The first 200 lines.
SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX
Fatma Yilmaz.
Awak cam dia?
Pernah nampak dia?
Dia pula?
Tahu siapa bunuh lelaki ini?
Nampaknya awak bunuh dia juga.
- Awak ada pistol? - Tak ada.
Kami dah jumpa.
Ujian balistik sepadan.
Ada sesiapa minta awak mengaku bersalah?
- Awak takut seseorang? - Kenapa pula?
Jika begitu, beritahu saya, siapa pembunuh itu?
Apa urusan awak dengan mereka?
Mencuci.
GRAVITI
Serra.
Serra.
Selamat kembali.
Fatma, awak buat saya terkejut.
Maaf. Saya cuma bertindak…
Serra!
Serra.
Ayuh, sayang. Di mana kamu?
Fatma, awak nampak Serra?
Mana dia? Serra hilang, puan.
Saya bawakan dia hadiah. Jika dia tak ada, saya pulangkan.
- Jangan, mak! - Sayangnya, dia hilang.
- Saya di sini! - Mak tak boleh buat apa-apa.
- Dia hilang. - Saya di sini!
- Mak tak nampak dan tak dengar dia. - Sini!
- Dengar suara, tapi tak nampak. - Di sini!
Tak nampak dia pun.
Zafer?
Zafer, itu awakkah?
Zafer, tolonglah jawab. Adakah itu awak?
Helo?
Helo?
Fatma.
Letak telefon dan sediakan teh untuk kita. Mari berbual.
- Masih tiada berita daripadanya? - Tiada, puan.
Sebaik tamat jalani hukuman, dia terus hilang.
Kemudian, panggilan bermula.
Saya tanya jika itu dia. Saya rayu agar dia jawab.
Tapi senyap.
- Dia tak cakap apa-apa? - Hanya dengar dan letak.
Macam mana awak tahu itu Zafer? Mungkin orang lain.
Tak, mesti dia.
Siapa lagi?
Siapa lagi yang saya ada?
Saya rasa...
dia tak tahu tentang Oguz.
Dia tak tahu. Saya akan beritahu apabila dia balik.
Tolong jangan datang ke sini.
Orang di sini benci Zafer. Saya akan bawa dia jumpa awak jika dia datang.
Boleh awak tampal ini? Mungkin ada orang kenal dia.
Kenapa degil sangat?
Kalau nak, dia dah datang. Biasalah dia.
Letakkan di tingkap, sayang.
- Terima kasih. - Aduhai!
Fatma.
Hei.
Apa ini?
Mungkin ada orang cam...
Kami semua dah banyak kali tengok wajah hodoh dia!
Awak nak memalukan kami?
Nak letak gambar dia merata-rata?
Ini untuk laporan orang hilang.
Jadi, awak nak jumpa lelaki-lelaki itu dan cakap, "Saya tiada lelaki." Begitu?
Tidak, bukan begitu.
Awak perlukan duit?
- Jangan segan untuk minta. - Tak, terima kasih.
Pergilah.
Fatma!
Fatma!
Fatma!
- Fatma! - Apa?
Nah.
Awak lari sebab ini?
- Sebab apa lagi? - Entahlah.
Saya ingat awak nak ejek saya juga.
Usah pedulikan Ismail.
Dia ejek sebab awak lebih handal main bola sepak daripada dia.
Awak pun ketawa tadi.
Sebab saya tak pernah lihat gadis main.
Saya pun tak jerit "Fatma Si Lelaki!" macam budak lain.
Lelaki tak boleh secomel ini.
Zafer!
Jangan ikut jalan itu. Nanti sesat.
Zafer!
Saya cakap dengan awak! Jangan ikut situ.
- Apa khabar, Kadriye? - Biasa saja.
Maaf ganggu lewat malam begini.
Awak ada makanan? Saya akan berikan semangkuk.
Tak apa. Saya dah makan.
Bekalan elektrik kami kena potong.
Boleh minta tolong Ismail bayarkan untuk saya dengan ini?
Dia belum balik.
Saya akan tanya dia, tapi ini tak cukup.
Mereka takkan hidupkan sebab bayar sebahagian saja.
- Bukan semua orang murah hati macam kami. - Betul cakap awak.
Ini saja saya ada, tapi saya akan cari selebihnya.
- Apabila Zafer balik... - Dia takkan balik.
Awak tunggu dia dibebaskan, tapi dia pergi.
Ada apa-apa lagi? Saya tengah masak.
Baiklah. Jumpa lagi.
Fatma.
Awak di dalam?
Buka pintu.
Buka pintu. Fatma!
Awak ada di rumah?
Fatma
Mana sebelah kasut awak lagi?
Keluarlah bermain
Fatma.
Fatma!
Fatma!
Fatma!
Ismail?
Ya?
- Awak dah balik? - Ya.
Awak mabuk?
- Jangan nak membebel lagi. - Tak guna.
- Saya penat dengan awak. - Saya yang penat. Masuklah.
Masuk sajalah. Stoking awak kotor. Tanggalkannya.
Tanggalkan di sana.
Awak patut beri saya kunci.
Ya, saya akan beri geran sekali.
Siapa mahukan tempat ini?
Saya dengar, Fatma. Saya dengar.
Hal-hal begitu awak dengar pula.
Lama saya ketuk, tapi awak pekakkan telinga.
Sebab dengarlah saya buka pintu.
Kalau boleh dengar, kenapa tak buka pintu apabila orang ketuk?
- Siapa kata saya tak buka? - Jiran awak.
Katanya, "En. Penulis buka pintu jika nak saja."
Penghantar air pun kata begitu.
Kenapa pesan kalau awak tak nak buka?
Tak ada air. Macam mana saya nak makan pil?
Itulah masalahnya. Awak tak makan. Ia terbiar saja di situ.
Mereka selalu bergaduh dan menjerit.
Rumah ayah tak aman!
Si tak guna...
- Awak tonton racangan macam ini? - Ya.
Saya cuma memerhati. Rancangan ini...
ada kaitan dengan cerita yang saya sedang tulis.
Lihat, ayah wanita ini hilang.
Malah, dia dibunuh.
Kemudian, semua saudara-mara mereka kata ayahnya tak guna.
Ayahnya seksa dia dan ibunya.
Polis sedang menyiasat saudara-mara.
Mereka cari pembunuh itu.
- Dan? - Dan apa? Adakah awak rasa ini normal?
Cara mereka ceritakannya, bunyinya macam skrip filem.
Menarik, bukan?
Awak ingat apa? Negara ini memang banyak cerita begitu.
Jangan mengarutlah.
Awak tak tahu sebab tak membaca.
Saya penulis yang bercerita tentang negara ini.
Faham?
Kejadian begini tak biasa berlaku, tapi kita dah terbiasa.
- Saya pasti dia. - Apa?
Saya pasti dia yang bunuh ayah dia.
Mengarutlah. Kenapa awak fikir begitu?
Orang tak bunuh keluarga sendiri.
Masuklah.
Ya?
Saya dengar awak ada mesyuarat, jadi saya nak bersihkan tempat ini.
Baiklah. Teruskan.
Kali ini apa pula? Zafer, bukan? Saya dah agak.
Saya dah agak sebaik awak masuk.
Lupakan Zafer, Fatma.
Dah berapa kali?
Saya lebih kerap jumpa awak berbanding klien.
Sudah berapa kali?
Bagaimana keadaan di medan selera?
Apa?
Awak kerja di pusat beli-belah, bukan?
Aras awak cuci di pusat beli-belah itu digelar medan selera.
Apa medan dalam bahasa Inggeris?
Bukan aras itu saja saya cuci.
- Saya cuci semua aras. - Inggeris…
Tiada sesiapa peduli jika kerja sepanjang minggu atau hujung minggu.
Entah apa mereka akan buat jika saya kerja sepanjang minggu.
Tapi terima kasih.
Ia juga bermaksud "mahkamah".
- Apa? - Apa?
Terima kasih banyak.
Sama-sama. Perkara kecil.
Selagi ada kerja, kita akan bekerja.
Saya patut pisahkan ini.
Zafer ada hutang awak?
Kenapa pula dia berhutang dengan saya?
- Cuma... - Apa?
Dia kata awak nak dia selesaikan masalah dengan Sevket sebelum dia masuk penjara.
Dia kata awak desak dia.
Demi Tuhan! Apa?
Kenapa saya nak buat dia begitu?
Lebih baik saya bunuh saja dia.
Mengarut! Pandai dia buat-buat cerita!
No comments yet. Be the first to leave one.