The first 200 lines.
Okey. Mari kita berpusing.
Ya.
Kita akan mulakan sesi ini dengan kuiz.
- Kuiz? - Kuiz.
- Uji ingatan ayah. - Uji ingatan ayah.
- Sedia? - Sedia.
Okey.
Di jalan mana rumah kelahiran ayah?
- Jalan Shieldhall. - Betul.
Tarikh ulang tahun perkahwinan ayah?
12 Mac 1966.
Siapa penjaring gol pertama ketika ayah jadi pengurus Man United?
- John Sivebæk. - Betul.
- Ayah ada tiga anak lelaki. - Ya.
Tarikh lahir mereka?
Kamu dan kembar kamu, Jason dan Darren...
lahir pada 9 Februari 1972.
- Mark pula 18 September 1968. - Betul.
Apa nama agensi pelancongan yang ayah gunakan di Aberdeen?
Harry Hynds.
Harry Hynds Malapetaka.
Apa yang ayah ingat tentang Sabtu, 5 Mei 2018?
Tiada apa.
Sabtu 5 Mei 2018
Khidmat ambulans. Pesakit masih bernafas?
- Ya. - Ceritakan perkara yang berlaku.
Ayah saya rasa tak sihat.
Dia pengsan dan tak boleh bangun.
Jadi doktor suruh telefon ambulans.
Saya sedang mengaturkan bantuan.
Boleh beritahu saya perkara yang berlaku?
Saya tak tahu. Ibu saya tak nampak.
Keadaan dia teruk.
- Berapa umur dia? - 76 tahun.
Siapa nama awak?
- Jason. - Jason?
- Ya? - Siapa nama dia?
Alexander Ferguson.
Terasa bagaikan dalam terowong gelap.
Tapi apabila keluar...
dan melihat sinaran matahari...
sebilangan besar telah bersatu.
Kenangan.
Saya kata, ada orang gigit saya.
Dia kata, "Lain kali, gigit dia balik.
Pastikan awak gigit dia balik."
Kita berfikir sejenak, "Saya takkan melihatnya lagi."
Busby, 1.30
Yakin?
Bawalah pergi segala masalah.
Itulah lagunya.
Bobby Charlton melambai pada saya.
Kenangan.
Ini permainan yang sukar.
Saya boleh uruskannya.
Itu hari yang indah.
Saya terjaga...
Hujan mencurah-curah dari langit.
Pengurus bola sepak terhebat Britain, Alex Ferguson...
bekas pengurus Manchester United...
sedang dirawat kerana perdarahan otak.
Pesaing hebat dalam bola sepak, tapi juga punca perpecahan.
Dia telah mencapai kejayaan yang tiada taranya...
selama lima dekad...
Anak didiknya yang terkenal, Cristiano Ronaldo, David Beckham.
Teruskan berjuang, bos.
Kami kirimkan doa kepada Cathy dan seluruh keluarga.
Kami berada di bilik tepi.
Doktor itu kata, "En. Ferguson...
malang sekali, ada perdarahan pada otak awak.
Kami perlu hantarkan awak ke Hospital Diraja Salford...
secepat mungkin untuk menjalani pembedahan."
Secara tiba-tiba dia memegang kepalanya dan kata...
"Saya harap ingatan saya tiada masalah.
Semoga tiada masalah dengan ingatan saya."
Saya balas, "Betul, bukan?"
Dia mula ceritakan kisah-kisah rawak.
Kisah-kisah itu...
ialah kisah yang dah lama berlaku.
Rasanya dia ceritakan kisah itu...
untuk meyakinkan diri dia yang dia masih...
ada ingatan.
Ibu saya...
membawa saya dan troli besar itu...
ke taman awam di Glasgow.
Saya sentiasa ingat...
di seberang kami...
ada limbungan kapal.
Tactician
Rumah kami dalam bayangannya.
Kalau bekerja di atas kapal ini.
Angin bertiup di River Clyde.
Oh, Tuhan.
Dapat rasakan angin itu?
Ayah saya bekerja di sana selama lebih 40 tahun.
Ayah saya.
Saya akan ceritakan perkara yang berlaku.
Sejarah itu.
Hal itu melekat di ingatan.
Cuba fikir.
Sebagai seorang pengurus...
saya selalu berbaring di atas katil, berfikir tentang perkara...
untuk katakan kepada pemain agar mereka terkesan.
Ya?
Saya akan bercakap tentang pelombong...
pekerja limbungan kapal...
tukang impal atau tukang peralatan.
Orang yang berasal daripada keluarga susah.
Saya selalu tanya mereka, apa pekerjaan datuk awak?
Apa pekerjaan ayah awak?
Saya perlu fahamkan mereka...
tujuan datuk mereka bekerja...
dan nenek mereka juga sebahagian daripadanya.
Mereka perlu memastikan semuanya bermakna.
Juga...
dengan semua trofi yang saya dah julang...
dan semua pemain hebat yang saya pernah ada...
rasanya itulah yang membawa kegembiraan.
Asal usul kita sangat penting.
Kita datang dengan satu identiti.
Saya berasal dari Govan.
Saya anak Govan.
Saya sukakan kesibukan tempat itu.
Orang menjual buah dengan troli.
Banyak aktiviti orang di sekeliling.
Tempat itu meriah.
Tapi ada sisi buruk padanya.
Dari masa ke masa, saya perlu berhadapan dengan...
orang dari kawasan lain.
Kawasan yang sangat susah.
Kadangkala, saya perlu melindungi adik saya.
Martin.
Alex memang berjiwa pemimpin.
Dia sentiasa mahu mengetuai.
Alex sentiasa jadi yang pertama bertindak.
Ada budak membuli Martin, maka saya pergi ke rumah dia.
Ayah dia buka pintu dan tanya, "Apa yang awak nak?"
Saya kata, "Saya nak jumpa anak awak.
Dia buli adik saya."
Dia kata, "Bukan masalah saya." Dia tutup pintu.
Saya jumpa dia di taman permainan.
Dia seorang yang tegap.
Apa pun, dia tak buli Martin lagi selepas itu.
Semua orang ada perangai tersendiri.
Ada yang biarkan saja.
Ada yang kata, "Tidak! Saya tak boleh terima."
Kalau membesar di tempat seperti Govan...
kebanyakan orang berusaha untuk tinggalkannya.
Disebabkan sikap kapitalis terhadap kaum buruh.
Biarkan mereka tertindas.
Tiada syak lagi tentangnya.
Saya bernasib baik sebab...
bola sepak menyelamatkan saya.
Menerusinya, saya berjaya melepaskan diri.
Saya berkembang.
Ayah saya memainkan peranan penting.
Dia ikut kami ke mana-mana.
Dia sentiasa menggalakkan kami.
Dia pastikan kami tidur awal sebelum hari perlawanan.
Terdapat beberapa kelab mula menghubungi ayah saya.
Tapi saya mengharapkan untuk diambil oleh Rangers.
Saya peminat besar Rangers.
Saya tinggal di belakang stadium.
Kelab Bola Sepak Rangers
Tapi ayah saya tak benarkan saya bermain sepenuh masa.
Saya perlu menjalani perantisan dulu, baru boleh bermain sepenuh masa.
Dia cuba melindungi saya kalau saya gagal menjadi pemain bola.
Tapi saya tak rasa ada buruknya...
menjalani perantisan sebagai tukang peralatan.
Hal itu membantu saya untuk memahami sifat manusia.
Kesatuan.
Tiada maruah sesiapa pun yang setanding dengan keistimewaan...
sebagai kaum buruh Scotland.
Ibu saya seorang yang tabah.
Dia seorang sosialis yang tabah dan...
Saya menjadi pelayan kedai ketika perantisan.
Serangan Perantis April 1960
Para perantis menyerang.
Detik itu amat penting bagi saya.
Saya berbesar hati dapat jadi sebahagian daripadanya.
Hal itu bukan tentang anda, tapi tentang kami.
Sebagai sebuah pasukan.
Tiada yang lebih penting...
daripada seseorang yang kesusahan, tapi tak mudah mengalah.
Tapi ketika menjalankan perantisan...
saya bermain bola secara sambilan di St. Johnstone.
Saya perlu pergi ke sana tiga kali seminggu.
Sukar betul waktu itu.
Saya pulang pada pukul 1:30 pagi.
Bangun pukul 6:00 pagi.
Saya putus harapan untuk terus bermain bola sepak...
sebab saya bukan pemain pertama sepanjang masa.
Kerjaya saya merudum.
Saya mula...
Macam mana nak kata?
Saya mula tak menentu.
Saya keluar ke bandar.
Saya mula keluar malam Jumaat, walaupun sehari sebelum perlawanan.
Ayah saya tanya...
"Kamu nak ke mana?"
No comments yet. Be the first to leave one.