Jack Reacher: Never Go Back

Jack Reacher: Never Go Back

Download Malay Subtitle

Release info

Jack Reacher Never Go Back 2016 1080p BluRay H264 AAC-RARBG
A Commentary by ShasyaLala
Netflix Retail.

Tags

BluRay
1080
Published on: 2021-11-28
Downloads: 128
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Maafkan saya.

Tumpang lalu. Tolong ke tepi.

Oh, Tuhan.

Lee's Diner. Empat orang cedera. Saya perlukan bantuan perubatan.

Apa yang berlaku? Mereka dilanggar?

Tak, ada pergaduhan.

Seorang lelaki belasah mereka dalam beberapa saat saja.

Dia masih di dalam restoran.

Itu dia.

Pusing belakang, encik. Tunjukkan tangan.

Perlahan-lahan.

Kad pengenalan tentera.

Dah luput.

Tiga puluh lapan dolar.

Dan sebatang berus gigi.

Namun, tiada alamat rumah.

Dalam erti kata lain, tiada rumah.

Serangan teruk adalah jenayah serius

di negeri ini, Encik…

Reacher. Nama pertama Jack. Tiada nama tengah.

Awak boleh dipenjarakan 10 hingga 20 tahun

apabila budak-budak itu cukup sihat untuk beri keterangan.

Tahan dia. Bawa dia ke lokap polis daerah.

Dua perkara akan berlaku dalam masa 90 saat.

Maafkan saya?

Pertama, telefon itu akan berdering.

Kedua…

Awak akan digari dalam perjalanan ke penjara.

Ramalan yang amat hebat, En. Reacher.

Itu pastinya Mejar Turner

dari unit ke-110 Jabatan Siasatan Jenayah Polis Tentera di Alexandria, Virginia.

Awak dan orang-orang awak tak sepatutnya

beroperasi di kawasan milik tentera AS.

Apa maksud awak?

Menculik pendatang tanpa izin.

Menjual mereka.

Polis Tentera dalam perjalanan ke sini.

Kalau ikutkan saya, saya akan bunuh saja awak.

Telefon akan terus berdering.

Syerif Raymond Wood.

Siapa awak?

Orang yang awak tak jangka.

Terima kasih.

Tentera Amerika Syarikat, 110. Saya Sarjan Leach.

Hubungkan ke Mejar Turner.

Sebentar.

Saya Turner.

Mejar S. Turner?

Ya. Siapa awak?

Jack Reacher.

Biar betul.

Baguslah akhirnya saya dapat bercakap dengan awak.

Terima kasih kerana maklumkan kami tentang syerif itu.

Tak, saya…

Saya mahu berterima kasih kerana bantu saya dalam kesusahan.

Bukankah tentera harus saling membantu, Mejar?

Bekas Mejar.

Sekali Mejar, awak Mejar selama-lamanya.

Awak telefon dari mana?

Rasanya dari luar pekan Independence.

Awak tak pasti.

Tak penting. Saya tak tinggal setempat.

- Saya pun dengar begitu. - Apa lagi yang awak dengar?

Sudahlah. Awak terkenal di sini.

Sesetengah orang tertanya-tanya kenapa awak bersara.

Andaikan yang tiba-tiba saja, saya terasa ingin bersara.

Tentera Amerika Syarikat, 110. Saya Sarjan Leach.

Jack Reacher menghubungi Mejar Turner.

Sebentar, Mejar.

Reacher.

Bagaimana pejabat saya?

Ia pejabat saya sekarang.

Ada lekuk besar pada meja ini.

Orang kata, awak hantuk kepala seseorang di situ.

Betulkah?

Saya tak bangga dengan kejadian itu.

Awak tak menghadapi masalah lagi, bukan?

Dengar kata, awak sering menghadapi masalah.

Atau awak selalu cari masalah.

Ya, saya fikir

saya patut belanja awak makan malam atas bantuan awak.

Lama juga sebelum awak mahu buat begitu.

Bila awak nak datang ke DC?

Saya akan datang juga akhirnya.

Jika begitu, saya takkan tertunggu-tunggu.

Awak diam saja.

Saya sedang fikir sama ada saya akan sukakan awak.

Awak cenderung ke arah mana?

Masih belum pasti.

Tak pasti jika awak boleh tangani saya.

Saya tak risau.

Risaulah sikit.

TIKET WASHINGTON DC

Jaga diri baik-baik, Reacher.

Jack Reacher nak jumpa Mejar Turner.

Mejar Reacher. Saya Sarjan Leach. Kita ada bercakap di telefon.

Selamat kembali.

Panggil saja Reacher.

Sekarang, saya orang awam.

Ya, tuan. Saya akan bawa tuan ke atas.

Maaf. Saya…

- Nak jumpa Mejar? - Masuk.

Sam Morgan. Silakan masuk.

Masuk.

Duduk.

Saya banyak dengar tentang awak.

Saya singgah untuk jumpa Mejar Turner.

Itu susah sikit.

Mejar Turner dah dipindahkan.

Kami baru berbual beberapa hari lepas.

Dia dah ditahan.

Menunggu perbicaraan di mahkamah tentera.

Atas dakwaan apa?

Pengintipan.

Saya ambil alih tugasnya sementara menunggu pengganti dilantik.

Boleh saya bantu?

Tidak. Saya cuma mahu berjumpa dengannya.

Awak kenal dia sejak awak masih bekerja di sini?

Kami tak pernah berjumpa.

Maaf sebab bawa berita buruk ini, Mejar.

Bekas Mejar.

Saya nak beritahu tuan.

- Tapi? - Saya dilarang.

Oleh Kolonel Morgan sendiri.

Mungkin awak patut beritahu saya sekarang.

Cakaplah, Sarjan.

Mejar Turner seorang pegawai yang bagus, tuan.

Sudahkah dia diwakili peguam?

Saya dilarang memberikan maklumat itu, tuan.

Saya faham.

Kita perlu ikut arahan, Sarjan.

Encik.

Saya cuma nak tahu.

Siapa jurulatih awak semasa awak di kem latihan?

Sarjan Greene, encik.

Katakanlah Sarjan Greene menghadapi masalah,

bolehkah awak syorkan seorang peguam untuknya?

Ya. Sudah tentu.

Saya akan syorkan Kolonel Moorcroft dari Fort Dyer

di mana banduan kawalan maksimum ditempatkan, tuan.

SELAMAT DATANG KE FORT DYER

Kolonel?

Awak peguam yang dilantik untuk Mejar Susan Turner.

Saya Jack Reacher, bekas komander Unit ke-110.

Saya tertanya-tanya bila awak akan datang.

Mejar Turner minta

supaya awak dilarang melawatnya.

- Kenapa dia minta begitu? - Mungkin dia dah baca fail awak.

"Antipihak berkuasa, antisosial…"

- Antipeguam. - Ayah yang tak bertanggungjawab.

Maafkan saya?

Menurut fail, awak tak pernah bayar nafkah anak.

Saya tiada anak.

Namun, seorang wanita bernama Candace Dutton tak setuju.

Dia hubungi pihak Tentera dan minta pampasan

untuk anaknya, Samantha Dutton.

Dia dah 15 tahun sekarang.

- Ini satu kesilapan. - Sentiasa begitu.

Ibunya pernah disabit bersalah dua kali. Kerana melacur dan memiliki dadah.

Budak itu bertukar-tukar keluarga angkat seumur hidupnya.

- Apa perasaan awak? - Tentang keluarga angkat?

Hidup tak mudah.

Saya maksudkan budak itu.

Saya tiada anak. Saya tak pernah kenal Candace Dutton.

Saya datang untuk berjumpa Mejar Turner.

Apa bukti yang mereka ada?

Cakera keras yang mengandungi maklumat rahsia

ditemukan di rumah Mejar Turner.

Kesimpulannya, dia menjual rahsia sulit.

Itu saja?

Apa awak nak? Gambar dia memakai burka

sambil minum dengan pihak Taliban?

Apa yang dia beritahu awak?

Esok baru saya boleh bercakap dengannya.

Pengecualian demi Keselamatan Awam.

Awak terima alasan itu?

Dari mana awak dapat ijazah undang-undang?

Mungkin dulu awak peguam yang bagus, Kolonel.

Namun, nampaknya sekarang

awak pegawai tua yang akan buat apa saja supaya pencennya terjamin.

Hubungi saya semula apabila awak sedar tugas sebenar awak.

Terima kasih.

- Berapa lama kita perlu buat begini? - Saya lapar.

Sabarlah.

Apa agaknya yang dia makan?

Diamlah.

- Pistol baharu? - Ya.

Cantik. Buat tangan awak nampak besar.

Ya, awak suka tangan besar?

Jika awak cakap lagi begitu, saya akan acu pada muka awak.

Hei! Ke mana dia pergi?

Entah. Mungkin dia pergi kencing.

Awak patut memerhatikan dia.

Awak fikir saya ada mata di belakang kepala?

Apa khabar?

Jangan cuba.

Tunjukkan.

Lontar ke belakang.

3092 JLN. BUCKINGHAM

Saya tak suka diekori.

More Malay subtitles for Jack Reacher: Never Go Back

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left