The first 200 lines.
Pakai cincin tu setiap masa dan jangan tanggalkan.
PEJABAT PENGETUA
Cincin tu
boleh hilangkan ilusi samaran,
bukan saja sekolah ni boleh nampak,
ada satu lagi kesan penting.
Kesan penting?
Kalau buka cincin tu kat luar,
ingatan pasal sini akan hilang dan diganti memori palsu.
Kewujudan tempat ni tak boleh diketahui orang luar.
Kalau kamu keluar dari sini dan jadi orang luar,
cincin tu kena pulangkan.
Lalu lupakan tempat ni dan hidup sebagai manusia biasa.
Maknanya, kalau tak sengaja terbuka cincin kat luar,
aku tak boleh balik sini lagilah?
Kalau sentuh cincin tu, ingatan akan kembali.
Kau boleh titip pada guru lain,
lalu minta balik bila selesai.
Faham. Syukurlah.
Sekolah perempuan bukan manusia...
SMA Swasta Shiranui.
Aku mulakan hidup baharu di sini sebagai guru.
TAHAP LANJUTAN
Kenapa?
Bisinglah! Jangan menjerit!
Maaf.
Kenapa ni, Minazuki?
PEMBENCI MANUSIA DAN MAHKOTA BUNGA YANG FANA
Bekal ni ada silap lagi...
Satsuma-age?
Bagi ras duyung,
benda ni sama macam kamaboko dan chikuwa, rasa kejam dan tak boleh makan.
Oh, satsuma-age pun dibuat daripada ikan hancur.
Jangan takutkan dialah!
Ah, maaf.
Kalau macam tu, nak tukar...
Nak tukar lauk dengan aku?
Aku lambat lagi.
Kalau macam tu, aku ambillah!
Terima kasih, Tobari-san!
Gantinya, aku bagi ayam goreng.
Nah, aku suap.
Eh? Takkanlah, kalau tukar lauk dengan aku,
aku kena suap Minazuki?
Nah, aku suap.
Mustahil!
Bagi aku, ni berat sangat!
Sebagai cikgu, aku tak boleh buat macam tu!
Eh?
Menu korang hari ni unik ya.
Betul.
Biasanya ini latihan jadi manusia, jadi bekal pun ala manusia,
tapi hari ni dapat menu kegemaran.
Kalau sesekali tak rehat, kami boleh stres.
Faham.
Sebab korang bukan manusia, selera bekal pun lain, ya.
Minazuki tu duyung.
Dia elak ikan dan kerang,
jadi bekalnya nasi nori, wakame cuka, dan kombu-jime.
Serba hitam ya.
Usami tu arnab, jadi sayur...
Kejap, lauk dia cuma lobak merah?
Oogami tu separuh serigala, jadi bekalnya daging...
Nanti, daging banyak sangat!
Haneda tu burung pentet, jadi kau omnivor.
Lauk dia macam manusia dan nampak normal...
Kau okey ke tengok ayam goreng atau tamagoyaki?
Eh? Kenapa?
Sebab kau pun burung, kan?
Aku bukan ayamlah.
Sebab tu ke?
Kenapa?
Tak, baguslah kalau tak ada hal.
Penyelia asrama mesti susah nak tentukan menu.
Yalah, kat asrama ada banyak jenis ras murid.
Betul.
Sini juga ada murid liar yang jadi musuh alami kami.
Jadi macam mana nak "handle"?
Jangan risau, kat sini semua dianggap manusia.
Oh, faham.
Kalau tak, aku yang serigala dan Usami yang arnab juga musuh alami.
Hah? Jangan pandang rendah kat aku.
Kalau lebih-lebih, aku gigit nanti!
Ya, maaf!
Rasa macam hubungan pemangsa dia terbalik pula.
Banyak lagi benda aku tak faham pasal sekolah ni.
Cikgu, masa jam kelima nanti "free" tak?
Tak "free", tapi kenapa?
Macam ni, jam kelima tu sukan. Nak ikut tengok kami?
Tengok?
Kalau tengok kami bersukan, mungkin Cikgu lebih mudah faham.
Apa yang kami boleh dan tak boleh, dan banyak lagi.
Faham.
Kelas jasmani hari ni masih sambung belajar tarian.
Mula-mula, tunjukkan hasil latihan sebelum ni.
Ikut nombor, mula dari Usami.
Baik.
Terakhir Minazuki.
Dah sedia?
Sedia!
Teruknya tarian dia.
Sebab dia nak jadi manusia kerana nak menari, kan?
Tapi...
Dia nampak sangat menikmatinya.
Terima kasih sudi tonton!
Terima kasih, Minazuki.
Aku pun jadi seronok tengok.
Kalau jaga sikit ritma dan gerak, nanti mesti lagi cantik!
Baik!
Aku akan cuba lagi baik!
Eh?
Kenapa?
Macam ada rosak sikit.
Aku nak ambil yang ganti. Boleh tolong jaga pelajar sekejap?
Oh, boleh.
Aku pergi sekejap.
Pemain kaset ni dah kuno.
Ajaib masih berfungsi.
Dahlah hancur, bising pula!
Maaf, Usami-san.
Aku terlebih sikit, ya.
Senyuman kau buat aku meluat!
Kata suka menari, tapi hancur!
Kau tak ada bakat.
Kalau macam tu, walaupun jadi manusia, kau takkan bertahan!
Tunggu, Usami. Melampau tu.
Itu kenyataan!
Kalau sebab suka saja, tak payahlah orang nak usaha!
- Usami! - Cikgu.
Jangan fikirkannya.
Pasal tu, aku pun setuju.
Pasal tarian aku teruk,
aku sendiri pun sedar.
Tapi,
aku yakin tak ada siapa lebih cintakan tarian daripada aku.
Aku pertaruhkan seluruh hidup aku kat sekolah ni.
Sebesar itulah tekad aku.
Akan aku buktikan bahawa perasaan suka saja cukup untuk jayakannya.
Sikap kau tu yang buat aku menyampah!
Sedar tak boleh tapi tak marah, itu namanya menyerah!
Pura-pura tenang pula, bodoh!
Daripada marah,
rasa ingin tahu aku jauh lebih besar.
Itu cuma ayat sedap mulut.
Kau tak rasa rendah diri.
Bagi aku, maknanya kau pandang rendah aku.
Mana ada!
Kau sangat hebat!
Aku banyak belajar daripada kau!
Sikap sempurna, tegas pada diri, dan semangat untuk terus maju,
semuanya sangat aku kagumi!
Bisinglah!
Yalah, aku memang kadang-kadang membebel.
Ah, Minazuki.
Ya?
Kau hebat ya.
Usami kritik kau teruk tadi, kan?
Tapi kau boleh balas macam tu, hebatlah.
Cikgu, kau baik sangatlah.
Tomorrow is another day.
Aku cuma nak sentiasa jadi diri aku yang aku suka.
Esok aku bergerak ikut angin.
Itu petikan filem "Gone with the Wind", ya?
Ya.
Dulu aku benci diri sendiri.
Aku sentiasa gelisah.
Asal-usul kelahiran agak mengongkong aku...
Cikgu kenal Poseidon?
Kenal. Dewa Laut yang selalu muncul dalam "game".
Bawa trisula dan nampak garang, kan?
Dewa garang tu nenek moyang aku.
Biar betul?
Aku ni keturunan langsung Poseidon,
dan kelak harus jadi pemerintah laut.
Jadi, masuk sekolah ni dan jadi manusia,
sangat ditentang orang tua aku.
Patutlah.
Tapi, hari tu, cara hidup aku berubah.
Langkah ringan manusia yang menari atas kapal tu,
buat aku terpukau!
Betul! Masa tu juga, harian aku yang bosan dan terkekang,
terus berubah jadi berwarna!
Serta-merta, aku jumpa sebab untuk hidup!
Aku...
Kalau tak boleh jadi manusia, aku dah sedia korban nyawa.
Lebih tepat, peraturannya memang macam tu.
Peraturan?
Sejak dulu,
duyung yang nak jadi manusia kena berjaya sebelum tempoh tamat.
Kalau gagal, mereka akan jadi buih lautan.
Bila tempoh tamatnya?
Tak boleh beritahu. Itu peraturan.
Tolong jangan risau!
Aku pasti akan jadi manusia!
Lagipun, kalau akhirnya gagal pun, aku tak menyesal.
Sebab aku akan sentiasa jadi diri aku yang aku suka!
Minazuki...
Tomorrow is another day.
Esok aku akan jadi diri yang baharu!
Oleh itu, hari ni aku akan jalani sepenuh hati!
No comments yet. Be the first to leave one.