The first 200 lines.
Sub bY VIU
Resynced == ANANG KASWANDI ==
Awak mahu jadi seperti saya?
Jadi terus sembunyikannya.
Seperti yang saya sedang lakukan.
Saya...
bukan gay.
Itulah kebenarannya, Tae Wan.
Saya...
palsu.
- Helo. - Helo.
A Jin.
- Saya mahu beritahu awak sesuatu. - Tunggu.
Mari kita bercakap di luar.
Kenapa dengan keadaan yang tegang ini?
Apa yang sedang berlaku?
Saya tidak pasti.
Pertama sekali,
biar saya jelaskan.
Saya berbohong kerana...
Mari kita bincangkan perkara ini kemudian.
Memandangkan semua orang ada di sini,
mari kita bincangkannya kemudian.
Pastikan awak tidak tunjukkannya.
- Kami perlu bincangkan sesuatu. - Baiklah.
Saya minta maaf.
Encik Kang, saya minta maaf,
tapi saya tiba-tiba ada urusan penting dan perlu pergi.
Saya rasa lebih baik jika kami juga pergi.
Sebenarnya saya cuma mahu makan malam sebentar dengan awak...
Apa kata jika kita lakukannya lain kali?
- Baiklah. Jika begitu, lain kali. - Okey.
- Mari pergi. - Baiklah.
- Selamat tinggal. - Selamat tinggal.
Kenapa awak berbohong?
Saya perlukan...
duit itu.
Adakah awak sedar apa yang awak telah buat saya lakukan hari ini?
Saya jemput semua orang ke sini selepas fikirkannya berkali-kali.
Tapi awak palsu?
- Tae Wan... - Awak telah lakukan...
sesuatu yang keji.
Apa sebenarnya perkara itu?
Adakah awak tahu?
Ya, masuk.
- Awak mahu jumpa dengan saya? - Ya, silakan duduk.
A Jin,
kenapa awak rasa gemuruh?
Ia...
Cik Cha,
sebenarnya...
Saya...
masih belum dapat memujuk Cef Park.
Oh Tuhan.
Adakah ini sahaja yang awak mampu, A Jin?
Saya tidak tahu apa yang saya patut katakan...
semasa kami...
sedang berbincang untuk berikan awak kedudukan tetap.
Adakah saya patut beritahu mereka supaya pertimbangkannya semula?
Apa? Kedudukan tetap?
Betul.
Kenapa?
- Adakah awak sudah tidak berminat? - Apa?
Ya, sudah tentu saya berminat.
Awak masih ada masa,
jadi buat yang terbaik untuk pujuk dia.
Awak pernah lakukannya sebelum ini.
Baiklah.
Awak boleh lakukannya, betul?
Ya, saya boleh.
Apa ini? Kenapa dengan awak?
Fail...
untuk rakaman kamera tersembunyi awak.
Kenapa awak padamkan kesemuanya? Awak telah merakam sesuatu?
Awak serius?
Tunggu sebentar.
Bagaimana awak tahu saya telah padam kesemuanya?
Adakah awak mengintip komputer saya lagi?
Saya sudah beritahu awak jangan lakukannya!
Kenapa awak tidak mahu dengar cakap saya?
Ini tidak lucu.
- Saya tidak nampak apa-apa. Ini. - Hei.
Saya akan saman awak kerana menceroboh privasi.
- Baiklah. - Awak jangan berani...
Apa yang bawa awak ke sini?
Saya mahu minta maaf secara rasmi.
Saya rasa bersalah...
tentang bagaimana awak pergi malam semalam.
Silakan duduk.
Saya akan jujur dengan awak.
Saya telah cuba yang terbaik untuk cari cara lain,
tapi saya tiada pilihan lain.
Ketika itu, A Jin sedang cari seorang cef gay.
Dan dia cakap saya hanya perlu memasak di kaca televisyen.
Saya sedang terdesak...
dan tidak berfikir dengan betul.
Tae Wan.
Saya minta maaf...
kerana telah menyakiti awak.
Jadi,
apa yang awak akan lakukan mengenainya?
Sejujurnya saya tidak tahu.
Ini tidak akan berakhir...
dengan hanya saya sahaja yang terluka.
Saya benar-benar minta maaf...
kerana tidak dapat beritahu awak lebih awal.
Saya telah fikirkannya...
beberapa kali,
bagaimana saya patut datang bertemu dengan awak...
dan apa yang saya patut katakan.
Awak mengenali saya.
Saya tidak tahu tentang perkara lain selain memasak.
Itu sebabnya...
saya memutuskan...
untuk beritahu awak perkara sebenar.
Ibu, saya di sini.
Sudah lama kita tidak bertemu.
Saya minta maaf.
Hari ini...
Saya sangat rindukan awak.
Bistro ditutup. Awak pergi mana?
Apa?
Kenapa awak pergi ke sana?
Mari kita...
hanya minum tiga gelas seorang.
Biar saya tuangkan untuk awak.
Mengenai "Kudapan Manis"...
Awak sudah tahu, bukan?
Saya tidak boleh bayangkan apa yang awak sedang rasakan sekarang...
dan kesakitan yang awak tanggung.
Bila difikirkan...
bahawa semua itu berlaku disebabkan kecuaian saya...
Ia buat saya rasa sedih.
Ayah.
Itu semua salah saya.
Awak tidak buat apa-apa salah.
Awak pasti tidak akan lakukannya jika saya tidak alami kemalangan.
Saya akan betulkan keadaan.
Saya akan beritahu mereka di stesen penyiaran itu...
bahawa itu semua salah saya dan minta maaf daripada mereka...
Tidak, ayah.
Jika perkara sebenar terbongkar,
ada terlalu ramai orang yang akan terluka...
disebabkan saya.
Jadi?
Awak memang berniat untuk terus begini?
Jadi apa yang akan berlaku kepada awak?
Awak akan jadi orang yang terima kesan paling teruk.
Saya tidak boleh duduk diam dan lihat perkara itu berlaku.
Cef Park, awak berada di mana?
Semua orang sudah ada di sini.
Cef Park!
Sudah lama kita tidak bertemu.
Saya sudah lama mahu pergi ke Bistro.
Saya mengidam untuk makan...
bubur landak landak laut yang awak telah sediakan untuk kami dahulu.
Sang Young, bagaimana dengan malam ini?
Sebenarnya, saya ada mesyuarat dengan kakitangan malam ini.
Oh, baiklah.
Itu sangat malang. Mari kita cari masa lain.
Sebenarnya...
saya sudah terlambat untuk mesyuarat.
Oh, jika begitu teruskan.
Jumpa lagi.
Tunggu.
Adakah awak akan berada dalam mesyuarat sepanjang malam?
Kenapa awak sangat dungu?
Adakah awak fikir saya akan singgah di Bistro tanpa sebab?
Saya cuba buat dia bersetuju...
dengan "Kudapan Manis Musim Kedua".
Saya sedang cuba bantu A Jin.
Oh Tuhan.
Kenapa dengan awak sejak kebelakangan ini?
Tentang apa yang saya katakan sebelum ini,
Saya sudah selesaikan masalah dengan pasukan pemasaran.
Selebihnya akan diperbaiki tidak lama lagi.
Baiklah. Jadi boleh saya teruskannya?
Ya silakan.
Baiklah.
- Helo. - Helo, Cef Park.
Awak sudah terlewat sedikit.
Awak sudah jumpa tetamu?
- Apa? - Seorang tetamu.
Belum lagi.
Cef Park, adakah awak sudah melihat skripnya?
Ya.
Krystal akan muncul dalam rancangan kita sebagai tetamu.
Dia sangat sibuk sejak kebelakangan ini,
tapi saya telah berjaya pujuk dia.
Dia cakap bahawa dia adalah peminat Cef Park.
- Betul? - Kita akan dapat rating tinggi.
Saya...
Saya akan jumpa awak semua pada penggambaran seterusnya.
- Baiklah. - Baiklah.
- Terima kasih. - Terima kasih.
Encik Kang.
Boleh kita bercakap sebentar?
Baiklah.
Jika begitu...
saya yang patut pergi dahulu.
No comments yet. Be the first to leave one.