The first 200 lines.
Minum lagikah?
Kenapa? Kakak ada masalahkah?
- Saya pun mahu sedikit. - Awak pun mahu?
Kenapa? Sebab tak boleh lupakan Yuna, Yuja itukah?
Kakak cakap ini untuk kebaikan awak juga.
Baik awak lupakan saja dia.
Kakak mungkin bukan orang yang bijak,
tapi kakak sedar kalau sesuatu sudah ditakdirkan bukan milik awak,
jadi ia bukan milik awak.
Saya tak peduli
sama ada dia bersama saya atau tak.
Taraf hidup dia lebih tinggi berbanding dengan saya.
Tapi Yuna selalu menjadi
orang yang saya kasihankan dan sayang.
Seseorang yang saya mahu lindungi.
Tak tahulah saya boleh lakukannya sepanjang hidup saya,
tapi saya akan lindungi dia sedaya yang saya boleh.
Bila seseorang lelaki sudah buat keputusan,
dia kenalah bertanggungjawab dengan akibatnya.
Tunggu sekejap, encik!
Abang Man Gu, apa yang sudah terjadi ini?
Abang Man Gu, apa semua ini?
Bila saya datang pagi tadi, semuanya sudah kena curi.
Tapi siapa pula yang sanggup buat macam ini? Biar betul.
Ayah tak beritahu sesiapa,
tapi ada orang curi epal beberapa hari yang lalu.
Betulkah ini?
Pak cik, ada apa ini?
Ada orang curi semua ubi keledek kita di kebun kita itu!
Bila pak cik sampai sana, semuanya kena curi! Kosong semua!
Situ pun kena juga?
Nampaknya pencuri ini bukan calang-calang orangnya
Apa pun, kita kena ada rancangan untuk tangkap dia.
Biar betul!
Kita sibuk sangat makan bertih kacang sampai lupa kubis kita.
Tapi memang sedap, bukan?
Saya takkan muak makan kacang itu. Saya sudah ketagih.
Pak cik!
Apa dia buat itu?
Pak cik, buat apa itu?
Kami dengar mereka curi semua ginseng itu.
Jadi betullah itu.
Mesti pak cik sudah rugi banyak.
Kerugian itu saya masih lagi boleh tanggung,
tapi saya rasa sedih usaha selama tiga tahun saya ini jadi sia-sia.
Biasanya saya akan ucapkan selamat malam lepas kerja.
Pada waktu pagi, saya ucapkan, "selamat pagi semua".
Biasanya saya akan berbual dengan mereka.
Saya akan bersihkan lalang pada musim panas.
Pada musim sejuk, saya akan selimutkan mereka.
Saya akan jaga mereka lebih baik daripada anak saya.
Saya ini macam orang bodoh!
Pak cik, janganlah sedih sangat.
Kamu pergilah dulu. Saya mahu duduk di sini lagi.
- Kami sudah balik! - Kami sudah balik!
- Kami sudah balik! - Sudah balik, ya?
Buat apa itu?
Kami akan tubuhkan pasukan rondaan pada waktu malam.
- Buat apa? - Malam semalam
ginseng Abang Man Gu kena curi.
Ya, kami terserempak dengan pak cik tadi.
Epal Pak Cik In Ki pun kena curi beberapa hari yang lalu.
Bukan itu sajalah.
Pencuri itu pun curi semua ubi keledek dari kebun kita.
Ubi keledek pak cik pun? Ubi itu tak ada nilailah.
- Buat apa mereka curi? - Pak cik pun rasa hairan!
Tapi kesan tapak kaki seorang itu kecil dan seorang lagi itu besar.
Pak cik rasa pencuri itu mesti
seorang lelaki dan seorang perempuan.
Lelaki dan perempuan? Kebun mana mereka pergi?
- Ubi keledek berangan itu. - Ubi keledek berangan?
Kenapa kamu terkejut sangat ini?
Serangga ini! Tak ada apa-apa.
Kalau pak cik dapat tangkap mereka, pak cik akan pegang mereka macam ini
dan patahkan mereka jadi dua!
- Mereka memang tak guna betul! - Pak cik, bawa bertenang dulu.
Tapi saya rasa mereka ini pencuri tanaman yang profesional.
Sebab itu kami mahu buat rondaan pada setiap malam.
Jangan harap kamu semua dapat tidur malam ini.
- Faham tak? - Ya.
- Tulis pasukan empat. - Pasukan empat.
- Nama mereka tak masuk lagi. - Mungkin Su Yeon tak tahu lagi.
Dia akan keluar lagikah malam ini?
Habislah dia nanti.
Abang, mahu pergi mana ini?
Jalan-jalan. Segarnya.
Su Yeon!
Datuk, Su Yeon ada di dalam tak?
Su Yeon? Dia baru saja keluar.
Sudah keluar? Pergi mana?
Manalah datuk tahu.
Dia cakap dia akan balik lambat.
Dia beritahu kami jangan tunggu dia.
Tapi kenapa keluar awal sangat?
Kamu mahu makan kacang tak?
Ya, terima kasih.
Dia mahu mencuri lagikah?
Tak mungkin.
Sedapnya kacang ini!
Datuk petik kacang ini hari inikah?
Datuk sudah cakap hari itu yang gigi datuk ini tak kuat.
Biar betul, datuk. Kenapa datuk buat macam ini kepada saya?
Kenapa datuk tak buang saja? Kenapa datuk jemur lagi?
Bazirlah kalau buang.
Datuk ini! Biar betul, datuk!
Mana Su Yeon sudah pergi ini? Takkanlah dia pergi mengorek lagi?
Datuk, saya pergi dulu.
Datuk, sudahlah itu! Buang sajalah kacang ini!
Tengoklah, bila dapat tangkap pencuri itu,
saya akan belasah mereka!
Betul itu. Berani mereka curi hasil tanaman yang
penduduk di sini bersusah payah tanam sepanjang tahun.
Saya ingatkan Han Cheol akan ikut sekali.
Dia sudah ke mana?
Mungkin dia sedang menyorok entah di mana.
Mahu elak perondaanlah itu.
Sekejap.
Saya sudah cakap kamu berdua
tak perlu ikut sekali. Kenapa datang juga?
Ini kampung kami juga. Kami mahu tolong.
Betul itu. Lelaki dan perempuan
kena sama-sama tolong.
Tapi gelap sangat. Saya takutlah.
Apa?
Yalah, saya pun rasa takut sangat.
Kamu berdua ini kenapa?
- Abang, saya takut juga. - Kamu mahu mati, ya?
Mari pergi.
Kamu uruskanlah mereka itu.
- Tunggulah. - Abang Hyeok, saya takut ini.
Kita kena buat macam ini setiap kali musim menuai sampai.
Tunggulah saya dapat mereka itu. Saya akan ajar mereka secukupnya
tak kira siapa mereka itu.
Sang Deuk, bukankah kita patut bawa kayu bersama kita?
Yalah. Biar saya cari di sana.
Pak cik jalanlah dulu.
Okey, baiklah. Kalau mahu cari,
cari sesuatu yang besar.
Dengan satu kali hayun saja, darah mereka terpancut keluar,
mata mereka terkeluar dari tengkorak mereka nanti.
Ya, janganlah risau.
Mari kita jalan. Pencuri tak guna betul.
Ya, marilah.
Yang ini cukup bagus.
Kenapa tak boleh keluar pula ini?
Susahnya...
Siapa itu? Siapa di sana?
Sayalah! Saya ini Mi Young!
Saya baru sedang panaskan badan. Terkejut saya.
Yalah, kenapa awak tak tidur lagi?
Saya cuma mahu ambil udara.
Ada kecurian di kampung ini. Baik awak balik dulu.
Sekejap, abang. Saya ada sesuatu mahu cakap.
Apa halnya? Awak mahu cakap apa?
Sebenarnya saya
tak jalani kehidupan saya macam tak ada apa-apa terjadi.
Lepas saya berpisah dengan abang macam itu,
saya tak pernah tidur dengan lena setiap malam.
Saya tak sepatutnya buat macam itu pada abang.
Sebab itulah saya dihukum agaknya.
Saya bercerai, dan ayah saya sakit.
Saya cakap apa yang tersimpan di dalam hati saya selama 17 tahun.
Abang, maafkan saya.
Tolong maafkan saya.
Saya tak patut buat abang macam itu.
Jangan menangis lagi.
Menangis boleh ubah keadaankah?
Maafkan saya, abang!
Mak.
Kita kena sembunyi!
Maafkan saya. Saya rasa api dapur saya belum padam lagi.
Tak apalah. Masalahnya boleh tak awak balik seorang diri dari sini?
Saya terpaksa buat panggilan yang penting dengan segera.
Mestilah boleh. Rumah saya di depan itu saja.
Kalau macam itu, ambillah lampu suluh ini.
Terima kasih.
- Hati-hati. - Ya...
Sudah tak tahan ini.
Lega betul.
Busuknya!
Su Yeon!
Mana dia sudah pergi ini?
Su Yeon!
Su Yeon...
Apa yang dia buat di situ?
Biar betul! Su Yeon!
Apa awak buat di sini?
Awak mencuri ubi keledek lagikah?
Apa? Ya.
Suka sangatkah awak pada ubi keledek itu?
Kita sudah dapat banyak semalam.
Kenapa awak ini tamak sangat, Su Yeon?
- Sebenarnya saya... - Tak apa.
Awak tak boleh ada di sini sekarang.
Kalau awak kena tangkap, habislah awak nanti.
Sekejap. Saya terdengar sesuatu.
Siapa itu? Siapa di sana itu?
Ada sesiapa tak?
Tak ada oranglah.
Peliklah. Saya pasti saya terdengar sesuatu tadi.
No comments yet. Be the first to leave one.