Release info

The Time We Were Not In Love E03 150704 XviD HDTV H264 720p-WITH-iPOP-BarosG-LIMO-CHAOSrel bAdh182
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi facebook.com/subbers untuk berita terkini

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
XviD
HD
Published on: 2015-12-10
Downloads: 29
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Saya sedang tunggu cik.

Tak selamat kalau perempuan tinggal seorang diri.

Saya pernah baca sebuah buku.

Satu keadaan bermula hanya dengan kata-kata yang mudah.

Pakai selipar ini.

Kaki cik sudah sakit, bukan?

Bukan dengan kata-kata manis, tapi hanya dengan kata-kata mudah

dan kata-kata yang ringkas saja.

Keadaan bila saya terasa macam saya sedang dilindungi.

Percintaan itu ada bunyi jugakah?

Itu penyakit, tahu tak?

Bila degupan jantung tak menentu,

mungkin kamu ada arytmia atau diabetes.

Kamu sengaja saja, bukan?

Kamu mesti tak tahu yang semua perempuan suka sangat dilindungi.

Apa yang kamu cuba beritahu ini?

Saya sendiri pun tak tahu.

Macam satu keadaan itu.

Walaupun ada banyak sangat kasut dalam kedai,

tapi saya hanya tertarik pada satu pasang kasut saja!

Masa itu, jantung saya mula berdegup dengan kencang.

Jadi saya kena beli kasut itu.

Dia itu kasut yang buat jantung kamu berdegup kencangkah?

Tapi dia tahu tak yang awak sukakan dia cuma macam sepasang kasut saja?

Maksud saya, saya tak patut lepaskan peluang macam ini.

Jangan fikir lebih-lebih hanya sebab payung itu!

Kalau kamu bercinta dengan orang yang lebih muda,

bila dia cakap dia sudah tak boleh hidup dengan kamu lagi,

masa itu, tangan kamu akan terkapai-kapai nanti.

Baru padan muka kamu.

- Makan sajalah. - Tak mahu.

Ada banyak kolagen dalam kaki ayam.

- Ia boleh menghalang penuaan. - Yakah?

Sedapnya!

Jangan fikir lebih-lebih hanya sebab payung itu!

Mungkin saya seorang saja yang fikir lebih-lebih.

Selamat bekerja, cik! Sung Jae.

Macam mana saya tak fikir lebih-lebih kalau macam ini?

- Cik sudah sampai? - Panasnya!

Ya. Terima kasih banyak, Sung Jae.

Saya sudah asingkan jualan paling laris mingguan

di dalam komputer cik itu.

Yakah?

Di mana?

Di sini.

- Semua di sini. - Betullah.

- Kalau tak ada apa-apa lagi... - Tak ada.

Saya akan pergi jumpa bos sekarang.

Ha Na, jangan asyik berfikir. Okey?

Jadi awak tak dapat jumpa Goo Yeon Jung?

Ya, saya pergi rumah dia, tapi dia tak ada...

Saya dengar orang dari syarikat pesaing sudah jumpa dengan dia.

Goo Yeon Jung pergi ke Tokyo, jadi orang itu jumpa dia di sana.

Goo Yeon Jung sudah janji akan pergi

ke pertunjukan fesyen musim luruh dan sejuk itu.

Buat apa pasukan pereka kerja keras?

Pasukan pemasaran langsung tak bantu.

Betul tak?

Kenapa pula dengan anak saya ini?

Kenapa kamu asyik menangis saja?

Sesiapa boleh tolong saya tak?

Tak bolehlah.

Cik, tolong bawa Josephine keluar.

Dia asyik cakap, "Saya sesak nafas sangat di dalam sangkar ini!"

- Tolonglah! - Boleh tak senyapkan anjing itu?

Saya tak boleh tidur sebab anjing itu bising sangat.

Diamlah!

Tutup telinga awak dan tidur!

Cepatlah.

Josephine!

Cepat buka!

- Peraturannya... - Tolonglah buka.

Josephine, kamu akan keluar.

Sudah bebas!

Puan, haiwan peliharaan mesti ada di dalam sangkar.

Kami sudah maklumkan peraturan ini.

Bila? Peraturannya? Tak peduli!

Saya mahu turun sekarang!

Saya mahu bawa Josephine naik kapal terbang lain sekarang juga!

- Kapten, keluar sekarang! - Puan.

Kita ada di udara sekarang ini.

Saya VIP di sini.

Saya ini saudara penolong presiden syarikat ini!

Kalau mahu, telefonlah dia!

Saya mahu patah balik sekarang ini!

Turun! Saya mahu turun!

- Turun! - Puan. Tunggu sebentar.

Biar saya uruskan.

Anak saya...

Terima kasih.

Won, saya ada tiga misteri yang tak boleh diselesaikan.

Pertama, bila Menara Condong Pisa akan runtuh?

Yang kedua pula, kenapa perempuan mesti

kena pergi ke bilik air bersama-sama?

Dan ketiga ialah...

Kenapa lelaki cerewet macam awak ini boleh terfikir untuk jadi

seorang pramugara dan berkhidmat untuk mereka?

Awak sudah melampau.

Yakah?

Maaf.

Kamu ini sudah gilakah?

Kamu tak tahukah tindakan kamu itu melanggar peraturan?

Penumpang lain jadi marah sangat sebab anjing puan

tadi itu asyik menyalak saja.

Saya rasa anjing itu perlu ditenangkan dulu.

Saya ingat untuk keluarkan anjing itu

sekejap dan masukkannya balik.

Maknanya kamu rasa tindakan kamu itu betul?

Bukan macam itu...

Kalau kamu buat sekali lagi, nahas kamu nanti, So Eun.

Faham tak?

Kamu okeykah?

Jangan fikir sangat tentang itu.

- Peraturan tetap peraturan. - Saya okey saja.

Orang baru mestilah kena banyak belajar.

Marah pada seseorang juga dikatakan

satu cara untuk tunjukkan kasih sayang.

- Mak saya cakap. - Kamu ini positif.

Positif sangat.

Tadi itu pujian dari abang, bukan?

Abang baru saja puji saya, bukan?

Tapi, Pengurus.

Takkanlah awak sebagai pengurus seorang selebriti

tak tahu bila dia akan balik ke Korea?

Kali ini awak pastikah?

Hari itu ketua saya berdiri di depan rumah dia berjam-jam

tapi tak dapat jumpa dia.

Ya, baiklah.

Ada dua hari lagi.

Dia cakap nanti dia akan tinggal di apartmen dia di Yang-yang.

Dia itu memang susah untuk dijangka.

Jangan tunggu dia telefon. Kamu pergi tengok sendiri.

- Entah apa helah mereka nanti. - Okey.

Helo? Oh Ha Na bercakap.

Tak guna! Kamu hidup lagi?

Sudah seminggu saya balik ke Seoul.

Saya sudah biasa dengan perbezaan masa di sini.

Kang Na Young!

Sudah berapa lama kita tak jumpa?

Empat tahun? Lima tahun?

Kamu masih nampak sama saja macam dulu!

Nampaknya kamu yang berubah.

- Gaya fesyen kamu sudah bagus. - Kamu ini...

- Suami kamu macam mana? - Saya sudah bercerai.

- Hebat, bukan? - Apa?

Tapi kamu baru saja berkahwin.

Tiga bulan saja sudah cukup panjang untuk saya ubah fikiran.

Kenapa kamu bercerai pula?

Sebab saya tak dapat cari jawapan kenapa saya berkahwin.

- Apa? - Jangan tanya lagi hal lama.

Kamu berhubung lagi dengan kawan-kawan kita?

Kamu mahu cari mereka?

Saya mahu mulakan hidup yang baru.

- Apa benda ini? - Untuk kawan-kawan lama kita.

Saya ingat mahu jadi perancang dalam hidup mereka.

Na Young macam sebiji bola yang melantun.

Macam bola yang boleh saja melantun ke sana ke sini.

Orang yang selalu beri saya kejutan

dengan keputusan dia yang susah diramal.

Dialah kawan baik zaman sekolah saya.

- Selamat tinggal, Ha Na. - Selamat tinggal, selamat malam.

Hei, Oh Ha Na!

Na Young!

- Ada apa ini? - Kenapa kamu tipu saya?

Apa?

- Kenapa ini? - Kamu keluar dengan Won.

Saya sudah nampak kamu berdua tadi.

Bukanlah, kamu pun tahu saya...

Saya percaya cakap kamu yang kamu dan dia tak ada apa-apa hubungan.

Bila kamu cakap Won tak terima hadiah saya,

saya rasa yang itu perkara biasa.

Tapi hari inilah saya sedar kamulah puncanya.

Hei, Kang Na Young!

Masa di temu janji itu pun sama.

Kamu berdua ada buat helah.

Helah apa yang kami buat pula?

Entah-entah kamu tak beri pun

- hadiah saya kepada dia. - Kamu tak percaya saya?

Kamu ingat saya akan belot pada kawan saya semata-mata sebab diakah?

Saya yang rasa kecewa sekarang.

Kalau kamu tak buat apa-apa salah...

Betul itu. Kamu sudah salah faham.

Mari kita jumpa untuk jelaskan semuanya.

Apa-apa yang kamu berdua cakap sekarang akan dirakamkan.

Saya harap kamu berdua takkan cakap bohong di sini.

Won, kamu ada terima hadiah saya tak?

Jangan pandang Ha Na! Pandang pada saya ini!

Saya ada terima.

- Jadi? - Tapi saya tak boleh terima...

Kamu tak terima sebab kamu berdua bercinta, bukan?

- Bukan macam itu. - Biar saya buat kesimpulan.

Won, kamu tak boleh terima hadiah saya sebab

kamu sedang bercinta dengan Ha Na sekarang.

- Bukanlah! - Dan kamu, Ha Na,

tak sanggup menolak permintaan saya

sebab kita ini kawan.

Sebab itulah kamu berdua cakap Won tak mahu hadiah saya itu!

- Mengarutlah itu... - Sudahlah!

Saya sudah mula sedar semua ini masa di temu janji yang kita semua

pergi semalam itu.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left