Specials

Release info

오-나의-귀신님 Oh My Ghost E01 LIMO iQIYI
A Commentary by ANANG2196

Tags

other
Published on: 2020-06-06
Downloads: 18
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 198 lines.

Sub bY iQIYI

911 AMBULANS KECEMASAN

Seorang lelaki berumur 25 tahun.

Ditemui tak sedarkan diri di tangga sebuah kelab di Itaewon.

Vital dia tak stabil dan suhu badannya 25 darjah Celsius.

- Mungkin dia kena hipotermia. - Lagi?

- Aduhai. - Ada lagi?

Itulah. Bulan ini saja dah berapa ramai. Waktu gelombang haba pun sama.

Entah-entah gejala ini sama macam virus Ebola tak?

Ebola itu penyakit apa pula?

Saya rasa ini ada kaitan dengan dadah.

Pihak polis cakap apa?

Semua mangsa bersama wanita sebelum kejadian berlaku.

- Tapi? - Kad pengenalan dan kerja semua okey.

Tapi kejadian ini tak berkait dengan wanita-wanita itu.

- Jadi siapa dia sebenarnya? - Mana saya tahu.

Tapi semua wanita itu ada satu persamaan.

Apa dia?

Semuanya sangat cantik dan...

bertubuh langsing.

Bertubuh langsing?

[Siapa dia sebenarnya? Dia bukannya hantu atau jembalang.]

Aduh, tak guna betul. Aku dah panas dan rimas.

Geram betul.

Nak keluarlah!

Maaf.

Awak boleh nampak saya?

OH MY GHOST EPISOD 1

[Helo. Saya DJ Jin-hee dari "Muzik di Siang Hari"]

[Suhu hari ini juga tinggi, melebihi 30 darjah Celsius.]

[saya pasti kita semua ada cara tersendiri untuk menghilangkan rasa panas.]

[Sudah tentu kita akan hidupkan kipas atau penyaman udara.]

[Menonton filem seram juga boleh membantu.]

[Biasanya, kita akan bayangkan hantu berpakaian putih berambut panjang]

[dan hanya muncul di rumah-rumah terbiar saja.]

[Tapi sebenarnya, hantu wujud dalam hidup seharian kita. Sekarang. Di samping kita.]

Bagus cuaca hari ini.

Panas-panas begini buat saya lesulah.

- Betul. - Nak makan apa?

Bibimbap. Tak pun cheonggukjang. Sedap juga makan cheonggukjang hari ini.

Hari-hari yang panas macam ini, saya rasa baik makan mi sejuk.

Okey, saya nak mi sejuk.

- Okey! - Makan nasilah.

Orang Korea kena makan nasi.

- Terbayang mi sejuk pun - Ya.

- dah terasa sejuknya. - Nasi!

- Nasi! - Itulah! Jom pergi makan.

Bawalah saya sekali.

Nak cuci mata pun tak boleh.

Mentang-mentang kacak, ingat hebat sangatlah?

[Hantu yang ada dendam tak terperi berbanding hantu-hantu lain.]

[Cuba bayangkan betapa menyakitkan kerana mati sebagai anak dara]

[tapi tidak masuk syurga dan masih berlegar di alam manusia.]

[Saya terkenal sebagai ratu penggoda yang pemarah dalam kalangan hantu.]

Hei, kamu siapa?

Comellah kamu.

Kamu nak main dengan kakak?

Kamu nampak kakak?

Bola!

Tinggi betul langit.

Birunya.

Cantik sangat.

Aduh, sedihnya.

Mari kita pergi cari makanan di majlis pengebumian.

RESTORAN SUN

Dong-chul.

Kacau sos satu arah saja. Apa awak buat ini?

Mari sini.

- Macam ini. - Yalah!

Saya tahu, tapi tangan saya dah kebas...

Sebab itu awak kena bersenam. Itu pun kemahiran juga, tahu tak?

Ya.

Rupa awak memang dah macam pengurus di syarikat besar.

Tapi siapa sangka yang awak muda setahun daripada saya?

Muka awak buat orang tak jadi nak cakap mesra dengan awak. Masam saja.

- Bukan begitu... - Mukanya tak masam. Dia cuma serius.

Dia memang nampak tua

tapi nampak lebih tua sebab Penolong Cef nampak lebih muda daripada usia sebenar.

Semua orang ingat awak baru umur 20-an, bukan?

Ya, ada juga yang ingat saya budak sekolah.

Mujur saya tak cakap kasar dengan awak mula-mula dulu.

Itulah.

Maaflah, Dong-chul. Maaf, ya?

Yalah.

Hei, Jun.

Daging itu tebal sangat. Awak nak buat daging rusuk kukuskah?

Ya? Daging untuk buat stok sepatutnya terendam dalam air.

Itu pun tak tahu?

Le Cordon Bleu tak ajar semua itu?

- Mereka tak ajar macam itu. - Awak ingat saya tak tahu?

Saya perli awak. Awak tak tahu apa itu sindiran?

Aduh, orang perli dia, tapi dia tak endah pun. Aku pecat juga budak ini.

Penolong Cef, ada benda terbakarkah?

Hati saya terbakar. Pedih hati saya!

Sebab inilah saya tak suka budak yang belajar di luar negara.

Apa guna ada kelulusan tinggi tapi perangai buruk?

Memang ada benda terbakarlah.

Dari luar.

Hei!

Hei! Na Bong-sun! Awak dah gila?

- Saya minta maaf. - Banyaknya asap. Apa kita nak buat?

Tengah masak sos pun boleh tertidur? Siapalah yang buat begitu?

Maaf, Penolong Cef. Saya minta maaf.

Awak ingat minta maaf saja cukup? Awak boleh menyebabkan kebakaran!

Benda begini pun awak tak boleh buat? Baik saya pecat saja awak!

Awak ingat ini restoran siapa awak nak bakar?

Saya minta maaf, Penolong Cef.

Bukan restoran awak pun.

Saya ingatkan ini Himalaya. Tebalnya asap.

Hebatnya pemandangan. Betul tak?

Heo Min-soo, apa peranan awak di dapur?

- Penolong Cef. - Maksudnya awak yang kedua.

Tadi awak berlagak macam ini restoran awak. Pantau semua benda.

Tapi awak biar orang macam dia masak sos?

Sebenarnya memang saya yang masak, saya suruh dia jaga sepuluh minit saja.

- Sekejap pun dia tak boleh jaga. - Satu saat itu sekejapkah di dapur?

Ia boleh jadi penentu segalanya. Itu pun tak tahu?

Saya minta maaf. Salah saya.

Saya minta maaf, Cef. Salah saya.

Awak kutuk saya depan mereka, bukan?

Tak apa.

Kerja di sini memang susah. Memang kerja berat.

Memang patutlah awak kutuk bos.

Taklah, Cef. Takkanlah saya nak buat begitu?

Tapi awak suruh orang lain buat kerja awak.

Saya tak boleh terima...

orang yang tak profesional.

Itu memang sikap dan perangai awak.

Bukan awak belajar daripada sesiapa.

Saya akan ingat pesanan ini, Cef.

Kerja rajin-rajin, Min-soo.

- Baik, Cef. - Buat betul-betul, ya?

Ya, Cef.

- Saya perhatikan awak. - Ya, Cef.

Saya dah umur 30-an tapi kena marah macam budak-budak.

Memalukan betul. Saya patut berhenti dan buka restoran sendiri.

Saya minta maaf, Penolong Cef.

Bong-sun. Awak.

Aduhai, Bong. Geramlah saya.

Kenapa awak tak tidur malam?

Kenapa awak asyik tertidur siang hari? Kenapa?

Kenapa?

- Buat kerja betul-betul, okey? - Ya.

Aduhai.

Tak boleh.

Tak boleh.

Pedihnya!

Oh, Tuhanku yang sentiasa bersama kami, dengan nama suci-Mu,

atas nama kerajaan-Mu, binasalah mereka

di dunia ini seperti di syurga-Mu.

Ya, nenek.

Ya. Nenek macam mana? Sihat?

Tak. Saya boleh tidur. Sekarang dah tak kena kacau.

[Baguslah. Kamu tak patut hidup macam semasa nenek jadi pawang.]

[Pastikan bakar kemenyan dekat tempat tidur, ya?]

Ya. Saya letak dulu, nenek.

Aduh.

Aduh, macam mana nak buat?

Ini dia rekod jualan.

- Syabas untuk hari ini. - Ini abanglah.

Pandai memasak, kacak dan kelakar.

Tuhan tak adillah. Semua Dia beri kepada abang.

Alangkah bagusnya kalau abang tak angkat bakul sendiri.

Abang sengaja cipta kelemahan itu.

Sebab abang sempurna sangat, nanti orang benci pula.

Kalau abang mesra macam ini, kenapa abang kasar dengan dua wanita?

- Siapa? - Bong-sun.

Dia makin tak ada keyakinan diri sebab abang tegas sangat dengan dia.

Abang tak suka dia. Seorang lagi siapa?

- Helo. - Panjang umur.

Mak datang.

Mak datang nak periksa restoran?

Peninglah. Mak duduklah.

Saya dah kata jangan datang ke sini.

Kamu malu dengan mak?

Kenapa tak boleh datang restoran anak mak?

Pelanggan cakap macam-macam.

Mereka tanya mak ini mak cik sayakah?

Atau kekasih saya yang lebih tua? Memang merepeklah.

- Mak lahirkan saya masa umur 19 tahun. - Habis kenapa?

Ini hidup merekakah?

- Siapa yang cakap begitu? - Mak buat hal sendiri sajalah.

Kenapa asyik datang sini?

Mak rasa abang kamu ambil kursus untuk cakap kasar macam ini.

Sun-woo.

Sun-woo.

- Sun-woo. - Apa itu?

Bukan.

Hidup kamu penuh tuah.

Tenaga kamu kuat tahun ini, ada hantu dalam tuah kamu.

Hantu yang akan melekat pada kamu.

- Menakutkan, bukan? - Siapa kata? Tuan Guru Tae?

Tak, ini daripada Encik Jang di Seongbuk-dong.

Aduh, mak.

Mak, saya okey. Saya dah kata saya tak percayakan hantu.

Mak tak suruh kamu percaya pun!

- Kamu ambillah. - Saya tak naklah.

Saya tak sukalah.

More Malay subtitles for Oh My Ghostess

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left