The first 200 lines.
Dia ada seekor kucing hitam bernama Machek...
masa dia masih kecil.
Kucing itu mengekori dia ke mana saja.
Pada satu hari, bila dia usap belakang badan kucing itu...
dia nampak satu keajaiban.
Sejalur cahaya, menggeresek bawah tangannya.
Kata ayahnya, kilat di langit...
adalah benda yang sama macam percikan api...
dari belakang Machek.
Tesla bertanya kepada diri sendiri...
"Adakah alam semula jadi ini kucing yang gergasi?
Kalau ya...
siapa yang usap belakangnya?"
Sembilan tahun sebelumnya
Edison Machine Works, Bandar New York
11 Ogos 1884
Kekuatan fikiran boleh atasi keadaan.
Itulah yang penting, bukan?
Tak lama lagi, kita akan boleh melihat dalam gelap.
Saya dah jumpa.
Saya rasa ada banyak lagi dalam laci gila itu.
Awak tahu di mana?
Laci gila?
Maknanya awak tiada laci gila di tempat asal awak?
Mak saya pernah ada laci gila.
- Awak pula? - Jangan libatkan mak saya.
Tiada sesiapa jangka awak untuk datang malam ini, Tom.
Tidak? Biar betul?
Saya jangkakannya.
Masa saya berusia lima tahun...
Ed, awak tak perlu berhenti sebab saya sedang bercakap.
Saya berusia lima tahun, kami berlayar rentasi Tasik Erie...
untuk melawat keluarga Edison di Vienna.
Vienna, Ontario.
Ibu dan ayah, kakak-kakak saya, Marianne dan Tanney...
abang saya, Charlie dan datuk saya, Sam.
Saya belajar berenang.
Bila saya kembali ke Ohio...
saya pergi meneroka dengan kawan baik saya, George.
George Lockwood. Dia sebaya saya.
Kami ke terusan di bawah rumah saya...
saya terjun ke dalam air dan George ikut saya dan lepas itu...
saya pulang ke rumah dengan letih dan baring di katil.
Masa mak saya kejut saya, keadaan amat gelap...
dan dia tanya saya tentang George.
Semua orang sedang cari dia, separuh pekan itu.
Nyalakan lampu gasolin, panggil nama dia...
mencari di merata tempat.
Saya kata saya nampak kepala George tenggelam dalam air...
dan saya tunggu dia lama sampai saya tak tahu apa nak buat.
Saya baru berusia lima tahun.
Ia buat saya fikir tentang itu tadi.
Pulanglah, Tom. Serius.
Saya selalu andaikan yang semua orang boleh berenang.
Tesla, saya tak nampak awak tadi.
Betulkah awak dari Transylvania?
Tidak.
Awak pernah makan daging manusia?
Awak dah kahwin?
Belum.
Kenapa awak tanya?
Kami memang suka ganggu orang baru di sini.
Saya boleh berenang.
Apa?
Apa yang awak ceritakan tadi...
saya boleh berenang.
Awak boleh? Baguslah.
Kita akan lihat.
"Kasihan pendatang yang miskin itu," begitulah lirik lagunya.
Tesla datang ke Amerika dengan hati yang terbuka...
penuh dengan jangkaan dan harapan.
Saya pernah beritahu awak tentang abang saya.
Ia berlaku lebih kurang pada waktu ini.
Saya berusia tujuh tahun...
dia berusia 12 tahun.
Dia tak mati serta-merta ketika dia jatuh dari kuda.
Mak saya kejutkan saya dan bawa saya ke mayatnya...
suruh saya cium bibir dia.
Bibir dia amat sejuk.
Dia yang paling bijak.
Saya tak mampu dibandingkan dengan dia.
Ke hadapan, Szigeti...
saya sedang cari jalan di Edison Machine Works...
di mana kerjanya sentiasa banyak dan masa sentiasa kurang...
duit dan pekerja sentiasa tak cukup...
sentiasa ada baik pulih, penaiktarafan dan kecemasan.
Edison jarang tidur...
dan jangka semua orang di sekitar dia untuk kurang tidur juga.
Dia cakap dengan semua orang, tapi tak berminat untuk mendengar.
Dia tak berminat dengan motor saya.
Bak kata pepatah...
"Tiada apa boleh tumbuh di bawah bayang pokok oak."
Saya harap Edison dan saya boleh...
bekerja bersama supaya dia boleh faham.
Ya.
Ingatkan kami boleh jadi kawan.
Edison tiada masa walau untuk sikat rambut sendiri.
Bukan begitu.
Ada kematian dalam keluarga dia.
Tiada sesiapa cakap tentangnya. Isteri dia.
Isteri dia meninggal dunia.
- Bila? - Hari Selasa.
Arus ulang-alik cuma membazir masa.
Tidak praktikal dan berbahaya.
Ia tiada masa depan.
50,000 dolar.
Awak fikir saya hutang 50,000 dolar kepada awak?
Tesla, awak tak faham lawak orang Amerika.
Tentu bukan ini yang berlaku...
tapi apa yang boleh saya kata?
Kalau anda cari nama Nikola Tesla, anda dapat 34 juta hasil carian...
tapi untuk imej, biasanya cuma ada...
tiga ke empat gambar yang diulang beberapa kali.
Ia diterbalikkan.
Ada yang diwarnakan dan disunting dengan petir di belakangnya...
tapi sebenarnya, dia cuma ada empat gambar.
Selain itu, gambarnya jadi kabur dan terlalu penuh imaginasi.
Dia lahir pada tahun 1856...
jauh dari Zaman Sepuhan di Likas Milian...
sebuah kampung kecil di pedalaman...
yang kini jadi negara Croatia.
Bapa dia adalah seorang paderi Serbia Ortodoks...
tapi dia lebih rapat dengan ibu dia...
seorang wanita hebat yang buta huruf.
Dia seorang budak yang cepat matang, agak penyendiri dan perahsia...
dengan bakat dalam menguasai bahasa dan matematik.
Melawan kehendak ayahnya, dia belajar kejuruteraan di Prague...
tapi tak pernah tamat belajar.
Di Budapest, selepas alami kemurungan...
semasa dia berjalan di taman dengan seorang kawan...
dia nampak sebuah visi...
yang motor akan jadi ciptaan revolusi pertama dia.
Arus ulang-alik cuma membazir masa.
Tidak praktikal dan berbahaya.
Ia tiada masa depan.
50,000 dolar.
Awak fikir saya hutang 50,000 dolar kepada awak?
Tesla, awak tak faham lawak orang Amerika.
Lelaki yang kata dia tak kisah tentang wang...
boleh alami kesusahan dengan kekurangan itu.
Manakala Edison pula, Edison utamakan wang...
tapi dia belanjakannya lebih cepat daripada dia hasilkannya.
Tapi dia selalu menghasilkannya dalam kuantiti yang besar.
Cari Thomas Edison di Internet...
dan anda akan dapat lebih 64 juta hasil.
Dua kali lebih banyak daripada Tesla.
Edison adalah antara lelaki paling terkenal dan berjaya pada zamannya.
Tapi ada beberapa fakta yang telah diabaikan.
Tesla datang bekerja untuk Edison pada tahun yang sama...
pada musim panas yang sama Mary Edison meninggal dunia.
Masalah otak adalah laporan rasmi...
bahasa rahsia untuk terlebih dos morfin.
Usia dia 15 tahun masa mereka jumpa di luar bengkel baru Edison...
16 tahun masa mereka kahwin, 25 tahun masa dia meninggal dunia...
meninggalkan Edison dengan tiga anak yang masih kecil...
dan banyak benda untuk difikirkan.
Masa inilah anda akan fikir, di mana nasib Tesla berubah.
Dia cari pelabur dan tubuhkan Syarikat Lampu Tesla...
tapi rakan kongsi dia tipu dia, membuatkan dia bankrap.
Dia mengalami kemiskinan...
menjadi penggali parit, menggali parit untuk kabel...
kabel telefon untuk Western Union.
Selepas tahun yang memalukan, mandur dia kenalkan dia...
kepada Alfred S. Brown dan Charles F. Peck.
Kuncinya adalah motor ini berputar dengan sifat induksi...
medan magnet yang berputar.
Saya dah buang penukar tertib...
yang menyampaikan elektrik pada bilah.
Jadi awak dah hapuskan keperluan penggunaan penukar tertib...
dan mengurangkan percikan api, ini menakjubkan.
Ia tiada percikan langsung.
- Adakah itu teruk? - Ia tak diperlukan.
Medan magnet akan halakan semula arusnya.
Boleh saya baca?
Apa kerja yang awak buat untuk Edison?
Saya reka semula 24 dinamo berbeza, mesin standard...
gantikan magnet yang panjang dengan gegelung pendek...
gantikan model lama.
Saya tak dapat tarik minat dia dalam arus ulang-alik.
- Tapi awak dah tahu. - Saya tahu, saya juruelektrik.
- Tapi dia... - Peguam yang bijak itu.
- Dia faham. - Ini bukan motor biasa.
Ia sebuah sistem...
untuk menjana, memancar dan menggunakan bekalan kuasa.
Awak dibayar 15 dolar seminggu dengan Edison, bukan?
Kami dah periksa. Edison upah orang terbaik.
Tapi dia macam buat mereka bayar untuk keistimewaan itu.
Kami ada modal.
50,000 dolar untuk dana simpanan kecemasan...
dan arus ulang-alik.
Saya tak peduli kalau ia berbahaya.
- Tak bahaya pun. - Edison kata...
Api pun berbahaya kalau awak hulur tangan awak ke dalamnya.
Kami akan berikan awak sebuah makmal dan gaji.
250 dolar sebulan.
Ia lebih baik daripada apa yang awak jangkakan, bukan?
Saya difahamkan mak awak tak begitu sukakan saya.
Edison bertemu isteri kedua dia, Mina Miller...
pada tahun 1885.
Mak saya anggap kewujudan kita di dunia ini sebagai tak penting.
No comments yet. Be the first to leave one.