The first 200 lines.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Keluar dari sel kamu, banduan. Masa untuk beriadah.
Boleh saya guna telefon?
Kamu boleh guna telefon saya. Alang-alang, pesanlah piza juga.
Bangunlah.
Berundur.
ISRAEL, TIGA MINGGU SEBELUMNYA…
- Jumpa lagi. - Ya.
- Hai. - Kamu sangat hebat.
- Kamu sukakannya? - Ya.
Kamu seperti sedang terbang.
- Adakah bahagian itu menyakitkan? - Tak, melainkan saya terjatuh.
- Tempat duduk okey? - Ya.
Kamu hebat sekali.
Terima kasih. Sayang kamu.
Mereka tahu yang kamu menguji bakat untuk syarikat lain?
Jangan bincangkannya sekarang.
Boleh kita pergi makan piza? Tolonglah.
Tak boleh. Saya perlu berkemas.
Mari berlumba ke kereta.
Sebenarnya…
Ayuh, ayah!
Ya Tuhan. Ayah begitu menjengkelkan.
Apa yang terjadi?
Dia suruh saya tidur. Sekarang masih belum pukul sepuluh.
- Dia layan saya macam budak-budak. - Kamu anak dia.
Kenapa kamu bawa banyak sangat barang?
Saya nak ada banyak pilihan.
Mari sini.
Ayah kamu tak nak saya pergi. Sebab itulah dia merengus.
Bukan salah kamu.
Saya akan pulang segera.
Sayang, cepat. Kita akan bertolak sepuluh minit lagi.
Saya takkan lewat jika tak perlu beri ayam makan.
Kamu yang nak bela ayam!
Berhenti!
Mari sini! Ayah akan tangkap kamu. Mari sini!
Ayah macam kura-kura.
- Kura-kura? - Ya.
Ikat ekor kuda?
- Tinggi atau rendah? - Rendah.
Moshe akan tiba sebentar lagi.
Bola sepak. Kamu ingat lagi kerja rumah kamu?
- Saya boleh hantar kamu. - Kamu perlu hantar Ella.
Saya bukannya nak menghalang kerjaya kamu.
- Jika kamu perlu pindah ke New York… - Ia cuma uji bakat.
Saya mungkin takkan dapat kerja itu, Segev.
- Ada ramai lagi penari lain. - Kamu akan dapat. Kamu penari yang hebat.
Namun, jika kamu dapat, kita perlu berbincang.
Segev.
KENAPA KAMU TAK HIRAUKAN SAYA? SAYA PERLU JUMPA KAMU
- Kamu pasti tak nak saya hantar kamu? - Saya dah lewat.
- Hei, Moshe. - Hei.
Jangan risau. Saya akan kembali selepas seminggu.
Mari sini.
- Berusahalah, Dani. - Saya akan cuba.
- Belikan saya hadiah dari New York, ya? - Ya.
- Jangan nakal-nakal. - Okey. Selamat jalan.
Selamat tinggal.
TEKSI YALLA
Saya cintakan kamu. Hubungi saya sebaik saja kamu mendarat, ya?
Baiklah.
Jaga dia baik-baik, Moshe.
- Sudah tentu. - Selamat jalan.
Tutup pintu.
Ada apa? Kamu perlukan apa-apa?
Saya sepatutnya jumpa seseorang di sini. Mungkin dia terlewat.
Apa ini? Muzik apakah itu?
Mainkan muzik biasa.
Tak. Tak boleh. Ayah!
Ayah, tak! Ayah!
Jika Danielle dapat kerja di New York itu…
Ya?
- Ayah nak pindah ke sana? - Jangan merepek.
Ayah takkan sesekali tinggalkan kamu.
Berhenti. Hentilah. Ya Tuhan.
Ayah! Omer!
Apa khabar?
Apa khabar, anak-anak?
Nanti, Ella.
Ayah!
Omer!
- Jaga-jaga. - Sudahlah, ayah!
Jaga-jaga.
AGENSI PELANCONGAN SEGEV
Itu dia! Ayuh, semua!
Helo, Keluarga Singer! Saya Segev, pemandu pelancong kamu.
Selamat datang ke Israel. Mari.
Terima kasih.
Hai.
- Mari. - Terima kasih.
Sama-sama. Hati-hati.
Mari.
- Terima kasih. - Sama-sama.
Seperti yang kamu tahu, ada banyak puak Badwi, gurun dan unta di Israel.
Kamu bertuah sebab jip ini ialah unta kamu hari ini.
Terima kasih.
Baiklah.
Jadi, Keluarga Singer, Israel hanya wujud selama 70 tahun,
tapi orang Yahudi ada sejarah selama 4,000 tahun.
- Bersedia untuk berseronok? - Ya!
- Beberapa minit saja. - Saya ada banyak masa.
- Pukul berapa penerbangan kamu? - Dua jam lagi.
- Saya nak ucapkan selamat tinggal. - Sekali lagi?
Saya akan rindukan kamu.
Kamu akan kembali lagi seminggu.
Semua ini buat saya gila.
- Bila uji bakat kamu? - Lusa.
Saya tak ingin kamu ke sana.
- Tiada yang lebih baik daripada di sini. - Saya perlu pergi.
Saya nak minta tolong. Boleh kamu beri dia surat ini?
- Tolonglah. - Beritahu dia setelah kembali nanti.
Saya tahu. Saya sayang kamu.
- Sayang kamu juga. - Selamat tinggal.
Jika kamu dapat kerja ini, Segev akan berpindah ke Amerika?
Rasanya tak.
Hubungan jarak jauh memang sukar.
Namun, kamu boleh jayakannya. Saya tahu kamu boleh.
Kamu dah lalui macam-macam.
Saya kenal dia semasa dia berkahwin dengan Shira.
Mereka berdua tak hidup bahagia.
Tiada gelak ketawa dan keseronokan. Kamu dah mengubah hidupnya.
Saya nak minum kopi. Kamu nak kopi? Kita ada banyak masa.
Ya. Biar saya yang pergi beli.
- Tunggu di sini. - Okey.
- Espreso? - Dua syot.
Okey.
Hei.
- Selamat pagi, Tzion. - Selamat pagi.
Dua espreso dua syot.
KITA PERLU BERBINCANG
Terima kasih. Selamat tinggal.
- Mari main catur. - Tak boleh, Yossi.
- Saya perlu menaiki pesawat. - Ke mana?
- New York. - Kirim salam kepada Barbra Streisand!
Baiklah!
Belikan Walkman dan kasut Reebok untuk saya!
Okey. Tzion, jaga diri…
Alamak!
Alamak! Danielle. Ya Tuhan.
Danielle, bertahanlah. Apa kamu buat? Jangan sentuh beg duitnya!
Tak, Danielle. Bertahanlah.
- Dani! - Danielle, bertahan.
Bertahan, Danielle.
Jadi, bandar ini perlukan air.
Raja Herod membina akueduk ini 2,000 tahun lalu.
Ia bermula dari sini hingga…
Sebentar. Maafkan saya. Okey?
Ada apa, Moshe?
Apa?
Apa?
Kamu tak boleh letak kereta di situ.
Tak boleh letak kereta di situ!
Hei, kembali ke sini!
Segev.
Bagaimana keadaan dia?
Sudah lebih sejam mereka cuba selamatkannya…
- Kami datang sebaik saja kamu hubungi. - Di mana dia? Saya nak jumpa dia.
Segev, ia dah terlambat.
Saya akan panggil doktor.
Dia masih bernafas.
Segev.
Doktor dah cuba sedaya upaya.
En. Azulai?
Saya Dr. Mendel.
Apabila isteri kamu dilanggar kereta,
kepalanya teruk dihentam.
Dia berhenti bernafas dalam perjalanan ke hospital.
Setibanya di sini, jantungnya berhenti berdegup sepenuhnya.
Kami dah cuba sedaya upaya, tapi kami tak berjaya…
selamatkan dia.
Terima kasih, doktor.
Takziah.
Saya nak bersendirian dengan dia.
Lia, beri saya masa sebentar.
Sayang.
Jangan tinggalkan saya.
Tolonglah.
Jangan tinggalkan saya.
- Helo? - Martin, ini Segev.
Semuanya okey?
Saya ada berita buruk.
Ada kemalangan berlaku.
Danielle…
Ya Tuhan.
Adakah dia…
Dia meninggal dunia. Pagi tadi.
Mereka dah cuba sedaya upaya. Maaf.
Bagaimana?
Dia dilanggar lari semasa sedang melintas jalan.
Kematiannya memang tragis. Kamu nak saya bercakap dengan Marcia?
Tak.
Tak. Biar saya cakap dengan dia.
Ya Tuhan.
Kami akan bertolak secepat mungkin.
Takziah.
Takziah, Martin.
Ramai orang cuba bantu dia. Pekerja kedai kopi…
Moshe.
Segev.
No comments yet. Be the first to leave one.