Little Women

Little Women

Download Malay Subtitle

Release info

Little Women 2019 1080p WEB-DL H264 AC3-EVO
A Commentary by sub.Trader
𝓦𝓔𝓑-𝓓𝓛 | 🔥💎 𝓡𝓪𝓼𝓶𝓲. 𝓜𝓪𝓱𝓾 𝓶𝓮𝓷𝓳𝓪𝓭𝓲 𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓹𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓶𝓮𝓷𝓮𝓻𝓲𝓶𝓪 𝓿𝓲𝓭𝓮𝓸 / 𝓪𝓾𝓭𝓲𝓸 / 𝓼𝓪𝓻𝓲𝓴𝓪𝓽𝓪? 💎 👉 𝘴𝘶𝘣.𝘵𝘳𝘢𝘥𝘦𝘳@𝘺𝘢𝘩𝘰𝘰.𝘤𝘰𝘮

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
AC3
1080
Published on: 2020-03-14
Downloads: 54
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

"Aku hadapi banyak masalah, maka aku tulis kisah gembira." - LOUISA MAY ALCOTT

Maaf? Saya mencari pejabat Weekly Volcano.

Saya ingin berjumpa En. Dashwood.

Kawan saya minta saya menawarkan karyanya.

Dia penulisnya. Dia akan tulis karya lain jika karya ini sesuai.

Ini bukan cubaan pertamanya?

Tidak, tuan. Dia pernah jual karyanya kepada Olympic dan Scandal,

dan dia pernah dapat hadiah untuk karyanya dalam Blarneystone Banner.

Hadiah.

Ya.

Duduk.

Kami akan terima karya ini.

Betul?

Jika ia disunting. Ia terlalu panjang.

Tapi tuan dah sunting.

Saya pastikan mereka yang berdosa menyesal.

Perang baru tamat.

Rakyat mahu rasa gembira, bukan menerima nasihat.

Kisah tentang moral tak laku sekarang.

Mungkin awak boleh beritahu "kawan" awak begitu.

Berapa bayaran...? Bagaimana tuan...?

Kami bayar $25 hingga $30 untuk karya sebegini.

Kami akan bayar $20 untuk karya itu.

Ambillah. Suntinglah.

Boleh saya beritahu kawan saya yang tuan akan terima lagi, jika ada yang lebih baik?

Kami akan tengok dulu.

Suruh dia tulis karya yang pendek dan menarik.

Jika watak utamanya seorang gadis, pastikan akhirnya dia berkahwin.

-Atau mati. Salah satu daripadanya. -Apa?

Apa nama pena yang dia mahukan untuk karya ini?

Ya, kalau boleh, jangan tulis langsung.

Baiklah.

Baik.

Selamat pagi, tuan.

Selamat sejahtera.

Ya!

PENGINAPAN RUMAH TUMPANGAN

Beth tentu akan menyukai awak.

Ini rumah tumpangan, bukan rumah kebajikan. Saya mahu sewanya tepat pada waktunya.

Selamat tengah hari, Cik March.

Selamat tengah hari.

Cik terbakar.

Terima kasih.

Cik terbakar!

Terima kasih.

Saya ada tabiat yang sama. Tengoklah.

Kitty dan Minny sedang menunggu.

Oh. Murid-murid saya memerlukan saya.

Awak sentiasa bekerja.

Wang ialah matlamat hidup saya.

Tiada siapa yang ada kesan dakwat macam cik hanya kerana wang.

Adik saya, Amy ada di Paris dan selagi dia belum berkahwin dengan lelaki kaya,

saya bertanggungjawab menyara keluarga saya. Selamat tinggal.

Bagi saya, golongan yang berakhlak buruk telah memusnahkan Paris.

Berus rambut pun wanita Perancis tak mahu pegang.

Amy! Mak cik kata, "Berus rambut pun wanita Perancis tak mahu pegang."

Ya. Benar, Mak Cik March.

Jangan cuba bergurau dengan mak cik.

Apa yang mereka tulis, tentang keluarga awak yang bermasalah itu?

Ibu tak sebut pun tentang Beth.

Saya rasa saya patut pulang, tapi mereka tak benarkan.

Awak tak boleh buat apa-apa pun di sana. Budak itu sakit, bukan kesunyian.

Awak tak patut pulang sehinggalah awak dan Fred Vaughn dah betul-betul bertunang.

Dan sehingga kelas melukis saya dah tamat.

Ya.

Sudah tentu.

-Hentikan pedati! Laurie! -Apa yang awak buat?

Laurie!

Amy!

Amy!

Wah, awak dah besar!

-Awak kata mahu berjumpa saya di hotel! -Saya tak jumpa awak pun.

Awak tak cari betul-betul.

Mungkin saya tak kenal awak kerana sekarang awak sangat cantik.

-Sudahlah. -Saya ingat awak suka dipuji.

-Mana datuk awak? -Dia masih melancong di Jerman.

-Saya melancong sendiri untuk beristirahat. -Serta berfoya-foya, berjudi dan minum arak.

Ya. biasalah. Jangan beritahu ibu awak.

Awak mengejar seorang gadis di Eropah?

Tidak.

Tak sangka Kakak Jo tolak lamaran awak. Saya amat bersimpati.

Tak apa, Amy.

Saya tak rasa sedih.

Amy!

Amy March, mari sini sekarang.

Mak Cik March.

-Mari. Cepat. -Mak cik nampak cantik.

Pergi! Ayuh, Amy. Ada tempat yang perlu kita tuju. Jalan.

Pergilah ke majlis tari-menari Tahun Baru. Seorang orang akan datang, termasuklah Fred.

Jemput saya di hotel pada 8:00 malam. Hotel Chavain!

Laurie! Pakai baju keraian! Topi tinggi dan kain sutera!

Baiklah. Saya akan pakai baju sutera saya yang terbaik!

Itu Laurielah.

Mak cik tahu.

Dua puluh ela kain sutera biru dan merah jambu. Seseorang akan mengambilnya.

Meg, kain itu tentu sesuai dengan awak.

Saya kenal pembuat baju yang sesuai untuk awak.

Awak tentu akan jadi isteri tercantik di Concord.

John perlukan kot musim sejuk yang baru, Daisy dan Demi pula perlukan baju baru.

Dan isterinya perlukan gaun baru.

Saya tak boleh.

Tak boleh.

Dia tentu akan sukakan rupa awak sehingga terlupa tentang kosnya.

Saya tak rasa itu satu pembaziran.

Dua puluh ela cukup?

Ya.

Baiklah.

Lima puluh dolar. Saya gilakah?

-Ibu! -Ibu!

Sayang.

Pergilah bermain.

Beth!

Beth?

Awak harus menuju ke arah barat.

Jika begitu, maju ke arah barat!

Semoga cik murah rezeki.

Cik tiada pesanan untuk tuan saya?

Tunggu dulu! Beritahu saya pendapat awak tentang saya.

Saya rasa cik tak seperti apa yang cik bayangkan.

Jika itu benar, saya pun rasa begitu tentang awak.

Jika begitu, betul cakap awak. Saya tak seperti apa yang awak lihat.

Maaf?

Saya hanya faham bahasa Inggeris. Maaf, apa awak kata?

-Apa awak kata tadi? -Mari menari.

Saya tahu saya ingin menari dengan siapa.

7 TAHUN SEBELUM ITU

-Kakak Jo ingin menari dengan siapa? -Awak pun tahu kakak tak suka menari.

Kenapa kita semua tak boleh menghadiri majlis itu? Ia tak adil.

-Pakai saja kasut biasa. -Ia muat lagi pada musim sejuk tahun lepas.

Hidung saya takkan nampak cantik.

Kakak suka hidung awak.

Kakak.

Jangan sentuh. Kakak dah rasa kelakar. Kakak tak mahu pula nampak kelakar.

-Kakak tentu cantik jika kakak berusaha. -Kakak tak mahu dan takkan cuba.

Saya tak mahu pergi, tapi saya teringin dengar muzik di sana.

Kakak akan cuba ingat dan nyanyikannya untuk awak.

Ia memang patutkah keluar asap?

Ia kerana rambutnya masih lembap.

Peliknya bau itu. Macam bau bulu terbakar.

Apabila kakak keluarkan benda ini, kita akan dapat gulungan yang cantik.

-Habislah kakak! -Kenapa rambutnya putus?

-Kakak, maafkan saya. -Apa awak dah buat?

Maafkan saya. Kakak tak sepatutnya suruh saya yang buat.

Ibu! Saya tak boleh pergi!

-Kakak boleh pergi. Kakak nampak cantik. -Saya dah hodoh. Rambut saya!

Jangan pandang. Letak tangan di belakang.

Jangan kata "aduhai" atau "hebat."

Jangan bersalaman. Jangan bersiul.

Meg March, awak nampak cantik. Mari.

Kakak.

Terima kasih.

Sekarang masih awal. Tak mahu.

Maaf, saya tak tahu pula ada orang di sini.

-Tiada masalah. Duduklah, jika awak mahu. -Saya tak mengganggu?

Tidak. Saya tak kenal ramai orang di sini.

Pada mulanya, saya rasa agak pelik.

Saya pun rasa begitu.

Cik March, bukan?

Ya, En. Laurence, tapi jangan panggil Cik March. Panggil saja Jo.

Dan jangan panggil saya En. Laurence, panggil saja Laurie.

Awak tak menari?

Saya tak tahu budaya di sini.

Saya habiskan sebahagian besar hidup saya di Eropah.

Eropah? Oh, hebat!

Saya tak sepatutnya guna perkataan seperti itu.

Siapa yang larang?

Meg. Dia kakak saya. Mari.

Itu dia. Nampak?

Dia gadis yang bergaun lembayung itu.

Dia sangat cantik.

Dia suruh saya berkelakuan baik supaya ayah kami bangga apabila dia pulang nanti.

Dia di mana?

Dia menawarkan dirinya untuk berperang. Saya ingin menyertainya.

Saya masih kecewa kerana lahir sebagai seorang perempuan.

Jo, awak sudi menari dengan saya?

Tak boleh kerana...

Kerana apa?

-Awak boleh simpan rahsia? -Boleh.

Baju saya terbakar. Tengoklah.

Kakak saya suruh saya duduk diam-diam supaya orang tak nampak.

Ketawalah kalau awak nak. Saya tahu ia kelakar.

Saya tahu apa kita boleh buat.

-Ada apa? -Kaki kakak.

Kaki kakak terseliuh.

Bagaimana kakak nak balik?

Kakak boleh pulang dengan kereta kuda atau duduk di sini sepanjang malam.

Kereta kuda terlalu mahal.

Biar saya hantar awak pulang. Ia di bangunan sebelah.

Tak apa, terima kasih saja. Kami tak boleh terima tawaran itu.

Awak perlu menerimanya. Tolonglah.

Tidak. Ia masih terlalu awal. Tunggulah dulu.

Saya selalu pulang awal. Betul.

Pilihan apa lagi yang kakak ada?

Saya dah kata kasut itu terlalu kecil.

Aduhai. Apa dah jadi?

-Dia tak boleh berjalan. Dia terincut-incut. -Kakak dah pulang!

-Jadi, ia bagaimana? -Awak sepatutnya dah tidur.

Baiklah, tolong kakak awak. Kemudian, masuk tidur.

Beri ruang! Kakak cedera.

Kaki kakak terseliuh.

More Malay subtitles for Little Women

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left