The first 200 lines.
Awak dah menjumpainya?
Saya tidak dapat melihat dengan jelas, tuan.
Bawa bertenang.
Tetapi, tuan--
Saya cakap bawa bertenang!
Geum Bong Hyun!
Tolong benarkan saya membantu.
Kenapa awak semua menundukkan kepala seperti penjenayah?
Awak semua langsung tak melakukan apa-apa kesalahan. Angkatlah kepala masing-masing.
Orang yang patut menundukkan kepala ialah mereka di atas sana. Lihatlah.
Betul. Yakinlah pada diri sendiri.
Di hospital ini, hanya awak semua saja ialah doktor yang sebenar.
Sudahlah. Leher saya sudah sakit...
jadi setakat itu sajalah. Mari kita mulakannya segera.
Mula-mula, kita perlu mencari punca pendarahan.
Pendarahan terlalu banyak sehingga sukar untuk mencarinya.
Semasa pembedahan, kita tidak dapat melakukan imbasan CT mahupun ultrabunyi.
Sedut.
Jarum.
Forseps.
Dr. Pak Hun...
seolah-olah tiada masalah untuk melakukan walau apa saja pembedahan.
Apa gunanya? Dia akan dipecat juga tak lama lagi.
Macam mana dengan tanda vitalnya?
Stabil.
Sekarang kita tidak perlu risau lagi.
Sudah tentulah, dengan adanya pembantu pertama yang begitu hebat.
Betul tak?
Apa awak tunggu lagi?
Awak tak dengarkah saya mengarahkan awak untuk memanggil jawatankuasa tatatertib dan bersedia untuk tuntutan saman?
Ya. Baiklah, tuan.
Saya faham tentang jawatankuasa tatatertib itu...
tetapi apa halnya pula tentang bersedia untuk tuntutan saman, hyeongnim?
Pembedahan ini samalah seperti mengakui bahawa pembedahan sebelumnya tak dijalankan dengan baik.
Jadi sebab itulah kita perlu bersedia untuk menghadapi tuntutan saman.
Nampaknya masalah besar akan timbul.
Hyeongnim, tidak bolehkah kalau kita meyakinkan orang Jabatan Kardiologi untuk berbuat sesuatu
supaya kes ini takkan melarat sehingga timbulnya tuntutan saman?
Macam mana nak meyakinkan mereka?
Pernahkah awak nampak mana-mana doktor yang akan mengakui kesalahannya?
Saya akan menyelesaikannya.
Terima kasih.
Tuan telah bekerja keras.
Tuan telah bekerja keras.
Han Jae Jun.
Saya telah memberi amaran kepada kamu...
bahawa kalau kamu membedah pesakit itu, habislah kamu.
Saya sudah bersedia atas apa saja yang bakal berlaku.
Meminta maaf secara ikhlas?
Baiklah. Mari kita lihat sama ada
ia dapat menghentikan tuntutan saman.
Doktor.
Jangan bimbang.
Pembedahan berjalan lancar.
Terima kasih, doktor.
Atas segala kesukaran yang telah encik hadapi, saya meminta maaf bagi pihak hospital.
Atas segala kesukaran yang telah encik hadapi, saya meminta maaf bagi pihak hospital.
Atas sebab apa doktor meminta maaf?
Kalau ada sesiapa yang perlu meminta maaf, doktor Jabatan Kardiologi yang patut berbuat begitu.
Adakah encik akan mengemukakan tuntutan saman?
Entahlah.
Kalau ada apa-apa yang encik perlukan, sila hubungi saya.
Kita akan dipecat tak lama lagi.
Bukankah kita patut mencari cara untuk menyelesaikan masalah ini?
Awak tak nampakkah riak wajah Pengarah yang seperti nak makan orang tadi?
Tiada apa-apa lagi yang boleh kita lakukan.
Kecuali seorang.
Apa yang awak semua tunggu? Kenapa belum menghantar pesakit?
Saya akan menyusul sekejap lagi.
Dr. Geum.
Apa ini? Tiba-tiba terasa kesunyian menerpa.
Awak berbuat begini kerana takut akan dipecat, bukan?
Bukan!
Habis kenapa?
Saya ialah pembantu pertama.
Tapi semasa pembedahan bayi kembar itu dan juga hari ini...
saya tak dapat melakukannya dengan baik.
Ini kali pertama saya melihat awak naik marah sebegini.
Janganlah menyeksa diri.
Kanak-kanak akan melakukan kesilapan dan belajar daripadanya...
untuk mereka menjadi dewasa.
Dr. Eun, awak menganggap saya sebagai kanak-kanak?
Taklah. Tak. Maksud saya adalah...
awak seorang yang sangat naif seperti--
Mulai sekarang...
jangan melayan saya seperti kanak-kanak lagi.
Baiklah.
Kalau begitu,
mulai sekarang...
mulai sekarang...
saya akan melayan awak sebagai orang dewasa.
Mak.
Ibu awak takkan apa-apa.
Terima kasih, doktor.
Bukan saya. Dr. O barulah doktor yang sebenarnya.
Betul tak?
Ya, betul.
Apabila ibu awak sedar nanti, kami akan memaklumkan kepada awak.
Sabarlah menanti ya.
Baiklah, doktor.
Dia cakap Dr. O?
Apa awak pandang-pandang?
Awak memanggil saya Dr. O?
Saya ada cakap begitukah?
Bukankah awak cakap begitu di depan Jae Cheol tadi?
Mungkin saya tersilap cakap.
Jelas sekali awak bukannya tersilap cakap.
Kenapa ni?
Awak menyuruh saya untuk yakin pada diri sendiri.
Awak cakap hanya kita saja doktor yang sebenar di hospital ini.
Sebab itulah awak memanggil saya Dr. O.
Betul tak?
Saya tak perasan pula yang awak juga berada di situ.
Betulkah begitu?
Tentulah. Semua orang memakai topeng muka dan baju bedah.
Tentulah. Semua orang memakai topeng muka dan baju bedah.
Manalah saya kenal siapa yang ada.
Bukankah awak ada bercakap dengan saya?
Itu selepas pembedahan selesai.
Susah sangatkah untuk awak memanggil saya Dr. O?
Adakah itu begitu penting?
Disebabkan terlalu memikirkan tentang itulah awak mengalami keguguran rambut.
Baik awak mengambil tahu tentang gaya rambut awak saja.
Adakah ini gaya rambut seorang doktor?
Apa yang tak kena dengan rambut saya?
Rapikanlah rambut awak.
Pesakit zaman sekarang menyukai doktor yang kelihatan kemas,
bukannya dengan rambut keriting pelik macam awak.
Cukuplah kita bercakap tentang semua ini.
Pergilah berbincang baik-baik dengan ayah awak.
Tentang apa?
Kerana menjalankan pembedahan ibu Jae Cheol,
bukankah semua orang akan dipecat?
Hari ini saya boleh nampak yang Ketua Bahagian Han agak baik juga orangnya.
Saya tak tahu tentang orang lain.
Tapi sekurang-kurangnya, cubalah bercakap baik-baik tentang dia.
Saya minta maaf...
ayah.
Pesakit dah sedar.
Yakah?
Awak sangat hebat hari ini. Awak tahu tak?
Terima kasih.
Awak tak perlu risau akan Pengarah.
Setelah saya meninggalkan hospital nanti, saya akan kembali ke Amerika Syarikat.
Amerika Syarikat?
Tapi saya tak nak pulang seorang diri.
Mari kita pergi bersama.
Saya akan meminta seseorang mengaturkan tempat untuk awak di Harvard.
Terima kasih.
Tapi awak tak perlu meninggalkan hospital ini.
Saya akan cuba sedaya-upaya untuk meyakinkan ayah saya.
Kuatkan semangat.
Kenapa awak menyertai pembedahan itu?
Kita berbincang kemudian saja.
Kan saya dah cakap kita akan membincangkannya kemudian?
Hun.
Pergilah. Saya nak bersendirian sekarang.
Bukankah awak tak suka menggunakan pesakit sebagai bahan persaingan?
Sebab itulah saya fikir kalau kita menang kali ini, segalanya akan selesai. Jadi--
Jadi sebab itukah awak nak saya membiarkan saja pesakit yang sedang berada di ambang maut?
Ada banyak lagi orang lain di dalam dewan bedah itu.
Ibu Jae Cheol hampir mati...
dan mereka di dalam dewan bedah sedang meminta bantuan.
Takkanlah awak nak saya berpeluk tubuh saja?
Janganlah melayan saya seperti ini.
Saya betul-betul keliru apabila awak bersikap begini.
Sebenarnya sejak kali pertama saya bertemu awak semula di sini,
saya berasa sangat malu.
Sepanjang ketiadaan awak, banyak perkara teruk yang telah saya lakukan.
Tapi saya tetap terus memberanikan diri.
Memandangkan saya telah menjumpai awak sekarang,
saya juga telah menjumpai semula impian saya.
Saya fikir akan dapat kembali ke masa
sewaktu mula-mula saya membuatkan gelang itu untuk awak.
Tapi, Jae Hui...
kenapa awak berbuat begini kepada saya?
Macam mana awak boleh membiarkan saya
untuk tak mengendahkan pesakit yang sedang tenat dan hampir mati?
Budak tak guna.
Lepaskan.
Hentikan.
Sedarlah sikit.
Hentikannya. Hentikannya!
Hentikannya. Tolonglah hentikannya.
Sekarang, kita hanya perlu menunggu lebih lama lagi.
Awak boleh menunggu lebih lama lagi.
Awak jangan sesekali terfikir untuk menilai
sama ada keputusan saya betul ataupun salah.
Kamu nak ayah memaafkan mereka?
Apa yang ayah risaukan ialah tuntutan saman itu, bukan?
Tuntutan saman itu bagaikan satu penyakit.
Kalau kita membiarkannya saja,
ia mungkin akan merebak ke seluruh badan
dan akan membunuh kita.
Ia akan membunuh Myeong U.
Jadi ayah, bagaimana jika ahli keluarganya tidak mengemukakan tuntutan saman?
Ahli keluarga pesakit itu...
telah pun memohon untuk melihat rekod perubatan pesakit.
Itu menunjukkan dia sedang bersedia untuk mengemukakan tuntutan saman.
Jadi katakanlah jika ahli keluarganya tidak mengemukakan tuntutan saman,
No comments yet. Be the first to leave one.