The first 196 lines.
[Rancangan ini mungkin tidak sesuai untuk penonton di bawah 15 tahun]
SUB By iQIYI
[- Siapa nama awak? - Gong Ji-chul.]
[Saya harap tak ada siapa sakiti awak dalam kehidupan awak yang seterusnya.]
[Saya, Cha Hyung-bin, bersumpah dengan nyawa saya]
[akan lindungi bakal isteri saya, Jung Ha-eun, hingga ke akhir hayat.]
[Dia nampak macam lihat mimpi ngeri menjadi nyata.]
[Apa yang membuatkan mereka mula membunuh lagi?]
[Jangan mati. Biar saya akan cari jantung untuk awak.]
["Mati otak dan mati jantung adalah berbeza."]
["Jantung boleh terus berdegup walaupun selepas mati otak."]
Awak ditahan kerana membunuh Yoon Jung-hee dan 10 wanita lain.
[Gong Ji-chul serang doktornya dan melarikan diri dari institut.]
[Tolong tunggu sedikit lagi. Saya akan berikan jantung saya.]
Gong Ji-chul.
Saya dah cakap saya akan bunuh kalau awak jumpa dia sekali lagi.
Tidak!
Tolong selamatkan Ha-eun.
Awak takkan boleh dilahirkan semula.
Maafkan saya.
Saya dah baca semuanya.
Mula siasat hanya apabila pihak media dah sampai.
Kita akan biarkan pihak media menilai dia dulu.
Helo?
Saya dah cakap yang ini kuliah pertama saya hari ini.
Baiklah, saya akan ke Andong dengan dia sebaik saja kuliah tamat.
[Paling teruk pun, kepala awak yang akan jadi penggantinya.]
Saya...
Kepala saya?
Maaf, saya nak turun di sini!
Maafkan saya!
Terlalu banyak bercakap.
Mari sini. Berikan saya duit itu!
Lepaskan dia dan tangkap saja saya.
Siapa orang gila ini?
Awak tak dengarkah? Tangkap saya.
Awak umpan yang bagus.
Apa lelaki gila itu buat?
Jangan berani datang dekat!
Heo Do-jin, 34 tahun.
Bergaduh di sekolah dan bakar motosikal pada umur 15 tahun.
Cederakan penyamun pada umur 17 tahun.
Cuba membunuh seorang pekerja di kafe Internet pada umur 19 tahun.
Tujuh kes direkodkan dalam rekod jenayahnya.
Kenapa dia tak pernah terfikir untuk bunuh diri?
Hei!
Mari sini.
- Mari sini. - Awak siapa?
Awak penghendapkah?
Kenapa awak asyik ikut saya?
Nenek tak apa-apa?
- Belakang nenek sakit. - Aduhai.
Dia sememangnya takkan hidup lama.
[saya rasa Byun Sung-hoon bukan pembunuh bersiri.]
Dia tanam rakan sekelasnya hidup-hidup pada umur 13 tahun.
Sifat pembunuh yang ada dalam diri dia
itulah buktinya.
Suruh semua orang tunggu, saya dalam perjalanan.
[Episod 3: Bertemu Dirimu Yang Lalu Pada Masa Depan]
"Banduan nombor 3731,"
"penjenayah Kim Sa-yeon yang dihukum bunuh mungkin dah mati,"
"tapi hati dia."
"masih berdegup dalam tubuh saya."
Awak mesti sangat berminat dengan mayat ini.
Apa?
[Sukatan pelajaran itu hanya untuk formaliti.]
[Beritahu saja para pelajar awak semuanya tentang autopsi.]
Bolehkah saya buat begitu?
Profesor, ada pelajar gred A tambah dalam kelas awak.
Saya pun tak dapat A tambah.
[Dia pelajar terbaik di negara ini untuk ujian asas perubatan menyeluruh.]
[Saya mahu dia ikuti kelas, tapi tak mungkin]
[Awak akan tahu siapa dia apabila awak masuk ke kelas.]
[Inilah gabungan arkeologi dan sains forensik.]
Ini adalah gambar tulang 6,000 tahun yang lalu,
yang ditemui di Valdaro, sebuah kampung berhampiran Mantua, Itali.
Berdasarkan struktur gigi mereka yang sihat,
kami syak yang umur mereka adalah antara 18 hingga 20 tahun.
Nampak tak mereka mati sambil berpeluk?
Orang merujuk ini sebagai "Dakapan Berkekalan"...
atau "Pasangan Kekasih Valdaro".
[Mata, lihatlah sendiri buat kali terakhir...]
Ada yang kata mereka berdua bunuh diri bersama-sama.
Kamu sedang lihat pasangan paling tua yang direkodkan dalam sejarah.
Ya?
Apa yang buatkan awak terus anggap mereka pernah bercinta?
Awak rasa apa hubungan mereka?
Mereka mungkin dibunuh oleh orang lain dan ditanam.
Tak ada kesan kerosakan fizikal.
Enam ribu tahun yang lalu ada upacara orang tanam orang lain hidup-hidup.
Bukankah ada kemungkinan wanita itu ditanam hidup-hidup,
memeluk lelaki itu sebab dia rasa sejuk,
dan kemudian mati kesejukan?
Entahlah.
Hanya tanah dan serangga di dalam kubur itu yang tahu,
tapi mereka memandang antara satu sama lain.
Bukankah nampak macam mereka saling berpandangan hingga ke saat akhir?
Itu sesuatu yang awak tahu dari hati.
Mereka mungkin akan saling membenci sehingga saat mereka mati.
Kenapa?
Itu cuma sesuatu yang saya fikir.
Sudut pandangan awak sebagai saintis forensik sangat meluas,
melihat tulang-tulang dan membayangkan senario pembunuhan.
Boleh kita akhiri kelas di sini?
Kalau berminat buat latihan industri di Jabatan Forensik Negara, silalah mohon.
- Baik. - Baik.
Awak mesti peminat kotak muzik.
Apa?
Saya belikannya untuk anak saudara saya, tapi saya tak dapat tahan diri
daripada melihat sepanjang kuliah.
Awak lebih fokus pada rambut saya berbanding kuliah saya?
Awak pelajar yang teruk.
Awak beri buku itu kepada kawan awak?
Saya dah baca semuanya.
Ya, semuanya sebab awak.
Saya mahu
lihat autopsi tulang dijalankan.
Adakah awak Chun Jong-bum?
Betullah.
Ada beberapa prasyarat untuk sertai autopsi tulang.
Kalau tak keberatan, boleh saya periksa?
- Periksa? - Ada seseorang yang saya mahu awak jumpa.
Apa kata awak datang ke pejabat saya selepas makan tengah hari?
Dia 300 tahun lebih tua daripada awak,
jadi jaga kelakuan awak.
[Selamat datang ke Fakulti Perubatan Universiti Seoyeon]
Profesor!
Profesor, Jong-bum kacak, bukan?
Chun Jong-bum?
Di sana.
Lihat!
Dia macam David yang hidup.
Dia pelajar tahun dua fakulti perubatan,
dan cik kenal orang
yang dikurniakan genetik yang baik?
Saya tak rasa ada seorang pun
yang hatinya tak berdebar-debar selepas lihat wajahnya.
Dia cuma seekor ardipithecus 4.4 juta tahun yang lalu.
Apa?
Haiwan ini mempunyai otak sebesar otak cimpanzi,
tapi berjalan dengan dua kaki.
Bagi ardipithecus jantan,
cik tak rasa ardipithecus betina akan berlawan untuk dia?
Ayahnya ketua pendakwa raya
dan dia mungkin akan jadi Peguam Negara seterusnya.
Orang kata ibu dia pengerusi yayasan universiti kita.
Awak rasa apa faktor "tapi" dia?
Profesor,
nampaknya Jong-bum memang seorang psikopat.
Dia lakukan pembunuhan pertamanya ketika berusia 15 tahun.
Silakan masuk.
Awak buat apa? Ucap helo pada lelaki itu.
Lelaki itu?
Ini deja vu apa?
Nampaknya awak dah biasa jatuh dalam dakapan lelaki.
Ini selalu berlaku pada awak?
Maaf.
Encik,
bagaimana rasanya melihat dunia luar buat kali pertama selepas 300 tahun?
Ada apa-apa yang nampak seperti biasa dilihat?
Banyak dah berubah di Hanyang.
Tapi masih ada beberapa istana di sini.
Apabila cuaca semakin panas, kita patut pergi bersiar-siar.
Kalau ini berusia 300 tahun, adakah ia dari Dinasti Joseon?
Ya, mayat seorang lelaki tua telah digali keluar di Andong.
Hanya kerana badan seseorang berhenti berfungsi, ia tak semestinya mati.
Apabila orang yang ingat si mati
juga tak lagi hidup,
barulah si mati boleh dianggap benar-benar dah mati.
Saya percaya selepas mereka mati, kesucian kehidupan tak wujud.
Jadi, kenapa awak sangat berminat dengan tulang?
Sebab saya juga bersetuju
yang tulang-tulang itu adalah bukti abadi.
Daging mereput dan darah mengering, tapi tulang masih kekal.
Tulang memberitahu kita secara diam-diam
siapa yang bunuh mereka dan bagaimana ia dilakukan.
Orang ini mati sebab sakit.
Awak selalu perhatikan semua dari sudut pandangan kriminologi?
Saya bercita-cita untuk jadi pemeriksa perubatan seperti awak.
Hei.
[Awak lambat. Sekarang dah lepas jam 2:30 petang dan hampir pukul 3.]
[Dengar sini. Kalau awak tak bawa kepala itu ke pameran pada pukul 4 petang,]
Okey. Apa kata begini? Boleh beri saya sampai pukul 6 petang?
Orang berdosa yang patut mati ini ada satu lagi syarahan.
Kalau awak sibuk, nak saya hantarkannya?
Apa?
Profesor Nam Yun-gu pernah suruh saya hantarkan tulang.
Yakah?
Ini aplikasi untuk buat kerja suruhan.
Kalau awak minta bantuan saya melalui aplikasi ini, ini aset budaya,
jadi bergantung pada usianya, bayaran permulaan adalah 200 dolar.
Memandangkan saya ambil kelas awak,
saya akan beri awak diskaun.
200 dolar?
Okey. Tapi kalau berlaku apa-apa padanya, awak akan bayar 5,000 kali ganda.
Seperti yang awak cakap, ia aset budaya. Awak rasa awak boleh buat?
No comments yet. Be the first to leave one.