The first 200 lines.
Cakaplah, saya sedang mendengar.
Saya turut bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Mungkin saya ada melakukan kesilapan ketika saya meminta tandatangan wakil rakyat lain.
Ataupun mungkin ia terjadi kerana saya menaikkan kemarahan Ketua Go.
Kita tidak tahu tentang itu.
Kalau ya pun begitu, ia berlaku kerana awak hanya cuba untuk menepati janji awak.
Pendek kata, ini bukan salah awak.
- Kenapa awak boleh begitu tenang? - Siapa yang mengusulkan rang itu tidak penting.
Saya tidak kisah tentang itu.
Saya cuma memikirkan adakah orang itu akan dapat menguruskannya dengan sebaik-baiknya.
Awak fikir GKP akan memberikan penghargaan kepada awak?
- Awak pun tahu yang mereka takkan sesekali berbuat begitu. - Jadi?
Sekarang pun, saya tiada pilihan lain selain melihat saja apakah langkah mereka yang seterusnya.
Maksud saya adalah, awak sepatutnya naik marah sekarang.
Kalau tak marah pun, sekurang-kurangnya awak patut berasa sedih.
Sama ada saya nak marah ataupun tidak, itu urusan saya.
Kenapa awak nak menyibuk pula?
Kalau awak benar-benar nak membantu,
tolong tinggalkan saya sendirian.
Kerana sekarang pun, kepala saya terasa bagai nak pecah disebabkan awak.
Jadi, jangan mengganggu saya!
Sekarang saya dah benar-benar naik marah disebabkan awak.
Awak dah puas hati kerana saya naik marah?
Mendengar kata-kata awak itu, saya rasa awak sebenarnya marah akan saya.
Mendengar kata-kata awak itu, saya rasa awak sebenarnya marah akan saya.
Awak ialah salah satu sebabnya, tapi bukan semuanya disebabkan awak.
Disebabkan awak, tumpuan saya terganggu.
Kerja saya, masa saya, awak juga terlalu--
Reaksi saya agak keterlaluan. Mungkin kerana saya sedikit kecewa.
Kalau saya nak habiskan kata-kata saya, tentang usul itu--
Awak tak perlulah buat begitu lagi. Jadi, hentikanlah.
- Tentang usul itu-- - Awak tak perlulah bersikap terlalu dingin tentang hal ini.
Perkara dah terjadi, apa lagi saya boleh buat?
Siapa yang mengusulkan rang itu tidak penting. Apa yang penting adalah untuk siapa rang itu dibuat--
Saya bukannya bercakap tentang usul itu.
- Ciuman itu? - Ya, ciuman itu.
Ciuman itu boleh tahanlah. Taklah seteruk mana.
Taklah seteruk mana?
Takkanlah hanya kerana satu ciuman tadi,
awak nak menganggap seperti satu hal yang sangat besar telah terjadi?
Memang pun begitu.
Antara 2 lelaki dan wanita dewasa yang masih bujang
dan saling merelakan, itu satu perkara biasa.
Apapun, sekarang nasi sudah menjadi bubur...
saya tak rasa apa-apa.
Tapi memandangkan awak mungkin tak dapat mengawal perasaan awak sendiri,
apa kata kalau kita cuba untuk saling tidak berjumpa lagi hari ini?
Macam mana kita nak buat? Awak pergi dulu atau saya yang pergi dulu?
- Kalau begitu, saya pergi dulu. - Sekejap.
- Kenapa? - Tiada apa-apa. Awak pergilah.
Tunggu seketika sebelum awak turun.
Kenapa dengan perempuan itu?
Kau lakukan dengan baik sekali, No Min Yeong. Lakonan yang baik sekali.
Lambatnya.
Aku seorang wanita yang hebat. Aku seorang yang kool.
Itu memang sangat kool. Aku-- Aduh, penatnya.
Apa yang berlaku tadi?
Kelihatannya seperti dia hanya berpura-pura yang dia tak apa-apa.
Aku--
Malunya!
Aku betul-betul tak faham. Aku betul-betul tak faham dengan perempuan itu.
Orang yang tak dapat mengawal perasaannya itu bukan saya tetapi awak.
Orang yang tak dapat mengawal perasaannya itu bukan saya tetapi awak.
Mana mungkin? Jangan mengekori saya.
- Saya pun mengikut arah ini juga. - Saya dah cakap jangan mengekori saya.
- Kalau begitu awak ikutlah jalan lain. - Dia ni.
Sejak kebelakangan ini, saya selalu melihat kamu berdua bersama.
Itu kerana GKP yang selalu membuat hal.
- Apa maksud kamu? - Tuan tak rasa malukah?
Kenapa saya perlu rasa malu?
Sudahlah mereka ini tiada apa-apa kuasa atau sokongan...
jadi kenapa tuan masih nak menindas mereka?
Kalau ya pun tuan tak boleh bersikap adil,
sekurang-kurangnya janganlah melakukan perkara yang hina dan memalukan.
Sebab itulah saya meminta kamu memberitahu saya apa yang telah berlaku sebenarnya.
Apapun, saya akan terus berwaspada terhadap awak semua.
Saya nak tengok sebaik mana awak semua akan buat dengan usul rang yang telah dicuri itu.
Wakil Rakyat Gim, awak masih ingat yang kita ada perkara untuk dibincangkan?
Perkara apa? Oh, tentang apa yang baru kita buat di tingkat atas tadi?
Bukan itu. Tentang apa yang kita bincangkan di tingkat atas tadi.
Kenapa? Nak buat lagi? Awak nak buat lagi?
Apa halnyalah dengan mereka berdua itu?
Saya memang tak pernah terlepas babak-babak menarik di sini, Ketua Go.
Memandangkan awak begitu terhibur, mungkin saya patut mengenakan bayaran untuk awak yang menonton.
Saya pergi dulu.
Tunggu dulu. Sekejap awak suruh saya jangan ikut awak, sekejap awak suruh saya ikut awak.
Apa yang awak nak saya buat sebenarnya?
Sebenarnya kenapa awak begini?
Saya langsung tak dapat memahami awak, No Min Yeong.
Ada kesan di sebelah kanan.
- Kesan apa? - Gincu saya.
Saya yakin yang saya dah beritahu awak yang awak tak perlu buat begitu lagi.
Bukankah ia bermaksud yang awak nak tolong lapkan kesan gincu itu?
Tapi, awak asyik cakap yang saya tak perlu buat begitu lagi.
Bagi saya, bunyinya seperti awak mengharapkan yang saya akan buat begitu lagi.
- Yalah tu. - Kalau bukan, tak apalah.
- Laplah dulu sebelum pergi. - Kenapa?
- Saya akan tolong lapkan. - Tunggu sekejap.
Bibir saya sangat sensitif, jadi awak perlu berhati-hati.
Buat dengan lembut dan perlahan-lahan.
- Awak dah tertangkap. - Tertangkap apanya?
Awak tak perlu berpura-pura seperti tiada apa-apa berlaku.
Apa ini? Memalukan betul.
Adakah saya terlalu mengejutkan awak?
Saya minta maaf, No Min Yeong.
Awak tahu berapa lama telah kami habiskan
untuk memikirkan tentang usul rang itu?
Tapi awak dengan sewenang-wenangnya saja mencuri usul itu daripada kami, si pencuri!
Awak ada apa-apa bukti, Wakil Rakyat Go?
Pada zaman moden ini, awak tak boleh menuduh orang yang tak bersalah tanpa sebarang bukti.
Jangan membazir masa lagi, biar saya kerjakan awak.
Selepas saya kerjakan awak, mungkin awak akan ada kesedaran diri.
- Kesedaran diri? - Mari sini.
- Lepaskan saya. Lepaskan. - Wakil Rakyat Go Dong Suk, sebaik saja penggal baru parlimen dimulakan,
awak tahu apakah perkara pertama yang akan dilakukan?
Iaitu mencuri usul rang wakil rakyat yang sudah tamat penggalnya dan mengambilnya sebagai usul sendiri.
Iaitu mencuri usul rang wakil rakyat yang sudah tamat penggalnya dan mengambilnya sebagai usul sendiri.
- Jadi? - Saya terlalu berpegang pada kesedaran diri selama ini dan tidak berbuat begitu.
Tapi apa yang saya dapat? Hanya gelaran sebagai wakil rakyat yang tidak pernah mengusulkan apa-apa rang untuk diluluskan.
Sebab itulah saya memutuskan untuk mengabaikan kesedaran diri saya.
- Jadi sebab itukah awak mencuri usul rang itu? - Kalau awak ada bukti, tunjukkanlah.
Maaflah tapi ini saja cara yang ada sekarang.
Nuna, kenapa awak buat begini?
Kalau awak berkeras untuk buat begini, saya juga sudah tiada pilihan lain lagi.
- Lepaskan saya. - Kalau saya lepaskan, awak akan memukul saya.
- Lepaskan! - Tunggu sekejap.
- Apa yang telah berlaku kepada awak dalam masa beberapa tahun ini? - Apa?
Macam mana awak boleh kelihatan begitu tua?
Awak pula? Macam mana awak boleh langsung tak berubah dalam masa beberapa tahun ini?
Kenapa awak masih seperti budak-budak? Bila awak nak matang?
Nuna, saya mencintai awak.
Awak masih seorang budak. Maafkan saya, tapi datanglah semula setelah awak matang ya.
Awak masih ingat? Go Dong Suk! Aduh!
Awak... sekali lagi awak buat begini,
ketika itu, awak akan terlantar di hospital, faham?
Cubalah jadi manusia, Mun Bong Sik.
Go Dong Suk. Aku mesti membalas dendam.
Go Dong Suk!
Awak tahu ini apa?
Ini ialah kad undangan perkahwinan Dr. Cha, bekas suami awak.
Saya dengar walaupun awak bersikap kasar seperti ini pada saya, tapi dengan Dr. Cha, awak memijak semut pun tak mati.
Dengarnya awak masih nak berpaut pada dia meskipun dia telah curang pada awak.
Berbeza betul layanan awak terhadap orang lain. Kenapa? Awak fikir saya mudah dibuli?
Lupakan sajalah.
Mati sajalah. Aku patut mati saja. Aduhai.
- Ya, Ketua. - Inikah yang kamu panggil kitaran 3 nasib malang?
Disebabkan kitaran 3 nasib malang, maka kamu boleh sesuka hati mencuri usul rang wakil rakyat dari parti lain?
Saya minta maaf.
Bincangkan usul itu baik-baik dengan jawatankuasa.
Memandangkan kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab ditambah pula orang ramai yang sentiasa memerhatikan tindak-tanduk kita...
awasi baik-baik bagaimana pihak media akan mengendalikan hal ini dan pastikan mereka menutup mulut. Faham?
Saya akan ingat semua itu, tuan.
Selamat datang, Wartawan An.
Saya dah datang, Pembantu Song.
Saya tiada masa sekarang, saya sangat sibuk.
Saya dah dengar mengenai hal usul rang itu.
Beritahulah saya dengan terperinci. Kan saya seorang wartawan.
Tak bolehkah saya bertanya sebagai seorang wartawan?
Awak bertanya sebagai seorang wartawan secara formal?
Kalau betul, saya akan menjawabnya.
Sejujurnya, saya tak berminat tentang itu.
- Ini satu perkara yang amat penting. - Saya juga tak berminat tentang itu.
Pagi tadi, No Min Yeong... saya rasa dia cemburu.
Saya cakap betul ni. Saya dapat merasakannya.
Dia bukannya cemburu. Dia cuma bingung kenapa dalam banyak-banyak orang, awak yang boleh berada di rumah saya.
Kenapa? Kenapa? Apa masalahnya dengan saya?
Selain perangai saya, saya ni berkelas tinggi.
Apapun, awak dah silap. Sejak mula lagi, Min Yeong hanya menganggap saya sebagai seorang ahli keluarga.
- Itu saja? - Seonbae, awak tak sepatutnya begini.
Awak tahu yang saya ni bagaikan bom masa gila yang sedang berdetik.
Kalau awak terus tidak mengendahkan saya seperti ini, saya mungkin akan meletup bila-bila masa saja.
Saya boleh menggunakan pengaruh media untuk membenam No Min Yeong ke tanah.
Maka dia akan terus tersungkur dan tidak dapat bangkit lagi.
Kenapa? Awak risau akan No Min Yeong?
Tidak. Saya risau akan awak.
Beberapa tahun dari sekarang, macam mana agaknya perasaan awak
ketika awak mengingati diri awak yang sekarang?
Pasti awak akan berasa malu, dan amat malu.
- Saya takkan berasa begitu. - Awak akan berasa begitu.
Saya akan menghantar maklumat berkenaan hal itu kepada awak melalui emel,
jadi awak tulislah berita itu baik-baik ya.
Kenapa saya nak tulis berita itu pula?
Seonbae, saya belum habis cakap lagi. Seonbae!
Sudahlah tu. Parlimen pun boleh runtuh dibuatnya.
Rumit sangatkah masalah ini bagi awak?
Badan awak sudah mengakui isi hati awak.
Tapi hati saya masih jauh lagi daripada itu.
Awak juga pernah cakap...
"Walaupun dunia ini menjadi milik Gim Su Yeong, awak tetap akan menjadi seorang yang terkecuali daripadanya".
Jangan senyum. Awak kelihatan seperti sedang merakamkan iklan ubat gigi apabila awak senyum.
Saya sedang serius sekarang.
Sekarang kita tinggal di dunia di mana Presidennya bertelingkah dengan Timbalan Presiden.
Tapi kalau orang tahu wakil rakyat konservatif dari GKP bersama dengan wakil rakyat parti progresif,
apa orang akan kata?
Awak fikir dunia seperti ini adalah normal?
Normal atau tidak,
inilah dunia tempat tinggal kita. Awak tak takutkah?
Takut akan apa?
Kita akan mendengar pelbagai cemuhan dan akan dibuli oleh orang lain.
Oh ya, awak tak pernah dibuli oleh orang lain selama ini, bukan?
Siapa kata tak pernah? Kejadian alat pemadam api itu.
No comments yet. Be the first to leave one.