The first 200 lines.
Episod sebelum ini dalam…
Pelakon watak Brazzos pun ada audio siarnya sendiri sekarang?
- Apa? - Fallon sebut nama saya. Hebatnya.
Ada lebih banyak episod, bukan?
Seseorang tinggalkannya di meja depan. Ini telefon Tim Kono.
Perhatian kepada: Mabel Mora di Arconia
- Hebatnya! - Apa?
Tim tahu dia akan dibunuh?
Dia nak mendedahkan operasi pengedar barang kemas pasaran gelap bernama Angel.
Kenalkan Angel.
Teddy Dimas?
Saya akan tulis cek untuk kamu. Jumlahnya besar.
Betul. Penaja utama kita, kini menjadi suspek utama.
- Hei, awak dapat itu dari mana? - Saya jumpa.
Kenapa Tim mencari cincin yang Zoe pakai pada malam kematiannya?
Dia tak memakainya semasa mati.
THEO Mereka tahu. Mereka nampak semuanya.
Apa maksudnya menjadi peminat sesuatu?
Bagi saya, ia bermaksud kesetiaan yang tak berbelah bagi.
Menjadi peminat seperti perkahwinan.
Awak tak akan mengalah, walaupun ia menjadi sangat sukar.
Itulah perasaan saya untuk audio siar Pembunuhan Sahaja.
Saya tak percaya seminggu lagi berlalu tanpa episod baru.
Apa mereka buat di atas sana? Mereka tiba-tiba senyap.
Jaga bahasa awak semasa ada Grant.
Saya peduli apa?
Kalau kita jumpa Bunny?
Atau Howard, si pemilik kucing?
Atau Charles, Oliver, Mabel?
Apa saya perlu buat?
BRAZZOS BERI SAYA HARAPAN!
Saya tak akan berganjak sehingga mereka dedahkan pembunuh Tim Kono.
Bertenang, Sam. Hulurkan donat.
ADUHAI KONO!
Kami gelar diri sebagai "Arconiac." Kami bertemu dalam forum Internet,
Jawatankuasa Itty-bitty OMIT-bitty yang saya tubuhkan.
Sejak disebut Fallon, PDBS semakin terkenal,
tapi kami pengikut sejak awal.
SIAPA BUNUH TIM KONO
Ada peminat digelar Mabeline dan ada juga Haden Maiden.
Segelintir, seperti saya ialah Putnut.
Oliver kegemaran saya.
Saya ahli enam komuniti peminat audio siar jenayah sebenar berbeza,
tapi saya paling tak yakin dengan pasukan kreatif audio siar ini.
Bagaimana dengan kameo Sting itu?
Macamlah Sting akan jadi pembunuh.
Satu episod tanpa risiko.
Kenapa kamu begitu negatif?
Kamu suka tak audio siar ini?
- Sangat suka. - Ia satu penemuan.
Jadi, percayakan pasukan itu, okey?
Awak nak risiko? Awak akan dapat. Mungkin ia akan berlaku tak lama lagi.
ARCONIAC MAHU LEBIH LAGI
Episod Lapan Cereka Peminat
Apa bau busuk itu?
Entahlah. Baunya seperti formaldehid.
Mereka guna untuk mengawet mayat.
Mayat?
Awak tahu tak saya pengarah pertama
yang guna mayat sebenar di atas pentas?
Dalam Tuesdays at Bernie's .
Itu adaptasi berganda saya untuk Tuesdays with Morrie
dan Weekend at Bernie's .
Apa?
Theo, dengar cakap saya.
Maaf. Saya salah cakap.
Itu subjek yang sensitif.
Theo.
Mereka kawan kita.
Saya minta maaf untuk anak saya.
Dia benci teater, tapi dia dramatik.
Teddy, semua ini cuma…
Kenapa kita di tempat pembuangan?
Awak akan buang mayat ini di sini?
Saya suka awak. Soalan awak menarik.
Mari saya hantar awak balik.
Saya suka tempat duduk ini.
Theo tak boleh baca bibir saya atau nampak saya melalui cermin belakang
kerana tak bagus untuk anak mendengar
atau melihat ayahnya cakap perkara tertentu.
Untuk jangka masa lama, saya rasa malu memiliki anak pekak.
Sebenarnya, ia mengakhiri perkahwinan saya.
Termasuklah semua pelacur.
Namun, saya mula hargai sudut pandangan Theo.
Saya belajar bahasa isyarat,
yang tak dilakukan oleh ramai ibu bapa yang memiliki anak pekak.
Awak tahu tak?
- Betulkah? Saya tak tahu. - Ya, saya pernah dengar.
Theo mengajar saya keindahan kesenyapan.
Ia menghasilkan persahabatan dan perkongsian indah
apabila mereka yang mungkin tahu beberapa perkara tentang awak
boleh berlagak seperti mereka tak pernah mendengarnya.
Kami faham maksud awak, Teddy.
Atau tidak. Saya tak pasti tentang kata-kata awak…
Ini tentang perkara yang awak dengar dan lihat tentang saya.
Aktiviti pengumpulan barang kemas haram saya.
Saya akui ia mempesonakan
dengan cara yang menggerunkan dan menarik secara psikologi.
Subjek yang bagus untuk audio siar, cuma bukan audio siar kamu,
kerana ia perlu ditamatkan.
Kamu boleh tamatkan secara sukarela
atau secara paksaan.
Kami tahu awak bunuh Tim Kono.
Kita tak tahu apa-apa tentang Tim Kono.
Sebab itu saya rasa lega
dan saya tahu Ollie tak akan cakap perkara buruk
tentang seseorang yang sangat baik dengan dia.
Tidak.
Saya mahu begini…
Saya bangun pagi esok, sekitar 7.00 pagi
untuk mendengar episod akhir rancangan yang saya taja dengan murah hati
dan dengar kamu buat silap.
Malangnya, Tim Kono tembak diri sendiri
kerana kesunyian
atau sebab kesihatan mental.
Cadangan yang bagus.
Namun, jadikan ia bagus. Awak artis.
Saya cuma pemilik kedai delikatesen
yang tak mahu kejadian buruk berlaku lagi
kepada penghuni bangunan saya.
Buat pilihan yang tepat kerana jika tidak,
saya tahu tempat tinggal kamu.
Ayuh.
Hei, Oliver?
Tunggu, awak Mabel?
Dia memang Mabel.
Ya Tuhan. Kita ada peminat?
Syukurlah. Kita ada peminat.
- Mana episod baru? - Bukankah kamu patut merakam?
Kami tak kerja untuk kamu, penghisap benak!
- Maaf. Kami nak cepat. - Kami percayakan kamu.
Ya.
Maaf. Awak dapat baju itu dari mana?
Barang niaga buatan sendiri.
Saya buat sendiri, jadi…
Saya cuma nak tahu, berapa awak nak bayar untuk baju rasmi?
Ya Tuhan. Putnam, ayuh!
Itu pertengkaran Oliver-Mabel yang klasik!
Hei, kami tak sabar tunggu episod baru.
Kami pun!
Buka pintu! Ini kami!
Kita perlu ada kunci, andai kata dia jatuh dalam tab.
Dia tua dan tak berdaya.
Charles!
Hei. Masuklah. Charles pergi beli bagel.
Okey.
Jadi, awak dan Charles…
Macam mana nak cakap?
Bersetubuh?
Tanpa berselindung.
Okey, Brazzos.
"Brazzos" kata selamat kami.
Apa kata selamat untuk saya keluar daripada perbualan ini?
Kamu okey? Kamu nak Splenda?
Tolonglah, Jan. Kami fokus untuk terus hidup.
Baik, jangan ambil Splenda. Kajiannya tak begitu bagus.
Hei, semua. Saya gembira kamu dah kembali.
- Pagi yang indah! - Ya!
Kami pun menikmatinya juga.
Kami selamat dari trak dipenuhi mayat
dan ugutan bunuh tersirat daripada Teddy Dimas.
Nasib baik awak beli bagel.
Saya cuma beli untuk saya dan Jan,
tapi tunggu, itu tak betul
kerana bagel beri biru ini
akan terus dimasukkan ke penyejuk…
Awak kata ugutan bunuh?
- Ya. - Dimas ugut untuk bunuh kita.
- Kamu tak apa-apa? - Bagus, tapi Teddy…
Dia tak pernah sebut. Dia memang suka merendah diri.
Rupanya dia perompak kubur psikotik
yang kata jika kita tak siarkan episod terakhir menjelang esok,
mengatakan dia tak buat apa-apa, dia akan tembak kita.
Teddy Dimas tak tahu apa yang kita tahu
dan sekarang kita tahu lebih banyak.
Tunggu. Apa yang "kita" tahu?
Saya dan Jan habiskan sepanjang pagi memeriksa telefon Tim Kono
dan kami temui banyak penemuan rahsia.
Boleh dikatakan, ia akan memberi petunjuk baru dalam penyiasatan ini.
- Saya tak boleh terima. - Dia ada bakat semula jadi.
Tim seorang penyimpan rekod yang teliti.
Ada nota dan gambar di sini.
Ada imbasan resit dan keratan akhbar.
Selepas kumpulkan semuanya, kami dapat tahu
sebab dia memburu keluarga Dimas.
Dia nampak anak Teddy, Theo,
menolak seorang gadis dari bumbung Arconia sepuluh tahun lepas.
Theo yang Tim nampak.
Teddy ugut Tim supaya dia senyap,
tapi Tim berusaha mendedahkan Teddy sehingga dia mati. Kemudian, dia berhenti.
Ya, kerana Teddy bunuh dia.
Jangan terus buat kesimpulan, cik adik.
Itu tiada dalam telefon ini.
Saya tak boleh terima ini.
- Charlie, sebentar? - Boleh.
- Saya akan sediakan. Kita berkongsi. - Okey.
Dia yang terbaik, bukan?
Sangat hebat. Saya suka dia. Dia banyak pendapat.
Ya, kami gembira untuk awak, okey?
Namun, ada sesuatu yang mungkin terjadi.
No comments yet. Be the first to leave one.