Release info

Deep 2021 720p WEBRip x264 AAC
A Commentary by TNGOOO
Netflix

Tags

webrip
web
x264
720p
720
BRip
Published on: 2021-07-16
Downloads: 31
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Cepat! Ikut saya!

Cepat!

NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN

Kita semua tahu kita perlu tidur lapan ke sepuluh jam sehari,

tapi kita tak tahu berapa lama manusia boleh bertahan tanpa tidur.

Insomnia adalah sejenis gangguan fizikal yang berpunca daripada gangguan mental.

Tekanan dan keresahan boleh mengganggu fikiran lalu menyebabkan kita sukar tidur.

Tapi biasanya, ia takkan berlanjutan lebih daripada beberapa hari.

Kecuali dalam kes-kes insomnia klinikal yang serius.

Penghidap insomnia kronik kurang tidur selama berbulan-bulan

atau bertahun-tahun.

Ia tercetus oleh sesuatu yang lebih rumit daripada tekanan,

contohnya kesan trauma.

AKTIVITI OTAK TIDUR GERAK MATA CEPAT

Jadi apa yang berlaku jika kamu tak tidur selama beberapa bulan atau tahun?

Boleh kamu bayangkan kesan sampingannya?

Tak tidur semalam dua saja dah cukup

untuk menjejaskan keupayaan mental kamu.

Ia dipanggil penyimpangan emosi.

Berjaga selama lebih tiga malam

akan menyebabkan seseorang amat keliru

dan mula meracau dan hilang akal.

Persepsinya tentang realiti terpesong.

Jika ia berlanjutan lebih lama,

gejala-gejala akan bertambah teruk menjadi halusinasi bunyi atau visual.

Kamu takkan dapat bezakan kenyataan dengan halusinasi.

Di fakulti perubatan dulu,

kadang-kadang saya juga tak tidur beberapa malam untuk menyiapkan tugasan.

Suatu hari, seekor arnab di makmal mula bercakap dengan saya.

Arnab itu membebel panjang.

Sekurang-kurangnya arnab itu temankan saya

sepanjang malam.

Saya tak rasa sunyi.

Tiga malam. Itu tempoh paling lama saya tak tidur.

Semasa di Gred 9,

saya dan June pindah ke rumah nenek kami.

Sejak saya tinggal di sana,

saya risau sangat tentang keselamatan rumah itu.

Saya pastikan pintu dah berkunci berkali-kali.

Saya tahu saya dah kunci semua pintu,

tapi saya asyik periksa berkali-kali.

Ia menenangkan saya.

Kebelakangan ini,

June kerap balik lambat.

Saya risaukan dia.

Kadang-kadang saya telefon banyak kali baru dia jawab.

Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.

Kalau tak dapat tidur,

saya berjaga saja.

Sejak beberapa minggu lepas,

saya mengulang kaji sampai pukul 2:00 pagi.

Pada pukul 3:00 pagi, saya ke pasar untuk membeli barang.

Tapi ada baiknya juga.

Saya manfaatkan masa sepenuhnya

setiap hari.

NOTIS BAYARAN PINJAMAN RUMAH TERTUNGGAK

JUMLAH 782,155 BAHT

June.

Awak baru balik?

Saya nak tukar baju sebelum ke sekolah lagi.

Cepat turun dan bersarapan.

Dengar tak?

UNIVERSITI SIRINDARA

Berhenti belajar?

Jane, saya tahu awak ada masalah kewangan.

Tapi cubalah cari jalan dulu.

Ada jawatan kosong pembantu makmal di universiti.

Awak dah cuba?

Saya dah tanya.

Tapi gajinya terlalu rendah. Buang masa saja.

Sayang kalau awak berhenti belajar sekarang.

June macam mana?

Dia boleh tolong awak selepas waktu sekolah.

Dia boleh tolong ringankan beban awak.

Saya ada idea.

Jane.

Jane!

Ya.

Saya baru teringat.

Ada syarikat farmaseutikal dari Jerman sedang mencari

sukarelawan untuk penyelidikan ubat baru.

Saya dengar bayarannya lumayan.

Saya juga rasa

awak calon yang sesuai

kerana awak mengalami insomnia.

Apa yang perlu saya buat?

Qratonin ialah bahan yang dirembeskan oleh bahagian otak bernama talamus.

Qratonin boleh digunakan untuk merawat pesakit yang mati otak

dan bahan ini hanya dirembeskan ketika kita berjaga.

Jadi kami mulakan eksperimen yang dipanggil

Deep.

Proses Deep merangkumi tiga tahap.

Semakin tinggi tahapnya,

semakin tinggi kepekatan Qratonin.

Jangka masa setiap tahap

mungkin berbeza bagi setiap individu.

Eksperimen ini hanya boleh dijalankan oleh kakitangan Weimarer.

Helo.

Nama saya Hans Miller.

Saya Pengarah Penyelidikan syarikat ini.

Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kerana sudi hadir.

- Siapa nama awak? - Jane.

Jane, awak pernah dengar nama Alexander Fleming?

Bukankah dia yang menemukan penisilin?

Betul.

Apabila Alexander Fleming menemukan penisilin,

beliau merevolusikan perniagaan farmaseutikal.

Sekarang Qratonin akan memberikan kesan yang sama.

Saya ada satu soalan.

Kenapa Qratonin dirembeskan ketika kita jaga saja?

Awak tahu apa itu melatonin?

Ya. Bukankah melatonin membantu kita tidur?

Bagus.

Melatonin membantu kita tidur.

Qratonin pula memberikan kesan yang sebaliknya

dan membuatkan kita jaga.

Soalan terakhir.

Berapa bayarannya?

Untuk Tahap 1,

awak akan dapat

100,000 baht.

Okey.

Setelah menyertai Proses Deep,

mikrocip akan diimplan ke bahagian oksipital.

Mikrocip ini hanya akan mengambil Qratonin dari otak.

Selagi mikrocip itu ada di leher awak,

awak mesti pakai jam tangan ini.

Ia akan mengambil bacaan degupan jantung

dan peratusan Qratonin yang berjaya diserap.

Cukup 100 peratus, awak mesti datang ke sini dengan segera.

Barulah mikrocip di leher awak boleh dikeluarkan.

Saya ingatkan sekali lagi,

awak telah menandatangani perjanjian.

Eksperimen ini sulit dan awak tak boleh beritahu sesiapa.

Kami tak mahu pesaing lain tahu rancangan kami.

Okey.

Baiklah, itu saja.

Eksperimen Tahap 1 telah bermula.

Oh, ada satu perkara yang awak perlu tahu.

Awak tak boleh tidur langsung.

Kalau awak tertidur lebih daripada 60 saat,

ia mungkin akan mengakibatkan litar pintas pada mikrocip,

dan jantung awak mungkin akan terhenti.

Jangan risau kalau awak tertidur.

Jam itu akan kejutkan awak sebelum 60 saat berlalu.

Saya jamin eksperimen ini selamat.

DEEP TAHAP 1, HARI PERTAMA

Nenek!

Nenek okey.

Gigi palsu nenek terjatuh.

- Lain kali, beritahu saya. - Badan nenek sakit.

Jangan buat kerja-kerja berat.

Biar saya urut nenek.

Okey, cukuplah.

Nenek terlalu aktif walaupun dah tua.

Nenek degil.

Nenek tak boleh duduk diam saja.

Nanti sendi-sendi rasa sakit.

Jane, kamu ada tengok notis dari bank?

Bayaran pinjaman rumah tertunggak.

Tak apa, nenek.

Biar saya uruskan.

Nenek tak perlu risau.

Tentu nenek penat, nenek selalu kerja kuat.

Berehatlah.

Apa?

Apa kamu cakap?

Jangan main-main.

Siapa itu?

June!

Apa?

Siapa yang hantar awak balik?

Pemandu e-panggilan.

Kenapa awak duduk di depan?

Supaya pemandu teksi tak kacau kami.

Kenapa awak tak balas mesej saya?

Hei, jawablah.

Apa lagi?

Telefon saya tak ada data, okey?

- Kenapa tak jawab telefon? - Saya ada latihan kugiran.

Semalaman?

Kenapa?

Awak nak kata saya menyundal?

Salahkah?

Okey, saya boleh menyundal kalau awak mahu.

Kalau hamil, awak boleh gugurkan kandungan saya.

Hei!

HARI KEDUA

Awak sertai Deep?

Deep apa?

Win, rakan sekelas saya yang suka berfoya-foya.

Dia lebih banyak menghabiskan masa di kelab malam berbanding bilik kuliah.

Saya pun sama.

Awak tak patut beritahu sesiapa.

Kita saja yang tahu.

Macam mana awak boleh dapat?

Profesor Nichcha?

Ya.

Saya memenuhi syarat yang ditetapkan.

Tentu awak pun selalu tak tidur.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left