Release info

24 Jam Bersama Gaspar NF-2024/RT-01:38:25
A Commentary by DD_Movie

Tags

other
Published on: 2024-03-14
Downloads: 60
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

BERDASARKAN NOVEL "24 JAM BERSAMA GASPAR"

OLEH SABDA ARMANDIO

Pada zaman kau dilahirkan,

orang berlari terburu-buru ke arah yang sama.

Namun, mereka saling berlaga, saling memijak, dan saling mengabaikan.

Arah yang tiada dalam kompas.

Arah yang bukan berasal daripada kebaikan atau akal budi.

Arah yang tiada seorang pun tahu.

Kau lahir pada zaman yang amat huru-hara.

TUKAR BARANG

Aku perasan beberapa minggu ini kau merayau-rayau di depan kedai emas itu.

Aku nak nasihatkan.

Jika kau nak rompak kedai itu, lupakan saja.

Pemiliknya amat berbahaya.

KEDAI EMAS WAN ALI

Dia orang warak yang dibenarkan buat apa-apa saja.

Mereka kemudian berpusing-pusing, jadi gila, dan jadi tamak semula.

Kau lahir pada zaman yang tiada rasa malu.

Pada zaman kau dilahirkan, orang tidak bertegur sapa seperti manusia.

Setiap seorang ada wakil dalam bentuk nombor atau kod

yang membolehkan mereka jadi sesiapa saja selain diri mereka

dan bertemu sesiapa saja yang tidak wujud.

Pertemuan secara bersemuka tidak lagi penting.

Hubungan hati ke hati tidak lagi wujud.

Kau lahir pada zaman kepalsuan.

Pada zaman kau dilahirkan, orang bersaing untuk masa depan cerah.

Mereka seperti berhak memegang dunia tanpa had ini

dengan tapak tangan dan jari-jemari mereka.

Mereka gembira, hairan, dan terlupa untuk mengelipkan mata atau menoleh.

Mereka tidak sedar yang mereka hanya nampak bintik kecil

dan terlupa betapa luasnya alam semesta ini.

Kau lahir pada zaman kesempitan.

Agensi Keselamatan Nasional, melalui Pengawal Negara,

memberi penekanan serta jaminan kepada masyarakat

agar sentiasa menggunakan peranti teknologi Internet

untuk mengumpul data, menyusun, dan membantu penyampaian maklumat.

Hal ini amat dikritik oleh sebahagian aktivis

yang menganggapnya sebagai cubaan untuk mengawal masyarakat

melalui peranti digital.

Kita beralih kepada berita kedua.

Sejumlah 251 mayat yang ditemui oleh Pengawal Negara

di enam kubur besar akan dikenal pasti oleh Badan Forensik Negara,

dan keputusannya akan diumumkan dalam masa 90 hari.

Satu lagi sumber berita menyatakan penemuan kubur besar itu

bukanlah usaha negara semata-mata, tapi usaha bersama masyarakat sivil.

Hei!

Jangan rosakkan apa-apa!

Kau tahu Fight Club?

Chuck Palahniuk?

Kau boleh tinggal di sini.

Kau bebas berlawan macam orang lain,

atau setidaknya, belajar mempertahankan diri.

Nampak lelaki kurus di sana?

Dia doktor.

Minta dia rawat kau.

Dia juga boleh beri kau minuman tenaga.

- Minuman tenaga jenis apa? - Air suam.

Kau nampak pucat dari tadi.

MARI KITA JUMPA. SEBELUM PAGI. DAERAH 7.

Kau yang jumpa kubur besar itu?

Seorang detektif takkan mendedahkan kerjanya.

Aku dah jumpa kotak hitam itu.

Aku ingat itu cuma mitos.

Kadangkala, kita perlukan mitos untuk terus hidup.

Jadi, memang mitos?

Aku dah tengok sendiri. Sama macam cerita Babaji.

Aku takut kau akan mati

jika kotak hitam itu bukan sekadar mitos.

Jadi, apa kau nak buat?

Ambil kotak itu?

Aku dah perhatikannya. Cuma perlu pastikan beberapa benda.

Pemiliknya terlalu berbahaya untuk dihadapi tanpa persiapan.

Gaspar.

Ajar aku cara untuk jadi detektif.

- Agnes von Kurowsky… - Nama aku Afif.

Aku lebih rela dipukul dengan batu-bata daripada mendengar kau panggil aku Agnes.

Jadi detektif bukan kerja mudah.

Semuanya susah sejak orang lebih suka beri komen daripada membaca.

Suka hati kaulah.

Jangan bergerak! Kesalahan jenayah telah dirakam.

Jangan bergerak! Kesalahan jenayah telah dirakam.

Jangan bergerak! Kesalahan jenayah telah dirakam.

Gaspar.

Adakah detektif perlu sentiasa menegakkan kebenaran

dan menghukum orang jahat?

Menurut novel-novel Arthur Harahap,

detektif taklah sentiasa perlu terlibat dalam hal besar

seperti menegakkan kebenaran atau menghukum orang jahat.

Kau nak jadi detektif selama-lamanya?

Aku belum fikir lagi.

Kenapa kau tanya begitu?

Jika aku hilang, adakah kau akan cari aku?

Bila kau akan hilang?

Entahlah.

Babaji pernah cakap,

"Mencari memberikan manusia alasan untuk hidup."

Sebelum kamu datang,

Gaspar tiada kawan.

Jadi, dia paksa pak cik jadi kawannya.

Tengok sana.

Jadi, kau akan cari aku?

Aku rasa begitulah.

Gaspar, bangun!

Bagaimana aku boleh ada di sini?

Kerja siapa lagi?

Mestilah Cortazar.

Kau ada masalah jantung.

- Maksudnya? - Dekstrokardia.

Jantung kau di kedudukan yang salah.

Bukan benda baru.

Alat yang membantu jantung kau sudah tak berfungsi lagi.

Jadi, kau perlu betulkan benda itu cepat.

Kalau tak?

Kalau tak, kau akan mati.

Berapa lama?

Dua puluh empat jam.

Nama aku Gaspar.

Jantung aku di sebelah kanan.

Ibu-ibu yang garang bercerita tentang aku kepada anak-anak mereka.

Aku tiada ibu bapa.

Aku jatuh dari langit dan dibesarkan oleh Babaji,

penglipur lara yang telah mengembara ke separuh dunia untuk bercerita.

Ketika itu,

penduduk kampung di kaki bukit Govardhana

mempersembahkan sajian kepada Dewa Indra

agar dia menurunkan hujan kepada mereka.

Disebabkan Dewa Indra semakin angkuh,

Sri Krishna ingin memberikan pengajaran kepadanya.

Dia menyuruh penduduk kampung

agar berhenti mempersembahkan sajian kepada Dewa Indra

dan mula memberikannya kepada Bukit Govardhana.

Sebabnya, bukit itulah yang menyimpan air hujan

ketika Dewa Indra tidak menurunkan hujan.

Dewa Indra, yang kehilangan pengaruh,

murka dan menurunkan hujan selama tujuh hari tujuh malam.

DILARANG MANDI DI DALAM LAUT BERBAHAYA

Sri Krishna

mengangkat Bukit Govardhana dengan jari kelengkengnya

dan penduduk kampung

dapat berlindung daripada cuaca yang mengganas

selama tujuh hari tujuh malam.

Pada hari kelima, Achal,

seorang petani yang berlindung di bawah bukit itu,

menemui sebuah kotak hitam yang tertanam.

Itu kotak hitam apa, Babaji?

Itu kotak hitam ajaib, Gaspar.

Apa yang ajaibnya?

Sebabnya, ia boleh menunaikan hajat kita.

Malah, ia boleh mencari ibu bapa kamu

dan menyatukan mereka semula.

Saya tak nak cari mereka.

Jadi, apa yang kamu hajatkan?

Seorang kawan, Babaji.

Ejen 368.

Nyatakan kata laluannya.

Aku akan sentiasa mencarimu meskipun aku lupa.

Kami mengesahkan kematian pemberi maklumat itu.

Laporan menyatakan bahawa ejen bertugas,

iaitu kamu, tidak mematuhi protokol keselamatan

dengan tidak mengarahkan pemberi maklumat meninggalkan premis pada waktunya.

Dia menjual anaknya

demi hubungan perniagaan dan kuasa.

Namun, apabila anaknya sakit,

kami diarahkan untuk menghantar anak itu pulang ke alamat ini.

KLINIK HARTATI DIBYO (PN. TATI)

Mungkin kau boleh mula mencari di sana.

Aku nak ke hospital untuk periksa jantung aku seperti biasa.

Kirana!

Boleh aku ikut?

Tak perlulah. Tunggu aku di sini.

Aku akan balik cepat dan bawa novel detektif baru untuk kau.

UNTUK DIJUAL - TERUS DENGAN PEMILIK BUNUH ORANG KAYA

UNTUK DIJUAL - TERUS DENGAN PEMILIK BUNUH ORANG KAYA

Kirana dah tiada, Babaji.

Babaji tahu dia ke mana?

Aku baru nak jemput kau.

Tak perlu susah-susah.

Aku boleh datang sendiri.

Ya.

Aku boleh nampak itu.

Aku takkan biar kau rancang kematian kau sendirian.

Mati boleh datang bila-bila masa.

Aku tak perlu rancang pun.

Boleh saya bantu?

Hari ini saya cuti. Tak rawat pesakit.

Saya nak jumpa Dr. Hartati Dibyo.

Namanya Ali bin Usam

bin Yasser al-Kindi.

Orang ramai memanggilnya Wan Ali.

Dia mengahwini Maimunah, adik saya.

Boleh dikatakan, Maimunah satu-satunya ahli keluarga saya yang tinggal.

Namun, kami tak rapat.

Dia menganggap saya jahat

kerana tidak merestui perkahwinannya dengan Wan Ali.

Saya sendiri hairan.

Bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan lelaki sebegitu?

Mujurlah,

kebelakangan ini dia cukup baik untuk membenarkan saya tinggal di sini.

Waktu Bachtiar S. Abdillah, suami saya, meninggal dunia,

dia meninggalkan banyak hutang.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left