Specials

Release info

Doctor Stranger E10 140603 HDTV H264 720p-LIMO
A Commentary by Dazai

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
HD
Published on: 2019-04-07
Downloads: 30
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Nampaknya awak sedang mengawasi dia.

Ada sebabkah saya perlu mengawasi dia?

Dah tiba masanya untuk menjalankan bahagian kedua rancangan kita.

Jangan risau. Republik kami telah mula bertindak.

Apabila pagi esok tiba...

kesemua warga Korea Selatan

pasti akan diselubungi ketakutan.

Perdana Menteri, benarkah pihak Korea Utara akan menjalankan ujian nuklear?

Dengar kata skala ujian nuklear kali ini tidak dapat dijangkakan berbanding yang sebelumnya. Benarkah?

Adakah tuan tahu bila ia akan berlaku?

Boleh tuan cakap sesuatu?

Apakah sebabnya pihak Korea Utara tiba-tiba menjalankan ujian nuklear ini, tuan?

Tuan.

Apa yang sedang berlaku?

Saya sendiri pun tidak pasti.

=Demi mempertahankan keselamatan dan kuasa autonomi republik ini,=

=kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya.=

=Dalam tempoh 30 hari ini,=

=kami akan melaksanakan satu operasi berskala besar yang tidak pernah terjadi sebelum ini.=

=Ujian nuklear kali ini...=

=akan menunjukkan betapa hebatnya kekuatan yang kami miliki.=

=Dan menunjukkan semangat juang rakyat republik ini yang tidak pernah luntur.=

Panggilan dari Rumah Biru, tuan.

Ya, Jang Seok Ju bercakap.

Apa yang sedang berlaku sebenarnya?

Apa halnya tiba-tiba mereka mahu menjalankan ujian nuklear?

Saya minta maaf. Hal ini benar-benar berada luar jangkaan saya--

Datang ke sini sekarang juga.

Baiklah. Saya akan datang selepas mesyuarat ini.

Saya nak awak datang ke sini sekarang juga!

Mereka cakap mahu mengadakan sidang kemuncak antara kedua-dua negara...

kini mereka mahu menjalankan ujian nuklear pula?

Mereka fikir ini zaman apa

sehingga mahu menggunakan cara ini untuk mengancam saya?

Nampaknya pihak Korea Utara dah tak sabar-sabar...

sehingga bertindak dengan sebegitu pantas.

Kenapa?

Mulanya saya fikir mereka hanya akan melancarkan peluru berpandu.

Kalau mereka mahu mengancam kita, mestilah dengan cara yang keras.

Kalau tidak dilakukan dengan baik, ia akan menyebabkan ketegangan yang tidak sepatutnya.

Tuan, macam mana jika peristiwa 20 tahun lalu berulang kembali?

Awak tak perlu risau.

Dulu pun, ujian nuklear pernah dijalankan...

tapi pihak Amerika Syarikat tak mengambil apa-apa tindakan.

Kekecohan hanya akan timbul untuk sementara waktu saja.

=Walaupun berita mengenai ujian nuklear diumumkan dan menyebabkan penurunan nilai pasaran saham...=

=namun kebanyakan warga Korea Selatan masih meneruskan rutin hidup seperti biasa.=

=Malah, tidak terdapat tanda-tanda kebimbangan dengan pembelian barang-barang keperluan secara mendadak.=

=Keadaan ini amat berbeza sekali dengan apa yang pernah terjadi sebelum ini.=

=Sesetengah pihak menyatakan bahawa ini disebabkan rakyat mempunyai kesedaran yang rendah berkenaan isu-isu keselamatan negara.=

=Ini adalah sesuatu yang sangat membimbangkan.=

Lebih sedap kalau ia dimakan dengan rumpai laut.

Sedap.

Jangan.

Doktor saya, Pegawai Pak Hun.

Selamat tinggal.

Jae Hui!

Jae Hui.

Jae Hui.

Jae Hui!

Kenapa ni?

Tiada apa-apa.

Turunkan saya.

Jangan bergerak.

Sejak bila awak tahu?

Sejak kali pertama saya melihat awak.

Betul?

Kita nak pergi ke mana?

Saya akan menghantar awak ke hospital.

Hospital?

Dah tiba masanya untuk kembali bekerja.

Dah tiba masanya untuk kembali bekerja.

Maksud awak, kalau saya tak pergi ke hospital tanpa sebarang sebab...

awak akan disyaki sebagai Jae Hui, bukan?

Maafkan saya, Hun.

Ya, saya Mun Hyeong Uk.

Oh, Hun ya?

Yalah, yalah.

Baiklah. Kamu akan datang lewat sikit?

Lagipun pembedahan semalam berlarutan sehingga lewat malam.

Yalah, yalah. Saya berikan kebenaran istimewa kepada kamu hari ini.

Tapi, hari ini ada parti!

Masuk awal sikit tengah hari nanti.

Baiklah.

Jumpa nanti.

Bagus.

Boleh?

Mari kita pergi.

Ke mana?

Ke mana-mana saja.

Baiklah, ke mana-mana saja.

Ya.

Kenapa awak tak bertanya?

Tentang apa?

Kenapa nama saya bukan Song Jae Hui, tapi Han Seung Hui.

Kenapa saya datang ke sini.

Awak nak memberitahu saya?

Saya rasa saya patut memberitahu awak.

Semua itu tak penting.

Bagi saya, ia penting.

Bagi saya, adanya awak di sini adalah lebih penting.

Hun.

Marilah. Saya nak membawa awak ke satu tempat.

Masuklah.

Kita nak pergi ke hospitalkah?

Jangan banyak bertanya, masuk saja.

Jangan risau.

Saya ni.

Ya, sayalah.

Dapatkan yang terbaik untuk saya.

Yang paling bagus. Faham?

Jangan risau tentang harganya.

Apa awak buat di sini?

Asalnya ini ialah pejabat saya.

Saya tak berapa suka akan hiasan dalamannya, jadi saya merancang untuk mengubahnya.

Ini ialah pejabat saya.

Sila keluar dari sini.

Buat masa ini.

Ada jamuan malam ini.

Awak ada masa untuk datang?

Dengar kata awak akan ditukarkan ke hospital cawangan.

Sebagai seonbae, saya patut mengadakan jamuan perpisahan untuk awak.

Jumpa nanti.

Ada sesiapa mencari saya?

Tiada.

Pengarah tiada di sini sekarang.

Ada sebabnya mengapa saya tak membenarkan kamu masuk.

Keluar dari sini!

Saya takkan memberikan sebarang alasan.

Saya juga tak mahu mendengarnya.

Bukankah doktor kata ini hanyalah satu pembedahan kecil?

Tapi kenapa dia tiba-tiba tak sedarkan diri?

Kami telah melakukan sedaya-upaya kami.

Apa yang telah berlaku semasa pembedahan?

Saya minta maaf.

Semasa dia sampai di hospital, keadaannya memang dah tiada harapan.

Suami saya datang sendiri dengan berjalan kaki ke hospital ini.

Tolonglah cakap sesuatu.

Apapun,

kami telah melakukan sedaya-upaya kami.

Masuk ke dalam.

Selamatkan ayah saya.

Saya cakap selamatkan ayah saya.

Selamatkan ayah saya!

Selamatkan ayah saya.

Selamatkan ayah saya.

Selamatkan ayah saya.

Tolonglah selamatkan ayah saya.

Selamatkan ayah saya.

Selamatkan ayah saya.

Selamatkan ayah saya.

Kali ini saya kalah.

Kali ini?

Tiada lain kali lagi.

Kamu tak tahukah?

Jika tuan yang mengatakannya,

pasti ada lain kali lagi.

Saya yang memutuskan untuk menentukan kemenangan secara sekaligus.

Kamu nak saya menjilat ludah saya sendiri?

Tuan mesti berbuat begitu.

Sekarang bukan masanya untuk mementingkan harga diri tuan.

Ketua Bahagian Han!

Jika tuan mahu saya terus berada di Myeong U,

tuan mesti mewujudkan satu peluang lagi.

Kamu sedang mengugut sayakah?

Takkanlah tuan mahu menyerahkan masa depan Myeong U dalam tangan orang seperti Pak Hun?

Saya juga tak ingin menyerahkannya dalam tangan orang seperti kamu!

Baiklah.

Saya telah meminta orang di hospital cawangan supaya menyediakan kekosongan untuk kamu.

Suka hati kamulah sama ada kamu mahu pergi atau tak!

Budak itu.

Jangan main-main lagi, ikut saya.

Ikut ke mana?

Kalau Ketua Bahagian Han dihantar ke hospital cawangan,

awak fikir dia akan terus bekerja di Myeong U?

Tentulah dia akan berhenti kerja.

Tak boleh begitu.

Kita perlu meyakinkan Pengarah

untuk terus mengekalkan dia di sini.

Kenapa?

Myeong U memerlukan orang seperti Ketua Bahagian Han.

Memerlukan dia untuk apa?

Awak pun, Hyeong Uk...

janganlah melayan hubae awak seperti itu.

Saya tiada hubae seperti itu, hyeongnim.

Saya sangat membenci dia dan takut akan dia.

Ikut saya.

Aduhai.

Hyeongnim ini.

Jangan risau.

Ayah berasa marah sekarang, sebab itulah dia berbuat begitu.

Dia bukannya betul-betul nak menghantar awak ke hospital cawangan.

Awak tak perlu menenangkan hati saya.

Saya memang tak terfikir untuk pergi ke hospital cawangan.

Anggaplah awak pergi ke sana untuk menenangkan fikiran buat seketika.

Saya takkan pergi ke mana-mana pun.

Tempat saya di sini.

Jae Jun.

Apabila saya telah memutuskan untuk berbuat sesuatu,

tak pernah sekalipun...

More Malay subtitles for Doctor Stranger

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left