Release info

그놈이-그놈이다-To All The Guys Who Loved Me-E27-E28 NEXT VIU
A Commentary by ANANG2196

Tags

other
Published on: 2020-08-20
Downloads: 11
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Subtitle bY VIU Resynced == ANANG KASWANDI ==

Encik Hwang. Saya perlu beritahu awak sesuatu.

Ia sangat penting.

Tolong luangkan sedikit masa untuk saya.

Hyeon Ju.

- Do Gyum. - Mari pergi.

Saya telah temui bukti penting. Saya perlu jumpa Encik Hwang.

Kemudian. Beritahu dia kemudian.

Nanti.

Setiausaha Nam.

Boleh kita...

cepatkan rancangan kita untuk hari ini?

- Saya sedang diekori? - Ya.

Saya nampak dia semasa turun dari teksi.

Saya nampak kereta itu di depan rumah Kim Hyun Su.

Saya yakin Pengerusi Kim upah dia.

Saya telah bercakap dengan adik Kim Hyun Su.

Awak ada temui apa-apa?

Dia telah berlepas ke Australia semalam.

Dia tidak beritahu adiknya ke mana mahu pergi,

dia juga tidak beritahu apa yang telah berlaku.

Dia cuma minta adiknya jual rumah dia.

Saya sudah dapat tahu siapa yang curi kontrak itu dari pejabat saya.

Bagaimana?

Tiada sesiapa yang mencurigakan dalam rakaman CCTV itu.

- Helo? - Saya mahu jumpa awak sekarang.

Tidak guna.

Hei, encik.

Kenapa awak tiba-tiba berhenti?

Awak cakap apa?

Awak mahu lari ke mana selepas sebabkan kemalangan?

Hubungi syarikat insurans awak dahulu.

- Saya perlu pergi! - Awak mahu ke mana?

Awak cuba larikan diri?

Tidak, saya perlu pergi.

Encik Hwang. Permintaan awak sudah diselesaikan.

Sebaik sahaja syarikat insurans dapatkan rakaman kotak hitam,

saya akan dapatkannya dan periksa videonya.

Dia bekerja dengan Pengerusi Kim,

jadi saya pasti dia yang telah hubungi Kim Hyun Su...

atau pasukan audit itu.

Kita cuma perlu berharap masih ada bukti yang tinggal.

Berapa lama awak boleh lengahkan dia?

Saya rasa saya boleh lakukannya selama 30 minit.

Juga, bagaimana dengan mesyuarat pemegang saham sementara itu?

Teruskan seperti yang telah dirancang.

Awak kehilangan Seo Hyeon Ju? Apa maksud awak?

Baiklah, jadi uruskan secepat mungkin...

dan pergi ke rumah Seo Hyeon Ju.

Jika dia sampai selepas awak,

itu maksudnya dia telah lakukan sesuatu,

jadi terus laporkannya kepada saya.

- Saya sudah jumpa. - Pasukan audit dalaman...

yang telah menukar dokumen itu.

Kita tidak boleh buktikan yang kontrak berganda itu...

adalah palsu dengan video ini?

Kita juga boleh buktikan ini perbuatan Pengerusi Kim.

Saya akan dedahkan hal ini.

Berhenti libatkan diri awak.

Juga, awak tidak boleh datang jumpa saya seperti hari ini.

Kenapa? Kerana Pengerusi Kim mungkin akan dapat tahu?

Adakah dia tidak dibenarkan tahu?

Saya akan cakap dengannya. Saya akan tanya kenapa dia lakukan semua ini.

Kita perlu tahu kenapa, supaya ia tidak rasa terlalu mengecewakan.

Awak patut pulang ke rumah.

Kim Su Jeong ada kotak muzik...

yang awak hadiahkan kepada saya.

Saya dapat memo yang suruh saya pergi ambil kotak muzik itu,

tapi pemilik kedai cakap tiada kotak muzik yang sudah siap.

Juga, saya nampak Kim Su Jeong membayar...

lelaki yang telah berikan memo itu kepada saya.

Kim Su Jeong telah hantar memo itu?

Bagaimana awak tahu mengenainya?

Saya nampak ia secara kebetulan di ruang rehat pelajar.

Itu sahaja.

Encik Hwang.

Cik Seo berada di rumah sekarang.

Sebagai langkah berjaga-jaga,

siasat orang yang telah sebabkan kemalangan itu.

Pastikan awak sentiasa perhatikan Seo Hyun Ju...

sehingga semua ini selesai.

Kim Su Jeong telah menghantar memo palsu...

demi untuk merampas kotak muzik ini.

Kenapa?

Kim Su Jeong ada kotak muzik...

yang awak hadiahkan kepada saya.

Saya dapat memo yang suruh saya ambil kotak muzik itu,

tapi pemilik kedai cakap tiada kotak muzik yang sudah siap.

Awak telah hasilkan ini, betul?

Juga, saya nampak Kim Su Jeong membayar...

lelaki yang telah berikan memo itu kepada saya.

Pengerusi Kim adalah dalang di sebalik segala-galanya.

(Hyeon Ju, saya minta maaf atas apa yang berlaku tadi.)

Encik Hwang,

jika saya bertemu dengan awak pada hari itu,

adakah keadaan kita akan jadi berbeza?

(Encik Hwang, jika saya bertemu dengan awak pada hari itu,)

Anak perempuan saya,

awak di mana? Awak mahu pergi kerja?

Hai ibu. Ada sesuatu yang tidak kena?

Tiada apa-apa. Saya cuma mahu tanya khabar.

- Semuanya baik-baik sahaja? - Semuanya baik-baik sahaja.

Jangan risau.

Baiklah jika begitu. Pandu dengan selamat.

Okey, baiklah.

Saya tidak pasti jika dia cakap semuanya okey...

kerana ia memang okey atau kerana dia tidak mahu kita risau.

Pasti bagus jika semuanya okey,

tapi awak tidak boleh jangka apa yang akan berlaku.

Mari kita sediakan duit untuk bayar syarikat itu...

awal-awal.

Jika kita bayar duit mereka, saya pasti mereka tidak saman kita.

Ia satu juta dolar. Kita ada duit sebanyak itu?

Kita tidak boleh jual rumah kita,

tapi walaupun kita jual tanah yang kita ada...

dan gunakan simpanan kita,

ia belum sampai separuh daripada jumlah itu.

Saya patut dapatkan kerja sambilan di pasar raya?

Mari kita cuba kumpulkan...

semua duit yang kita ada dahulu.

Biar saya lihat, di mana ia berada?

Kenapa? Semua duit yang kita ada masih tidak akan mencukupi.

Mari kita lihat.

Ini adalah dana kecemasan yang saya simpan selama lebih dari 10 tahun.

Oh Tuhan.

Berapa semua ini?

Kenapa sebelum ini awak cakap awak tiada duit?

Bila?

Dua tahun lepas. Semasa saya minta...

awak beri duit tambang melancong ke luar negara bersama kawan.

Awak kata langsung tiada duit sehingga perlu jual...

seluar dalam awak. Bukankah awak cakap begitu?

- Saya tidak ingat. - Awak cakap begitu...

pada musim sejuk lepas...

semasa saya minta awak belikan sehelai kot yang saya suka...

apabila ia dijual dengan potongan harga.

Awak berikan baju dalam musim sejuk yang awak pakai kerana tiada duit.

Jika awak pergi bercuti dan beli kot itu,

awak rasa kita akan ada semua duit ini?

Adakah itu yang penting sekarang?

Apa yang penting di sini ialah awak simpan duit secara rahsia...

dan pura-pura seperti awak langsung tiada duit.

- Saya akan ambil semua ini. - Jangan harap.

Ketika orang lain pakai barangan berjenama,

saya telah jahit lubang di stoking supaya saya boleh kumpul duit ini.

Saya yang telah menjahit lubang di stoking awak.

Jika awak simpan duit untuk dana kecemasan sekali lagi...

dan saya tangkap awak,

saya akan halau awak dengan hanya memakai seluar dalam berlubang.

Awak faham?

- Apa yang awak sedang lakukan? - Lepaskannya.

Awak tahu apa yang saya lalui untuk simpan semua duit ini?

Adakah kos untuk awak jahit lubang di stoking saya...

adalah sangat mahal?

Oh Tuhan, perempuan tidak guna itu.

Saya tahu awak akan buat begini,

jadi saya telah tinggalkan satu sampul berisi duit.

Kita cuma ada 10 hari lagi sebelum platform itu dilancarkan.

Awak perlu serahkan 10 bab manuskrip yang telah disimpan...

dalam minggu ini.

Awak rasa pasukan kita akan dibubarkan?

Saya dengar mereka sedang adakan mesyuarat pemegang saham sementara.

Bagaimana jika CEO bertukar?

Mereka tidak akan bubar perniagaan yang sudah sampai sejauh ini.

Perniagaan webtoon akan diteruskan tanpa sebarang masalah.

Saya faham kenapa awak gelisah, tapi kita patut saling percayakan...

dan fokus terhadap tugas kita pada waktu begini.

- Saya percayakan awak, Cik Seo. - Saya juga.

- Saya percayakan awak. - Saya percayakan awak.

Mari lakukannya.

Encik Kim lewat hari ini.

Betul. Dia tidak pernah lewat kerana dia takut...

dapat apa-apa masalah dengan pihak pengurusan.

Cik Seo. Kita ada masalah.

- Ada sesuatu telah berlaku? - Encik Hwang...

- Encik Hwang... - Hentikannya dan beritahu kami.

Apa yang berlaku kepada Encik Hwang?

Dia akan ke cawangan di Amerika.

Dia akan ke Los Angeles. LA.

- Awak yakin awak tidak tersilap? - Saya positif.

Saya mendengarnya daripada Jabatan Sumber Manusia.

Apa yang dia mahu lakukan?

Apa yang telah berlaku?

Saya fikir dia boleh bersihkan nama dia dengan bukti yang kita jumpa.

Itu tidak mustahil.

Jadi dia tidak perlu lepaskan jawatan dia sebagai CEO.

Dan bagaimana pula dengan cawangan Amerika?

Panggil saya jika awak perlukan saya.

Saya akan berada di luar.

(Rekod Perubatan, Pesakit: Hwang Ji Woo)

(Rekod Perubatan, Pesakit: Hwang Ji Woo)

(Pengumuman Mesyuarat Pemegang Saham Sementara...)

(Mesyuarat Pemegang Saham Sementara Farmaseutikal Sunwoo 2020)

(Mesyuarat Pemegang Saham Sementara Farmaseutikal Sunwoo 2020)

(Mesyuarat Pemegang Saham Sementara Farmaseutikal Sunwoo 2020)

Apa yang paling mengganggu fikiran awak, Encik Hwang?

Rasa bersalah kerana telah buat orang yang saya cintai...

kecewa sebanyak tiga kali.

Dia hidup dalam penderitaan kerana saya...

dan telah mati.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left