The first 200 lines.
Kebanyakan orang tak faham keadaan di medan perang.
Mereka tak tahu kadangkala kami perlu biarkan musuh berlapar.
Kadangkala, bagus jika musuh sakit.
Bagus jika musuh tak dapat bekalan ubat.
Sesiapa yang tak pernah alaminya
akan rasa terkejut.
Setiap anggota SEAL perlu berharap dapat pergi berperang.
Akibatnya pelbagai.
Kami perlu dapat bezakan kedua-dua situasi.
Bersedia.
Kita akan berhenti di sana. Betul?
Kisah yang diperkatakan tentang kami,
membantu menewaskan ISIS di kubu mereka di Iraq,
tidak menggambarkan keadaan sebenar.
Keadaan sebenar yang terjadi di sana dan pengakhirannya
selepas menghadapi segalanya bersama-sama sebagai satu platun,
amat sukar diterima.
Dille: Okey, ini tempat apa?
Sesuai untuk penembak hendap.
Ya.
Kami ke sana untuk bunuh orang jahat.
Kami dilatih untuk tujuan itu.
Tapi, ada askar yang mahu ke sana atas tujuan yang salah.
Awak Ketua Operasi Khas Edward R. Gallagher,
tertuduh dalam kes ini?
Ya.
Ini berita tentang anggota SEAL yang dibicarakan
atas kesalahan membunuh dan jenayah perang.
Ketua Tentera Laut SEAL, Edward Gallagher.
Dia dituduh membunuh seorang tahanan ISIS yang cedera.
Dia juga berdepan dua tuduhan percubaan membunuh kerana menembak dua orang awam…
Gallagher, yang menafikan semua tuduhan itu,
dilaporkan oleh anggota unitnya sendiri.
Amat jarang anggota SEAL melaporkan ahli mereka sendiri.
Ia memang melanggar kepercayaan dan latihan kami,
tapi kami perlu halang Eddie daripada melakukan hal ini dalam tugasan lain.
Kami tak pernah diajar
ketua kami sendiri yang akan melakukan jenayah perang.
Hal ini tak pernah berlaku dalam sejarah Tentera Laut SEAL.
Kami tahu akibatnya tentu teruk.
Tapi kami tak tahu ia akan mendapat perhatian umum.
Peguam Gallagher kata ia bukan pembunuhan, tapi pemberontakan.
Saya tak bersalah. Sayang awak.
Sistem keadilan di mahkamah itu diabaikan.
Mereka tiada sebarang bukti.
Saya takkan berdiam diri dan biarkan mereka menindas kami.
Hidup saudara sejati dan bebaskan Eddie!
Kejutan tak disangka di perbicaraan anggota SEAL cemerlang.
Corey Scott mengubah keterangannya
dalam detik mengejutkan ketika perbicaraan Gallagher.
Saya tak sangka Corey Scott akan cakap begitu.
Keterangannya mengubah segalanya.
Saya anggota SEAL.
Saya dilatih untuk berperang, bukan sertai kekacauan di mahkamah.
Ia percanggahan antara dua budaya:
Satu pihak mementingkan hubungan dan kerahsiaan,
satu lagi mahukan balasan setimpal.
Kami perlu abaikan maruah kami untuk bertarung dalam peperangan
dan sebenarnya, hal itu dah lama berlaku.
Ada pihak yang menyuruh kami lepaskan Eddie,
tapi kami bukan orang begitu.
Kami amat pentingkan maruah kami.
Kami bukan pengakap atau manusia mulia.
Tugas kami tak beretika.
Saya sanggup buat perkara jahat terhadap orang jahat untuk lindungi negara saya.
Memandangkan kita dah biasa berdepan orang jahat,
kita pun akan terpengaruh dengan sikap mereka
bagi melaksanakan sesuatu tugas.
Kita perlu jadi jahat untuk bunuh penjahat.
Kami di sini untuk berlatih dan berperang.
Saya pun fikir, "Ya. Ayuh lakukannya."
Pasukan saya seperti ahli keluarga dan saudara saya.
Ikatan pejuang peperangan.
Saya boleh agak ada sesuatu yang tak kena.
Ada perasaan tak puas hati dalam platun ini.
Bagaimana awak boleh rasa tak bersalah dengan perbuatan awak?
Saya menganggapnya sebagai kebaikan melawan kejahatan.
Itu saja.
BAHAGIAN SATU DARIPADA EMPAT AHLI DI SEBALIK TABIR
Silakan duduk.
Okey.
Kesemua soal siasat ini akan dirakam,
tapi ia takkan dimasukkan ke dalam fail kes.
Tiada sesiapa dapat tengok rakaman soal siasat ini
- dan sebagainya. - Okey.
Kami anggap serius hal ini
kerana ia amat membimbangkan.
Saya akan perkenalkan diri.
Ejen Khas Joseph Warpinski. Saya bekerja dengan NCIS.
NCIS seperti FBI untuk Tentera Laut.
Kami penyiasat persendirian.
Kami tak bekerja untuk mana-mana pihak berkaitan apa-apa isu.
Tugas kami ialah menyiasat apa yang berlaku.
Buat masa ini, awak anggota pasukan mana?
Dille: Pasukan Tujuh.
DYLAN DILLE PENEMBAK HENDAP, PASUKAN SEAL TUJUH
Ada sekumpulan ahli pasukan ini
tak bersetuju dengan tindakan saya mendedahkan hal sebenar.
Saya digelar,
"pengkhianat," "pengecut,"
"penakut," dan sebagainya.
Warpinski: Saya boleh nampak yang awak agak…
Awak nampak agak gementar. Ia…
Orang yang kami jumpa yang terlibat dalam kes ini
seperti sudah capai kata sepakat.
Ini hal serius.
Saya takkan pandang remeh hal ini dan mengatakan sebaliknya.
Ahli pasukan Operasi Khas memang rapat
dan ada yang berpendapat kami tak patut buat begini,
dan mendedahkan hal dalaman.
ANGGOTA PLATUN PASUKAN SEAL TUJUH
Jadi, jika kami tunjukkan muka, ia boleh menimbulkan perbalahan.
JOE ARRINGTON PASUKAN SEAL TUJUH
Arrington: Jika perbicaraan dijalankan,
adakah kami perlu jadi saksi?
Warpinski: Ada kemungkinan awak akan dipanggil.
Arrington: Saya merasakan masalah ini boleh jadi semakin teruk…
Saya tak tahu bagaimana keadaannya nanti,
tapi saya rasa ia tentu akan diputar belit
dan membuatkan kami nampak macam pengkhianat.
Keadaan jadi semakin tak terkawal.
Kami tak pernah jangka hal ini akan jadi satu skandal.
Warpinski: Kamu laporkan perlanggaran Undang-undang Konflik Bersenjata
dan itulah yang akan kami siasat.
Vriens: Saya cuba kawal emosi dan pendapat saya
dan beritahu awak perkara sebenar.
Awak perlu…
Warpinski: Pendapat awak penting sebab awak sendiri alaminya.
- Awak ada di sana. Jadi… - Ya. Okey.
Kedua-duanya saling berkait.
Saya hargainya
sebab awak tak tokok tambah, tapi…
Vriens: Ya.
JOSH VRIENS PENEMBAK HENDAP, PASUKAN SEAL TUJUH
Saya tak mahu tampil.
Kalau ikutkan hati, saya tak mahu berada di sini.
Tapi kami terpaksa.
Saya tampil sebab nak jelaskan keadaan.
CRAIG MILLER BINTARA KANAN, PASUKAN SEAL TUJUH
Warpinski: Ia berkaitan seseorang.
Awak tahu siapa orangnya?
- Miller: Ya, saya rasa saya tahu. - Okey.
Warpinski: Saya mahu awak ceritakan segalanya kepada saya.
Saya mahu awak ceritakan dari mula.
Saya membesar di kaki bukit di Colorado.
Saya masih ingat bermain-main dalam hutan dengan adik-beradik saya.
Semasa kecil, saya nak jadi pemain bola keranjang profesional.
Itulah minat saya pada waktu itu.
Saya putuskan untuk sertai SEAL ketika berumur 19 tahun.
Ramai orang kagum dengan latihannya.
Begitulah permulaannya.
Jika kamu tak berjaya, apa akan berlaku?
Sejarah SEAL
dan operasi yang telah mereka sertai dan selesaikan
kedengaran agak sukar untuk dicapai.
Saya tetap cuba untuk lihat jika saya terpilih.
Latihan awal untuk menjadi anggota SEAL
tertumpu kepada latihan fizikal
iaitu selaman sambil kaki dan tangan diikat, dan sebagainya.
Saya dan kawan rapat saya akan curi masuk ke kolam pada waktu malam
dan lakukan latihan itu.
Kami pernah juga pitam beberapa kali
semasa hanya kami berdua di kolam.
Saya ambil masa selama dua tahun untuk melengkapkan latihan BUD/S.
BUD/S ialah Latihan Selaman Asas/SEAL.
Sangat mencabar.
Kami berlatih sepanjang hari dan ia memang mencabar.
Semasa kecil, saya berbadan besar.
Disebabkan semasa kecil saya gemuk, saya selalu dibuli.
Saya selalu berharap ada budak besar yang akan pertahankan saya.
Suatu hari, saya pandang cermin dan terfikir,
"Sayalah budak besar yang garang itu.
Saya perlu pertahankan diri saya."
Saya suka berlawan. Saya suka bergaduh dan membela budak yang lemah.
Apabila dapat tahu tentang SEAL, saya fikir tentu seronok dapat berjumpa orang
yang sama seperti saya.
Orang yang berjaya melalui latihan SEAL
perlu miliki keinginan yang tinggi untuk jadi sebahagian daripadanya.
BUD/S direka untuk mendesak keupayaan badan manusia.
Apabila badan mula terasa lemah,
kita akan fikirkan pelbagai alasan untuk putus asa.
Badan kita seperti berkata, "Saya tak tahan. Hentikan. Selamatkan saya."
Tapi mental kita perlu fikir, "Tidak, saya takkan putus asa."
Antara pengajar BUD/S pertama saya ialah Eddie Gallagher.
DAVE SHAW KAWALAN SERANGAN TERMINAL GABUNGAN
Eddie dikenali sebagai seorang yang agresif.
Dia sangat cergas dan sentiasa memberi galakan kepada anggota lain.
Eddie Gallagher ialah pengajar saya ketika fasa pertama.
Dia seperti pelari pecut
dan amat tegas.
Kali pertama saya jumpa Eddie semasa latihan BUD/S fasa pertama.
Dia seorang yang amat bertenaga
dan sangat cergas.
Dia seorang yang kuat
dan saya pun nak jadi begitu.
Eddie tak banyak bercakap.
Dia akan datang,
ajar setiap anggota dengan tegas, kemudian beredar.
Setiap anggota SEAL jadi rapat disebabkan latihan keras BUD/S.
Setiap anggota pasukan akan merasainya.
No comments yet. Be the first to leave one.