Release info

Detective K Secret of the Living Dead 2017 720p
A Commentary by Nasrull07
Movie Link ------- http://oke.io/F3HOzqII

Tags

720p
720
Published on: 2018-09-26
Downloads: 43
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

sync Nsl

Pada tahun 1789,

...muncul seekor puaka yang menghisap darah manusia...

...dan menimbulkan huru-harakan di seluruh negara.

Ini laporan mengenai puaka tersebut.

Ia menghisap darah manusia dan juga boleh terbang.

Ia kuat seperti raksasa dan akan sembuh segera selepas tercedera.

"SULIT"

Satu-satunya cara untuk membunuh puaka tersebut...

...adalah dengan membakarnya.

Hidup dengan darah. Mati dengan api.

Darah memberinya nyawa.

Api membunuhnya.

Di sana!

Cari dia segera! Arah sana!

Cari di seluruh bukit!

- Di sana! - Tangkap dia!

- Arah sana! - Tangkap dia!

Tangkap dia sekarang!

Awak harus tangkap dia sebelum subuh.

Di mana dia?

Siapakah...

...saya?

Cari di semua tempat!

Cari dia sebelum matahari terbit!

Mari masuk ke dalam.

Cepat! Bergerak lebih pantas!

Awak kenal saya?

Cari dia! Cepat! Cari di semua tempat!

Apa ini?

Siapa awak dan siapa saya?

Di sana! Tangkap dia!

Tembak!

- Ayuh! - Baik, tuan!

"Detective K: Secret of the Living Dead"

Apa yang awak cari?

Kenapa kita buat begini, tuan?

Ada puntianak di sini.

Puntianak? Apa itu?

Puaka yang menghisap darah!

Mayat-mayat tidak berdarah akan selalu muncul setiap kali sarkas ini melawat.

Pasti ada puntianak di sini.

Mustahil! Itu tak masuk akal!

Saya dengar silap mata awak agak terkenal juga.

Baik, mari lihat betapa hebatnya awak.

Baiklah! Saya pasti awak suka.

"DUO HEBAT QING"

Pedang sebenar?

Ya! Dia masuk orang dalam kotak kemudian menikamnya!

Sungguh dahsyat.

Kotak itu terlalu kecil.

Pasti ada ruang untuk mengelak pedang di dalam kotak itu.

Usah bimbang.

Mana ada ruang di dalam untuk mengelak!

Silap mata hanyalah helah. Percayalah saya.

Saya tak boleh percaya awak!

Tolong saya! Tolong!

Kotak ini terlalu sempit!

Saya tak boleh bernafas! Tuan!

Emak! Emak!

Tuan!

Tuan! Lepaskan saya! Tolong!

Di dalam ini tiada ruang untuk bersembunyi!

Keluarkannya, tak guna!

Alamak!

Darah!

Seo-pil!

Seo-pil, awak tak apa-apa?

Saya mengelak semuanya.

Itu darah.

Dia berdarah!

Saya sudah kata kotak itu terlalu kecil, tak guna...

Seo-pil! Seo-pil!

Tolong! Anak saya hilang!

Eon-nyeon!

Tolong cari anak saya!

Emak di mana?

Emak! Emak di mana?

Emak!

Emak!

Puntianak jahat!

Awak korbankan nyawa tak berdosa demi menyelamatkan nyawa awak!

Berani awak!

Memang betul gerak hati saya.

Kecurigaan awak boleh membawa padah pada diri sendiri!

Kali ini, saya akan serang kepala awak!

Berhenti!

Ayah!

Mari hentikan sekarang.

Tak boleh, nak!

Bukan puntianak tapi seorang pesakit porfiria?

Apabila oksigen rendah dalam darah, jantung akan berdebar-debar,...

...nafas tercungap-cungap dan jantung akan membengkak.

Awak korbankan nyawa tak berdosa sebab awak kekurangan darah!

Anak saya tak bersalah. Semuanya salah saya.

Walaupun awak lakukannya anak awak,...

...dosa awak tiada bezanya daripada puntianak.

Awak ingat awak akan terlepas daripada dosa itu?

Cis. Puntianak apa pula?

Awak lalui akil baligh sekali lagikah?

Awak nak sesatkan diri?

Puntianak wujud.

Awak terlalu banyak masa lapang.

Awak dah hilang kerja.

Semua wanita yang awak goda pun lari.

Awak cuma kebosanan.

Apa saya nak buat dengan awak?

Malang sekali awak fikir dunia ini remeh.

Pada tahun 1742, sebuah laporan telah dibuat...

...tentang Cendekiawan Choi dan pelayannya, Gap-dol.

Hambanya ternampak cahaya misteri tiba-tiba.

Kemudian Choi hilang tanpa kesan dalam sekelip mata.

Kemudian wabak aneh yang berlaku bertahun dahulu...

Aduh. Dunia ini penuh dengan kejadian yang sukar dipercayai.

Siapa boleh kata puntianak tak wujud?

Awak ada bukti?

30 tahun lalu,...

...sebuah kapal Barat menuju ke China terkandas di Joseon.

Ketika itu, banyak laporan terlihat puntianak telah dibuat.

Aduhai.

Berhentilah mengarut dan carilah kerja menyiasat yang berbaloi.

Awak bayar sewa kepada saya, kan?

Mengapa awak berkeliaran sedangkan awak ada rumah sendiri?

Pulanglah ke rumah awak.

Kalau begitu, baik saya kahwin!

Kalau perlu, apa salahnya?

Saya tak mahu berkahwin dengan orang tak dikenali tanpa bercinta.

Kalau begitu, beritahulah bapa awak.

- Dia akan tentukan isteri saya. - Jadi?

Awak pandai berkata-kata. Tapi awak tak boleh beritahu dia?

Ini hal perkahwinan awak, tak bolehkah?

Cakap sajalah tak mahu!

Cakap yang awak tak mahu berkahwin dengan orang yang tak dikenali.

Saya sudah cakap!

Saya cakap ini hidup saya dan dia tak boleh tentukan untuk saya.

Kemudian?

Saya ditampar.

Dia memang keras hati.

Saya sangka Perdana Menteri kita berbeza....

Tuanku!

Seluruh Joseon menanti-nantikan Pesta Bulan Penuh.

Rakyat dari semua lapisan usia sedang bekerja keras...

...bagi menyediakan...

...pesta yang lebih besar daripada 30 tahun yang lalu, Tuanku.

Baru-baru ini, lebih 10,000 orang buruh...

...telah bekerja keras mengukuhkan kubu-kubu kita.

Pasti sukar bagi mereka bersedia untuk Pesta Bulan Penuh pula.

Oleh itu, beta akan memberi ganjaran kecil kepada para buruh.

Tetapkan beras sebagai ufti.

Juga, arahkan golongan bangsawan untuk membiayai pakaian tentera.

Patik, Perdana Menteri Kim Shin, memohon untuk bercakap, Tuanku.

Kemurahan dan keprihatinan Tuanku kepada rakyat bagai nikmat syurga.

Tapi,...

...kalau bangsawan disuruh bayar seperti rakyat biasa,...

...apakah bezanya mereka daripada rakyat biasa itu, Tuanku?

Ia akan memusnahkan perbezaan antara kasta...

...dan menggoyahkan akar umbi Joseon, Tuanku.

Kami merayu, Tuanku!

Mohon ditarik semula titah Tuanku!

Raja sendiri pun tak boleh nak buat apa dia suka.

Mungkinkah awak ada masalah batin kalau berkahwin?

Tak guna!

Maafkan saya.

Siapa?

Ini teh kerak nasi.

Terima kasih.

Rasanya kaya dan enak.

Pandai saya renehnya.

Saya hendak perkenalkan diri.

Saya Choi Jae-hee, anak perempuan Choi Il-kyu,...

...pemilik Penginapan Yeon-mi.

Apa yang kami boleh bantu?

Baru-baru ini, semasa membaiki sebuah bangunan di Ganghwa,...

...bumbungnya tiba-tiba runtuh dan beberapa orang buruh terkorban.

Ketika menanam mayat mereka, dua mayat lain pula ditemui.

Satu hanya tinggal rangka tulang dan satu lagi telah rentung.

Tapi, mayat yang rentung itu langsung tak mereput.

Bukan itu saja!

Ketika mereka hendak melaporkannya...

Mayat itu telah lenyap!

Hanya mayat rentung itu yang hilang!

Sebuah insiden pelik berlaku tak lama kemudian.

Ia agak aneh.

Khabarnya seorang lelaki dibakar sampai mati dengan api limunan.

Dia mati tapi bernyawa.

Dia bernyawa tapi tak hidup!

Mereka kata itu adalah pembalasan daripada mangsa kebakaran Dewan Ganghwa.

Pesta Bulan Penuh akan berlangsung selepas 30 tahun di Ganghwa.

Bapa saya diarah oleh istana untuk membuat persiapan.

Tapi, dia kurang sihat dan tak mampu menanganinya.

Saya datang kerana saya risau kalau ia akan apa-apakan bapa saya.

Ia tak sebegitu mudah.

Kemungkinan pembunuhan bersiri tak boleh diketepikan.

Saya dengar awaklah yang terbaik di seluruh Joseon.

Saya bukan yang terbaik.

Saya yang terbaik sekali!

Malangnya, hanya saya yang kata begitu.

- Dia memang suka masuk angkat bakul. - Begitu rupanya.

Mari bercakap tentang penginapannya.

Biliknya ada dua atau ia satu bilik dengan ruang tamu?

Detective K: Secret of the Living Dead (Joseon Myeongtamjeong: Heupyeolgoemaui bimil / 조선명탐정: 흡혈괴마의 비밀) subtitles in other languages

More Malay subtitles for Detective K: Secret of the Living Dead (Joseon Myeongtamjeong: Heupyeolgoemaui bimil / 조선명탐정: 흡혈괴마의 비밀)

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left