Release info

너의 밤이 되어줄게 Let Me Be Your Knight E12 END 220124-NEXT-iQIYI
A Commentary by RuoXi
Ep. 12 [iQIYI Ver.]. Synced for NEXT. Runtime : 01:06:06. Enjoy.... ;). Check out My IG @ruo_xi_ss for subtitles updates ^^. Note : For video download link check my telegram channel at https://bit.ly/telchan.

Tags

other
Published on: 2022-02-02
Downloads: 19
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 198 lines.

Saya yang dulu pasti takkan berfikir dua kali tentang itu.

Nampak sangat saya dimanjakan.

[Cik In Yoon-ju, kita akhiri semuanya di sini saja.]

[Saya doakan yang terbaik untuk awak dan kekasih awak.]

Apa yang dia cakap?

Hei, Sun-ju.

[Saya jumpa dia untuk menebus semua kesalahan dia,]

[tapi dia beri duit kepada lintah darah untuk melangsaikan hutang awak.]

[Sebagai penghargaan kerana telah merawat dia.]

[Dia tanya jika saya tahu keadaan awak dan di mana awak berada,]

[jadi, saya suruh dia cuba hubungi awak terus.]

Kenapa dia…

Tak guna.

Saya akan turun di sini.

Berapa tambangnya?

Tambangnya 27,000 won.

Encik.

- Ya? - Boleh tolong ikut kereta itu?

- Kenapa? - Sebab…

Lelaki itu curang dengan awak, bukan?

Apa?

Ya, betul. Jadi, tolong ikut dia. Cepat!

Pakai tali pinggang keledar.

Apa? Kenapa pintu ini tak berkunci?

Aduhai.

Dah lama saya tak naik ke sini.

Sebenarnya, ini kali pertama saya ke sini selepas kita pindah.

Itulah.

Ketika kita masih lagi pelatih, kita ke mari setiap kali rasa tertekan.

Awak ingat lagi?

Setiap kali kita datang ke sini selepas sesi latihan,

Tae-in akan menyanyikan lagu-lagu yang dia tulis.

Ya, saya ingat.

Apabila kita suarakan pendapat yang boleh digunakan sebagai penambahbaikan,

dia habiskan masa berhari-hari membaikinya dan kita perlu mendengarnya berulang kali.

Aduhai.

Kita saja yang boleh sabar dengan dia, orang lain tidak.

Itulah.

Tapi mungkin Tae-in lebih suka keadaan dulu.

Sekarang dia cuba uruskan semuanya sendiri.

Ketika itu, kita cuma perlu risaukan tentang debut kita,

tapi sekarang semuanya sangat rumit bagi kita semua.

Untuk Tae-in dan Yoo-chan juga.

Adakah sebab kita tinggal di rumah yang lebih besar sekarang?

Itulah yang Tae-in beritahu saya dulu.

Dulu kita tiada pilihan lain selain saling mengenali antara satu sama lain.

Mungkin kita dah jadi macam ini

sebab kita tinggal di rumah yang besar sekarang.

Tae-in cakap begitu?

[Dia benar-benar berjalan dalam tidur tadi.]

[Siapa wanita itu? Kenapa dia bawa En. Yoon?]

Kalau terus begini, kita akan tertangkap.

Apa patut kita buat?

[tentang situasi dia selain En. Moon dan ahli-ahli lain?]

Saya tak boleh biarkan LUNA masuk akhbar untuk kes penipuan.

Cik, kita akan tertangkap nanti.

Tak boleh. Saya tak boleh.

Benar, bukan? Kita patut berhenti di sini.

Encik.

Saya ingat awak nak berhenti.

Tidak! Saya tak pernah cakap begitu. Mereka akan terlepas.

Aduhai. Saya tersilap.

Kita memang tinggal di rumah yang besar.

Ga-on dalam perjalanan pulang bersama Yoo-chan sekarang.

Awak akan berbaik dengan Yoo-chan, bukan?

Saya ulang sekali lagi.

Saya akan kemas barang-barang saya dan segera pergi.

Baiklah, saya faham.

Kawan-kawan! Hei, cepatlah.

Aduh, sakitnya.

Aduhai.

Hei!

Apa? Kenapa pintu ini terbuka?

Peliknya. Bukankah Tae-in saja yang ada di rumah sekarang?

Apa yang berlaku? Semua lampu terpadam.

Tae-in dah tidur?

Saya akan naik ke atas dan periksa.

- Di sini. - Mereka ke sini lewat malam begini,

jadi, tak mudah untuk memisahkan mereka.

Bukankah awak patut balik ke Seoul sekarang?

Terima kasih.

Tae-in tiada di biliknya,

tapi saya jumpa telefonnya.

Mungkin dia berada di studio.

- Dr. Kang. - Itu Dr. Kang Sun-ju?

Apa? Tae-in?

Saya ikut dia kerana saya rasa pelik,

tapi En. Moon tak jawab telefon.

Hanya awak saja yang saya boleh fikirkan, Woo-yeon.

Berbahaya, jadi tunggu saja saya di sana.

Saya rasa saya dah tahu di mana En. Yoon berada.

Saya akan hantarkan lokasinya.

Awak boleh. Ga-on, awak boleh.

Kawan-kawan, percayalah pada saya.

Nanti, awak baru saja dapat lesen memandu.

Jangan risau. Saya dapat markah penuh.

Bagus. Dalam ujian jalan raya? Itu semestinya tidak mudah.

Bukan, dalam ujian bertulis.

Apa? Ujian bertulis?

Apa lagi yang kita boleh buat?

Yoo-chan tiada lesen pun dan kamu semua mabuk.

Tak apa. Saya boleh lakukannya.

Kawan-kawan, mari pergi!

Apa? Kenapa awak bawa benda itu?

Hei, bagaimana jika berlaku sesuatu? Kita perlukan senjata.

Apa? Awak ketawakan saya?

Hei, Woo-yeon. Mari kita tukar tempat. Saya tak nak duduk sebelah lelaki ini.

- Aduhai. - Mari pergi!

- Aduhai! - Hei, tunggu!

Aduhai.

Dah lama saya tidak memandu, tapi saya akan baik-baik saja. Ayuh!

- Aduhai! - Hei, awak tak apa-apa? Perlahan sikit!

Awak dah bangun?

Apa ini?

Siapa awak?

Apa? Awak kenal saya.

Awak…

Takut saya tadi.

Awak kenal saya. Kenapa awak berpura-pura sebaliknya?

Apa yang awak buat?

Buka ikatan saya sekarang juga.

Syukurlah ia berhasil.

Saya cari di Internet dan belajar cara mengikat simpulan untuk ikat awak.

- Adakah saya sedang bermimpi? - Bermimpi? Jangan lukakan perasaan saya.

Hari ini, impian saya akan jadi kenyataan.

Kenapa awak buat begini?

Apa yang awak nak daripada saya?

Bersama awak

tanpa perlu mengikat awak dengan tali.

Itu yang saya mahukan.

Awak beli saya ini tapi terlalu malu untuk memberikannya,

jadi, saya ambil ini pada hari konsert rumah awak.

Sesuai dengan saya, bukan?

Ia kasual dan anggun.

Dia akan nampak hebat memakainya.

Saya akan ambil yang ini.

Adakah awak…

[Hari musim panas tahun 2020, dia minum banyak air berais. Mungkin dia kepanasan.]

[2021, dia senyum pada saya sambil minum ini.]

[2021, bibirnya mengenai botol ini selama sepuluh saat.]

[Alat solek yang dia guna selepas penggambaran video muzik.]

Jadi, dia doktor peribadi awak?

Wanita itu.

Dia tiada kaitan dengan saya.

Tak kisahlah.

Sebab saya yang akan sentiasa bersama awak

mulai sekarang.

Aduhai!

Tak guna. Apa saya nak buat sekarang?

Saya buat ini hanya dengan barang kegemaran awak.

- Awak tak suka? - Macam mana saya nak makan ini sekarang?

Fikir baik-baik.

Kalau orang tahu awak heret saya ke sini tanpa kerelaan saya,

macam mana awak nak tanggung akibatnya?

Kalau awak lepaskan saya sekarang…

Tanpa kerelaan awak? Tidak.

Awak masuk ke dalam kereta saya dengan rela hati.

Saya pasti ia dirakam dalam kamera keselamatan.

Dalam erti kata lain, tiada siapa yang akan sangka awak hilang.

Awak lari dengan rela hati,

bersama wanita yang awak akan jatuh cinta tak lama lagi.

Awak dah faham sekarang?

Saya akan ambil satu lagi.

Terkejut saya!

Kenapa awak tiba-tiba berhenti?

Saya cuma… Saya rasa saya terlanggar sesuatu.

- Apa? - Apa?

Aduhai.

Tak guna.

Ada apa?

- Tiada apa-apa. - Aduhai.

Aduhai, saya dah memang takut dari tadi.

Perlukah awak takutkan saya begitu?

Lembab. Awak tak boleh memandu pun!

- Apa? Lembab? Budak ini… - Hei, aduhai.

Saya rasa kita hampir sampai.

En. Yoon, ini saya.

Apa? Macam mana awak boleh masuk?

Saya akan buka ikatan awak dulu.

Di sini berbahaya. Keluar sekarang juga.

Woo-yeon dan yang lain-lain juga dalam perjalanan.

Saya kata ini berbahaya.

Saya akan cari jalan.

Sudahlah.

Awak tak boleh buat apa-apa kalau diikat begini.

Saya hampir berjaya!

Apa-apa sajalah.

Tolong senyap. Nanti dia dengar.

Macam mana awak tahu saya ada di sini?

Saya pergi ke rumah awak untuk jumpa awak dan saya nampak awak

masuk ke dalam kereta orang berkaki ayam. Saya rasa pelik, jadi saya ikut awak.

Jadi, awak risaukan saya?

Kakak saya beritahu saya apa yang berlaku.

Kenapa awak bayar hutang saya? Jumlahnya bukan sikit.

Jelas sekali,

awak masih belum sembuh.

Memang betul awak yang sembuhkan saya,

tapi betul juga hidup saya kacau-bilau sebab awak.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left