The first 200 lines.
Leftenan Park. Ini Detektif Lee Jae Han.
Siapa awak? Hospital Psikiatri Seonil?
Siapa kamu sebenarnya?
Bagaimana kamu tahu itu mayat Seo Hyung Joon?
Kamu dah gila?
Awak kata yang awak mahu tangkap dia. Ini saja caranya.
Detektif Lee Jae Han? Kami berjaya selesaikan kes penculikan Kim Yoon Jung kerana awak.
Awak dah tengok berita, kan? Awak bertugas di kawasan mana?
Mungkin ini transmisi terakhir saya.
Saya akan tubuhkan satu unit siasatan kes dingin di Seoul.
Pakcik beritahu tadi, itu kes pertama Senior, kan?
Kes pembunuhan bersiri Gyeonggi Nambu.
Inilah kes dingin yang paling terkenal di Korea.
Jadi, dia dah berpindah.
Tak salah jika cuba siasat.
Banyak benda yang saya perlu uruskan sekarang.
Detektif Lee Jae Han?
Pegawai 22, kawasan Gyeonggi Youngsan.
Gunung Ohsung?
Dia dijumpai di ladang pokok buluh, bersebelahan hutan akasia dekat Lebuhraya 3.
Siapa awak?
Ada tak seseorang bernama Leftenan Park Hae Young dalam pasukan tuan?
Saya dengar sesuatu yang aneh menerusi walkie-talkie.
- Keluar dari sini! - Adakah saya cuma berhalusinasi?
Transmisi itu benar?
[CUBAAN MEMBUNUH LEE MI SUN, SURI RUMAH]
[5 NOVEMBER, 1989 STESEN KERETA API HYUNPOONG]
Hei. Awak yang lakukan ini?
Awak sedang cakap apa?
Mangsa Lee Mi Sun disenaraikan sebagai masih hidup.
Betul lah. Dia masih hidup.
- Ya, ada apa? - Tentang Lee Mi Sun.
Mangsa yang mati berhampiran landasan kereta api Hyunpoong.
Apa yang awak sedang cakap ini?
Ia hanya percubaan membunuh.
Apa maksud awak? Percubaan apa?
Lee Mi Sun dah meninggal dunia.
Penganalisis jenayah Park Hae Young. Kamu dah tak boleh membaca?
Lee Mi Sun terselamat dalam serangan itu.
Saya.. saya akan buka ikatan ini.
Saya akan bantu awak. Tunggu sekejap.
Jangan risau. Saya anggota polis.
Tunggu sekejap.
- Apa yang awak sedang buat.. - Tak guna.
Tunggu!
Kenapa awak buat ini pada saya?
Tak guna.
Apa yang boleh saya bantu?
Saya Leftenan Park Hae Young dari Balai Polis Seoul.
Encik ini Detektif Kim Tae Young..
yang uruskan kes Gyeonggi Nambu?
Tunggu sekejap, saya cuma nak tanya encik satu perkara.
Pergi. Saya tak ada apa nak dicakapkan.
Tentang Stesen Hyunpoong..
Adakah benar Lee Mi Sun terselamat dan masih hidup?
Apa yang terjadi waktu itu?
Semuanya disebabkan pegawai tak guna itu.
Pegawai Lee Jae Han dari kawasan Youngsan.
Lee Jae Han?
Dia bercakap perkara karut, sesuatu tentang transmisi radio.
Transmisi radio?
Dia itu.. dah rosakkan semuanya.
Dia itu lah!
Selamat malam.
Keluar. Cepat!
Tak percaya betul lah.
Biar betul..
- Dia orangnya? - Ya, saya tangkap dia di lokasi kejadian.
Ada saksi yang hampir diserang.
Detektif, bukan saya orangnya.
Senyap. Bawa dia masuk.
Kenapa lakukan ini pada orang yang tak bersalah?
Ini tak adil untuk saya!
- Boleh jadi gila macam ini. - Masuk saja lah.
Saya dah beritahu bukan saya orangnya!
- Bagus kerja kamu. - Terima kasih.
Syabas.
Ini Detektif Lee Jae Han. Awak ada di sana, Leftenan Park Hae Young?
Ia mayat Seo Hyung Joon, suspek kes penculikan Kim Yoon Jung.
Seo Hyung Joon mati pada tahun 2000, tapi dia cakap ia adalah mayat.
Bukannya rangka.
Mungkin ini transmisi terakhir saya.
Tahun 2000.. transmisi terakhir.
Tapi, ini bukan pengakhirannya.
Ia akan bermula sekali lagi.
Pada waktu itu.. kamu mesti yakinkan saya.
Ia bermula pada tahun 1989. Lee Jae Han yang wujud pada waktu itu.
Pegawai Lee Jae Han pada tahun 1989.
Pegawai 22, kawasan Gyeonggi Youngsan. Ini Pegawai Lee Jae Han. Siapa di sana?
Polis mana di negara ini yang tak tahu tentang perkara ini?
Mangsa ketujuh ditemui di ladang buluh dekat Lebuhraya 3.
Mangsa kelapan ditemui di landasan kereta api Stesen Hyunpoong.
Semuanya disebabkan pegawai tak guna itu.
Pegawai Lee Jae Han dari kawasan Youngsan.
Tentang pembunuhan kelapan yang berlaku di landasan kereta api Stesen Hyunpoong..
Keluar dari sini!
Dia bercakap perkara karut, sesuatu tentang transmisi radio.
Tak mungkin. Semua ini tak masuk akal.
Pegawai 22, ini Pegawai Lee Jae Han dari kawasan Youngsan.
Pegawai 22.
Pegawai Lee Jae Han, kawasan Youngsan. Siapa dan di mana awak berada?
Siapa awak?
Leftenan Park Hae Young? Ya, ini Lee Jae Han.
Siapa awak sebenarnya? Apa yang awak dah lakukan pada saya?
Saya tak pasti apa yang awak cuba katakan.
Tapi, saya dah tangkap penjenayah itu di landasan kereta api Hyunpoong.
Semuanya kerana awak, Leftenan Park.
Tapi, saya cuma nak tahu tentang sesuatu.
Bagaimana awak tahu tentang landasan kereta api Hyunpoong?
Adakah awak sedang bergurau dengan saya sekarang?
Di mana awak sekarang? Beritahulah, saya akan ke sana secepat mungkin.
Di mana awak sekarang?
Di mana lagi? Saya ada di depan Balai Polis Ohsung.
Saya baru saja serahkan Choi Young Shin.
Betul awak dah..
tangkap Choi Young Shin?
Ya, saya dah tangkap Choi Young Shin.
Dia seorang penganggur, masih muda.
Adakah benar awak di tahun 1989?
Kenapa awak asyik begini? Awak sedang sakit atau apa?
Saya tak pasti apa yang awak cuba lakukan..
tapi, jika benar awak di tahun 1989..
Choi Young Shin akan mati!
Kamu semua buat saya naik gila!
Adakah detektif dibenarkan untuk layan orang seperti ini?
Berdiri!
- Berdiri! - Hei budak tak guna!
Cepatlah jalan. Apa yang awak sedang buat ini?
Detektif, sabar sedikit.
Tunggu sekejap.
Apa yang awak katakan? Kenapa Choi Young Shin akan mati?
Choi Young Shin bukan pembunuh itu!
Sewaktu Choi Young Shin hampir mati,
mangsa kelapan pula mati di depan Pasaraya Ohsung-dong.
Jika benar awak seorang polis pada tahun 1989, awak boleh hentikan semua ini.
Apa yang awak sedang cakap ini?
Hello.. Leftenan?
Leftenan?
Cepat! Jalan betul-betul!
Kamu fikir kamu sedang buat apa?
Apa yang tak kena dengan dia?
Tak, tak boleh mati.
Apa yang sedang berlaku?
Apa ini? Apa? Apa!
Hei! Hei!
Kamu tak boleh mati.
Min Joo..
Seorang lagi mangsa ditemui!
Berdekatan Pasaraya Ohsung-dong. Itu mangsa kelapan.
Choi Young Shin bukan pembunuh itu.
Sewaktu Choi Young Shin hampir mati..
mangsa kelapan pula mati di depan Pasaraya Ohsung-dong.
[KEMATIAN MALANG SEORANG PEMUDA YANG MATI KETIKA MENJADI SUSPEK]
Artikel ini pun dah berubah.
[KAWASAN YOUNGSAN, PEGAWAI LEE JAE HAN]
Bagaimana ini boleh terjadi?
Transmisi itu benar.
Saya perlu bercakap dengan encik sebentar saja.
Kamu tak dengar tadi saya suruh keluar?
Kami sedang siasat semula kes Gyeonggi Nambu.
Isteri encik satu-satunya mangsa yang terselamat..
Saya dah beritahu semuanya pada detektif waktu itu.
Keadaan waktu itu gelap dan dia tak nampak muka penjenayah itu.
Mungkin ini agak berterus terang, tapi boleh saya lihat barang-barang isteri encik?
Seperti yang awak kata, isteri saya terselamat daripada serangan dahsyat itu.
Tapi, kamu tahu apa yang bunuh dia akhirnya?
Orang-orang seperti kamu.
"Apa yang berlaku?" "Bagaimana ia berlaku?"
Dia tak mahu ingat, jadi mengapa kamu asyik bertanya lagi dan lagi?
Kamu lah orang yang dah sebabkan kematiannya.
Maafkan saya.
Saya akan datang semula. Maafkan saya.
Apa kamu buat di sini?
Adakah awak selalu begini?
Ia menakutkan kamu jika saya selalu begini?
Kita bukan hanya akan dicemuh dan dihina oleh detektif lain.
Berdepan keluarga mangsa lebih teruk.
Jika tak dapat tangkap penjenayah itu, sia-sia lah.
Tunggu sekejap.
Saya minta maaf bagi pihak ayah saya.
Ramai orang dan wartawan asyik datang cari dia.
Dia lalui waktu yang sukar.
Maaf jika saya bertanya.
Tapi, ada ibu awak bercakap tentang kejadian ini pada awak?
Kami tak pernah dengar apa-apa tentang kejadian ini.
Tadi waktu di kedai, awak ada bertanya tentang barang ibu saya.
Dia jarang keluar rumah. Kebanyakan masa dia di rumah.
Jadi, tak ada banyak barang.
Bagaimana dengan diari atau jurnal, sesuatu seperti itu?
Tak ada, hanya ini saja.
Walaupun jika dia masih hidup sekarang..
saya pasti dia akan beritahu detektif tentang semua yang terjadi.
Dia beritahu saya dia dah buat yang terbaik untuk bantu siasatan itu.
Katanya, kami dapat ambil gambar ini, semua atas jasa pegawai itu.
Pegawai yang selamatkan ibu di landasan kereta api Hyunpoong.
Ibu sedang mengandungkan saya waktu itu.
Jika dia terlewat walaupun sedikit..
Jika dia tak berada di sana pada waktu itu..
ibu dan saya tidak akan wujud lagi di dunia ini.
Ibu cuba mencarinya beberapa kali, tapi dia tak mahu berjumpa.
No comments yet. Be the first to leave one.