The first 200 lines.
[ Semua tempat, watak, firma dan acara dalam drama ini hanyalah rekaan. ]
Ada seseorang culik saya pada waktu siang.
Saya rasa jadual saya akan terganggu.
Jadi saya ambil langkah berjaga-jaga.
Cuaca sangat baik, bukan?
Saya tak tahu kenapa, tapi saya sangat teruja.
Kenapa dengan awak?
Kalau awak ubah personaliti awak,
saya takkan sambung kontrak.
Saya boleh ikut awak ke mana saja.
Awak nak saya kahwin dengan awak?
Hei.
Ini komedi, bukan dokumentari.
Awak takkan dapat muncul dalam rancangan komedi kalau begini.
Rancangan komedi yang tak menyeronokkan atau menyentuh hati
patut dibatalkan.
Bbiyong memang tak tahu malu.
- Dia patut berhati-hati... - Apa?
Berani dia mabuk?
Bbiyong tak ada rasa bersalahkah?
Nampak macam Bbiyong berlagak
seolah-olah dia terasing dan berjiwa bebas.
Kuat berdrama betul!
Kenapa awak nampak serius?
Bbiyong.
Ada dengar khabar dari dia?
Pasukan undang-undang kata
mereka dah hantar notis saman berkenaan tanggung rugi.
Tapi dia kata dia juga takkan berdiam diri
dan dia akan saman kita kerana memfitnah.
Dungunya.
Dia tahu dia tak boleh menang. Kenapa lawan?
Dia bukannya dungu.
Dia cuma belum kenal saya lagi.
Helo?
Tuan di mana?
Tuan kena datang pejabat.
Lepas! Saya kata lepaskan!
- Jangan rakam! - Hei! Saya Bbiyong!
Awak tahu apa jasa saya pada Starpeace?
- Sudahlah. - Hei!
Panggil CEO Cha.
- Bawa dia ke sini! - Hei.
- Awak tak endahkan saya? - Hei.
- Pergilah balik. - Hei!
Panggil CEO Cha, tak guna!
- Hei! - Panggil CEO Cha!
- Hentikan! - Panggil Che Jae-hyuk!
Lelaki tak guna.
Hei!
- Sudahlah! - Mari sini!
Mari sini, tak guna!
Cukup!
Lepas!
Tak guna...
Hei!
Bawa Ji-han pergi.
Lepaskan.
Lepaskan saya!
Lepas!
Hei! Pengecut!
Jangan bersembunyi belakang orang lain macam budak-budak.
Mari sini, tak guna!
Mari sini!
Diam, Bong Chung-bong.
Tahu di mana batas awak.
Faham?
Saya dengar dia minum sepanjang hari.
Bukan sebab awak.
Awak tahu, bukan?
Tak guna!
Tak apa.
Kalau awak nak cakap sesuatu,
datang semula bila awak dah tak mabuk.
Masih ramai orang
yang ingat awak sebagai Eksekutif Bong.
Oh, Tuhan!
Macam mana awak boleh masuk?
Kenapa dengan Bbiyong?
Awak nampak?
Tak ada apa-apa.
Awak pun tahu.
Dia telefon saya beberapa kali dan katanya itu tak adil.
Dia terima lagu itu, tapi dia tak dengar.
Awak rasa
itu masuk akal?
Pengarah Yoon.
Ia hanya berlaku sekali saja.
Awak nak kata yang ia bukan berita yang menarik.
Tapi saya yang patut putuskannya.
Saya cuba bantu awak buat keputusan dengan cepat.
Saya akan guna gambar ini dan tulis
tentang skandal romantik awak berdua.
Kalau begitu awak perlu tulis fiksyen.
Saya tak rasa begitu.
Bila orang lihat ini,
mereka takkan fikir ia fiksyen.
Kalau begitu, tulislah.
Kalau awak nak sangat buat begitu,
teruskan saja.
Kalau begitu, tulislah.
Kalau awak nak sangat buat begitu,
teruskan saja.
Dia takkan tulis seperti itu.
Wartawan Mo hanya berminat dengan Ji-han.
Saya?
Awak tak ingatkah macam mana dia boleh ada di sana hari itu?
Dia bukannya dungu.
Kalau dia nak tulis skandal, mesti ada Ji-han.
Apa patut saya...
Untuk dapatkan apa yang awak nak,
memang betul awak gunakan Ji-han.
Daripada biarkan hal itu diketahui umum,
skandal cinta tentang kita
akan kurang memberi kesan kepada Cotton Candy.
Jae-hyuk!
Tuan!
Sudah tentu jika itu berlaku,
kejayaan Cotton Candy akan diperkecilkan.
Mereka akan kata yang awak berjaya
kerana saya menyokong awak.
Kita tak ada cara lain lagi.
Lagipun kita memang dah jangkakan semua ini.
Kalau keadaan jadi teruk,
saya akan gunakan maklumat yang saya dah kumpul.
Kita tengok dulu apa Wartawan Mo nak buat sekarang.
Nenek.
Kenapa suara nenek lemah sangat?
Nenek sakit?
Taklah.
Nenek makan terlalu banyak
sampai nenek tidur nyenyak.
Jangan makan sayur saja. Makanlah daging.
Saya dah hantar elaun yang banyak kepada nenek.
Nenek gunalah!
Baiklah.
Nenek letak dulu, ya.
Macam mana dengan tonik yang saya hantar?
Nenek minum tak?
Peminat saya yang hantar.
Ia sangat mahal.
Jangan lupa minum setiap hari.
Ya, nenek takkan lupa.
Nenek letak dulu.
Nenek.
Saya rindu nenek.
Tak bolehkah nenek datang melawat saya di Seoul?
Saya akan ambil nenek di Stesen Seoul.
Saya tak sempat nak ke sana.
Nenek pun sama.
Nenek letak dulu.
Kenapa nenek asyik nak letak?
Macam mana dengan ketua kampung?
Dia selalu datang tengok nenek?
Televisyen baru nenek berfungsi dengan baik?
Lagu Dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Ramai yang kata suara Chae-ah buat mereka ketagih.
Awak menumpang pupulariti Dan.
Aduhai.
Buat-buat tak nampak sajalah.
Awak tahu apa Hyun-ji cakap?
Sayalah ahli yang hilang
dalam mimpi dia.
Dia kata saya akan dimasukkan ke hospital
sebab Calla akan serang saya.
Okey!
Saya akan hantar Seok-chun
ke stesen bila nenek sampai.
Okey.
Pakailah skarf merah yang saya belikan
- dan tunggu di sana. - Sedap.
Jangan ke mana-mana.
Walaupun nenek tak tahan nak buang air, okey?
Okey.
Baiklah. Saya letak dulu.
Selamat tinggal!
Nenek awak nak datang?
Ya.
Dia menolak pada mulanya.
Tapi dia rindukan cucunya yang cantik.
Bila dia sampai nanti,
dia kata dia akan masak untuk kita.
Yakah?
Ya! Saya sangat gembira!
- Baguslah. - Saya tak sabar.
Saya Bbiyong!
Saya dah sampai.
Panggil CEO Cha! Bawa dia ke sini!
Tak guna.
Awak tengok apa?
Panggil CEO Cha!
Awak jumpa dia semalam?
Ya.
Saya dengar dia hidup macam zombi.
Dia ada hubungi ahli lain beberapa kali.
Dia mabuk.
Apa yang dia cakap?
Ini tak adil.
Dia merungut.
Asyik bercakap tentang masa dulu.
No comments yet. Be the first to leave one.