The Haunted Hotel

The Haunted Hotel (Panggonan Wingit)

Download Malay Subtitle

Release info

Panggonan Wingit NF-2023/RT-01:50:00
A Commentary by DD_Movie

Tags

other
Published on: 2024-04-02
Downloads: 169
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Itu hari pertama saya bekerja.

Ningrum.

Ya, puan?

Boleh tolong bersihkan tingkat dua?

- Ya, puan. - Jangan pergi ke tingkat tiga.

Ia sedang diubah suai.

- Awak tak perlu bersihkan di sana. - Ya, puan.

Ingat, jauhkan diri dari tingkat tiga.

Ya, puan. Saya minta diri dulu.

Mana satu Bilik 19?

- Bilik 19 di tingkat dua, ya? - Ya.

- Di sana, tuan. - Di sana?

- Terima kasih. - Ya.

Maafkan saya.

Maaf,

tapi awak tak apa-apa di dalam?

Tiga hari, tengah malam.

Mak tak pernah lihat orang seputih dia dalam hidup saya.

Mak nampak muka dia?

Tak nampak dengan jelas.

Tapi dia berhenti menangis.

Kemudian dia cakap sesuatu.

Dia cakap apa?

"Tiga hari,

tengah malam."

Mak tak tahu kenapa dia cakap begitu.

Mak terus tutup pintu dan pergi.

Tapi keesokan harinya, perkara pelik berlaku.

Mak jumpa kucing kita mati.

Jiran kita, En. Yono,

tikam diri sendiri di kaki.

Mak Cik Ayu kamu pula…

Mak nampak dia

terjun dari bumbung hospital.

Mak nampak dengan mata mak sendiri!

Mak.

Ini hari ketiga, sayang.

Mak takut.

Mak.

En. Yono sakit mental.

Mak Cik Ayu berada di hospital sakit jiwa selama dua tahun.

Kucing kita pun dah tua, mak.

Jadi saya rasa ia tiada kaitan dengan wanita yang mak nampak.

Mak cuma terkejut

sebab mak nampak Mak Cik Ayu bunuh diri.

Dah hampir tengah malam, mak.

Mak belum solat lagi, bukan?

Mak patut pergi berdoa untuk tenangkan fikiran.

Allah Maha Besar.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Allah Maha Besar.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Allah Maha Besar.

Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya.

Allah Maha Besar.

Allah Maha Besar.

Allah Maha Besar.

Allah Maha Besar.

Semoga Allah merahmatimu.

Semoga Allah merahmatimu.

Ampunkan aku, ya Allah.

Ampunkan aku, ya Allah.

Ampunkan aku, ya Allah.

Ampunkan aku, ya Allah.

Ampunkan aku, ya Allah.

Tiga hari, tengah malam.

Mak?

Mak?

Mak!

Raina?

Raina.

- Bangun. - Okey.

Raina.

Aduhai.

Saya dah bangun.

Awak mimpikan ayah lagi?

Dah dua bulan.

Ayah sedang bersemadi dengan tenang.

Masih jauh lagikah?

Kita akan masuk ke bandar sebentar lagi.

Kalau nak mendaki di Semarang, pilihlah gunung.

Ada Telomoyo, Merbabu dan Ungaran.

Awak juga patut belajar bahasa Jawa, okey?

Hotel ini boleh tahan.

Kenapa ayah tak pernah bawa kita ke sini?

- Dia mewarisinya daripada ibu bapanya? - Ya.

Ia dibina pada tahun 1950-an.

Tapi apabila mereka selesai membinanya, mereka tak terus buka.

Kenapa?

Entahlah.

Ayah tak pernah beritahu saya.

- Itu pun mereka. - Hei, Fey!

- Raina, Fey. - Raina!

Macam mana perjalanan kamu? Aduhai.

Akhirnya kamu sampai juga.

Raina.

Beginilah keadaannya semasa musim cuti. Penuh.

Sebaik saja musim cuti berakhir,

ia sunyi seperti tanah perkuburan.

Esok hari Isnin, jadi anak-anak akan kembali ke sekolah.

Fey, kamu juga akan ke sekolah esok, bukan?

Ya, nenek.

Kami tinggal di sana.

- Di sana? - Ya, di sana.

Kita boleh nampak hotel dari sini.

Begitu juga dengan bilik dan tingkap.

Kamu boleh guna kereta ini untuk jemput dan hantar Fey ke sekolah.

Masuk sekarang.

Nenek tak tahu

ayah kamu buat pinjaman bank untuk perniagaannya.

Dia tak dapat membayarnya dan rumah kamu pula yang disita.

Tapi sekarang,

kamu boleh tinggal di sini untuk uruskan hotel.

Raina.

Dalam jagaan kamu, hotel ini akan berkembang maju.

Kamu pun pernah menjadi pengurus. Nenek pasti kamu boleh buat.

Saya akan simpan duit

untuk yuran universiti Fey.

- Dia nak belajar perubatan. - Baguslah.

Ini bilik tidur kamu.

Fey.

Mari lihat bilik tidur.

Ini dia. Masuklah.

Jangan lupa uruskan dokumen hotel

dengan peguam ayah kamu. Boleh, Raina?

Supaya hotel akan jadi milik kamu dan Fey.

Sekarang, hotel ini satu-satunya peninggalan ayah kamu untuk kamu.

Kamu tak boleh harapkan royalti ayah kamu daripada novelnya lagi.

Raina?

Ini milik ayah kamu.

Ia ada di sini sejak kali pertama nenek datang ke sini.

Fey.

Ya, nenek?

Raina.

Jangan naik ke tingkat tiga hotel, ya?

Tapi kenapa, nenek?

Ia ditutup untuk pengubahsuaian.

Pekerja pembinaan sedang bercuti.

Jangan benarkan staf lain naik ke atas juga.

Tak kisahlah siapa pun.

Mereka mungkin akan cedera kalau siling tiba-tiba runtuh.

Fey?

- Ya, datuk? - Mari sini, sayang.

Sudahlah, pergi berehat.

- Terima kasih, nenek. - Sama-sama.

- Selamat pagi, puan. - Selamat pagi.

Saya Raina.

- Saya penjaga Fey. - Ya?

- Dia baru berpindah ke sini dari Jakarta. - Begitu.

- Awak nak jumpa pengetua? - Ya, betul.

Dia sedang bercakap dengan tetamu sekarang.

Sila tunggu di sini.

Okey, terima kasih.

- Pengetua dah selesai bercakap? - Belum lagi.

Kita ada polis semalam, sekarang ada wartawan pula.

Kasihan Karin.

Ibunya mati dengan tragik.

Akhbar mana yang wartawan itu wakili?

Akhbar Harian Jakarta.

Tuan, terima kasih kerana meluangkan masa.

Sama-sama.

Kalau perlukan apa-apa lagi, beritahu saya.

- Baiklah. - Mari bekerjasama.

- Terima kasih. - Saya minta diri dulu.

Raina?

Raina!

- Ardo. - Hai.

Hei.

Apa khabar?

Baik.

Awak dah pindah ke Semarang?

Ya.

Di mana?

Tak apa kalau awak tak nak beritahu.

Saya nampak kedai kopi berdekatan.

Boleh kita bercakap sekejap?

Dah lama kita tak jumpa.

Sudah enam bulan sejak kita…

berpisah.

Maaf, saya tak boleh.

Saya ada kerja.

Tak apa.

Saya pergi dulu.

Raina!

Hati-hati, okey?

Bandar ini tak selamat.

Apa maksud awak?

- Awak tak tahu? - Tak.

Empat hari lalu,

seorang ibu pelajar meninggal dunia. Dia disiat.

Mereka belum jumpa pembunuhnya lagi.

Polis sedang mencari dan saya datang untuk menyiasat.

Saya melawat rumah mangsa.

Anaknya ialah saksi utama.

Dia masih trauma.

Dia sangat terkejut dan masih enggan bercakap.

Saya akan ke tempat kerja mangsa sekarang.

Saya harap saya boleh dapatkan maklumat berharga di sana.

Awak tahu di mana Hotel Ambar Mangun?

Ya, Ningrum pernah bekerja di sini.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left