The Book of Boba Fett

The Book of Boba Fett

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

The-Book of Boba Fett S01E07 Chapter 7 720p DSNP WEB-DL DDP5 1 Atmos H 264-NOSiViD
A Commentary by ShasyaLala
Disney Retail.

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
720p
720
Published on: 2022-02-09
Downloads: 42
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sindiket Pyke kumpul tentera dalam beberapa minggu ini.

Datuk Bandar Mok Shaiz bekerja untuk mereka dan dah lari dari planet ini.

Itu buat kami percaya yang peperangan akan berlaku tak lama lagi.

Kita perlukan tentera infantri.

Saya mungkin boleh tolong.

SEBELUM INI DALAM THE BOOK OF BOBA FETT

Sindiket Pyke jauh lebih ramai.

Saya nak awak ketuai pasukan.

Kenapa mereka harus bahayakan nyawa mereka untuk Boba Fett?

Beritahu penyeludup kamu, mereka tak boleh berniaga di sini.

Sudah terlalu banyak keganasan berlaku.

Tatooine milik Sindiket.

Asalkan mereka dapat jual apa mereka nak, semua penduduk akan selamat.

Saya akan hapuskan pendatang yang menceroboh planet kita.

Saya akan pastikan planet kita selamat.

Saya cuma harap kamu semua takkan berpihak kepada sesiapa

kalau Sindiket Pyke minta kamu khianati saya.

Kami boleh terima cadangan ini.

Saya setuju.

Kita perlu bersedia untuk berperang.

Tunggu! Awak tertinggal camtono ini.

Perang sudah bermula.

Ia tidak dapat dielakkan.

Kalau kita menang pun,

mungkin tiada apa-apa lagi yang tinggal di bandar ini.

Cepatnya.

Awak dapat upah tentera infantri?

Mungkin.

Cobb Vanth akan kumpulkan tentera untuk kita.

Berapa bayaran yang dia minta?

Percuma.

Percuma?

Selama ini dia halang jual beli bahan terlarang seorang diri.

Saya cakap kita boleh hentikannya.

Itu bukan percuma.

Itu perniagaan utama Jabba the Hutt.

Itu permintaan mereka.

Saya setuju dengan syarat mereka.

Kita boleh dapat banyak kredit dengan urus niaga itu.

Ini untuk kebaikan kita juga.

Mos Espa boleh jadi bandar yang makmur di bawah perlindungan kita.

Bahan terlarang itu buat ramai terbunuh.

Biar Marsyal Vanth dan penduduk Mos Pelgo...

Nama bandar itu Freetown sekarang.

Beritahu penduduk Freetown saya terima syarat mereka.

Awak boleh beritahu Cobb Vanth sendiri

apabila dia sampai bersama tentera bantuan.

Awak betul-betul yakin dia akan datang?

Ya.

Habislah kita kalau dia tak datang.

Kemahiran kita tak cukup untuk kalahkan mereka yang ramai.

Kita mesti lengahkan masa sehingga mereka sampai.

Kita tunggu di istana.

Saya tak setuju.

Awak tak setuju?

Ya.

Jadi, di mana kita patut tunggu sehingga bantuan sampai?

Di sini.

Di sini?

Di dalam runtuhan ini?

Jangan mengarut.

Kita akan lebih selamat di istana.

Kalau awak nak tinggalkan Mos Espa dan sembunyi di kubu awak, pergilah.

Kami akan tinggal di sini.

Penduduk yang tinggal di sini perlukan perlindungan kita.

Kita akan tunggu sini.

Saya patut bertindak.

Saya harus lakukan sesuatu. Paling kurang pun, saya patut...

Cepatnya awak balik.

Awak berjaya lakukannya?

Awak tak perlu risau tentang Freetown.

Awak yakinkan Marsyal supaya tak menyebelahi sesiapa?

Ya.

Bagus. Saya nak semuanya selesai secepat mungkin.

Fett ada orang lain yang boleh bantu dia?

Dia pernah tinggal bersama Puak Tusken di gurun.

Mereka dah tak wujud lagi.

Awak pasti?

Ya, kami sendiri yang bunuh mereka.

Adakah Fett tahu tentang itu?

Dia tak tahu apa-apa.

Dia fikir puak penunggang motor Nikto bunuh mereka.

Kami tinggalkan bukti untuk buat dia fikir begitu.

Dia dah balas dendam kepada mereka.

Dia pasti fikir yang semuanya dah selesai.

Saya tak sangka Sindiket Pyke begitu kejam.

Kami praktikal.

Mereka kenakan bayaran perlindungan.

Kami kena jaga keuntungan kami.

Sudah semestinya.

Jadi, bila semua ini akan selesai?

Itu bergantung kepada banyak mana kemusnahan yang kamu boleh terima.

Jangan guna bahan letupan.

Saya tak setuju letupkan Sanktuari Garsa.

Saya setuju untuk serang tentera mereka, bukan perang terbuka.

Maaf, tapi nampaknya semua itu dah terlambat.

Saya masih Datuk Bandar Mos Espa. Saya tak mahu bandar ini musnah.

Orang-orang Fett sedang sembunyi dalam runtuhan Sanktuari.

Kita perlu bertindak lebih ekstrem untuk halau mereka.

Saya tahu bagaimana nak umpan Boba Fett keluar.

Bab 7 DEMI KEHORMATAN

Itu kapal X-wing. Kenapa X-wing datang ke tempat ini?

Duduk di sini dan kunci tempat ini.

Sembunyikan benda itu. Buang cepat.

Pergi. Letak di sini, okey?

Letak di sana. Cepat! Pergi cepat!

Cukup.

Helo, encik!

Sembunyikannya! Encik!

Saya baru saja memohon lesen Republik Baru

sebelum awak sampai sini.

Kebetulan pula awak datang.

Awak rupanya!

Mereka dah ajar awak cara terbangkan kapal X-wing?

Saya kenal astromech yang terbangkan kapal ini.

Mandalorian itu? Dia tak ada di sini.

Saya tak tahu. Dia ada kerja di Mos Espa.

Perlahan sikit. Jangan terburu-buru. Awak baru sampai.

Biar saya jumpa dulu kawan lama saya ini.

Helo, si comel. Mari sini.

Grogu?

Buruknya nama awak.

Maaf sebab kutuk nama awak.

Saya takkan guna nama itu.

Apa yang awak bawa?

Ada benda berkilau.

Awak nampak bergaya sekarang.

Tentu awak lapar.

Bawa cacing tanah ke sini.

Bawa bertenang.

Saya tak peduli kalau awak nak cepat pun.

Budak ini kena makan.

Begitulah.

Okey.

Sementara kita tunggu bantuan sampai bersama Cobb Vanth dari Freetown,

tentera kita sedang mengawasi semua jalan di bandar lama.

Tentera Sindiket Pyke belum ramai lagi yang datang,

tapi apabila mereka sampai, kita akan nampak mereka sebelum mereka nampak kita.

Perjanjian damai dengan keluarga di Mos Espa

akan pastikan mereka semua kekal neutral.

Ini berikan kita kelebihan untuk lawan tentera yang akan tiba nanti.

Pengawal Gamorr mengawal pergerakan di starport

di kawasan Klatooine.

Mereka akan laporkan kalau ada kelibat tentera Sindiket Pyke.

Krrsantan berada di kawasan Trandoshan.

Dia akan pantau kawasan di depan Dewan Bandar Raya.

Drash dan Skad bersama ahli yang lain

akan mengawasi Wilayah Pekerja dan kawasan Aqualish.

Macam awak nampak, semua kawasan ada orang kita.

Tiada siapa boleh menyelinap masuk dan serang kita.

Apabila penduduk Freetown sampai,

kita akan ada tentera yang mencukupi untuk kita gunakan

di mana-mana kawasan yang Pyke pilih untuk serang.

Jadi sekarang?

Kita tunggu.

Tuan Fett, ada orang datang untuk berjumpa tuan.

Tadi awak cakap tak ada orang boleh selinap masuk.

Saya dah agak ini akan berlaku.

Kalau nak cari kerja, dah terlambat.

Saya sudah ada kerja.

Saya datang untuk berunding bagi pihak Sindiket Pyke.

Saya tak berunding dengan pembunuh yang pengecut.

Mengata dulang paku serpih.

Pergi dari sini.

Beritahu bos-bos awak kami tahu mereka tak cukup tentera.

Jangan harap sangat yang penduduk Freetown akan datang.

Saya dah pergi melawat Marsyal Vanth.

Awak tak sepatutnya tinggalkan dia tanpa perlindungan.

Jangan cuba nak serang saya.

Saya juga ada bawa penembak hendap.

Jangan sekat urus niaga kami di Mos Espa,

dan kita boleh hentikan semua ini.

Tak boleh.

Apa awak nak cadangkan?

Saya cuma akan berunding dengan ketua Sindiket Pyke.

Maksud awak sindiket yang bunuh keluarga Tusken awak

dan salahkan geng motor Nikto?

Awak tahu saya tak tipu.

Boba.

Kita boleh lawan di sini, sekarang.

Bukan sekarang.

Awak tentukan masa.

Dia bunuh Vanth.

Tak ada bantuan yang akan tiba.

Kita lawan ikut syarat kita, bukan mereka.

Saya boleh kalahkan dia.

Awak terlalu beremosi.

Saya boleh kalahkan dia.

Jangan bertindak terburu-buru.

Tunggu peluang lain.

Beritahu klien awak yang rundingan tidak berjaya.

Semakin tua, awak semakin lembut hati.

Semua orang sama.

Awak berjaya tahan diri awak.

Itu sangat mengagumkan.

Mungkin saya boleh bagi sedikit nasihat tentang...

Berapa agaknya dia nak bayar untuk beli Twi'lek.

Saya faham. Maafkan saya. Saya tak sepatutnya masuk campur.

Jawab, bos, jawab.

Keadaan di sini agak pelik.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left