Release info

Another Oh Hae Young E18 END 160628
A Commentary by ilovemassu
Manually translated Eng-Malay by me. Maaf kalau ada kesilapan kecil. Terima kasih semua yang menggunakan sub ini. :D

Tags

other
Published on: 2017-01-14
Downloads: 35
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Kami tak menjejakkan kaki ke luar rumah sepanjang bulan Jun.

Pada saat aku mempercayai kata-katanya,

dengan anehnya, aku berasa tenang.

Seperti aku telah menyentuh takdir dengan tanganku sendiri.

Yang sebenarnya, dunia yang aku tak ketahui, memang wujud.

Yang sebenarnya, dunia yang aku nampak, bukanlah segalanya.

Rasa aneh dan asing.

Tapi, ia tetap rasa selesa dan menenangkan.

Pada satu hari di awal musim bunga...

Kau datang seperti mimpi siang...

Aku ingat kau akan ada bersamaku selamanya.

Mari kita dengar lagu ini sampai kita berumur 100 tahun.

Di pantai pada waktu musim panas

dan istana pasir itu pun gembira.

Kau malu?

Tapi ombak menghancurkannya.

Aku tak mempunyai bakat nyanyian yang boleh dibanggakan.

Tapi kepekaan ku boleh dibanggakan.

Jadi aku lebih sesuai untuk konsert kecil sahaja.

Wah. Kau sangat rendah diri.

Sila sampaikan sepatah dua kata kepada penonton.

Apa yang patut aku katakan?

Aku hidup kerana anda semua. Terima kasih.

Mari kita sama-sama hidup dengan gembira. Fighting .

Sebaik sahaja Jun berakhir, kami mula keluar rumah.

Inilah orangnya.

Perempuan yang kau nampak dalam bayangan kau.

Seronok dapat jumpa kau.

Saya Park Soon Taek.

Semuanya adalah benar.

Melihat masa depan boleh terjadi

tapi itu tak bermakna yang semua bayangan anda akan jadi nyata.

Ia mungkin akan jadi nyata dan juga boleh berubah.

Satu kejadian boleh merubah bayangan itu.

- Kau masih dapat bayangan? - Tidak.

Aku sudah tak dapat apa-apa bayangan.

Jadi, semuanya sudah berakhir, kan?

Selagi dia masih hidup, kita tak boleh terlalu pasti yang ianya sudah berakhir.

- Jangan cakap dengan begitu samar. - Apa yang aku kata tidak jelas?

Jadi kita sudah ...

tidak perlu risau yang dia akan mati atau apa-apa, kan?

Maksudku, semua orang akan mati suatu hari nanti. Dia bukan seekor phoenix.

Phoenix: seekor burung dalam mitologi yang hidup lama & akan hidup kembali selepas mati.

Aku salah cakap...?

Jom tinggal bersama. Aku tak boleh biarkan kau tinggal sendirian.

Aku rasa tak sedap hati memikirkan kau harus hidup dalam ketakutan.

- Jom tinggal bersama. - Aku tak pernah hidup dalam ketakutan.

Aku tak pernah takut.

Aku bersyukur kau sukakan aku terlebih dahulu. Tapi jangan cakap perkara begitu.

Aku akan melamar kau.

Hati-hati. Nanti. Hey, Park Hoon!

- Ini yang terakhir? - Ya. Tolong kami.

- Sekejap. - Berat ni. Tolong.

Kau nak ke mana? Angkat ini!

Hey. Semua dah siap.

Aku faham.

- Berikan pada aku. - Studio kita sudah tidak disita.

- Apa kau cakap? - Betul?

Betul?

Angkat semua keluar.

Dia sepatutnya beritahu kita lebih awal. Kita sudah angkat semuanya masuk.

Tengok, tangan aku mengeletar.

Ini kali pertama tanganku begini kerana terlalu letih.

Park Do Kyung. Orang itu.

Dia rasa bersembunyi di mana-mana dan perhatikan kita.

Sekarang sudah habis dipindah masuk, baru nak cakap!

Mungkin dia sedang tengok melalui teleskop. Aku yakin dia buat begitu.

- Pelik betul orang ini. - Perlu aku angkat semuanya keluar?

- Upah orang angkatlah! - Kaulah orang itu.

Kau tak bersalah. Hiduplah dengan selesa.

Dan jangan dekati CEO Jang.

800 juta won yang kau guna untuk beli bond telah habis dibazirkan.

Aku pergi dahulu.

Kau tak patut berniaga. Kau tak akan berjaya.

Orang-orang yang tak berbakat selalu banyak mulut.

- Ke tepi! - Kau tak boleh buat begini.

- Kau tak tahu siapa aku? - Puan, kau tak boleh masuk.

- Ke tepi! - Kau tak boleh masuk.

- Jangan buat begini, puan. - Ke tepi!

- Budak-budak ini... - Kau tak boleh masuk! Puan!

Aku dengar kau mainkan anakku, Do Kyung!

Kenapa kau hidup seperti ini?

Hey! Ke tepi! Lepaskan aku!

Hey. Siapa peduli kau ada banyak duit?

Kau tak boleh keluar!

Kau selau bermain permainan budak-budak di rumah!

Dan kau galakkan budak-budak muda untuk bergaduh sesama mereka.

Hey. Kau tak boleh main-main dengan betina ini

yang tak punya apa-apa!

Kalau aku tahu kau mainkan anakku, Do Kyung lagi...

Aku akan...

gunakan badanku. Kalau tak kau, aku akan mati!

Lepaskan aku! Lepaskan!

Kau selalu bertenaga!

- Ini sebabnya aku sukakan kau. - Mengarut.

Apa? Sekarang kau nak puji aku?

Kau pasti takut, kan?

Hari aku akan datang ke sini nanti,

kau tahu hari apa itu, kan?

- Jangan buat aku datang ke sini lagi, OK? - Baik.

Kalau aku berkahwin dengannya, aku tak akan tahan seminggu pun, kan?

- Ya? - Maaf, tapi boleh kau bangun?

Saya?

- Aku mengandung. - Oh, maafkan saya.

- Terima kasih. - Sama-sama.

- Nak aku bawakan beg kau? - Tak mengapa.

Berikan padaku.

Kau ada dengar yang studio Do Kyung sudah dilepaskan?

- Ya, aku ada dengar. - Sudah dengar. OK.

Buku lali kau sangat cantik.

Bahagian badanku yang lain pun cantik juga.

- Bintang bersinar terang. - Ya. Cantik.

Bila mereka baiki jalan ini?

Nampaknya dinding pun sudah dibaiki.

- Jin Sang. - Ya?

Kau tahu...

Mana patut aku pegang?

Oh...

mana-mana pun boleh...

- Sini? - OK.

Sini.

- Gelilah. - Maaf.

- Kau tak penat? - Tak, tak mengapa.

Aneh rasanya.

Sekarang...

- kita patut lepaskan... - OK. Betul tu.

Kita lepaskan lepas kiraan 3. Satu, dua, tiga.

- Selamat malam. - Selamat malam.

Soo Kyung.

- Aku hanya nak ucapkan selamat malam. - Yelah!

Bahasa perancis - Selamat malam. - Selamat malam.

Perasaan apa ini? Kenapa terlalu sukar?

Serius.

Aish...

Selamat malam! Tidurlah dengan lena!

Mak. Saya nak kahwin.

Saya hanya nak tinggal bersamanya.

Saya mahu berpindah ke rumahnya dan tinggal bersama.

Pergilah tinggal dengannya. Keluar.

- Bangun. - Mak.

- Bangun. - Mak.

Pergi.

Mak perlu beritahu dia!

Yang Mak dan Ayah izinkan saya pergi!

Jika saya beritahu dia yang saya tinggalkan rumah, dia tak akan benarkan saya ke sana. Dia akan hantar saya balik!

Jomlah pergi bersama dan beritahu dia.

Beritahu dia yang saya diberikan keizinan!

Saya tak boleh biarkan dia bersendirian.

Tolonglah pergi bersama saya dan beritahu dia.

Bangun.

- Jom. - OK.

- Biar aku bawakan. - Saya akan bawa yang ini.

Akhirnya, aku tahu apa perasaan aku terhadap Soo Kyung hari ini.

Aku hormati dia.

Rasa hormat perlu diberikan pada orang seperti Laksamana Lee Soon Shin.

Jadi, seperti aku sedang ber dating dengan orang seperti laksamana.

Jadi apa aku boleh buat dengan Laksamana Lee Soon Shin?

Boleh aku letak tanganku di bahunya? Atau di pinggangnya?

Gila. Masih belum sedar diri.

Pada wanita yang mahu tinggal bersama tanpa perlu berkahwin

kenapa cakap, "Aku akan melamar. Aku akan bawa kau balik ke rumah secara rasmi."?

Pada wanita yang kau mahu peluk, tidur dan bangun pagi bersama?

Cakap semua kata-kata yang kau tak maksudkan dan berlagak seperti untuk kebaikan dia?

Berapa kali kau mahu kembali daripada kematian, baru kau nak sedar diri?

- Aku? - Aku!

Apa yang dia cakap ni?

Janganlah marah. Senyum.

Seperti Mak ikhlas, OK?

Supaya dia tak rasa berat hati.

Tolonglah. Senyum.

Sepanjang hidupku...

aku sedang lihat perangai kau yang paling bodoh.

- Hari ini kau betul-betul sudah dibuang. - Jangan cakap begitu.

Oi. Tengok sini.

Do Kyung!

Dengan muka yang berseri. Baik-baik, OK?

Saya mahu berkahwin dengan Hae Young. Tolong berikan keizinan.

Terima kasih sebab datang pada kami dulu.

Kami sudah berikan keizinan. Kan?

Kami sudah berikan keizinan.

Mulai hari ini, tinggallah bersama.

Kau berdua sudah begitu mencintai.

Akan ambil masa yang lama untuk tetapkan tarikh dan berkahwin.

Tinggallah bersama. Aku betul-betul ikhlas.

Bangunlah.

Bangunlah.

Aku harap kau gembira.

Jom balik ke rumah.

Encik, boleh bukakan bonetnya?

- Kami balik dahulu. Kau berdua pun baliklah. - Bye.

Alihkan kereta.

Tengoklah sini, Mak...

Lelaki itu pasti sakit.

Sebab itu kita perlu biarkan dia pergi.

- Aku sudah cakap kita perlu ke tempat yang bagus. - Aku sukakan tempat ini.

Semasa aku tinggal di bilik sebelah

aku rasa kecewa setiap malam.

Kenapa kau tak pernah datang ke sana

bila kau sudah tahu aku sangat sukakan kau?

Aku fikir, "Perlukah aku goda dia?"

More Malay subtitles for Another Miss Oh

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left