The first 160 lines.
- Senyum. - Tunggu! Cakap sesuatu yang kelakar.
Saya ada ijazah sarjana dalam Seni Halus dan jadi jurugambar buku tahunan.
- Saya tidak faham. - Seterusnya.
Hai, Pheebs. Awak kelihatan cantik dan menawan.
Terima kasih. Adakah itu bagus?
Ya.
Saya sangat teruja.
Di sekolah lama saya, gambar kami diambil agak formal.
- Awak perlu pakai pakaian seragam? - Ya.
Gambar sekolah kekal dan saya mahu yang ini jadi sempurna.
Sempurna, ya?
Awak mungkin perlu bertukar jadi cantik.
- Pergi dari sini! - Pergi dari sini!
- Itu pakaian awak untuk hari bergambar? - Saya pakai apa yang saya mahu.
- Seterusnya. - Okey.
- Tiada sesiapa yang akan pandang saya. - Kenapa pula?
- Sebab mereka akan pandang awak. - Apa?
Coklat, Max?
- Seterusnya. - Tidak!
Sekali lagi. Ia tak boleh jadi gambar sekolah saya.
- Baiklah. Senyum. - Tunggu, apa? Sekarang?
- Jangan lupa kata "keju". - Keju.
Seterusnya.
SYARIKAT PERPINDAHAN ACE
Apa awak lihat tak sama dengan yang sebenar
Jalani kehidupan kami dengan rahsia Kami di sekitar pasti awak tak sedar
Jalani kehidupan kami seperti orang biasa
Keluarga yang bahagia, itu yang kami cuba jadi
Semakin awak rapat, semakin awak nampak rahsia
Mungkin itu semua disangka realiti
Hanya keluarga biasa, cuba menjadi normal
Serta jauhi masalah, hidup dalam dua kehidupan
Saya tak percaya Max kenakan saya di sekolah baru kami.
- Mak dah keluarkan semua keju? - Ya, mak dah keluarkan semua keju.
Bagaimana dengan coklat?
Ya, semua keju dah dikeluarkan.
Saya sangka usikan Max akan berhenti di sini.
Jika ia boleh memujuk hati, rambut kamu amat licin sekarang.
Adik kamu dalam masalah besar.
Awak betul. Dia pun tahu.
Sebab itu dia lambat. Dia takut dengan ayah.
- Max - Bukan sekarang, Hank-o.
- Ya, dia ketakutan. - Lihat ini, Pheebs.
Internet beri awak nama panggilan. "Kepala-fondu."
Max, kenapa kamu curah coklat
dan keju pada kakak kamu pada hari bergambar?
Saya nak guna cili, tapi harganya $12 segelen.
- Ia tak begitu mahal. - Ayah!
Apa masalahnya? Bukannya saya dedahkan kuasa saya pada sesiapa.
Namun kamu masih dalam banyak masalah. Kenapa kamu buat begitu?
Sebab kekacauan dan keganasan adalah apa yang penjahat lakukan.
Apabila kita ke Hiddenville untuk jalani kehidupan normal,
kami berharap fasa mengarut penjahat kamu ini
- akan berakhir. - Tak sekali-kali.
Nanti, Liga Mahaguru Penjahat akan telefon, saya jawab telefon dan kata,
"Helo, ini Max dan saya bukan melalui satu fasa."
- Tidak jika kamu tiada telefon. - Ayah.
Dua minggu, tak boleh guna telefon dan minta maaf kepada kakak kamu.
Baiklah. Saya minta maaf.
Kepala-fondu.
Cukup!
Phoebe, turunkan adik kamu.
Max, telinga awak terlalu besar untuk kepala awak.
Baiklah.
Terima kasih. Saya nak minta diri, tiba-tiba saya rasa nak makan cili.
Dua minggu tanpa telefon, padan muka.
Tolonglah, saya dah sorok telefon di merata-rata.
Saya dah serik dengan usikan awak, Max.
Tahu apa awak perlukan? Rasa sendiri usikan awak.
Apa? Awak akan kenakan saya?
Phoebe, awak perlukan sisi jahat untuk lakukannya.
Saya ada banyak sisi jahat.
Siapa letak balang mentega kacang kosong kembali di rak?
- Saya. - Bukan, saya yang lakukannya.
Cukup, ia buat saya rasa nak gila.
Jadi, matlamat tercapai.
Ayah, itu telefon saya yang terakhir.
Itu puding saya. Awak sudah makan satu.
Maaf, hari ini rasa nak makan dua puding.
Nikmati puding lava awak.
Aduh, ia panas!
Daripada bergaduh, boleh sesiapa bawa sampah keluar?
- Giliran Billy. - Saya dah buat.
- Saya tak nak! - Saya lagi tak nak!
- Saya tiga kali ganda tak nak! - Saya paling tak nak!
Hei! Berhenti bergaduh dan pergi bawa keluar sampah!
Hank. Tiada sebab untuk menjerit.
Kita ada empat anak. Sentiasa ada sebab untuk menjerit.
Saya tahu, tapi saya baca buku cara mendidik anak.
Alamak, satu lagi buku bantu diri?
Kali terakhir awak baca buku itu, kita jadi vegan selama sebulan.
- Tiga puluh hari makan brokoli. - Kami tak mahu lagi!
Okey. Yang ini berbeza. Daripada Konflik Kepada Aman .
Menurutnya, biar budak-budak selesaikan masalah mereka.
Berhenti belajar mendidik anak dengan buku.
Awak perlu buka mulut dan biar perkataan disebutkan.
Percayalah, saya boleh selesaikannya. Baiklah, begini.
Siapa yang buang sesuatu yang menyebabkan sampah itu jatuh ke bawah,
perlu bawa sampah keluar.
- Kami boleh timbunkan sampah? - Setinggi yang boleh?
Sesiapa yang jatuhkan ia, perlu bawa ia keluar?
- Hebat! - Hebat!
Baiklah, En. Penjahat Super, awak fikir usikan seronok.
Pasti awak suka lap gelongsor berminyak ini.
Hei, Nora, saya hanya…
Tuang minyak pada gelongsor Max? Saya sokong.
- Billy masuk lubang! - Billy, jangan!
Billy di dalam dinding.
Kenapa awak tak ketuk pintu? Saya baru nak masuk mandi.
Billy! Awak dah rosakkan poster Dark Mayhem saya.
Terima kasih, saya okey.
Billy! Usikan itu adalah untuk Max…
Rancangan silap mata memang seronok. Kakak nak tonton sekarang.
Ini usikan terhebat awak, Phoebe? Tukar adik kita jadi torpedo?
Sepatutnya awak yang kena. Saya takkan bahayakan adik kita.
Hei. Apa yang saya dah terlepas?
Lemah, Phoebe. Lemah.
Awak tunggulah!
Saya akan hasilkan usikan terhebat walau terpaksa berjaga malam!
Selamat pagi, si ceria. Saya dah beri awak sepanjang malam.
Awak dah dapat idea usikan terhebat? Saya dah dapat.
Saya pasti akan balas dendam untuk ini.
Maaf, saya tak faham percakapan orang mulut berbau.
Saya rasa awak akan lewat ke kelas Biologi.
- Sedia untuk pergi menyelamat, Electress? - Awak tahu jawapannya, Thunder Man.
Rasakan itu! Tepat di muka ninja awak!
Pisau 1,000 kesakitan!
- Rasakan, Phoebe. - Hei, sayang.
Ini yang kamu buat ketika kami tiada?
Kami yang akan tanya soalan di sini. Kenapa kamu tak berada di sekolah?
Ya. Bagus.
Max kenakan saya sekali lagi. Saya benar-benar marah.
Begitu juga En. Grumbles.
Saya perlu beri pengajaran kepada budak itu.
Jangan, tunggu dulu, Hank. Menurut bab enam buku saya,
Biarkan Anak Remaja Anda Selesaikan Masalah Mereka Sendiri,
awak patut biarkan anak remaja awak selesaikan masalah mereka sendiri.
Apa tajuk bab tujuh? Awak Bazirkan $22.95 Pada Buku Ini, Tidak guna?
Phoebe, mak rasa kamu patut bertindak balas dengan cara yang kamu fikir perlu.
Bagus, jadi saya akan bawa usikan ini ke tahap seterusnya dan kenakan Max
- betul-betul. - Bukan, mak…
- Terima kasih, mak! - Hei, tak adil. Saya belum bersedia.
Saya tahu, sebab itu saya mula dulu. Apa buku awak kata tentang itu, tak guna?
Teruskan. Buang awak punya dulu.
Awak buang dulu.
Awak lebih dekat. Awak buang dulu.
Baiklah.
Gagal!
Itu tidak adil.
Hanya ada satu peraturan dalam perang sampah.
Menang. Juga, kitar semula.
Dia datang mengelilingi gunung, dia datang
Dia datang mengelilingi gunung, dia…
Awak buat saya terkejut.
- Awak sedang buat apa? - Mandi.
Awak fikir bulu cantik berkilat ini tiba-tiba ada?
Kasihan Phoebe. Terjaga di sekolah di depan semua budak-budak itu.
Saya simpati pada dia.
Max Thunderman. Ini Dark Mayhem daripada Liga Mahaguru Penjahat.
Kononlah. Usikan yang menarik, Phoebe.
No comments yet. Be the first to leave one.