The first 200 lines.
Kau seperti ubat, Park Do Kyung. Aku sudah rasa sihat sekarang.
Demam ku juga sudah hilang.
Kau dah banyak menderita.
Terima kasih kerana berusaha.
Kita berdua.
Kita sudah kuat mencuba.
Jika kau tidak mengejarku, kita betul-betul sudah berakhir.
Terima kasih.
Aku ingat kau akan minta maaf dengan separuh hati dan pergi.
Aku ada terfikir.
Bagaimana kalau aku mati?
Jika aku menoleh kembali pada saat ini ketika aku hampir mati.
Kesimpulanku adalah... semuanya tiada makna.
Tidak perlu berhati-hati.
Buat apa saja yang hatiku mahukan. Jangan menahan diri dan lakukannya.
Aku suka kata-kata itu.
"Buat apa saja yang hatiku mahukan. Jangan menahan diri dan lakukannya."
Semua lelaki yang aku kenal sangat menyedihkan.
Lelaki yang hanya ingin mencuba. Lelaki yang terlalu berhati-hati.
Lelaki yang tinggalkan perempuan kerana mereka malu dengan kegagalan mereka.
Aku tak pernah jumpa lelaki yang buat aku tersentuh
dengan hanya berlari ke arahku tanpa rasa takut.
Dulu aku tak berperasaan.
Sekarang, aku sangat gembira.
Jika aku nampak kau berhati-hati mulai sekarang...
- Aku akan kerjakan kau. - Silakan.
Jika kau berubah hati, aku tak akan maafkan kau.
- Aku tak akan berubah hati. - Aku akan berubah hati.
Buatlah. Kau boleh lakukannya.
[Episod 14: Semua Bunyi yang Tidak Datang daripada Cinta, Diam.]
Mana kau pergi? Mana kau pergi?
Kami periksa bumbung dan tangga hospital! Kami sangka kau dah mati!
Mana kau pergi?
Saya balik sebab saya rasa semakin sembuh.
Kau perlu beritahu kami yang kau nak balik ke rumah!
Saya balik sebab tak jumpa kamu berdua.
Orang muda sembuh cepat gila.
Daripada apa yang kau nampak
kau berdua berpisah dan itu saja yang terjadi.
Tapi dalam kehidupan sekarang, ia berubah kepada kamu berdua bersama semula...
Maksudnya ia sudah berubah!
Ia berubah! Hey! Do Kyung! Do Kyung!
Tahniah! Tahniah!
Ini adalah kemenangan umat manusia!
Kau dah ubah nasib kau!
Tapi kenapa dengan riak wajah kau? Kau nampak terlalu tenang.
Bukankah sepatutnya kau lebih gembira?
Daripada tak menyayanginya langsung
aku perlu menyayanginya sepenuhnya sebelum aku pergi, kan?
Itu akan buat dia lebih gembira, kan?
Pergi? Siapa yang akan pergi?
Kenapa kau akan mati? Perkara sudah berubah! Kenapa kau perlu mati?
Apa yang kau nampak, kau lepaskan perempuan itu pergi.
Sebab itu kau menyesal ketika kau hampir mati.
Tapi kau cakap kau bersamanya sekarang. Jadi, nasib kau sudah berubah.
Masa kau sekarang sudah berubah. Kenapa tidak masa depan juga berubah?
Itulah sebabnya ada kekurangan pada takdir
dan kenapa ada ramalan peramal kadang-kadang salah.
Mereka tidak dapat meramal bagaimana hati boleh berubah. Apa cinta boleh lakukan.
Cinta!
Apa yang tak kena? Kau risau?
Untuk tinggalkan perempuan yang kau cintai?
Mulai sekarang, hanya ada satu perkara yang kau perlu lakukan.
Sampai kaki kau berpeluh
dengan cinta.
Aku sangat cemburu!
Kau buat apa?
Dalam perjalanan ke pejabat.
Aku baru keluar rumah. Bagaimana dengan kau?
- Aku juga dalam perjalan ke pejabat. - Terkejut aku!
Kau buat aku terkejut!
Aku suka memulakan hariku dengan melihat kau.
Naiklah. Aku akan hantar kau.
Aku rasa aku boleh buat apa saja.
Rasa seperti aku boleh bunuh orang.
Bawa bertenang.
Pilih saja siapa orangnya. Aku akan bunuhnya untuk kau.
Ya. Saya faham, Mak. Jangan risau.
Sudah tentu saya takkan buat begitu. Okey. Saya sayang Mak.
Kau masih berumur 3 tahun.
Tiada orang akan terus menari sebaik sahaja bangun tidur.
- Tanya aku kenapa aku sangat gembira. - Malas. Beritahu sajalah.
Aku akan berjaya.
Aku baru saja bermimpi baik semalam.
Mak pesan supaya jangan beritahu sesiapa...
Ini hanya antara kau berdua.
Mak beritahu aku, ini adalah mimpi yang bagus.
Yang terbaik!
Selalunya aku tak bermimpi pun.
Tapi ini kali pertama seumur hidupku aku bermimpi begitu jelas.
Mimpi pasal apa?
Bintang-bintang di langit bersinar terang
seperti diselaputi emas.
Tapi tiba-tiba, ia bergerak membentuk seekor ikan.
Dan seperti ikan itu hidup. Ia bergerak-gerak.
Bila tiba-tiba ia jatuh daripada langit
- aku cepat-cepat berlari dan menadahnya. - Kau dapat tangkap? Kau tak biarnya jatuh?
Mestilah! Aku dapat tangkap! Dengan sempurna ke dalam tanganku. Jangan rosakkan mimpiku.
Apa pun.
Apabila aku tersedar dari mimpiku dan aku buka mata...
Aku rasa...
teruja, tapi tenang.
Rasanya seperti aku mendengar suara Tuhan.
"Masa kau sudah sampai."
- Jualkannya pada aku dengan harga 5,000 won. - Kau gila.
Jangan jual mimpi itu. Jangan jual. Walaupun dengan harga 100 juta won.
Mestilah aku tak akan jual!
Aku dengar maksudnya aku akan menjadi Menteri Keamanan.
Bukankah ia terlalu cepat?
Kita patut jumpa untuk makan malam. Aku akan belanja sesuatu yang sedap.
Ada satu steakhouse yang aku tahu.
Apa kau nak buat tanpa aku? Aku selalu tengokkan kau.
Itulah sebabnya, kau perlu cepat beritahu keluarga kau.
Mereka akan dapat tahu setelah perut kau membesar.
Lagi satu, kau sudah beritahu ayah bayi itu? Lelaki di Brazil itu?
Kenapa?
Nombornya pun kau tak tahu?
Alamat e-mail atau apa-apa pun tak ada?
Lelaki jahanam itu.
Berikan maklumat tentang dia. Aku akan tolong kau cari.
- Dia bukan bapa kepada bayi ini. - Apa?
- Apa maksud kau? - Bukan dia. Bapa kepada bayi ini.
Tapi kau tak ada lelaki lain selain dia.
Apa ni? Mungkinkah...
- Daripada one-night stand ? - Bukan masalah kau.
Omg. Betul daripada one-night stand . Serius?
Aku cakap bukan masalah kau.
Lagipun, aku akan besarkan bayi ini sendiri.
Hanya aku perlu tahu siapa bapa kepada bayi ini.
Bukan lelaki di Brazil itu. Jadi jangan buat hal dengan keluarganya.
Dan jangan tanya sesiapa tentang bapa bayi ini.
Dan juga...
- Aku akan berhijrah ke luar negara. - Apa? Kenapa?
Kalau aku tinggal di Korea
aku akan penat kerana asyik ditanya siapa bayi anak ini.
Anak ini juga akan terbeban.
Aku perlu berhijrah ke negara lain dan besarkannya dengan aman.
Kau tak boleh besarkan anak ini sendirian di negara asing.
Besarkan dia di Korea. Kau ada Do Kyung dan aku.
Kita boleh besarkan anak ini bersama-sama.
Aku tak akan biarkan kau lepas aku berjaya.
Besarkannya di Korea! Ke mana kau nak pergi?
- Diam. Lupakannya. - Tak. Kau lupakannya.
Aku dah lambat. Jom.
Kita dah sampai.
Soo Kyung. Jumpa kau malam ni!
Okey? Terus kuat! Bersemangatlah!
Jika aku beritahu kau yang aku mengandungkan anak kau, kau pasti pengsan.
Dan kita akan jadi janggal.
Aku akan simpan rahsia ini seumur hidupku.
Membesarkan anak ini sendirian adalah keputusan yang terbaik.
Mari kita kekalkan perhubungan seperti adik-beradik.
Terima kasih kerana menerima mimpi ramalan bayi itu.
Aku akan simpan dalam memoriku.
Bintang. Ikan.
Sungguh lucu.
Kau tak perlu jelaskannya.
Seorang lelaki dan seorang perempuan berbaik dan berpisah adalah seperti
matahari terbit dan hujan.
Kami tak akan berpisah.
Jangan sesekali berpisah. Lagi.
Tahniah.
[1 daripada 38 dalam kelas. 2 daripada 500 dalam keseluruhan sekolah.]
Omo! Omo! Omo!
Omo! Dia dah gila agaknya! Sayang!
Hae Young mesti sudah gila!
Ada apa?
Dia dapat tempat pertama dalam kelas. Tempat kedua keseluruhan sekolah.
Dia di tempat kedua daripada 500 pelajar.
Mestilah! Dia patut ke Universiti Seoul.
Ya. Aku telefon kau lagi nanti. Bye.
- Awak nak telefon siapa pula tu? - Adik ipar ku.
- Cukuplah tu. - Kenapa pula?
Dia selalu berlagak dengan pencapaian anaknya.
Dia perlu dengar aku bercakap gah juga.
Dia pasti akan terkejut.
Ini aku. Sudah makan malam?
Kau sudah dapat keputusan peperiksaan Seo Hee?
Hae Young terlepas mendapatkan tempat pertama keseluruhan sekolah hanya dengan satu tangga.
Saya akan pergi buka pintu.
Aku rasa keputusan peperiksaan kita tertukar.
Aku akan berikan pada kau esok.
Aku akan berikan pada kau di sekolah esok.
Boleh aku...
dapatkan tandatangan sebelum beri pada kau?
Kalau begitu, aku juga akan dapatkan tandatangan sebelum pulangkan pada kau.
Cik Oh, sila masuk.
Selalunya, saya akan dapat nombor pertama atau kedua daripada keseluruhan sekolah.
Tapi kali ni saya tak mengulangkaji. Saya hanya teka semua jawapan.
Nampaknya aku akan bercerai sekali lagi.
Aku mahu keluar daripada rumah ini.
Sakit perutku.
Itulah yang aku fikir. Tak mungkin...
Nombor 27, Oh Hae Young.
B, C, C, B, D, D, D, C, D...
Aku rasa takut sekejap.
Aku ingat Hae Young betul-betul dapat tempat kedua daripada semua pelajar.
- Kenapa itu buat kau takut? - Hah?
En..entahlah.
Aku tak tahu kenapa aku rasa...
No comments yet. Be the first to leave one.