The first 200 lines.
Kamu bukannya nak berpindah rumah. Berapa lama kamu nak pergi makan angin sehingga kamu membawa begitu banyak barang?
Memandangkan saya biasanya bekerja dengan bersungguh-sungguh, maka saya mestilah berseronok dan berehat dengan bersungguh-sungguh juga.
Dengan itu barulah saya bersemangat untuk kembali bekerja nanti.
Selepas balik nanti, apa yang akan kamu lakukan?
Entahlah. Macam mana kalau saya membantu di kedai makan makcik?
Budak bertuah ini.
Bukankah dia memang begitu?
Jadi berapa lama kamu nak pergi?
Entahlah. Mungkin sehingga semua wang simpanan saya habis digunakan?
Dan sehingga Bo Ri berhenti daripada berlagak seperti orang dewasa
dan kembali berkelakuan seperti kanak-kanak sebayanya.
Berapa banyak lagi wang simpanan kamu yang tinggal
setelah kebanyakannya kamu gunakan untuk kerja-kerja kebajikan kamu sebelum ini?
Bagus juga begitu.
Lagi sikit wang yang ada, maka kamu pun tak bolehlah pergi terlalu lama.
Jangan cuba-cuba nak meminta duit daripada makcik nanti.
Yalah, saya takkan meminta duit daripada makcik.
Betulkah awak tak apa-apa?
Apa?
Awak tak apa-apa?
Tentang hubungan awak dengan Su Yeong yang berakhir seperti ini saja.
Fikirkan baik-baik sama ada awak betul-betul tak apa-apa.
Hubungan awak berdua...
sampai di sini sajakah?
Saya pasti Gim Su Yeong dan saya akan dapat melalui semua ini dengan baik.
Tetapi, setiap kali kami menghadapi kesukaran...
atau berasa marah,
ataupun apabila saya teringatkan kakak saya...
ketika itu mungkin saya akan menyalahkan Gim Su Yeong atas semua itu.
Walaupun itu bukan salah dia, mungkin saya akan tetap menganggap itu adalah salahnya...
dan saya akan berasa marah terhadap dia.
Saya akan melukai hatinya
dan juga membencinya.
Sebab itulah saya memutuskan untuk menutup pintu hubungan kami.
Saya mahu berehat untuk beberapa ketika sehinggalah hati saya pulih semula.
Saya mahu berehat untuk beberapa ketika sehinggalah hati saya pulih semula.
Walaupun saya sendiri tidak tahu berapa lama masa yang diperlukan.
Saya tak apa-apa. Oppa...
seperti yang saya pernah cakap--
Ada yang tak kena dengan awak.
Awak tidak membawa ubat-ubatan dan pes cili.
Awak juga patut membawa rumpai laut. Bukankah awak sangat menggemarinya?
Dan...
ini ialah senarai nombor telefon kenalan saya kalau-kalau awak dalam keadaan kecemasan.
Pastikan awak membawanya sekali.
Terima kasih, oppa Jun Ha.
Sila menghantarnya ke alamat tersebut.
Ya.
Jangan pergi merayau-rayau di tempat yang kamu tidak biasa supaya kamu tidak tersesat.
Jangan keluar ke mana-mana pada waktu malam.
Dan jangan menerima makanan daripada orang yang tidak dikenali.
Kamu mesti sentiasa berhati-hati pada setiap masa. Faham?
Faham, saya akan berhati-hati.
Saya pun sama.
Ada kiriman untuk Cik No Min Yeong.
Ya, saya.
Terima kasih.
Bong Sik.
Awak sudah mula sedar?
Tuan tak apa-apa?
Sebagai langkah berjaga-jaga,
pastikan awak pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan.
Yang awak ada sekarang pun hanyalah beberapa idea bagus,
jadi macam mana kalau ada masalah dengan kepala awak nanti?
Saya pergi dulu.
Kau.
Ya.
Keluar dan berlari sekeliling padang 10 pusingan.
Cepat pergi.
Kenapa dengan awak sebenarnya?
Mana boleh awak pergi begitu saja.
Habis macam mana kalau saya tak pergi?
Saya betul-betul tidak faham kenapa awak berkelakuan seperti ini.
Awak sudah pernah berkahwin sekali sebelum ini.
Saya pula lelaki bujang yang tidak pernah berkahwin walau sekali pun lagi.
Semua orang pun akan menganggap bahawa saya ialah pihak yang rugi.
Awak sepatutnya rasa berbangga, betul tak?
Awak bukannya tak pernah berkahwin, tapi sudah beberapa kali tidak jadi berkahwin.
Pendek kata, saya belum pernah berkahwin.
Tidak kiralah sama ada sudah pernah berkahwin ataupun tidak pernah berkahwin,
Tidak kiralah sama ada sudah pernah berkahwin ataupun tidak pernah berkahwin,
parti kami sekarang berada dalam keadaan yang sukar disebabkan kejadian Wakil Rakyat No.
Tapi kalau saya juga melakukan perkara yang sama dan menimbulkan skandal dengan ahli GKP,
awak rasa apa yang akan terjadi?
Sebab itulah kita akan buat secara rahsia.
Secara rahsia apanya?
Tadi pun awak telah meluahkan isi hati awak di padang yang merupakan tempat awam ini.
Di tempat seperti inilah orang takkan menaruh apa-apa syak.
Tolong hentikannya.
Nuna.
Saya minta maaf.
Saya pergi dulu.
Nuna!
Itulah...
kali terakhir saya berjumpa dengan nuna secara peribadi.
Saya tak teringat pun yang saya tertinggal gambar ini.
Pasti Wakil Rakyat Go yang menghantarnya.
Saya akan membawanya balik nanti.
Baiklah.
Sudah sampai masa untuk mesyuarat.
=Lebih 100 pekerja penghantaran di Na Gwon mengadakan mogok=
=bagi menuntut bayaran gaji yang lebih tinggi dan persekitaran kerja yang lebih baik.=
==bagi menuntut bayaran gaji yang lebih tinggi dan persekitaran kerja yang lebih baik.==
=Mereka dilaporkan enggan membuat sebarang penghantaran sehinggalah kesemua tuntutan mereka dipenuhi.=
=Mari kita berhubung dengan wartawan yang bersiaran secara langsung di sana.=
Baiklah, saya faham. Terima kasih atas kerjasama awak semua.
Wakil Rakyat Gim, tolong tunggu sebentar. Yang lain boleh bersurai.
Baiklah.
Terima kasih semua.
Wakil Rakyat Mun, kamu juga boleh pergi.
Maafkan saya, Wakil Rakyat Mun.
Diam.
Wakil Rakyat Mun?
Yalah, yalah. Alahai.
Saya mendapat satu pesanan daripada Pengerusi An.
Katanya dia akan menghentikan segala-galanya.
Dia juga mengatakan yang Wartawan An sudah tiada perasaan lagi terhadap kamu.
Yakah?
Yakah?
Dalam keadaan ini, itu saja yang kamu boleh cakap?
Tanpa sokongan Pengerusi An, kamu fikir kamu boleh terus berjaya dalam bidang politik?
Walaupun buat masa sekarang Wartawan An dapat menghalang kemarahan Pengerusi An, namun...
dengan perangainya itu, kita tidak tahu bila dia akan meletup secara tiba-tiba.
Tolonglah.
Tolonglah berhenti daripada berfikir dengan hati kamu dan mula berfikir menggunakan otak kamu.
Tiada siapa lagi yang lebih sepadan untuk kamu melainkan Wartawan An.
Kamu tahu tak apa yang telah kamu terlepas sekarang?
Kalau begitu, tuan tahu tak jenis wanita macam mana yang telah saya terlepas?
Baiklah. Saya boleh memahami perasaan kamu sekarang.
Walaupun sekarang kamu terasa seperti nak mati...
tapi selepas beberapa lama--
Berapa lama?
Selepas berapa lama barulah kesakitan ini akan hilang?
Saya... terasa seperti benar-benar mahu mati.
Tuan cakaplah.
Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan sehingga kesakitan ini boleh hilang?
Saya...
sedang menunggu
Min Yeong memaafkan saya.
Tetapi,
sedangkan saya sendiri pun tidak dapat memaafkan tuan...
apatah lagi Min Yeong. Dapatkah dia memaafkan saya?
Adakah dia akan kembali ke pangkuan saya?
Tuan tidak tahu betapa takutnya saya rasa disebabkan semua ini.
Adakah tuan tahu?
Sekiranya...
tuan pernah menganggap saya sebagai anak tuan walaupun untuk sekali,
tuan tidak sepatutnya melakukan semua ini.
Tuan tidak sepatutnya melakukan sepertimana apa yang terjadi sekarang.
Hari ini...
ialah hari terakhir saya
sebagai anak tuan.
Janggal pula rasanya.
Saya tidak tahu pun mengenai pertemuan ini ketika saya datang tadi.
Sudah lama juga. Ini kali pertama saya pulang selepas setahun berlalu.
Sepanjang tempoh ini, saya telah berusaha gigih untuk menjadi seorang ahli politik yang baik...
tapi saya tidak tahu apakah hasilnya.
Sepertimana yang saya katakan ketika saya meletak jawatan, saya sentiasa mengikuti perkembangan politik menerusi pelbagai media.
Mungkin kerana saya terfikir yang saya sentiasa diperhatikan
Tapi, entahlah.
Saya tidak terlalu mengambil tahu tentang skandal. Saya berharap saya boleh bertemu awak lagi untuk kali kedua.
Walaupun saya amat berterima kasih,
Apapun, tolonglah fikirkannya. Luangkanlah masa untuk saya sebelum awak bertolak ke luar negara semula.
Saya tidak tahu pula ada wakil rakyat yang boleh diheret untuk ke pertemuan jodoh oleh para penasihatnya.
Sebab itulah saya mula terfikir untuk lebih bertegas terhadap mereka berdua.
Selama ini, mereka memang sering berbuat sesuka hati mereka.
~ Mun Bong Sik, Mun Bong Sik. Calon wakil rakyat no. 1, Mun Bong Sik. ~
~ Wakil rakyat no. 1, Mun Bong Sik. ~
~ Gembiralah Korea Selatan dengan Mun Bong Sik ~
Kenapa dia tak menyertai uji bakat bintang pop Korea saja...
sebaliknya menari di situ pula?
~ Mun Bong Sik, Mun Bong Sik. Calon wakil rakyat no. 1, Mun Bong Sik. ~
Nuna.
Selamat pagi. Selamat pagi.
Selamat pagi. Wah, lihatlah betapa segarnya ketam ini! Ini ketam rajakah?
Tuan!
Tuan tak apa-apa?
Apa nama kamu?
Comel betul.
Apa yang saya lakukan dengan baik akan saya teruskan. Apa yang salah akan saya betulkan.
Ada juga perkara yang sepatutnya saya lakukan namun tidak saya lakukan.
Itu adalah kehampaan saya.
Dan ada juga perkara yang tidak sepatutnya saya lakukan namun tetap saya lakukan.
Itu adalah kekesalan saya.
Sayang sekali kerana saya tidak cukup berani untuk melakukan apa yang sepatutnya.
Kesal kerana saya melakukan perkara yang tidak sepatutnya tanpa mempertimbangkannya dengan sebaik-baiknya.
Segala perkara baik dan buruk tersebut, apabila difikir-fikirkan segala kehampaan dan kekesalan itu...
melalui proses ini, saya percaya bahawa kita boleh membina masa depan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih bahagia.
=Mari kita melihat semula senarai kesemua wakil rakyat yang telah terpilih dalam pilihan raya bagi setiap daerah.=
=Bagi daerah Hanseong, Go Dae Ryeong telah terpilih.=
=Bagi daerah Seo Gyo, Min Gi Cheol telah terpilih.=
=Bagi daerah Pyeong Cheong, Cha Chung Sik telah terpilih.=
=Bagi daerah Nam Hui, Jeon Hui Seon telah terpilih.=
=Bagi daerah Nam Hae, Go Dong Suk telah terpilih.=
=Bagi daerah Na Gwon, Gim Su Yeong telah terpilih.=
Terima kasih banyak kerana telah mengundi saya. Terima kasih.
Saya ialah Mun Bong Sik. Terima kasih.
Terima kasih. Terima kasih. Saya takkan melupakannya.
Aku tak nak melakukannya.
Kalau tuan buat begini, mungkin lain kali pun tuan takkan terpilih lagi.
No comments yet. Be the first to leave one.