The first 200 lines.
Apa yang awak sedang buat?
Cepatlah jawab!
Saya sedang minum air.
Apa halnya?
Saya benci bila mak melalui kesukaran. Saya harap Kumpulan Empayar akan musnah.
Itu memang awak, Cha Eun Sang.
Pergi ke pasaraya.
Ajumma, kopi!
Terkejut mak.
Kenapa kamu ada di sini?
Saya haus.
Nampaknya dia sudah pergi ke pasar.
Dia boleh saja pergi pada waktu malam. Perlukah dia pergi pada waktu pagi?
Kenapa saya tak nampak hyeong untuk beberapa hari ini?
Oh? Dia mungkin pergi lawatan kerja.
Dia biasanya menghabiskan separuh bulan dengan pergi membuat lawatan kerja.
Saya sangka sebaik saja saya pulang ke Korea saya akan dapat jumpa hyeong setiap hari.
Aduhai, kamu sungguh lembut hati.
Dia sangat bencikan kamu.
Tapi saya suka hyeong.
Saya nak pergi mandi.
Apa yang kamu nak buat hari ini? Kamu nak ikut membeli-belah dengan mak?
Ada suatu tempat yang saya perlu pergi hari ini.
Ke mana?
Saya sudah selesaikan proses perpindahan.
Jangan fikir untuk berkelakuan seperti kamu di sekolah rendah.
Saya tak akan biarkannya.
Ya.
Keinginan siapa sebenarnya yang membuatkan kamu pulang ke Korea?
Adakah keinginan Pengerusi atau mak kamu?
Saya sendiri yang mahu.
Kamu memang sudah dewasa sekarang.
Sebaik saja kamu balik, kamu sudah tahu bagaimana nak tendang hyeong kamu keluar.
Saya dengar hyeong kamu sudah keluar dari rumah.
Saya cakap kita patut makan.
Saya akan sibuk mulai sekarang. Saya akan berikan awak masa 20 minit.
Memanglah...
Ianya adalah sesuatu yang saya rasa menarik semasa saya pergi lawatan kerja ke Amerika.
Apa ini?
Tulang leher.
Sesuatu yang orang Amerika suka.
Apabila dua orang memegang satu bahagian dan menariknya,
orang yang dapat bahagian yang paling panjang... hasratnya akan termakbul.
Ianya seperti batang ssang-ssang. (Batang ais krim yang terbahagi di bahagian tengahnya supaya boleh dibahagi dan dikongsi)
Apa itu?
Ais krim bar yang dijual di pasaraya.
Nanti, pegang bahagian ini untuk saya... apabila saya ada hasrat.
Awak tak ada hasrat sekarang?
Tak ada.
Macam mana awak boleh tak ada hasrat?
Saya sudah dapat masuk ke Universiti dan saya juga sudah memiliki bilik sendiri.
Saya juga ada duit simpanan, jadi...
Kalau begitu, mari lakukannya untuk mendapatkan nasib yang baik bagi menggantikan hasrat.
Ini hadiah yang sebenar.
Pakailah ini sebagai tuah.
Sepanjang hidup saya, saya membesar dengan bantuan daripada keluarga awak.
Sekarang saya sudah ada pekerjaan yang memberikan saya wang yang cukup untuk diri saya. Jadi...
Bantuan?
Tak bolehkah apa yang saya buat untuk awak ini dianggap sebagai hadiah?
Saya patut pergi sekarang. Kalau saya terlambat untuk mengajar, saya akan dipecat.
Patutkah saya buang itu?
Baiklah.
Saya akan menerimanya.
Awak hanya akan ambil tanpa memakainya, betul?
Duduk saja di sana. Saya akan pakaikan untuk awak.
Ia sesuai untuk saya?
Kenapa begitu sukar untuk saya pakaikan rantai untuk awak?
Tuan ada tetamu di bilik tuan.
Ini saya.
Pukul berapa ayah saya datang?
Apa maksud tuan?
Orang yang datang melawat saya, bukan ayah?
Dia ada di rumah sekarang. Saya baru saja nampak dia di rumahnya.
Saya akan telefon kamu nanti.
Siapa tetamunya?
Dia cakap dia adik tuan.
Hotel ini biarkan saja sesiapa pun masuk ke dalam bilik bila tiada orang di sanakah?
Pengerusi telah menelefon tentangnya sendiri.
Ayah saya telefon sendiri untuk beritahu kamu supaya benarkan dia masuk?
Ya.
Siapa yang kamu pergi jumpa yang menyebabkan kamu makan malam dengan sangat lewat?
Ini sangat sedap. Mak yang masak sendiri?
Mak pesankannya semua untuk kamu.
Macam mana mak boleh pesan sesuatu yang begitu sedap?
Mak akan akan pesannya setiap hari.
Budak perempuan yang tinggal di sini, adakah itu anak dia?
Siapa? Eun Sang?
Ya, sungguh kasihan. Sebab itulah mak layan mereka dengan sangat baik.
Sejak bila mereka tinggal di sini?
Maknya sudah 3 tahun kerja di sini, tapi dia baru saja pindah ke sini.
Nasib baiklah anak dia boleh bercakap.
Mak tak tahulah kalau dia sudah ada di sini.
Eun Sang!
Ya!
Kamu perlu bawakan wain untuk saya.
Di mana kamu? Mari ke sini.
Puan panggil saya?
Ya, pergi ke tempat simpanan wain...
Ke mana dia pergi?
Siapa?
Tak apalah.
Pergilah ke tempat simpanan wain dan bawakan wain untuk saya. Apa saja jenis wain.
Ya.
Ke mana dia sudah pergi?
Sungguh pelik.
Hati saya masih berdebar-debar apabila saya melihat awak.
Satu lagi gelas.
Dua gelas, satu untuk saya.
Saya akan duduk di sini. Anggap saja ini kerja lebih masa.
Orang yang tunggu tuan di hotel itu... saya rasa orang itu Tan?
Kamu rapat dengan Tan, betul?
Apabila Tan sudah dewasa dan mengambil alih syarikat,
kamu akan kerja dengan dia, betul?
Apabila Tan sudah dewasa, tuan yang akan tinggalkan syarikat untuk Tan uruskan.
Kamu tak pernah rasa gementar, tak kiralah semasa kamu sedar atau sedikit mabuk.
Oh, Presiden Kim.
CEO Choi.
Awak tahukah sudah berapa banyak kali saya telefon?
Lawatan kerja saya ke A.S. lebih lama daripada yang saya jangkakan.
Ya, tentang itu.
Saya ajak awak tinggal di hotel kami. Penolakan awak agak menyedihkan.
Kilang kami terletak jauh di kawasan pedalaman,
jadi lokasi hotel terlalu jauh.
Sudah lama sejak kali terakhir kita berjumpa. Saya jumpa Rachel semasa saya di A.S.
Saya tahu. Keluarga kamu sihat?
Ya, terima kasih pada kamu.
Orang yang bersama kamu ini...
Oh, dia Ketua Setiausaha kumpulan kami.
Gembira bertemu tuan. Nama saya Yoon Jae Hoo.
Kamu tak nampak seperti sedang membuat perjumpaan penting.
Bagaimana kalau kita pergi minum bersama, hanya perjumpaan kerana saling mengenali?
Oleh kerana ekonomi di Eropah jatuh, keadaan di India sudah bertambah buruk.
Pasaran apa yang kamu minat sekarang?
Saya rasa pasaran Afrika agak berbaloi untuk dilihat,
tapi... Setiausaha Yoon sangat menentangnya.
Seperti negara BRIC (Brazil, Rusia, India dan China)
saya risau pasaran di Africa juga tak stabil.
"Kamu tak boleh buat begitu". "Ianya berisiko."
Itu adalah apa yang golongan bawahan akan cakap.
Mereka itu penakut, jadi mereka tak mahu ambil risiko.
Tak seorang pun daripada mereka mempunyai sikap yang positif.
"Kamu tak boleh buat begitu". "Ianya berisiko."
Bagi seorang pekerja, mengatakan sesuatu seperti itu, adalah satu tindakan yang berani dan menunjukkan keberanian mereka.
Maafkan saya kerana mengganggu perbualan ini,
tapi saya perlu pergi membuat panggilan telefon. Anak saya sedang menunggu saya.
Setiausaha Yoon? Setiausaha Yoon?
Apapun namanya...
Apa sebenarnya jawatan dia dalam syarikat?
Kalau awak mahu mengetahui siapa yang lebih berkuasa dan melihat kedudukan, saya mahu beredar sebentar.
Hal tentang dunia haiwan tak begitu menarik bagi saya.
Siapa dia? Kenapa dia langsung tak takut apa-apa?
Dia adalah seorang yang selalu buat saya marah dan... sekali-sekala dia menyakitkan hati saya.
Dia adalah seorang yang boleh buat begitu juga pada awak.
Awak cakap dia adalah Ketua Setiausaha.
Apa yang dia boleh buat dengan kedudukan yang rendah sebegitu?
Saya juga tak tahu.
Janganlah membebel. Ayah tak akan balik lewat.
Baiklah, ayah akan letak telefon.
Seperti yang awak nampak, CEO Choi tak begitu budiman. Maaf.
Saya juga.
Untuk apa?
Masalah seterusnya no.13.
Laluan pejalan kaki yang paling terkenal juga berada di Hollywood.
Soalan ini tanya tentang Hollywood.
Apa pilihan jawapan yang betul?
Jawapan no.3.
Betul.
Dalam masalah ini, "was" dan "placed" kedua-duanya boleh digunakan untuk melambangkan masa yang sudah lepas.
Bolehkah Cha Eun Sang yang kelihatan sedang berangan-angan berikan jawapan bentuk tatabahasa apakah ini?
Bentuk pasif.
Saya baru saja nak marah kamu...
Itu saja untuk hari ini.
Terima kasih.
Awak sakitkah?
Saya sudah pindah, jadi saya perlukan 2 jam untuk pergi ke sekolah dari rumah.
Kejutkan saya apabila cikgu sampai.
Wow.
Dia sangat kacak!
Di sana, perempuan yang nampak seperti dia memiliki buah pinggang yang baik. Boleh awak tolak dia ke sini?
Awak nampak gembira berjumpa saya.
Saya rasa awak banyak fikirkan saya.
Saya tak gembira jumpa awak... saya cuma terkejut.
Macam mana awak boleh ada di sini? Awak datang ke Korea?
Seperti yang awak nampak...
saya kenal seseorang di sekolah ini, jadi saya datang jumpa dia,
dan... saya sedang melihat dia sekarang ini.
Apa sebabnya awak datang ke sini?
Saya ada sesuatu yang saya nak tanya pada awak.
Kenapa awak ada begitu banyak soalan--
Bukan tentang awak.
Jadi, apa?
Beritahu saya nombor telefon Yoon Chan Yeong di Korea.
Chan Yeong? Kenapa?
Saya minat dia.
Sebab itulah saya tanya? Kenapa awak minat?
Kenapa saya minat? Sebab dia cantik.
Saya hampir mati kerana tak dapat lupakan dia!
Lupakan niat awak itu. Chan Yeong sudah ada teman wanita.
Awak juga kenal dia. Dia bekas teman wanita awak, Lee Bo Na.
Saya pergi dulu. Saya sibuk.
No comments yet. Be the first to leave one.