk kelebihan taktikal.
Benedict betul-betul nak kita menipu?
Menipu perkara biasa dalam pengintipan. Salah satu kemahiran mengintip.
Kalau kita ditangkap, memori kita akan dipadamkan.
Tapi jika kita tak menipu, Kate dan Constance akan dibawa pergi
dan memori mereka akan dipadamkan.
Mungkin kita tak perlu menipu.
Itu jurnal sama yang saya nampak dia tulis sebelum ini.
Mungkin penuh dengan maklumat penting.
Kalau kita dapat tahu isi kandungannya,
kita boleh tamatkan sekarang juga.
Macam mana kita nak buat begitu?
Saya dah tahu bagaimana.
Saya gelarnya Di Sebalik Langsir, Serangan Alfa.
Diagram dan skematik akan dibuat kemudian.
Sotong gurita tumis-reneh dengan wain.
Sepanjang pagi saya tak nampak awak.
Saya bangun awal untuk buka tocang. Dah hampir siap.
Menyediakan watak baru untuk kerja penyamaran masa depan.
Nama dia Demetra.
Bintang badminton yang telah diaibkan, banyak kisah silam yang gelap.
Kenapa kami nak awak menyamar jadi bintang badminton yang diaibkan?
Awak tak tahu sehinggalah awak tahu.
Kenapa dia diaibkan?
Saya tak nak bercakap tentangnya.
Maksud saya, Rhonda takkan bercakap. Dia takkan buat begitu.
Pemerhatian awak lebih tajam daripada biasa, bukan?
Semuanya okey?
Saya tak tahu dari mana patut saya mulakan.
Ada rasa Scotch Bonnet.
Bisikan, bukan jeritan.
Dedaun itu terus menerus menghalang penglihatan saya!
Saya perlukan kedudukan yang lebih baik.
Minta maaf. Saya agak gelisah. Nampaknya kita semua sama.
Saya baik-baik saja.
Pertama, saya minta mereka menyamar dan bahayakan nyawa dan sekarang menipu?
Awak tahu bagaimana ia buat saya rasa.
Rasa loya, sesalan.
Kalau saya dapat mengesan penyelam yang mereka sebutkan,
ia mungkin akan beri butiran yang penting.
Saya perlu memerhatikan cabang itu dari tempat yang lebih tinggi.
Puncak Widow. Tiga batu ke utara.
Itu kedudukan yang baik. Tapi pendakian yang sukar.
Sempurna. Dan dengan teleskop yang betul...
Pemantul Dobsonian.
Atau mungkin boleh jadi pembias empat inci?
Ya! Kita mungkin akan nampak sesuatu.
Petunjuk tentang apa yang abang saya sedang bina di dalam air.
Kita mesti pergi sekarang juga!
Maafkan saya! Awak orang yang dikehendaki.
Sebab itulah kita berada di dalam hutan,
untuk mengelak daripada orang-orang yang mengejar awak.
Kalau awak dilihat...
Tolonglah biar Milligan uruskan hal ini.
Baiklah.
Boleh saya sekurang-kurangnya bantu dengan modifikasi lensa, Nombor Dua?
Awak perasan tak yang Nombor Dua agak dingin?
Saya lebih suka bersifat neutral tentang perihal kerja.
Saya hormati prinsip awak.
-Apa yang dia buat? -Lelaki itu sedang menulis jurnal.
Selamat tengah hari, Dr. Curtain.
Oh, Reynard Muldoon. Muldoon, Reynard.
Awak pernah perasan tak nama awak seimbang dan sekata?
Terima kasih. Maaf kerana mengganggu.
Tak, saya alu-alukan interaksi manusia. Apa yang saya boleh bantu?
Awak ada soalan daripada perjumpaan lalu kita?
Ya. Salad caesar.
Sajian pertama yang menarik, ya.
Dan?
Jadi, adakah menyediakannya di tepi meja meningkatkan rasanya?
Makanan bukan hanya tentang rasa.
Ia adalah pembentangan, tekstur, menarik minat auditori.
Macam teater.
Boleh saya ambil nota, tuan?
Ya. Awak nak pen? Ini dia.
Itu pun dia.
Dia perlu berhenti bergerak. Saya tak boleh nampak apa-apa.
Itu saja?
Saya datang kerana saya perasan jurnal awak ada banyak muka surat yang dilipat.
Pada saya, itu agak mengejutkan.
Awak terkejut saya ada muka surat yang saya selalu rujuk?
Tidak, tuan. Saya terkejut tiada siapa tawarkan awak ini.
Penanda buku.
Reben yang berfungsi sebagai penanda buku.
Terima kasih, Reynard.
Constance, pergi beritahu Kate, "Alih cermin tujuh sentimeter ke barat daya"
-Terima kasih. -Tunggu.
Awak tak mahu masukkannya?
Jangan tangguhkan kebahagiaan.
Kata orang, perosak jurnal nombor dua ialah dengan melipat muka surat.
Wah.
Apa?
Siapa yang cakap begitu?
Semua orang...
di kampung halaman saya.
Ia pemahaman di wilayah itu.
Tolonglah, Reynie. Terus lengahkan dia.
Malah, ada seorang wanita ini, Izzy Paladonia, dia memang terkenal di sana.
Dan saya rasa dia menguatkan hujah itu?
Ya. Dia pakar dalam senggaraan jurnal.
-Dia pakar pembaharuan semula kulit lembu. -Kulit lembu...
Orang mengembara dari seluruh dunia
-untuk belajar daripadanya. -Yakah?
-Ya. -Kiri.
Dan dia sedang mengumpulkan pengikut yang besar.
Yakah?
Dapat pun.
Itu Izzy Paladonia.
Itu Izzy Paladonia.
Reynie, bagus untuk mempunyai minat tentang dunia kita,
walaupun ia kelihatan tidak munasabah
kepada hampir semua orang.
Terima kasih untuk ini. Ini sangat baik.
-Terima kasih. -Ya.
-Tuan. -Selamat tengah hari.
Itu memang mengagumkan.
Saya kenal seorang lelaki yang boleh melakukannya lebih cepat.
Awak tak kenal lelaki itu.
Tolonglah, biar dia fokus.
Fokus bukan masalahnya. Ia bakat artistik.
Ada diagram dan saya tak boleh lukisnya walaupun nyawa saya dalam bahaya.
Kita boleh cuba tengok lagi.
-Tidak! -Tidak!
Baiklah.
Dah hampir siap. Dan siap.
Wah! Ini...
Sampah.
Beri pada saya.
Lihat ke belakang. Imej cermin. Tengok ini.
Adakah ini rusa?
Itu sepatutnya kasut.
-Mungkin sentuhan saya dah hilang. -Memori fotografik awak.
Tentu ia kriptik sebab ia sangat penting.
Dia memang sembunyikan sesuatu.
Tentu ada sesuatu di dalamnya.
Ya, tapi Kate dan Constance dah kesuntukan masa.
Saya ada banyak ujian akan datang.
Jadi kita perlu fokus untuk lulus
dengan apa cara sekalipun.
Apa saja cara.
Saya akan bantu Constance dalam kelas Encik Oshiro.
Untuk awak berdua, saya fikir untuk gunakan kod Morse.
Sticky, awak boleh beri jawapan dengan mengetuk secara perlahan.
Awak dah hilang akal?
Ini tak betul.
Ini boleh berjaya. Awak yang terbaik dalam kod Morse.
Kami percayakan awak.
Itu hanya pendapat awak.
SISTEM TRANSIT STONETOWN
TIADA SIAPA YANG MEMANDU
JALAN UTAMA
SENI BUKU FIKSYEN SAINS FIKSYEN
30 PERATUS UNTUK STOK LEBIHAN
SELAMAT DATANG KE PUSAT BANDAR STONETOWN
KEDAI MAKAN DANIEL
INGAT UNTUK RASA
Ini merisaukan.
Kenapa awak sanggup buat sesuatu yang begitu berisiko? Awak mungkin tertangkap.
-Tak mungkin. -Saya boleh tangkap awak dengan mudah.
Awak tangkap saya sebab awak ekori saya.
Membuktikan awak boleh diekori dan itulah maksud saya.
Berapa kerap awak keluar bersiar-siar di luar?
Sekerap mungkin dan tak selalu.
Saya faham risikonya.
Saya tak rasa begitu. Berdasarkan apa yang dipertaruhkan dalam misi ini,
memandangkan apa yang kita hadapi, semua kena berjalan lancar.
-Ya, tepat sekali! -Jadi, kita setuju.
Tentang ini? Tidak.
Awak boleh dedahkan seluruh operasi kita dan untuk apa?
Apa kaitannya dengan ini?
Entahlah. Kita kena tunggu dan lihat.
No comments yet. Be the first to leave one.