The first 139 lines.
Seperti yang saya cakap, saya benar-benar minta maaf.
Saya terlepas cakap.
Kawan Shizuku ajak saya keluar.
Saya tak boleh menolak.
Akhirnya saya beritahu dia tentang masa silam awak.
Namun saya tak cerita banyak.
Saya tahu batasan.
Saya cuma nak beri awak dorongan.
Baiklah, saya faham.
Awak tak kelihatan seperti menipu.
Boleh awak maafkan saya?
Namun jangan menyibuk lagi.
Awak mungkin berniat baik,
tapi saya langsung tak gembira.
Okey. Saya akan ingat.
Hari ini awak belanja.
Apa?
Jika awak belanja, saya akan maafkan awak. Itu rundingan yang baik, bukan?
Baiklah. Saya belanja.
(EPISOD 15: MELEPASI SATU SAMA LAIN SEMASA BERKHEMAH)
Satu lagi bir draf sederhana.
Minuman percuma memang terbaik.
Tak guna.
Apa saya patut minum seterusnya?
Satu perkara lagi.
Shizuku dan Kana pernah berjumpa sebelum ini, bukan?
Itu kerana…
Awak lagi, bukan?
Tak, itu…
Kebetulan saja.
Jika begitu, kita tak boleh buat apa-apa.
Betul. Kebetulan.
Kebetulan?
Daripada cara awak bercakap,
awak ada jumpa Kana?
Ya, dia tiba-tiba datang ke rumah saya.
Begitu. Jadi dia jumpa awak?
Awak dah selesaikan dengan dia, bukan?
Mungkin.
Jadi usaha saya tak sia-sia.
Sangat sukar untuk saya terperangkap di tengah-tengah.
Kenapa dia begitu tenang?
Adakah dia protagonis yang tak sensitif dalam komedi romantik?
Saya pula terpaksa belanja dia makan.
Itu tak penting.
Dah 15 tahun sejak saya mula berkhemah.
Pada mulanya, saya terpengaruh dengan Gen.
Kinokura!
Ada apa?
Saya ajak dia keluar dengan kita.
Dengan sikap begitu, tak seronoklah nak ajak dia.
Dia selalu bermasam muka.
Bermasam muka?
Saya rasa dia tersenyum.
Akhirnya kini kami ada persamaan sekarang,
tapi ketika itu,
dia tak nak buka hatinya kepada sesiapa.
Dia hanya banyak bercakap apabila melibatkan perkhemahan.
Dia selalu kedengaran berang pada mulanya,
tapi kemudian dia bercakap tanpa henti.
Saya cuma cari sesuatu untuk dibualkan.
Namun dunia asing yang dia ceritakan kedengaran sangat menarik.
Walaupun saya berminat untuk berkhemah,
dia berkeras tak benarkan saya pergi dengan dia.
Selepas sekolah tinggi, saya dapat lesen memandu
dan putuskan untuk berkhemah seorang diri daripada pergi dengan dia.
Saya sering gagal pada mulanya,
tapi setiap kali saya rasa tak larat, saya dapat tenaga untuk terus mencuba.
Saya ambil masa yang lama untuk temui gaya saya sendiri.
Saya kagum kerana boleh teruskan selama ini.
Bukan sesuatu yang besar pun.
Cuma pada dasarnya,
saya dan Gen sama saja.
Saya ada ramai kawan, manakala Gen suka bersendirian.
Sekali pandang, kami sangat berbeza.
Namun saya tertarik dengan cara Gen.
Ketika itu, saya tahu jawapannya.
Bergembira dengan orang lain memang seronok,
tapi adakalanya saya nak bersendirian.
Memang benar berkhemah ialah hobi yang paling lama bertahan.
Namun saya tak terlalu meminatinya seperti Gen.
Saya suka menikmatinya secara sederhana.
Saya gunakan peralatan yang saya suka pada bila-bila masa yang saya nak.
Saya berkhemah pada bila-bila masa yang saya suka.
Begitulah cara saya jarakkan diri.
Papan diletakkan di atas batu kerikil supaya dirian sisi tak tenggelam.
Helo.
Sekarang mari pasang khemah.
Okey.
Saya dah tak boleh tahan.
Begitulah.
Saya suka makan sasyimi semasa berkhemah.
Ada terlalu ramai orang di sini.
Bagaimana dengan di sana?
Saya rasa begini dah memadai.
Saya dengar ada tapak perkhemahan yang lebih berpasir.
Nasib baik saya bawa benda ini.
Pasak pasir.
Ada banyak jenis pasak khemah.
Boleh digunakan mengikut tujuannya.
Pasak keluli biasa dengan keratan rentas bulat lebih mudah dimasukkan.
Datang dalam pelbagai jenis dan sesuai untuk kebanyakan tapak perkhemahan.
Pasak V atau Y ada
ruang permukaan yang lebih besar dan lebih sukar untuk ditarik.
Namun kotoran mudah tersekat di alurnya
dan menjadikannya sukar untuk dibersihkan.
Selain itu,
ada pasak Y berlingkar yang menyukarkannya untuk dicabut.
Terdapat juga pasak silang yang menggunakan berat pasir atau salji
untuk mengukuhkan khemah.
Apabila memasang khemah di atas pasir,
beg pasir juga boleh digunakan untuk memberatkan pasak khemah.
Atau beg pasir boleh terus diikat pada khemah dan tanam dalam pasir.
Pemandangan ini juga cantik.
Saya nak terus minum,
tapi semua sampah ini menyakitkan mata.
Aduhai.
Membuang sampah merata-rata ialah perbuatan yang keji.
Tanpa mengira saiz tapak perkhemahan,
mustahil untuk penjaga mengekalkan kebersihan alam sekitar.
Sebab itulah pengguna perlu mematuhi etika.
Tentang pembuangan sampah,
setiap tapak perkhemahan ada peraturan berbeza.
Ada yang membenarkan pembuangan sampah
sementara yang lain menetapkan
supaya sampah dibawa bersama pekhemah. Namun di mana-mana pun berada,
kita awak tak boleh membuang sampah sesuka hati.
Orang yang tak tahu cara menguruskan sampah
tiada hak untuk menikmati aktiviti luar.
Lebih bersih sekarang.
Sedapnya.
Seterusnya hanya perlu dimasak.
Menariknya, macam-macam boleh dibuat dengan pembuat sandwic panas.
Adakah dah siap?
Gyoza yang kreatif dibuat dengan pembuat sandwic panas!
Dimasak dengan sempurna.
Gyoza tomato dan keju sangat sedap.
Yang ini ada plum dan daun perila.
Yang ini berintikan halia merah.
No comments yet. Be the first to leave one.