EXIT

EXIT

Download Malay Subtitle

Release info

exit (full)
A Commentary by namu_96
enjoyyy

Tags

other
Published on: 2019-07-11
Downloads: 37
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 162 lines.

Jangan percayakan apa-apa.

Jika sesuatu yang tidak dijangka...

datang ke dalam hidup awak,

jangan percayakan apa-apa, dan fikirkan semula.

Tutup mata awak dan kira sampai 10.

Awak kena cari apa sebenarnya yang berlaku...

sebelum ianya terlambat.

Satu.

Dua.

Tiga.

Tidak guna.

460, 470, 480, 490 dan 500 dolar.

Okey,

sempurna.

Awak perlukan dua cop, bukan?

Tidak, saya perlukan tiga.

Minggu lepas awak terlepas kerana pergi melawat ayah awak di hospital.

Tapi awak beritahu saya yang...

Tidak mengapa.

Ini.

Belikan jokbal kepada ayah awak.

Tidak mahu?

Lain kali saya akan minta awak buat sesuatu yang mencabar...

dan bukan benda senang lagi.

Ada apa-apa berita daripada Han Seong Gu?

Mereka sudah dapat jejaki dia, jadi awak dengar berita baik nanti.

Baiklah. Saya dapat satu.

Awak sentiasa ada luka di merata tempat.

Awak patut sapu krim...

sebelum ia berparut.

Tiada apa yang perlu dibanggakan.

Hidup memang teruk, bukan?

Saya pun rasa begitu.

Saya tidak tahu kenapa saya hidup begini.

Tapi, saya masih terus hidup begini.

Menakjubkan, bukan?

Awak sudah sampai.

- Awak semakin cantik. - Sudah tentu. Aduh, hentikannya.

- Kenapa? Apa masalahnya? - Aduh. Sudahlah.

- Hentikannya. Mari sini. - Apa dia?

Terima kasih atas kerja keras awak.

Ini.

Saya tambah lagi tiga dolar.

Terima kasih.

Awak ada akaun simpanan untuk anak awak,

jadi ini sahaja yang saya boleh buat.

Lgipun, saya dengar awak ada masalah kesihatan kebelakangan ini.

Oh ya, Encik Jang datang tadi.

Dia suruh saya berikan ini kepada awak.

Tapi dia tidak pasti jika ini adalah alamat yang betul.

Tapi, sekurang-kurangnya awak dapat sesuatu selepas berbulan mencari.

(Lee In Sook, 153 Daeheung-ro, Mapo-gu, Seoul)

Aduh, saya sudah hilang akal. Adakah awak bergurau?

Awak tahu berapa banyak duit saya habiskan untuk ini?

Saya habiskan hampir 10,000 dolar selama 3 tahun.

10,000 dolar?

Dengan duit sebanyak itu,

ini paling terbaik yang awak boleh dapat.

Dalam hal perniagaan,

bukan duit yang penting.

Semuanya bergantung kepada nilai maklumat yang kita dapat.

Tapi kami hanya dapat gambar berusia 30 tahun daripada awak.

Bagaimana kami mahu cari orang hanya menggunakan gambar ini?

Jadi, awak patut beritahu saya dari awal lagi.

Awak tidak ingat apa yang awak pernah cakap pada saya?

Awak cakap, tidak kira apa berlaku, awak akan cari ibu saya.

Kami tidak sangka ini satu-satunya maklumat...

yang kami dapat daripada awak.

Hei!

Jadi, lebih baik saya cari sendiri.

Apa gunanya saya minta bantuan awak?

Betul cakap awak.

Awak agak biadab.

Kami tidak akan berdiam diri...

- kalau awak terus bersikap begini. - Apa awak mahu lakukan?

Apa awak mahu lakukan, si botak?

Tidak guna. Hei, keluar dari sini.

Keluar.

Tidak guna. Bagi balik duit saya!

- Lepaskan saya, si jahat. - Tidak guna.

- Bagi balik duit saya! - Diam, tidak guna.

- Bagi balik! - Diam!

Yang ini! Cepatlah!

- Satu geng penipu. - Yang ini.

- Yang ini. - Cepatlah.

- Yang ini. Ambil ini. - Pergi.

- Bukan, yang inilah. - Cepatlah.

- Ambil yang ini. - Hei, ke tepi jika sudah selesai.

Aduh.

- Ambil yang itu. - Bagus.

- Awak sangat teruk. - Awak sangat teruk.

Bukankah sepatutnya awak ada di sekolah? Pergilah balik,

Pergi balik!

- Dia sangat pelik. - Lelaki yang pelik.

Aduh.

Ayah.

Ayah.

Ayah.

Ayah!

Ayah!

Ke mana dia pergi?

Ayah!

Aduh.

Apa awak buat ini?

Saya cuma...

mahu menghirup udara segar.

Kalau awak pengsan lagi, siapa yang akan menjaga awak?

Awak sudah makan ubat darah tinggi?

Sudah.

Saya tidak apa-apa.

Sebelum ini, saya...

Mari.

Mari kita balik.

Ayah.

Saya belikan jokbal, makanan kegemaran awak.

Apa awak buat ini? Mari kita makan.

Ayah.

Ayah, saya belikan jokbal.

Marilah makan.

Ini. Makan sedikit.

Apa lagi yang awak mahu saya lakukan?

Apa yang awak sudah buat pada saya?

Sejauh mana lagi saya perlu pergi?

Aduh!

Hidup memang teruk, bukan?

Saya pun rasa begitu.

saya tidak tahu kenapa saya hidup begini.

Tapi, saya masih terus hidup begini.

Menakjubkan, bukan?

(Apa pandangan awak tentang dunia ini?)

Kebahagiaan adalah...

tindak balas kimia yang berlaku di dalam otak awak.

Sehingga sekarang,

hanya glukos yang boleh dihantar ke dalam otak...

melalui sistem darah awak.

Tapi, berbeza dengan kapsul yang kami hasilkan.

Kami salut kapsul amino asid...

yang mempunyai diameter 0.000033 mm dengan glukos.

Kemudian, kami campurkan dengan protin di dalam arteri serebrum,

supaya ia boleh dihantar ke otak.

Kami akan suntik ubat yang kami hasilkan...

dan hantarkan ia ke dalam otak.

Kemudian...

Apa yang berlaku?

Seperti yang saya cakap, perasaan adalah hasil daripada...

aktiviti otak.

Kami akan gunakan perubatan untuk merangsang otak,

dan menguatkan perasaan kebahagiaan.

Melalui pelbagai tindak balas kimia daripada neurotransmiter,

kami boleh membuat awak percaya yang semua keinginan awak...

sudah menjadi kenyataan.

Jadi, maksudnya...

awak akan memperdaya saya?

Awak tidak perlu risau.

Awak tidak akan rasa ragu-ragu langsung...

di dalam dunia sempurna yang bakal awak tempuhi.

Tomografi otak awak...

menunjukkan yang kesesuaian awak dengan ujian itu adalah 96 peratus.

Awak akan jalani ujian itu tanpa apa-apa masalah.

Jadi...

adakah kemungkin untuk saya kembali?

Itu...

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left